Zakat Emas Dan Perak Bagaimana Cara Pengiraan Zakat Emas



Hai, Assalamualaikum semua...Selalu kita asyik dengar pasal zakat. Dari kecil kita berlajar tentang zakat. Tapi secara asas sahaja. Dan kita juga sedia maklum, zakat ada dalam rukun islam. Berzakat ni, wajib untuk semua umat islam. Terutama pada yang berkemampuan. 


Siapa yang layak berzakat? 
1- Islam2- Pemilikkan sempurna 3- Cukup nisab4- Cukup haul5- Harta yang berkembang    
Jelas tak syarat2 untuk berzakat tu? Kalau korang tak jelas, boleh layari web zakat klik kat sini ye >>link<< Sebabkan mommylin ni, tak pakar sangat nak terangkan bagi korang jelas. Jadi, rujuk pada yang pakar k. Tapi, mommylin nak share dengan korang pasal Zakat Emas dan Perak. Rasanya ramai terlepas pandang bab zakat Emas ni, selalu ingat zakat pendapatan je kan... Ye, kita manusia biasa selalu lupa dan lalai. Jom baca apa yang mommylin nak share ni. Moga manfaat ye. 




Zakat Emas dan Perak
Mata wang wajib dikenakan zakat kerana ia boleh digunakan untuk bermuamalah sama dengan emas dan perak. Wang sama ada berbentuk kertas, syiling atau sebagainya setaraf dengan emas dan perak sebagai satu kuasa membeli

Nisab zakat emas adalah berdasarkan nilai semasa bagi nisab emas 20 mithqal (85 gram) atau perak (595 gram). Jumhur fuqaha telah menyandarkan nisab wang kepada nisab emas (85 gram).

Dalil Wajib ZakatDalil Al-Quran:
وَٱلَّذِينَ يَكْنِزُونَ ٱلذَّهَبَ وَٱلْفِضَّةَ وَلَا يُنفِقُونَهَا فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ فَبَشِّرْهُم بِعَذَابٍ أَلِيمٍۢ ۝٣٤
Maksudnya:
“Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka kabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya”
(Surah At-Taubah : Ayat 34)
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Saidina Ali telah meriwayat bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda: “Apabila kamu mempunyai 200 dirham dan telah cukup haul (genap setahun) diwajibkan zakatnya 5 dirham , dan tidak diwajibkan mengeluarkan zakat (emas) kecuali kamu mempunyai 20 dinar (salah satu matawang zaman dahulu yang digunakan di negara Arab). Apabila kamu mempunyai 20 dinar dan telah cukup haulnya diwajibkan zakatnya setengah dinar. Demikian juga kadarnya jika nilainya bertambah dan tidak diwajibkan zakat bagi sesuatu harta kecuali genap setahun.”
(Hadis riwayat Abu Daud)
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Setiap pemilik emas dan perak yang tidak menunaikan haknya maka pada hari kiamat dijadikan kepingan lalu dibakar dalam api neraka kemudian diselar rusuk dan belakang mereka; setiap kali kepingan itu menjadi sejuk ia kembali dibakar semula pada hari yang kadarnya bersamaan dengan lima puluh ribu (50,000) tahun sehingga ia dihukum di antara hamba-hamba Allah maka dilihat jalannya sama ada ke syurga atau ke neraka”.
(Hadis Riwayat Muslim)


Kaedah Kiraan Zakat Emas & Perak: 



Emas Perhiasan Wanita ( اَلْحُلِّى )
Contoh:
[(Berat emas – Uruf) x harga emas semasa x 2.5%](900 gram – 800 gram) x RM144.38 = RM14,438 x 2.5% = RM360.95

Emas Bukan Perhiasan ( غَيْرُالحُلِّى )
Contoh:
Timbangan emas x harga semasa x 2.5% = Jumlah Zakat100 gram x RM144.38= RM14,438 x 2.5% = RM360.95

Emas Bercagar
Contoh:[(Berat emas semasa x harga semasa) – Nilai Pinjaman – Upah Simpan] x 2.5% = Jumlah Zakat[(200 gram x RM144.38= RM28,876) – RM10,000 – RM76] x 2.5% = RM470
Perak
Contoh:600 gram perak x RM2.45(segram pada 30 April 2014) x 2.5% = RM36.75
Pelaburan Emas Tanpa Fizikal Tidak Patuh SyariahPelaburan emas tanpa fizikal tidak patuh Syariah (ditaksirkan zakat simpanan)
Pelaburan ini menggunakan nilai harga emas semasa sebagai sandaran pelaburan mereka kerana pihak institusi sebenarnya tidak memiliki emas secara fizikal.
HukumHukum pelaburan seumpama ini adalah tidak sah dan haram. Ia termasuk dalam kategori jual beli sesuatu yang tidak wujud secara fizikalnya dan juga jual beli sesuatu yang tidak dimiliki oleh pihak yang menjualnya. Akadnya batil kerana tidak mencukupi syarat termeterai akad dari sudut kelayakan bertransaksi dan subjek yang diakadkan.
Segala keuntungan yang diperolehi daripada pelaburan ini adalah haram. Jadi ianya tidak wajib dizakatkan.Walau bagaimanapun, modal atau pokok pelaburan adalah harta yang halal. Oleh itu, jika ia melebihi Nisab, maka zakat wajib dikeluarkan sebanyak 2.5% daripada jumlah modal tersebut.
Manakala dalam keadaan Akad Fasid kerana tidak mencukupi syarat sah / rukun jual beli , tetapi diakhiri dengan berlaku proses qabd (pindah milik), maka diwajibkan zakat ke atasnya kerana status pemilikannya adalah sempurna. Iaitu wajib zakat (atas kedua – dua prinsipal dan keuntungan) untuk transaksi yg akadnya fasid tetapi disertai qabd.

Fuhhh... banyak kan info-info mengenai zakat Emas ni. Kalau kita ada banyak emas, samada pakai atau tidak, sebaiknya mari lah kita berzakat. Jangan lupa, setiap kali kita berzakat, insyaAllah Allah akan gandakan rezeki kita, percayalah. Jangan takut memberi. Nak kan lebih info mengenai zakat korang boleh lah malayari laman sesawang atau terus ke Pusat Zakat Selangor. 

Website: https://www.zakatselangor.com.my/

Bangunan Zakat Selangor3-01-1, Presint ALAMi, Pusat Perniagaan Worldwide 2,Persiaran Akuatik, Seksyen 13, 40100 Shah Alam,Selangor Darul Ehsan
WAKTU OPERASI CAWANGAN1 Disember - 28 Disember 20209:00 pagi - 4:00 petangSabtu, Ahad & Cuti Umum9:00 pagi - 3:00 petang29 Disember - 31 Disember 20208:30 pagi - 8:00 malam
Akhir kata, letaklah zakat dihati, dalam setiap zakat yang kita lakukan, insyaAllah akan menjadi saham kita di akhirat kelak. Amiinn... 





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mommylin.com/2020/12/zakat-emas-dan-perak-bagaimana-cara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Bayar Zakat Fitrah Secara Online Di Jom Zakatkedah

Cara Bayar Zakat Fitrah Secara Online Di Jom Zakatkedah

papar berkaitan - pada 3/3/2021 - jumlah : 522 hits
Bismillahirrahmanirrahim Alhamdulillah dah selesai bayar Zakat Fitrah secara online melalui laman web jom zakatkedah com my Sangat sangat mudah kepada sesiapa yang mempunyai akaun bank yang boleh melakukan transaksi secara online Cuma sebel...
Skim Bantuan Bulanan Rm200 Hingga Rm400 Zakat Kelantan Ini Syarat Amp Cara Mohon

Skim Bantuan Bulanan Rm200 Hingga Rm400 Zakat Kelantan Ini Syarat Amp Cara Mohon

papar berkaitan - pada 10/3/2021 - jumlah : 430 hits
Rakyat Negeri Kelantan yang terdiri daripada golongan asnaf layak menerima zakat boleh membuat permohonan Skim Bantuan Bulanan sebanyak RM200 hingga RM400 yang akan dibayar setiap bulan Pastikan anda membuat semakan kelayakan serta syarat k...
Bantuan Dermasiswa Zakat Kedah 2021 Cara Mohon Bantuan Melanjutkan Pengajian Ke Mesir Jordan Dan Indonesia

Bantuan Dermasiswa Zakat Kedah 2021 Cara Mohon Bantuan Melanjutkan Pengajian Ke Mesir Jordan Dan Indonesia

papar berkaitan - pada 19/3/2021 - jumlah : 407 hits
BANTUAN DERMASISWA ZAKAT KEDAH 2021 CARA MOHON BANTUAN MELANJUTKAN PENGAJIAN KE MESIR JORDAN DAN INDONESIA APA ITU BANTUAN DERMASISWA ZAKAT KEDAH Bantuan Dermasiswa Zakat Kedah merupakan bantuan oleh Lembaga Zakat Kedah yang diberikan kepad...
Cara Cara Buat Puding Karamel Mudah Pasti Jadi

Cara Cara Buat Puding Karamel Mudah Pasti Jadi

papar berkaitan - pada 11/3/2021 - jumlah : 316 hits
Ramai yang suka makan Puding Karamel Lembut lemak dan manis Memang sedap Namun ada ketika bila buat sendiri puding seakan tak menjadi Sedihnya Usah bimbang kerana resipi Puding Karamel mudah perkongsian saudara Saiful di bawah ni ada boleh ...
Cara Buat Cili Kisar Boleh Tahan Selama Sebulan Dan Tidak Berbau

Cara Buat Cili Kisar Boleh Tahan Selama Sebulan Dan Tidak Berbau

papar berkaitan - pada 11/3/2021 - jumlah : 373 hits
Cili kisar ni mak mertua yang ajar Dia dulu seorang peniaga nasi berlauk dan mi yang dijual di kedai makan di Singapura Memang wangi aroma tumisan cili ni bila dimasak senang ringkas dan mudah bila bila masa nak guna Bila dah ada cili kisar...
Cara Buat Roti Bom Homemade Yang Sedap Lembut

Cara Buat Roti Bom Homemade Yang Sedap Lembut

papar berkaitan - pada 11/3/2021 - jumlah : 379 hits
Sedapnya Roti Bom Bagi yang menggemari hidangan ini bolehlah cuba resipi yang dikongsi oleh saudari Ijat Tiya ni Sangat mudah dan tak renyah pun Tak perlu juga canai dan tebar doh macam buat Roti Canai Simple kan Sesuai sangatlah dijadikan ...
Kena Sedut Perlahan Lahan Dalam Dalam Baru Berkesan Kalau Gas Entonox Ni Tak Jalan Kena Cuba Cara Lain

Kena Sedut Perlahan Lahan Dalam Dalam Baru Berkesan Kalau Gas Entonox Ni Tak Jalan Kena Cuba Cara Lain

papar berkaitan - pada 10/3/2021 - jumlah : 351 hits
Ibu ibu yang sedang menahan sakit kontraksi biasanya akan meminta ubat tahan sakit untuk melegakan kesakitan yang kuat Biasanya ibu yang bakal bersalin ini akan diberikan gas entonox bertujuan untuk melegakan sedikit kesakitan Namun tak sem...
13 Cara Mudah Menghilangkan Selulit Secara Semulajadi

13 Cara Mudah Menghilangkan Selulit Secara Semulajadi

papar berkaitan - pada 10/3/2021 - jumlah : 342 hits
13 Cara Mudah Menghilangkan Selulit Secara Semulajadi Selulit walaupun sulit tapi boleh menyebabkan kita rasa tak yakin diri Orang tak nampak tapi rasa tak selesa Tambah pula kalau kat kawasan paha dan lutut Macam mana cara nak hilangkan se...
Cara Berkesan Sendawakan Bayi Selepas Menyusu Dan Sedang Tidur

Cara Berkesan Sendawakan Bayi Selepas Menyusu Dan Sedang Tidur

papar berkaitan - pada 10/3/2021 - jumlah : 423 hits
WAJIB SENDAWAKAN BAYI SELEPAS MENYUSU Adakah perlu untuk membuatkan bayi sendawa setiap kali selesai menyusu Benar Wajib okay Wajib Jangan sesekali lupa untuk sendawakan bayi sebaik saja selepas menyusu Ini kerana bayi akan terlena sebaik s...
Sekadar Penjelasan Ringkas

Ultimate Beef Cheeks With Beer Recipe

Drama Mutiara Dalam Debuan Kabus

Masa Dia Buat Rawatan Serangan Jantung Datang Ameng Kongsi Keadaan A Aida Darah Beku Di Jantung Amp Paru Paru

Ph Free To Choose Allies Says Saifuddin On Sabah Polls

Bila Mati Korang Rasa Roh Akan Balik Rumah Tak

Monolog Jiwa Menunggu Antara Bertahan Dan Menyerah

Lirik Lagu Sesaat Aina Abdul


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Wan Rosdy Sejumlah Rm291 76 Juta Sumbangan Diterima Daripada S Glc Pahang Akan Dimanfaatkan Untuk Rakyat

Hari Sukan Negara 2025 Peringkat Negeri Kebangsaan

Sarapan Di Warung Nasi Lemak Berlauk Jay Dee Tee Pontian

Adik Alis Tabah Kejar Impian Jadi Guru Dr Asyraf Sedia Jadi Bapa Angkat

Alhamdulillah Epol Akhirnya Ditemui Selepas Hilang Sejak Disember

Belimbing Buluh Nak Masak Apa Ni