Zaid Kenapa Kes Rakyat Diserang Tak Disiasat Sepantas Kes Muhyiddin


malaysiakini.com
Diterbitkan: Sep 6, 2024 9:56 AM
Bekas menteri undang-undang Zaid Ibrahim mempersoalkan kelambatan perkembangan kes serangan ke atas pemandu e-hailing OKU, Ong Ing Keong dan pekerja pembinaan, Alias Awang

Zaid membandingkan dua kes itu dengan siasatan ke atas Pengerusi PN Muhyiddin Yassin di bawah Akta Hasutan, dengan 66 saksi diambil keterangan dan disusuli dengan pendakwaan hanya dalam tempoh beberapa hari.

“Muhyiddin tak serang sesiapa, tetapi mereka kata kata-katanya menyinggung mereka,” kata Zaid di X.

Zaid juga mempersoalkan sikap Peguam Negara (AG) Ahmad Terrirudin Mohd Salleh yang membisu.

“Kenapa AG kita berdiam diri?

“Ketika Abu Talib Othman dan Abdul Gani Patail jadi AG, mereka kerap berdepan dengan media dan mengendalikan pertanyaan orang awam. Ini adalah perkara berkaitan kepentingan awam yang patut ditangani sewajarnya,” katanya, sambil menambah AG sepatutnya memberi jaminan berkenaan kesaksamaan polis dan komited untuk mengambil tindakan pantas.
Ong (kanan) dan peguam, Zaid MalekSemalam, Ong dan Lawyers for Liberty (LFL) menggesa Perdana Menteri Anwar Ibrahim menubuhkan sebuah suruhanjaya siasatan ke atas serangan ke atas lelaki itu yang didakwa berlaku di luar sebuah hotel di Kuala Lumpur pada 28 Mei lalu.

Ong ditumbuk oleh seorang pegawai polis yang bertugas sebagai pengiring Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail.

Pertubuhan Kebajikan dan Advokasi Pekak Malaysia (Dawn) pula mendakwa Ong telah menandatangani empat laporan polis, dengan tiga daripadanya disediakan oleh polis sendiri.

Pada 5 Jun lalu, Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata kertas siasatan telah dihantar ke Pejabat Peguam Negara.
Alias AwangBagi satu lagi kes, Malaysiakini semalam melaporkan Awang mendakwa dia diserang oleh seorang kerabat diraja Pahang dan sekumpulan lelaki di Kuantan. Dia mendakwa ditikam di bahagian paha.

Dia juga mendakwa anggota kerabat itu melepaskan tembakan ke arah kakinya namun tidak mengena sasaran.

Ketua Polis Daerah Kuantan Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata tiga orang lelaki yang disyaki sebagai suspek utama dalam telah ditangkap dan direman tujuh hari bagi membantu siasatan, sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

Dia bagaimanapun enggan memberikan sebarang komen atau mengesahkan mengenai penglibatan seorang kerabat diraja dalam kejadian tersebut.

Sementara itu, Zaid turut membangkitkan titah Tunku Ismail dan Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah agar keadilan ditegakkan dalam dua kes itu.

Zaid turut menggesa Anwar untuk berbincang dengan polis tetang bagaimana untuk mengendalikan kes seumpama itu.

“Saya lihat reaksi pantas dan tegas hanya apabila kata-kata rakyat menyinggung kerabat diraja.

“Jika begitu, kita boleh sekurang-kurangnya harap polis dan AG turut bertindak pantas apabila rakyat melaporkan kes serangan yang menyebabkan kecederaan,” katanya lagi.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/09/zaid-kenapa-kes-rakyat-diserang-tak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Disiasat Dek Kes Jenayah Seksual Kesemua Ahli Nct Putuskan Hubungan Dengan Taeil

Disiasat Dek Kes Jenayah Seksual Kesemua Ahli Nct Putuskan Hubungan Dengan Taeil

papar berkaitan - pada 29/8/2024 - jumlah : 54 hits
Rasanya ramai terkejut selepas membaca kisah Taeil NCT yang didedahkan sedang disiasat polis dek dakwaan jenayah seksual Artikel Berkaitan Khabarnya idola itu dikatakan telah mengganggu seorang wanita dengan pelbagai kelakuan tidak bermoral...
Projek 1bestarinet Bernilai Rm4 Bilion Muhyiddin Mungkin Disiasat

Projek 1bestarinet Bernilai Rm4 Bilion Muhyiddin Mungkin Disiasat

papar berkaitan - pada 5/9/2024 - jumlah : 101 hits
Projek 1BestariNet bernilai RM4 bilion Muhyiddin mungkin disiasat ARVE Error src mismatch provider youtube url https youtu be NvaLPUmH 1o src in org https www youtube com embed NvaLPUmH 1o wmode transparent rel 0 feature oembed src in mod h...
Datuk Dr Mashitah Disiasat Pdrm Kpn Menteri Nga Kejutkan Rakyat

Datuk Dr Mashitah Disiasat Pdrm Kpn Menteri Nga Kejutkan Rakyat

papar berkaitan - pada 1/9/2024 - jumlah : 68 hits
Polis Diraja Malaysia telah membuka kertas siasatan ke atas Datuk Dr Mashitah Ibrahim yang didakwa terlibat dengan sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata PDRM diberikan se...
Panas Faisal Disiasat Polis Kerana Memfitnah Bekas Yb Pengkhianat Kes

Panas Faisal Disiasat Polis Kerana Memfitnah Bekas Yb Pengkhianat Kes

papar berkaitan - pada 6/9/2024 - jumlah : 67 hits
Selepas mengeluarkan kenyataan yang didakwa berbaur fitnah terhadap Timbalan Perdana Menteri Datuk Tun Faisal Ismail Aziz hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya hari ini untuk dirakam percakapan Ketua Penerangan Bersatu berkenaan yang ...
Kes Muhyiddin Adalah Kes Menghina Uli Amri Dan Bukan Kes Sd

Kes Muhyiddin Adalah Kes Menghina Uli Amri Dan Bukan Kes Sd

papar berkaitan - pada 28/8/2024 - jumlah : 128 hits
Oleh Adam MalikKes Muhyiddin adalah sebuah kes menghina Uli Amri dan bukan kes SDPagi ini Tan Sri Muhyiddin Yassin dihadapkan ke mahkamah di Gua Musang atas pertuduhan menghina Yang diPertuan Agong Perbuatan yang ditonton oleh jutaan orang ...
Ringgit Closes Higher Ahead Of Tonight S Fed Announcement

Wanita Kemboja Maut Dihempap Pokok Ketika Berniaga

Ringgit Opens Slightly Lower Against Us Rises Vs Other Major Currencies

Buat Buat Bodoh Lebih Senang Dapat Perhatian

Sains Rangkaian Dan Penggunaannya Dalam Bidang Pertanian

Berjumpa Sahabat Lama Numismatik Di Muzium Negara Kuala Lumpur

Cops On Hunt For Inmate Who Fled Sungai Buloh Hospital

Sepiring Celebrates 9 Years Of Uniting Malaysians Through Authentic Local Flavours


echo '';
Biodata 30 Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Musim 4 Astro Warna

Biodata Ojen Aiwah Usahawan Kunafa Terkenal Personaliti TikTok Dan Penyanyi Lagu Hubb

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Hai Cinta Dengarkanlah Slot Akasia TV3

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

Biodata Acap S Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Musim 4 Yang Juga Personaliti Tiktok Live Viral


Generate Unique Brand Names

Sesekali Belanja Anak Anak Fruit

Pencarian Bakat Penulis Muda

Filem Reeza Gtr

Tip Masak Ketam Telur Masin Sedap Tak Guna Banyak Bahan

Perubahan Gred Sspa Senarai Jawatan Disatukan Ditukar