Zahid Tubuh Kabinet Khas Untuk Imbangi Kuasa Eksekutif Saat Darurat


Diterbitkan 19 Feb 2021, 10:35 pm

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menyokong saranan Timbalan Speaker Dewan Rakyat Azalina Othman Said supaya 'Kabinet Khas Darurat' ditubuhkan bagi memastikan konsep pemisahan kuasa terus berjalan selari dengan amalan demokrasi

Jelasnya, apa yang disuarakan Azalina adalah kebimbangan berhubung penggantungan Parlimen bakal mengundang kepincangan kepada dasar pengasingan kuasa eksekutif (pentadbiran), legislatif (perundangan) dan judisiari (kehakiman) di negara ini.

Katanya, pengasingan kuasa kepada tiga bahagian badan itu juga merupakan satu doktrin terpenting dalam pemerintahan demokrasi yang bertujuan mengelak pertindihan bidang kuasa dan penyalahgunaan kuasa akibat pemusatan kuasa kepada satu-satu cabang kuasa sahaja.

"Tetapi kini badan eksekutif pada pandangan beliau (Azalina) tampak mempunyai kebebasan tanpa doktrin 'separation of powers'.

"Justeru, saya berfikir cadangan timbalan speaker Dewan Rakyat itu supaya Kabinet Khas Darurat dibentuk segera ada kewajarannya.

"Kabinet khas ini akan berfungsi dengan kuasa yang terhad sehingga proklamasi darurat berakhir bagi menjaga kepentingan negara dan rakyat.

"Paling utama adalah urusan pentadbiran negara memerlukan semak dan imbang," tulisnya dalam satu hantaran di Facebooknya, hari ini.

Semalam Azalina meminta Peguam Negara, Idrus Harun untuk mempertimbang penggantungan tugas-tugas jemaah menteri dan digantikan dengan pelantikan Kabinet Darurat Khas yang terdiri daripada kementerian-kementerian yang relevan.

Dalam sepucuk surat kepada Idrus yang dikongsi dalam Facebooknya, Azalina berpendapat Kabinet tersebut boleh dibenarkan untuk berfungsi dengan kuasa-kuasa yang terhad sehingga darurat dibatalkan.

"Pada masa yang sama, sebuah Jawatankuasa Parlimen Khas Bipartisan yang terdiri daripada ahli-ahli parlimen daripada pembangkang dan juga kerajaan, dipengerusikan oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat antara lain, mempertanggungjawabkan menteri-menteri dan bertindak sebagai 'check and balance'," katanya.

Azalina memberitahu, dalam hal ini, dengan badan perundangan dimandulkan dan aktiviti-aktiviti Jawankuasa Pilihan Khas Parlimen dibatalkan, maka badan eksekutif dilihat mempunyai kebebasan dalam memerintah negara selagi mana darurat terus berkuat kuasa.

Lebih membimbangkan bagi demokrasi parlimen di Malaysia, katanya, adalah setiap darurat yang diisytiharkan atau ordinan yang digubal di bawah Perkara 150 tidak boleh dicabar atau dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah atas apa-apa alasan.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata Azalina berhak menyuarakan kebimbangan itu memandangkan beliau merupakan timbalan speaker Dewan Rakyat.

"Kita tahu parlimen merupakan badan perundangan Persekutuan. Memeriksa dasar-dasar kerajaan, meluluskan perbelanjaan dan dasar-dasar cukai negara.

"Parlimen juga menjadi forum untuk membincangkan perkara-perkara berkaitan kepentingan rakyat.

"Parlimen mempunyai kedudukan paling utama dalam sistem demokrasi," katanya lagi.Enable GingerCannot connect to Ginger Check your internet connection
or reload the browserDisable in this text fieldEditEdit in GingerEdit in Ginger×

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/02/zahid-tubuh-kabinet-khas-untuk-imbangi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zahid Didakwa Guna Kuasa Veto Ketika Mesyuarat Mt Umno

Zahid Didakwa Guna Kuasa Veto Ketika Mesyuarat Mt Umno

papar berkaitan - pada 21/2/2021 - jumlah : 300 hits
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menggunakan kuasa vetonya selaku Presiden UMNO ketika majoriti anggota Majlis Tertinggi parti itu Jumaat lepas lapor Astro Awani Laporan yang memetik sumber itu mendakwa Zahid menggunakan kuasa veto untuk mengh...
19 Dilantik Anggotai Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 Berita Harian

19 Dilantik Anggotai Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 Berita Harian

papar berkaitan - pada 10/2/2021 - jumlah : 419 hits
KUALA LUMPUR Pejabat Perdana Menteri hari ini mengumumkan pelantikan Ahli Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 selepas diperkenankan Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah semua bebas kes mahkamah
Tidak Perlu Kabinet Khas Bubar Sahaja Parlimen

Tidak Perlu Kabinet Khas Bubar Sahaja Parlimen

papar berkaitan - pada 24/2/2021 - jumlah : 420 hits
Tidak perlu kabinet darurat PN memang tidak boleh pakai Abdullah Sani Cadangan Timbalan Speaker Datuk Seri Azalina Othman Said baru baru ini agar kabinet kerajaan Perikatan Nasional sedia ada diganti dengan Kabinet Khas Darurat dianggap tid...
Kerajaan Tidak Gunakan Kuasa Darurat Sebab Pihak Swasta Beri Kerjasama Lawan Covid 19

Kerajaan Tidak Gunakan Kuasa Darurat Sebab Pihak Swasta Beri Kerjasama Lawan Covid 19

papar berkaitan - pada 16/2/2021 - jumlah : 297 hits
PUTRAJAYA Kerajaan belum menggunakan kuasa di bawah Ordinan Darurat 2021 bagi mengambil alih aset swasta berikutan kerjasama yang baik daripada sektor tersebut Ordinan Darurat memberi kuasa kepada kerajaan untuk mengambil alih tanah banguna...
Tak Perlu Lama 10 15 Saat Cukup Latih Keseimbangan Tubuh Anak Dr Sheikh Muszaphar Tunjukkan Caranya

Tak Perlu Lama 10 15 Saat Cukup Latih Keseimbangan Tubuh Anak Dr Sheikh Muszaphar Tunjukkan Caranya

papar berkaitan - pada 23/2/2021 - jumlah : 285 hits
Melewati Instagram bapa penyayang Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor pastinya tidak terlepas dengan pelbagai perkongsian ilmu mengenai anak anak Seronok melihat gelagat anak anak yang sentiasa melakukan pelbagai aktiviti untuk merangsang diri...
Tidak Perlu Kabinet Darurat Kerajaan Pn Memang Tak Boleh Pakai Abdullah Sani

Tidak Perlu Kabinet Darurat Kerajaan Pn Memang Tak Boleh Pakai Abdullah Sani

papar berkaitan - pada 24/2/2021 - jumlah : 286 hits
Cadangan Timbalan Speaker Datuk Seri Azalina Othman Said baru baru ini agar kabinet kerajaan Perikatan Nasional sedia ada diganti dengan Kabinet Khas Darurat dianggap tidak relevan Bagi Ahli Parlimen Kapar Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid bu...
Ribut Tropika Senyar Fenomena Luar Biasa Dan Persediaan Cuaca Malaysia

Jalan Jalan Menikmati Suasana Malam Di Liyang

Doa Ketika Hujan Dan Doa Menghadapi Musibah Banjir

Kenapa Ada Yang Terus Membeli Sharifah Sakinah Seru Netizen Untuk Boikot Shein Terjebak Dalam Kontroversi Mengecewakan

Potato Egg Melt Sihat Rendah Kalori Sarapan Sedap Yang Mudah Kenyang Lama Memikat

Kelantan Sinonim Dengan Islam

Dalam Tak Sadar Sekecil Perkara Yang Menyentuh Jiwa

Ahli Politik Punca Perpecahan Kaum Di Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Resepi Ayam Masak Black Pepper

Virus Burung Menyerang Eropah Dan Amerika Utara Lebih Awal Daripada Biasa

Perbandingan Evolusi Sisa Skeleton Lucy Dan Budak Perempuan 4 Tahun 1974

Ammar Ahyan Dedah Ramai Ajak Keluar Malam Tolak Sebab Tak Minat

Dulu Cpu Amp Gpu Je Kini Kenali Apa Itu Lpu Npu Dpu Amp Tpu

Resipi Putu Halba Kuih Tradisi Popular Ketika Musim Hujan