Zahid Takut Bayang Bayang Hilang Jawatan Ketua Penerangan Pas


agendaily.com12/6/2022
Ketua Penerangan PAS Ir Khairil Nizam Khairudin.
PAS meminta Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk berhenti seketika daripada “berpolitiking” kerana takut dengan bayang-bayang sendiri dan kehilangan jawatan.

Ketua Penerangan PAS Ir Khairil Nizam Khairudin berkata Zahid sepatutnya memberi fokus kepada menggerakkan jentera UMNO untuk bersama-sama Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan kerajaan hari ini dalam usaha menyelesaikan masalah rakyat, terutama dalam aspek ekonomi yang menekan akhir-akhir ini.

Menurutnya masalah utama yang dihadapi oleh negara pada hari ini bukanlah isu parti mana atau siapa yang perlu dominan dalam kerajaan tetapi krisis ekonomi.

“Peningkatan inflasi semakin menghimpit rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Khairil Nizam juga meminta Majlis Tertinggi (MT) UMNO memberi nasihat kepada Zahid yang kerap memberi tekanan kepada Ismail Sabri – yang juga Naib Presiden UMNO – untuk segera mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15.

Katanya sebagai ketua parti besar orang Melayu yang berpengalaman, Zahid haruslah berjiwa besar bersama-sama kerajaan pada hari ini untuk meneruskan agenda kesejahteraan rakyat dan bukan meletakkan kepentingan diri sendiri sebagai keutamaan.

“Tujuan PAS menyokong kerajaan pada hari ini adalah untuk memastikan kebajikan rakyat terpelihara dan negara ini dapat ditadbir dengan lebih baik berbanding kerajaan Pakatan Harapan. Jangan diheret rakyat dalam konflik perebutan kuasa dalam parti.

“Sepertimana Presiden UMNO mahu menangguhkan pemilihan parti demi perpaduan dan kestabilan UMNO, begitulah juga hasrat kerajaan pada hari ini untuk meletakkan kestabilan negara sebagai keutamaan tertinggi.

Berikan sokongan tidak bersyarat kepada Perdana Menteri untuk beliau dan Kabinet beliau pulihkan negara ini dan membawa Malaysia ke tahap yang lebih tinggi,” katanya.

Khairil Nizam turut mengingatkan supaya kepercayaan yang diberikan oleh rakyat dan parti-parti lain dalam kerajaan tidak dihancurkan semata-mata untuk menyelamatkan diri sendiri.

Semalam, Pengarah Pilihan Raya PAS yang juga Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhamad Sanusi Md Nor memberi jawapan balas terhadap serangan Zahid ke atas parti Islam itu dengan mengatakan desakan Zahid supaya PRU-15 diadakan segera untuk menyelamatkan dirinya.

Zahid dalam kenyataan semalam, mendakwa Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang sebenarnya takut parti itu kehilangan kerusi mereka sekiranya PRU-15 disegerakan.

“Mungkin kalau pilihan raya (diadakan) cepat, beliau khuatir partinya akan hilang kurang daripada 18 kerusi Parlimen sedia ada,” kata Zahid.

Susulan itu, Sanusi berkata Zahid, yang kini berdepan perbicaraan puluhan kes jenayah rasuah, bertegas mahu mengadakan PRU lebih awal daripada sepatutnya kerana takut dipenjarakan.

“Dia takut masuk penjara kalau PRU lambat.

“Talian hayat dia untuk elak masuk penjara hanyalah cuba merebut kuasa untuk memastikan kluster mahkamah dapat diselamatkan daripada hukuman melalui campur tangan kerajaan baharu,” kata Sanusi.

Untuk rekod, Zahid kini sedang menghadapi 40 pertuduhan rasuah berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN) dan 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.

Bagi kes Yayasan Akalbudi, Zahid telah diperintah membela diri setelah Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Collin Lawrence Sequerah memutuskan bahawa pihak pendakwaan berjaya menimbulkan kes prima facie terhadapnya.

Presiden UMNO itu didakwa dengan 12 pertuduhan pecah amanah, iaitu menggunakan dana Yayasan Akalbudi untuk membuat enam pembayaran kad kredit milik persendirian, polisi insurans kenderaan dan lesen motor persendirian, kiriman wang kepada sebuah firma guaman dan sumbangan kepada persatuan bola sepak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Bagi lapan tuduhan rasuah pula, dia didakwa menerima suapan daripada tiga syarikat iaitu Mastoro Kenny IT Consultant & Services, Data Sonic Group Berhad dan Profound Radiance Sdn Bhd sebagai dorongan untuk dirinya sebagai Menteri Dalam Negeri ketika itu bagi membantu syarikat berkenaan mendapatkan projek MyEG.

Ia bagi melaksanakan penambahan pembekalan cip pasport selama lima tahun atau 12.5 juta cip yang akan dimasukkan ke dalam halaman biodata polycarbonate Pasport Malaysia untuk Jabatan Imigresen Malaysia, sebagai pengendali perkhidmatan pusat sehenti di Pakistan dan Nepal di bawah kendalian Kementerian Dalam Negeri.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu juga berdepan 27 pertuduhan pengubahan wang haram dengan membabitkan diri dalam transaksi secara langsung membabitkan pendapatan daripada aktiviti haram antara 29 Mac 2016 dan 11 April 2018


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/06/zahid-takut-bayang-bayang-hilang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zahid Hadi Tak Mahu Pru Awal Mungkin Sebab Takut Pas Hilang Kerusi

Zahid Hadi Tak Mahu Pru Awal Mungkin Sebab Takut Pas Hilang Kerusi

papar berkaitan - pada 12/6/2022 - jumlah : 124 hits
malaysiakini comDiterbitkan Jun 11 2022 1 57 PMBarangkali Presiden PAS Abdul Hadi Awang menentang pelaksanaan PRU lebih awal kerana takut partinya akan hilang banyak kerusi kata Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi Zahid mengulas kenyataan Abdu...
Pas Takut Hilang Banyak Kerusi Jika Pru Awal Zahid Bidas Hadi

Pas Takut Hilang Banyak Kerusi Jika Pru Awal Zahid Bidas Hadi

papar berkaitan - pada 11/6/2022 - jumlah : 127 hits
Ahmad Zahid Hamidi membidas Abdul Hadi Awang selepas presiden PAS itu menggelar pihak yang mahu mempercepatkan PRU15 sebagai kumpulan kemaruk kuasa KUALA LUMPUR Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi membidas Abdul Hadi Awang sebenarnya takut PAS...
Keh Keh Isham Jalil Dilucut Jawatan Ketua Penerangan Bn Selangor

Keh Keh Isham Jalil Dilucut Jawatan Ketua Penerangan Bn Selangor

papar berkaitan - pada 9/6/2022 - jumlah : 117 hits
Isham Jalil memberitahu perkhidmatannya sebagai ketua penerangan Barisan Nasional Selangor ditamatkan berkuat kuasa serta merta
Betul Ramai Anggap Pas Tak Berani Solo Macam Dulu Kerana Takut Hilang Jawatang

Betul Ramai Anggap Pas Tak Berani Solo Macam Dulu Kerana Takut Hilang Jawatang

papar berkaitan - pada 14/6/2022 - jumlah : 99 hits
Pemuda Umno kata Pas kini takut akan hilang jawatan menteri MBJune 14 2022 Kenyataan bertali arus pemimpin PAS yang menghentam Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berhubung gesaannya supaya pilihan raya umum ke 15 diadakan segera membuktikan m...
Zahid Pushing Early Polls For Fear Of Jail Says Pas Polls Chief

Zahid Pushing Early Polls For Fear Of Jail Says Pas Polls Chief

papar berkaitan - pada 12/6/2022 - jumlah : 380 hits
Malaysia will be in ruins if the people choose one or two power crazy leaders who only want to save their skins to run the country PAS election director Sanusi Md Nor said today He said Umno president Ahmad Zahid Hamidi s claim earlier toda...
Zahid Takut Masuk Penjara Kalau Pru Lambat Kata Sanusi

Zahid Takut Masuk Penjara Kalau Pru Lambat Kata Sanusi

papar berkaitan - pada 12/6/2022 - jumlah : 143 hits
agendaily com11 06 2022Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor hari ini membalas kritikan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dengan mengatakan Presiden UMNO itu taku...
Kenapa Pas Takut Dengan Pru15 Shamsul Anuar

Kenapa Pas Takut Dengan Pru15 Shamsul Anuar

papar berkaitan - pada 14/6/2022 - jumlah : 104 hits
Irwan Muhammad ZainJun 13 2022 Shamsul Anuar menjelaskan gesaan mengadakan PRU15 bukan kehendak Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi seperti yang didakwa pemimpin Pas Gambar failKUALA LUMPUR Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Sham...
Pemuda Pas Nasihatkan Zahid Usah Khianati Sahabat Sendiri

Pemuda Pas Nasihatkan Zahid Usah Khianati Sahabat Sendiri

papar berkaitan - pada 14/6/2022 - jumlah : 125 hits
malaysiakini comDiterbitkan Jun 13 2022 9 39 PMPemuda PAS berpendapat wajar untuk Ahmad Zahid Hamidi mencontohi sikap parti itu yang memberi keyakinan kepada Ismail Sabri Yaakob untuk terus mengemudi negara Ketua Penerangan Pemuda PAS Nazir...
Takut Kalah Atau Takut Hilang Gaji Soal Nur Jazlan Kepada 3 Ahli Parlimen Umno

Takut Kalah Atau Takut Hilang Gaji Soal Nur Jazlan Kepada 3 Ahli Parlimen Umno

papar berkaitan - pada 6/6/2022 - jumlah : 115 hits
Timbalan Ketua Umno Johor Nur Jazlan Mohamed berkata Barisan Nasional tidak boleh menunggu lebih lama lagi kerana sekiranya terlambat momentum dan mood rakyat akan berubah PETALING JAYA Seorang pemimpin Umno Johor mahu Annuar Musa Nazri Azi...
Cerita Foto Sepanjang Minggu

Drama Puaka Cuti Semester Lakonan Mark Adam Zaki Azeman

Kkb Polls Indians And The Futility Of Voting

Konsert Cinta Di Awan Siti Nurhaliza Tambah Lagi Sehari

Saya Harap Isu Aliff Aziz Tak Jejaskan Saya Cari Rezeki Di Malaysia Aaron Aziz

They Travelled For Hours To Celebrate Raya With Us

Dibunuh Kerana Tak Mahu Rujuk Selepas Bercerai Mayat Disumbat Dalam Bagasi

Tinta Bernoktah



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Drama My Stolen First Kiss

Emy Yusuf Feat Driant Kenyang Beraya Chord

Dani Kurama Sumpah Kali Ini Chord

Kedai Mamak Sorok Minyak Masak And Then

This Five Cylinder Puch Proves There S No Replacement For Displacement

Aafiyah Minta Datuk Siti Nurhaliza Doa Supaya Dapat Adik Perempuan Di Makkah Curi Perhatian Warga Maya