Zahid Punca Bn Tersungkur Di Terengganu



SENTIMEN anti-DAP dan kemarahan terhadap Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi antara punca kekalahan teruk Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) di Terengganu, kata pemimpin parti.
Mereka mendedahkan kepada The Malaysian Insight, masalah kerjasama dan juga kelemahan calon antara sebab gabungan parti kerajaan dilenyapkan dalam pilihan raya negeri pada Sabtu.
Selain itu, mereka percaya BN turut melakukan kesilapan kerana menguar-uarkan bekas menteri besar Ahmad Said sebagai calon untuk kembali ke jawatan tersebut.
Veteran Umno Terengganu, Abdul Rahman Bakar mendedahkan faktor penolakan terhadap Zahid bukan sahaja berlaku di kalangan penyokong malah kepada akar umbi parti itu sendiri.
Beliau berkata, kemarahan akar umbi dan penyokong terhadap Zahid disebabkan tindakan presiden itu memecat tokoh-tokoh parti.
“Ramai yang datang jumpa saya kata mereka tak suka Zahid. Tapi bukan saya yang tak suka. Jadi saya pun tanyalah sebab apa tak nak sokong Umno, tak suka Zahid.
“Mereka jawab, penyokong dan sebahagian orang Umno ini kata sebab presiden pecat banyak tokoh dalam parti jadi mereka tidak suka dengan situasi itu, katanya kepada The Malaysian Insight.
Rahman berkata sentimen anti DAP juga merupakan isu yang sangat besar dan tidak boleh diterima oleh rakyat Terengganu yang majoritinya kaum Melayu.
Katanya, mereka tidak boleh menerima kerana diarah menyokong DAP kerana kerjasama peringkat persekutuan selepas berpuluh-puluh tahun diasuh untuk menolak parti itu.
“Mereka rasakan seperti mereka dipaksa untuk mengadai maruah orang Melayu apabila perlu menerima DAP. Semangat orang Melayu Islam itu sangat (kuat) di negeri sini.
“Tambah lagi bila mereka tengok macam di Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan dimana banyak kerusi dikuasai PH yang ramai bukan Melayu.
“Jadi mereka rasa ada keperluan untuk jaga hak orang Melayu itu di sini, sama macam di Kelantan di Kedah. Bagi mereka kalau bukan orang Melayu yang kena pertahankan siapa lagi,” katanya.
Pada masa sama, PAS mengekalkan kerusi Parlimen Kuala Terengganu dalam pilihan raya kecil dengan majoriti lebih besar berbanding semasa PIlihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Ia merupakan ketiga BN di Terengganu yang bermula sejak PRU14, sewaktu parti itu hanya mampu mengekalkan 10 kerusi DUN dua kerusi Parlimen.
Pilihan raya itu menyaksikan PAS berjaya merampas semula kerajaan negeri apabila menang 22 kerusi DUN di Terengganu.
BN kemudiannya cuba menembus kembali kekalahan mereka dalam PRU15 namun berdepan kekalahan lebih teruk apabila hilang kesemua lapan kerusi Parlimen yang ditandinginya.
Sementara itu, pemimpin PH negeri yang tidak mahu dinamakan mengakui isu dalaman Umno antara punca kekalahan mereka di negeri pantai timur itu
Beliau berkata isu dalaman parti ini bukan hanya membabitkan di peringkat pusat sahaja bahkan di peringkat pemimpin negeri.
“Kalau di peringkat pusat ia berkait dengan faktor jawatan presiden Ahmad Zahid Hamidi tidak dipertandingkan semasa pemilihan.
“Ia memberi kesan kepada mood ahli Umno terutama di peringkat akar umbi dan penyokongnya.
“Kalau di peringkat kepimpinan negeri ini pula disebabkan pembahagian kerusi dan pemilihan calon yang tidak berstrategi,” katanya.
Beliau memberi contoh, BN tetap meletakkan banyak calon yang bukan pilihan penyokong dan akar umbi kerana pernah kalah dan ada juga tidak pernah menang.
“Bagi BN negeri amalan calon dibuat berdasarkan calon budak kita atau erti kata lain calon itu dipilih kerana berada kem yang sejajar dengan pemimpin,” katanya.
Selain itu, BN juga melakukan kesilapan kerana menguar-uarkan pengerusi Umno Ahmad Said sebagai poster boy dalam kempen PRN.
“Walaupun tidak diumumkan calon menteri besar tapi ia memang dijangka Ahmad akan menjadi calon menteri besar.
“Jadi timbul penolakan disebabkan Ahmad pernah ada rekod yang buruk semasa menjadi menteri besar dulu iaitu berkait dengan isu pembaziran wang kerajaan negeri dan banyak projek gajah putih,” katanya.
Beliau juga mengakui penyokong Umno dan PH sendiri tidak boleh menerima gabungan itu.
“Bagi pengundi PH dan pengundi atas pagar dan pengundi kali pertama mereka masih lagi janggal untuk menyokong BN yang masih lagi dibayangi dengan isu rasuah dan korupsi.
“Bagi penyokong Umno pula penolakan itu berlaku kerana kelemahan penerangan kerjasama antara PH dan BN,” katanya.
Penerangan yang dilakukan di peringkat kepimpinan tidak konkrit dan sampai di peringkat bawahan, tambahnya.
Katanya lagi, sokongan BN juga paling teruk di saluran anak muda – menunjukkan golongan itu masih menolak parti itu.
PRN menyaksikan peratusan keluar mengundi di Terengganu sebanyak 70% paling tinggi antara enam negeri.
Sebanyak 930,894 pemilih layak mengundi di Terengganu dalam PRN lalu, termasuk 123,575 orang bagi PRK Kuala Terengganu - TMI

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2023/08/zahid-punca-bn-tersungkur-di-terengganu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Zahid Dan Pemenjaraan Najib Juga Punca Umno Kalah

Isu Zahid Dan Pemenjaraan Najib Juga Punca Umno Kalah

papar berkaitan - pada 14/8/2023 - jumlah : 384 hits
malaysiakini comDiterbitkan Aug 13 2023 Selain kerjasama Umno dengan DAP melalui Pakatan Harapan isu Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi serta kedudukan Najib Razak yang kini meringkuk di penjara memberi kesan kepada BN pada enam pilihan raya ...
Zahid Langgar Janji No Anwar No Dap Punca Imej Parti Terjejas Pemerhati

Zahid Langgar Janji No Anwar No Dap Punca Imej Parti Terjejas Pemerhati

papar berkaitan - pada 16/8/2023 - jumlah : 285 hits
agendaily com16 08 2023Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Tindakan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melanggar janjinya No Anwar No DAP sebelum ini menyebabkan punca utama imej UMNO terjejas sehingga dijauhi akar umbi sendiri Pemerhati...
Kerajaan Perpaduan Ada Idea Misi Kembang Potensi Ekonomi Di Terengganu Kata Zahid

Kerajaan Perpaduan Ada Idea Misi Kembang Potensi Ekonomi Di Terengganu Kata Zahid

papar berkaitan - pada 10/8/2023 - jumlah : 163 hits
KERAJAAN Perpaduan mempunyai idea misi dan visi yang jelas untuk terus mengembangkan potensi ekonomi di Terengganu kata Timbalan Perdana Menteri Dr Ahmad Zahid Hamidi Beliau berkata ini bagi mewujudkan pelbagai peluang pekerjaan kepada gene...
Hiburan Banyak Kena Tuduh Suami Didakwa Punca Tidak Aktif Bernyanyi Waheeda Amp Akhil Hayy Bersuara

Hiburan Banyak Kena Tuduh Suami Didakwa Punca Tidak Aktif Bernyanyi Waheeda Amp Akhil Hayy Bersuara

papar berkaitan - pada 10/8/2023 - jumlah : 258 hits
Siapa saja yang tidak mengenali penyanyi yang cukup popular dengan lagu Wassini iaitu Waheeda di mana pada masa suatu ketika dahulu pernah tular di industri seni Setelah sekian lama tidak kelihatan Waheeda baru baru ini ditemubual oleh piha...
Nasib Baik Malaysia Tak Dinamakan Ikut Nama Penjajah Ini 4 Nama Negara Punca Dari Kesilapan

Nasib Baik Malaysia Tak Dinamakan Ikut Nama Penjajah Ini 4 Nama Negara Punca Dari Kesilapan

papar berkaitan - pada 15/8/2023 - jumlah : 270 hits
Nasib baik Malaysia tak dinamakan ikut nama penjajah ini 4 nama negara punca dari kesilapan Nama sesebuah negara merupakan satu elemen penting yang menjadi identiti kelompok kepada sesebuah masyarakat Walaupun demikian bukan semua negara du...
Dari Mana Punca Gout

Dari Mana Punca Gout

papar berkaitan - pada 11/8/2023 - jumlah : 173 hits
Fakta Asas Mengenai Dari Mana Punca Gout Gout adalah penyakit yang sering dikaitkan dengan raja raja dan golongan elit di zaman
Raja Bahrin Sikap Abang Besar Punca Ph Bn Kalah Di T Ganu

Raja Bahrin Sikap Abang Besar Punca Ph Bn Kalah Di T Ganu

papar berkaitan - pada 13/8/2023 - jumlah : 231 hits
MalaysiakiniSikap abang besar dikatakan menjadi antara punca gabungan PH BN kalah teruk pada pilihan raya negeri Terengganu Pengerusi PH negeri Raja Bahrin Shah berkata walaupun Terengganu menjadi kubu kuat PAS namun PH BN boleh menang bebe...
Kaedah Pdp Menakutkan Punca Murid Ambil Aliran Sains Merosot

Kaedah Pdp Menakutkan Punca Murid Ambil Aliran Sains Merosot

papar berkaitan - pada 7/8/2023 - jumlah : 181 hits
KUALA LUMPUR Kaedah pembelajaran aliran Sains di peringkat sekolah rendah dianggap menakutkan sekali gus membuatkan pelajar tidak berminat mengikuti aliran berkenaan di peringkat menengah Pensyarah Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan Unive...
Masalah Komunikasi Punca Isu Tular Pesakit Tunggu Lama

Masalah Komunikasi Punca Isu Tular Pesakit Tunggu Lama

papar berkaitan - pada 4/8/2023 - jumlah : 193 hits
Terdahulu tular hantaran di Facebook dipercayai oleh seorang wanita mendakwa ibunya terpaksa menunggu lama di zon kuning Jabatan Kecemasan Hospital Sultan Ismail untuk mendapatkan rawatan JOHOR BAHRU Isu tiada doktor dan pesakit tidak dilay...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Makan Laksa Sarawak Di King Laksa

Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

Perbezaan Rumpai Dan Rumput Laut

10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023