Zahid Md Arip Kata Dengar Isa Dapat Arahan Dari Pm



(Malaysiakini) – Mahkamah hari ini diberitahu, Najib Razak memberi arahan kepada Felda untuk membeli Hotel Merdeka Palace di Kuching, Sarawak selepas Lembaga Pengarah Felda Investment Corporation (FIC) menolak cadangan pembelian hotel Gegasan Abadi Sdn Bhd itu.
Muhammad Zahid Md Arip, 53, yang merupakan bekas pembantu khas kepada bekas pengerusi Felda, Mohd Isa Samad, antara 2011 hingga 2016, mengesahkan FIC menimbang semula pembelian hotel selepas menerima arahan daripada Najib.
“Pada Mac 2014, saya pergi ke parlimen untuk mengiringi Tan Sri Isa (ketika itu menjadi ahli parlimen Jempol).
“Semasa berada di lobi, Tan Sri Isa mendapat satu panggilan telefon, saya terdengar perbualan Tan Sri Isa antara lain beliau berkata: Memang pun BOD (Lembaga Pengarah) FIC sudah tolak… Kalau you suruh, I buatlah… tak ada masalah, apa kata you-lah, I buat.
“Lebih kurang macam itu perbualan yang saya dengar keluar dari mulut Tan Sri Isa,” kata Zahid semasa memberi keterangan dalam perbicaraan kes tuduhan rasuah dan salah guna kuasa Isa berhubung pembelian Hotel Merdeka Palace oleh FIC pada 2014.
Hotel berkenaan dibeli pada harga RM160 juta, atau RM7 juta lebih tinggi daripada harga pasaran.
Nah ambik sikit
“Kemudian, Tan Sri Isa berpaling kepada saya memberitahu: Yid, PM suruh buka balik, kena beli balik hotel Sarawak tu, ni kena panggil Zaid Jalil ini.
“Saya terkejut kemudian berkata kepada Tan Sri Isa: Oh, ya ke PM suruh buka balik?” katanya sambil menambah, mengikut apa yang difahaminya, PM yang dimaksudkan Isa merujuk kepada Najib.
Zahid kini ialah setiausaha politik kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad. Beliau merupakan saksi ke-21 dalam perbicaraan yang berlangsung di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Isa dituduh menerima rasuah RM3 juta daripada seorang bekas pengarah Gegasan Abadi sebagai suapan atas pembelian hotel berkenaan.
Sebelum ini, bekas ketua pegawai eksekutif FIC, Mohd Zaid Abdul Jalil, pernah memberitahu mahkamah bahawa FIC menimbang semula pembelian hotel tersebut selepas diberitahu oleh Isa agar berbuat demikian kerana mendapat arahan “daripada PM”.
Sementara itu, Zahid juga berkata beliau menerima RM10,000 hingga RM50,000 sebanyak beberapa kali daripada Isa selepas menyerahkan wang diberikan oleh Gegasan Abadi kepadanya.
“Kadang-kadang ada dua tiga kali selepas saya menyerahkan wang yang diberikan oleh Haji Ihkwan (bekas pengarah Gegasan Abadi) kepada Tan Sri Isa, beliau menelefon saya dan meminta saya untuk datang ke biliknya.
“Beliau ada berkata: Nah, ambik sikit.
“Tan Sri Isa ada beri saya wang lebih kurang RM10,000 hingga RM20,000 dan ada ketikanya RM50,000 walaupun saya tidak pernah meminta apa-apa daripada beliau,” kata Zahid.
Perbicaraan yang masuk hari ke-14 hari ini diadakan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2020/01/13/zahid-md-arip-kata-dengar-isa-dapat-arahan-dari-pm/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes Isa Samad Zahid Mat Arip Setiausaha Politik Tun M Mengaku Menjadi Tukang Kutip Duit

Kes Isa Samad Zahid Mat Arip Setiausaha Politik Tun M Mengaku Menjadi Tukang Kutip Duit

papar berkaitan - pada 13/1/2020 - jumlah : 793 hits
Zahid Mat Arip adalah merupakan Setiausaha Politik kepada PM Tun Dr Mahathir dan beliau juga merupakan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU Sebelum ini beliau pernah bertugas sebagai Pegawai Khas kepada bekas Pengerusi Felda Tan Sri Isa S...
Nah Ambil Sikit Isa Beri Saya Hingga Rm50 000 Zahid Md Arip

Nah Ambil Sikit Isa Beri Saya Hingga Rm50 000 Zahid Md Arip

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 946 hits
Malaysiakini Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad memberi wang antara RM10 000 hingga RM50 000 kepada bekas pegawai khasnya Muhammad Zahid Md Arip selepas menerima wang daripada bekas Ahli Lem...
Pelukan Diiringi Dengan Ciuman Di Dahi Buat Anak Tersentuh Hati Mudah Dengar Kata

Pelukan Diiringi Dengan Ciuman Di Dahi Buat Anak Tersentuh Hati Mudah Dengar Kata

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 559 hits
Kuasa pelukan ibu tiada tandingannya Sekeras keras hati anak bila selalu dipeluk dan dibelai oleh ibu pasti akan lembut hatinya Bukan setakat itu saja kasih sayang yang diberikan ubat paling berkesan untuk pastikan perilaku anak sentiasa ba...
Firasat Rizky Febian Sebelum Lina Meninggal Sang Mama Sempat Ucapkan Kata Kata Ini

Firasat Rizky Febian Sebelum Lina Meninggal Sang Mama Sempat Ucapkan Kata Kata Ini

papar berkaitan - pada 5/1/2020 - jumlah : 379 hits
Duka mendalam masih dirasakan anak sulung Lina dan Sule Rizky Febian pasca kepergian sang mama Malam sebelum sang mama meninggal dia masih sempat bertemu
Lebih Baik Ph Bincang Tapi Keputusan Ganti Maszlee Terserah Kepada Pm Kata Guan Eng

Lebih Baik Ph Bincang Tapi Keputusan Ganti Maszlee Terserah Kepada Pm Kata Guan Eng

papar berkaitan - pada 5/1/2020 - jumlah : 837 hits
Setiausaha agung DAP merangkap Menteri Kewangan Lim Guan Eng BUTTERWORTH Pakatan Harapan akan mengadakan perbincangan bagi mencari pengganti Maszlee Malik yang meletak jawatan sebagai menteri pendidikan kata setiausaha agung DAP Lim Guan En...
Lina Meninggal Dunia Sule Tulis Kata Kata Menyentuh Penuh Haru

Lina Meninggal Dunia Sule Tulis Kata Kata Menyentuh Penuh Haru

papar berkaitan - pada 4/1/2020 - jumlah : 677 hits
Kesedihan mendalam begitu dirasakan Sule usai kepergian mantan istri Lina Sule bersama anak anak langsung datang ke rumah duka yang berada di Bandung
Kami Beri Percuma Tetapi Kpm Tak Mahu Kata Ytl

Kami Beri Percuma Tetapi Kpm Tak Mahu Kata Ytl

papar berkaitan - pada 5/1/2020 - jumlah : 437 hits
KUALA LUMPUR YTL Communications Sdn Bhd mendakwa Kementerian Pendidikan Malaysia telah melantik tiga penyedia perkhidmatan internet untuk sekolah sedangkan syarikat itu menawarkan perkhidmatan tersebut secara percuma Kami beri percuma tetap...
Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Austrian Avalanche Our 7 Favorite Custom Ktm Motorcycles

Sarapan Sa Pagi Ini Jumaat 19 Dec 2025

Penyakit Jantung Iskemia Terus Jadi Punca Utama Kematian Di Malaysia Selangor Catat Jumlah Tertinggi

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pahang Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pahang Perhebat Usaha Cegah Rasuah

Diskaun Tol 50 Hari Krismas 2025 Tarikh Waktu Pelaksanaan

Kejayaan Mihas Shanghai Jualan Melonjak Melebihi Jangkaan

Paper Cup Viral Kenapa Rekaan Simple Lebih Menarik Pelanggan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


The Lodge Maribaya Bandung Lokasi Aktiviti Menarik Dan Spot Bergambar Cantik

Anugerah Rekod Nilam

Reset Hidup Untuk Tahun 2026 Cara Mulakan Semula Tanpa Tekanan

The Roi Of A Coffee

Fungsi Sleeve Paper Cup Dalam Industri Kafe F B

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan