Zahid Harap Ismail Sabri Dapat Keadilan Macam Saya


malaysiakini.com
Diterbitkan: Mar 7, 2025 9:27 PM
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menegaskan parti itu tidak terlibat dalam siasatan SPRM terhadap bekas perdana menteri, Ismail Sabri Yaakob

Zahid berkata Umno menyerahkan sepenuhnya kepada SPRM untuk menjalankan siasatan tanpa sebarang campur tangan politik dan percaya kepada proses undang-undang untuk menentukan kebenaran.

"Kita menghormati SPRM dan kita harap SPRM berlaku adil dan tentunya profesional di dalam melakukan penyiasatan.

"Secara peribadi saya juga pernah mengalami keadaan itu jelas apabila kes saya dibawa ke mahkamah walaupun pelbagai pihak yang melemparkan pelbagai tuduhan dan sebagainya.
"Akhirnya keadilan telah dapat ditegakkan dan saya harap perkara yang sama akan dapat berlaku di mahkamah dan itulah harapan kita (dalam kes ini)," katanya pada Majlis Santunan Kasih Ramadan 2025 Peringkat Negeri Melaka di Masjid Tanah, Melaka.

Pada 4 Sept 2023, mahkamah melepas tanpa membebaskan (DNAA) Zahid Hamidi daripada 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi.

Ini selepas ketua Bahagian Rayuan dan Perbicaraan AGC, menggariskan 11 alasan bagi menyokong permohonan agar timbalan perdana menteri itu dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) bagi semua 47 pertuduhan.

Dalam pada itu, Zahid hari ini juga merujuk kenyataan Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki yang menjelaskan pendirian parti berhubung isu siasatan SPRM terhadap Ismail Sabri.
Asyraf berkata Umno tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang secara sengaja "mengaitkan, menuduh, atau mencipta persepsi bahawa parti ini mempunyai hubungan dengan kes yang sedang disiasat.”

SPRM telah bercakap dengan doktor Ismail Sabri hari untuk mendapatkan gambaran lebih jelas mengenai keadaan bekas perdana menteri itu dan memastikan dia sihat untuk memberi kenyataan pada tarikh baru itu, iaitu sehari selepas tempoh yang dinyatakan dalam MC berkenaan.

SPRM telah pun menyoal Ismail Sabri selama lima jam pada 18 Feb, sebagai sebahagian daripada siasatan terhadap perbelanjaan untuk kempen promosi Keluarga Malaysia ketika pentadbiran perdana menteri kesembilan itu.

SPRM juga telah merampas RM170 juta dalam pelbagai mata wang dan 16kg emas dari premis yang dikaitkan dengan bekas pembantu Ismail Sabri.
Beberapa hari selepas sesi soal siasat pertama, Ismail Sabri dilaporkan rebah di rumahnya dan dimasukkan ke hospital.

Sehari kemudian pada 23 Feb, anak perempuannya Nina Sabrina berkata bapanya "stabil dan semakin sihat", manakala setiausaha akhbarnya Azran Fitri Rahim dipetik berkata tekanan darah Ismail Sabri meningkat sedikit.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2025/03/zahid-harap-ismail-sabri-dapat-keadilan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Macc Probe Of Ismail Sabri Won T Hurt Umno S Image Or Stability Says Zahid

Macc Probe Of Ismail Sabri Won T Hurt Umno S Image Or Stability Says Zahid

papar berkaitan - pada 13/3/2025 - jumlah : 147 hits
Former prime minister Ismail Sabri Yaakob is being called in as a suspect by MACC in its investigation into four senior officers linked to him that the party would not hesitate to take legal action against anyone who deliberately associates...
Dato Sri Ismail Sabri Biodata Pencapaian Kronologi Kes Sprm

Dato Sri Ismail Sabri Biodata Pencapaian Kronologi Kes Sprm

papar berkaitan - pada 4/3/2025 - jumlah : 253 hits
Ismail Sabri Yaakob merupakan figura penting dalam landskap politik Malaysia terutamanya selepas dilantik sebagai Perdana Menteri ke 9 pada 21 Ogos 2021 Dikenali sebagai pemimpin yang tegas dan berpengalaman Ismail Sabri memainkan peranan u...
Ismail Sabri Suspek Kes Rasuah Pengubahan Wang Haram Azam Baki

Ismail Sabri Suspek Kes Rasuah Pengubahan Wang Haram Azam Baki

papar berkaitan - pada 4/3/2025 - jumlah : 142 hits
PUTRAJAYA 3 Mac Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Tan Sri Azam Baki hari ini mengesahkan bahawa bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merupakan suspek bagi siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram Beliau pa...
Ismail Sabri Has Two Days Mc Macc Defers Questioning To March 7

Ismail Sabri Has Two Days Mc Macc Defers Questioning To March 7

papar berkaitan - pada 5/3/2025 - jumlah : 168 hits
MACC has set Friday March 7 as a new date to question former prime minister Ismail Sabri Yaakob at its headquarters in Putrajaya according to sources Ismail Sabri was initially expected to be present tomorrow to assist in an investigation i...
Kami Siasat Ismail Sabri Tanpa Melihat Kedudukan Tiada Arahan Daripada Sesiapa Amp Bertindak Sendiri Azam Baki

Kami Siasat Ismail Sabri Tanpa Melihat Kedudukan Tiada Arahan Daripada Sesiapa Amp Bertindak Sendiri Azam Baki

papar berkaitan - pada 4/3/2025 - jumlah : 133 hits
Melalui laporan Sinar Harian Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia iaitu Tan Sri Azam Baki menegaskan bahawa pihaknya tidak menerima sebarang arahan daripada mana mana pihak untuk mengarahkan siasatan terhadap bekas Perda...
Ismail Sabri To Give Statement To Macc Tomorrow

Ismail Sabri To Give Statement To Macc Tomorrow

papar berkaitan - pada 5/3/2025 - jumlah : 127 hits
Former Prime Minister Ismail Sabri Yaakob will be at the MACC headquarters tomorrow to assist in an investigation into corruption and money laundering involving him said MACC chief commissioner Azam Baki He said that the Bera MP is expected...
Ismail Sabri Diarah Isytihar Harta Sprm Sita Wang Tunai Rm170 Juta Jongkong Emas Rm7 Juta

Ismail Sabri Diarah Isytihar Harta Sprm Sita Wang Tunai Rm170 Juta Jongkong Emas Rm7 Juta

papar berkaitan - pada 3/3/2025 - jumlah : 232 hits
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri diarah isytihar harta susulan siasatan berkaitan kes rasuah dan pengubahan wang haram Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dalam kenyataan mengesahkan merampas wang tunai RM170 juta dalam pelb...
Ismail Sabri Diarahkan Sprm Isytihar Harta

Ismail Sabri Diarahkan Sprm Isytihar Harta

papar berkaitan - pada 3/3/2025 - jumlah : 249 hits
Ilah Hafiz Azizillahhafiz abdulaziz bh com myKUALA LUMPUR Perdana Menteri ke 9 Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk membuat pengisytiharan harta susulan siasatan berkaitan kes rasuah dan peng...
Top 10 Pink Mercedes Benz Cars

Why Can Israel Have Nukes But Not Iran

Kenapa Kerjaya Sebagai Guru Di Malaysia Menguntungkan

Capital One To Curb Lounge Access For Some Cardholders

Warisan Terakhir Kisah Badak Sumbu Sumatera Malaysia

Makan Di Ebraheem Coffee

Hiburan Lelaki Mengganas Kelar Isteri Hingga Maut Sebelum Ke Rumah Keluarga Mentua Bakar Kereta

Resepi Daging Masak Hitam Raya Haji 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bukan Tak Pandai Tapi Penat Burnout Dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah

Cara Naikkan Page Rpm Blog Strategi Maksimumkan Pendapatan Laman Web Anda

Buy Diamond Chains Malaysia A Guide To Timeless Luxury

Bangi Wonderland Tempat Healing Best Sambil Main Air

Ejen Ali The Movie 2 Kini Filem Animasi No 1 Di Malaysia

Msi Ketua Majelis Syuro Al Muzammil Yusuf Presiden Pks