Zahid Hamidi Terima Suapan Untuk Diri Sendiri Pendakwaan


malaysiakini.com
Diterbitkan: Sep 5, 2022 5:02 PM

Pihak pendakwaan memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah menerima suapan untuk dirinya sendiri

Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Abdul Malik Ayob berkata sumbangan yang diserahkan oleh pegawai Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) kepada Ahmad Zahid adalah secara peribadi dan tidak pernah dibayar ke dalam akaun Umno walaupun bayaran itu dikatakan untuk sumbangan politik.

“Walaupun pihak pembelaan berkata wang itu adalah sumbangan politik, ia tidak dibayar kepada parti politiknya.

“UKSB juga tidak pernah membayar wang itu ke dalam akaun UMNO atau menerima resit daripada pembayaran itu. Tertuduh juga tidak pernah menolak atau menyerahkan wang itu semula apabila wang itu diserahkan kepadanya,” kata Abdul Malik dalam hujahnya di akhir kes pendakwaan.

Beliau berkata keterangan daripada tiga saksi utama termasuk dua bekas Pengarah UKSB iaitu Harry Lee Vui Khiun dan Wan Quoris Shah Wan Abdul Ghani serta Pengurus Pentadbiran UKSB David Tan Siong Sun, yang merupakan saksi pendakwaan ke-15, ke-16 dan ke-17 adalah konsisten berhubung penyerahan wang itu kepada Ahmad Zahid.

“Harry Lee dan Wan Quoris Shah bersetuju ketika memberi keterangan bahawa tertuduh tidak pernah menyatakan jumlah wang yang akan disumbangkan, hanya tertuduh menyatakan bahawa sumbangan itu mesti dibuat secara tunai dan dalam mata wang dolar Singapura.

“Mereka juga bersetuju penghantaran wang itu dilakukan di Country Heights, Kajang atau Seri Satria, Putrajaya dan penyerahan dilakukan pada waktu malam selepas 10 malam. Mereka juga dapat menggambarkan kediaman peribadi atau rasmi tertuduh yang penghantaran dilakukan di kediaman itu,” katanya.

Sementara itu, TPR Zander Lim Wai Keong berhujah mengenai aduan pihak pembelaan bahawa pihak pendakwaan telah bertindak secara tidak adil, bias dan melakukan pendakwaan terpilih terhadap tertuduh.

“Persoalan yang perlu dipertimbangkan oleh mahkamah sama ada hak tertuduh terhadap perbicaraan yang adil telah dilanggar atau tidak,” katanya.

Beliau berkata Ahmad Zahid telah diwakili oleh pasukan peguam yang kompeten, diberi peluang menyoal balas saksi pendakwaan dan diberi peluang untuk membela diri semasa kes pendakwaan serta diberi masa yang mencukupi untuk memfailkan hujahan bertulis.

“Tertuduh juga diberi hak untuk mengemukakan pembelaan secara lisan pada penutup kes pendakwaan dan tanpa keraguan, kes ini dibicarakan di hadapan Yang Arif yang merupakan seorang yang adil dan saksama,” katanya.

Zander Lim juga berhujah bahawa tidak ada pelanggaran hak beliau di bawah Perkara 8(1) Perlembagaan Persekutuan.

“Pertuduhan yang dihadapi tertuduh tidak bersifat diskriminasi, tertuduh diberikan hak prosedur yang sama untuk pelepasan dan pembelaan sama seperti tertuduh lain dalam perbicaraan jenayah tanpa diskriminasi.

“Tertuduh berhak mengemukakan semua pembelaan termasuk memeriksa saksi-saksi pendakwaan,” tambah beliau.

Ahmad Zahid, 69, berdepan 33 pertuduhan menerima suapan berjumlah SG$13.56 juta daripada UKSB untuk dirinya selaku Menteri Dalam Negeri ketika itu bagi melanjutkan kontrak syarikat berkenaan sebagai pengendali Pusat Sehenti (OSC) di China dan Visa Luar Negara (VLN) serta mengekalkan kontrak perjanjian untuk membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat sama oleh Kementerian Dalam Negeri.

Bagi tujuh lagi pertuduhan, Ahmad Zahid didakwa mendapatkan untuk dirinya wang tunai SG$1,150,000, RM3 juta, 15,000 Swiss Franc dan US$15,000 daripada UKSB yang mempunyai kaitan dengan tugas rasmi beliau.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu didakwa melakukan semua kesalahan di Seri Satria, Presint 16, Putrajaya dan Country Heights Kajang antara Oktober 2014 dan Mac 2018.

Pendakwaan akan menyambung hujahan di hadapan Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa esok.

- Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/09/zahid-hamidi-terima-suapan-untuk-diri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zahid Hamidi Selesai Beri Keterangan Selepas 17 Hari Bela Diri Kes Rasuah

Zahid Hamidi Selesai Beri Keterangan Selepas 17 Hari Bela Diri Kes Rasuah

papar berkaitan - pada 31/8/2022 - jumlah : 586 hits
ismaweb netKes rasuah membabitkan puluhan juta ringgit dana YAB yang dihadapinyaKUALA LUMPUR 2 Safar 1444H Selasa Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini selesai memberikan keterangan setelah 17 hari membela diri terhadap kes rasuah memba...
Pru15 Segera Bukan Kerana Takut Hukuman Mahkamah Zahid Hamidi

Pru15 Segera Bukan Kerana Takut Hukuman Mahkamah Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 27/8/2022 - jumlah : 264 hits
Kalau kita menang saya berjanji lagi banyak yayasan yg akan kita tubuhkan
Walau Diperlekeh Zahid Hamidi Dakwa Umno Tetap Evergreen

Walau Diperlekeh Zahid Hamidi Dakwa Umno Tetap Evergreen

papar berkaitan - pada 27/8/2022 - jumlah : 244 hits
ismaweb netTak ikut rentak pembangkang lengahkan PRU15 untuk serang partiBANGI 28 Muharam 1444H Jumaat UMNO tidak akan mengikut rentak pembangkang yang mahu melengahkan Pilihan Raya Umum ke 15 supaya dapat menyusun strategi mempelbagaikan p...
Saya Pilih Diri Sendiri Cha Eunwoo Dedah Mahu Jadi Diri Sendiri Kalau Lahir Semula

Saya Pilih Diri Sendiri Cha Eunwoo Dedah Mahu Jadi Diri Sendiri Kalau Lahir Semula

papar berkaitan - pada 24/8/2022 - jumlah : 363 hits
Baru sahaja sebelum ini kami kongsikan Cha Eun woo bakal terajui drama terbaru Kini Cha Eun woo tampil dalam muka hadapan bagi majalah Cosmopolitan ARTIKEL BERKAITAN Cha Eun woo juga sempat menyertai satu sesi temu bual bersama Cosmpolitan ...
Tular Surat Minta Hakim Percepatkan Kes Zahid Hamidi

Tular Surat Minta Hakim Percepatkan Kes Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 30/8/2022 - jumlah : 314 hits
Tular satu surat yang didakwa dihantar pihak pembelaan kepada hakim bagi mempercepatkan perbicaraan dihadapi Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Dalam satu surat yang dihantar Timbalan Pendakwa Raya Abdul Malik Ayob kepada Setiausah...
Jahanam Duit Negara Tolak Umno Kalau Zahid Hamidi Tidak Letak Jawatan

Jahanam Duit Negara Tolak Umno Kalau Zahid Hamidi Tidak Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 30/8/2022 - jumlah : 343 hits
Dua audit yang dijalankan secara berasingan berhubung pembelian enam Kapal Tempur Pesisir untuk Tentera Laut Diraja Malaysia mendedahkan bahawa kemungkinan terdapat perjanjian antara kontraktor utamanya dan pembuat kapal kontroversi DCNS se...
Saya Tolak Kalau Tahu Sumbangan Yang Diberikan Itu Sumber Dari Kegiatan Haram Zahid Hamidi

Saya Tolak Kalau Tahu Sumbangan Yang Diberikan Itu Sumber Dari Kegiatan Haram Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 30/8/2022 - jumlah : 165 hits
Saya tolak kalau tahu sumbangan yang diberikan itu sumber dari kegiatan haram Zahid HamidiDatuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa sebagai seorang yang beragama Islam beliau akan menolak sumb...
Tak Perlu Mahkamah Tak Perlu Hakim Boleh Bela Diri Di Pentas Parti Sendiri

Tak Perlu Mahkamah Tak Perlu Hakim Boleh Bela Diri Di Pentas Parti Sendiri

papar berkaitan - pada 28/8/2022 - jumlah : 281 hits
Tindakan Umno menganjurkan majlis untuk mempertahankan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak walaupun telah dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta oleh sembilan hakim dikecam oleh pelbagai pihak Bagi mereka walaupun...
Anna Jobling Dan Ibu Gaduh Besar Tergamak Buat Perintah Injuksi Kalau Masuk Penjara Saya Reda

Wanita Mengaku Tak Salah Langgar Cuba Bunuh Anggota Polis

Data Analytics For Business Decisions

Resepi White Macadamia Cake

Bistro Kia Peng Bakal Dibuka Dengan Pelbagai Menu Citarasa Malaysia

Kelantan Jenazah Empat Sekeluarga Dalam Bahadur Di Gua Musang Dikebumikan Dalam Satu Kubur

2 000 Attend Malaysia Bangkit Untuk Gaza Rally At Dataran Merdeka New Straits Times 09 08 2025

Hikayat Batu Belah Batu Bertangkup


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Setiap Kesilapan Boleh Ditegur

Apakah Maksud Perintah Injuksi

Orang Hilang Mereka Pergi Tanpa Jejak Kita Menunggu Tanpa Jawapan

Juar Sulung Raise The Star Malaysia Milik Didie Dan Terima Lagu Baharu Aina Abdul

Mimpikita Cipta Revolusi Melalui Timelapse Rai Perubahan Gaya Pagi Ke Malam Maya

Situasi Apa Yang Perlu Rujuk Ke Unit Kecemasan Hospital Ini Panduan Buat Anda