Zahid Bukan Hero Tak Perlu Dabik Dada Selamatkan Umno Dr M


malaysiakini.com
Diterbitkan: Aug 12, 2024
Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad menempelak Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi yang mengaku berjasa menyelamatkan parti itu daripada diharamkan ketika era pentadbiran PH selepas PRU14

Mahathir menafikan dakwaan Zahid bahawa dia telah cuba untuk mengharamkan Umno, sebaliknya mengingatkan bagaimana parti itu mengalami kekalahan pilihan raya yang paling buruk dan buat kali pertama tersingkir dari Putrajaya.

"Zahid tidak perlu mendabik dada sebagai hero yang menjatuh saya dan menyelamat Umno.

"Zahid bukan hero. Dia hanya seorang yang menghadapi tuduhan dalam mahkamah dan sanggup bekerjasama dengan musuh ketat Umno, iaitu DAP, supaya jadi timbalan perdana menteri demi menyelamatkan dirinya daripada dibicara berkenaan kesalahannya," kata Mahathir merujuk ucapan Zahid ketika mesyuarat bahagian Umno Cameron Highlands baru-baru ini.
Zahid didakwa dengan 47 pertuduhan rasuah yang berkaitan dengan berjuta-juta ringgit dari Yayasan Akalbudi pada 2018, dan diperintahkan untuk membela diri pada Januari 2022.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 4 September 2023, memberikan Zahid pelepasan tanpa pembebasan penuh (DNAA).

Sementara itu, Mahathir juga mengingatkan presiden Umno itu pada sekurang-kurangnya dua pertemuan peribadi, dia telah menasihatkan Zahid bahawa parti itu telah menyimpang dari perjuangan asalnya.

"Oleh kerana perjuangan tidak sama dengan perjuangan asal Umno, hak untuk dikenali sebagai parti Umno sudah hilang.
"Oleh itu adalah lebih baik bagi nama Umno tidak diguna dengan cara membubar parti yang mengguna nama Umno.

"Zahid tidak bersetuju dan tidak membubar partinya yang mengguna Umno," kata Mahathir.

"Saya tidak boleh dijatuh oleh Zahid atau Umno (pimpinan)nya. Parti yang kalah tidak berhak jatuh parti yang menang.

"Selepas berjumpa Zahid kali kedua, beliau cuba jelaskan yang dia tidak bersalah dalam tuduhan rasuah yang disebar umum. Saya jelaskan saya tidak berkuasa membebaskan beliau," katanya lagi
Selanjutnya, Mahathir menegaskan dia telah meletakkan jawatan perdana menteri pada Februari 2020 selepas Bersatu - parti yang diasaskannya selepas keluar Umno - enggan mengikut nasihatnya.

"Pada kebiasaannya apabila seorang pemimpin tidak lagi diberi kepercayaan oleh pengikutnya dia, secara terhormat sepatutnya letak jawatan.

"Dan itulah yang saya lakukan," kata Mahathir yang mencapai usia 99 tahun pada bulan lalu.

Peletakan jawatan Mahathir sebagai perdana menteri dan peristiwa seterusnya yang berkaitan dengan ‘Langkah Sheraton’ akhirnya menyaksikan pembentukan kerajaan PN di bawah Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin, yang pada masa itu bekerjasama dengan BN, PAS, Gabungan Parti Sarawak dan Star.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/08/zahid-bukan-hero-tak-perlu-dabik-dada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zahid Umno Issues Rm100m Claim Against Rembia Rep For Pas Defection

Zahid Umno Issues Rm100m Claim Against Rembia Rep For Pas Defection

papar berkaitan - pada 4/8/2024 - jumlah : 246 hits
Umno has issued a letter of demand to Rembia assemblyman Datuk Muhammad Jailani Khamis seeking RM100 million in compensation following his decision to join PAS Umno president and Barisan Nasional chairman Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi confi...
Gagal Lihat Perubahan Dalam Rakyat Punca Umno Hilang Dominasi Zahid

Gagal Lihat Perubahan Dalam Rakyat Punca Umno Hilang Dominasi Zahid

papar berkaitan - pada 5/8/2024 - jumlah : 162 hits
bharian com myOleh Ogos 4 2024 6 10pmAhmad Zahid merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kota Raja 2024 di Hotel Premiere di Klang NSTP FAIZ ANUARKLANG Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan pertumbuhan ekonomi yang...
Zahid Admits Being Mastermind Behind Dr Mahathir Stepping Down As Pm Says Necessary To Save Umno From Getting Disbanded

Zahid Admits Being Mastermind Behind Dr Mahathir Stepping Down As Pm Says Necessary To Save Umno From Getting Disbanded

papar berkaitan - pada 11/8/2024 - jumlah : 276 hits
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi has today admitted to being the mastermind behind the ousting of Tun Dr Mahathir Mohamad as prime minister Speaking while launching the Cameron Highlands Umno division meeting the deputy prime minister said he ...
Zahid Hero Or Zero

Zahid Hero Or Zero

papar berkaitan - pada 19/8/2024 - jumlah : 301 hits
From Romen BoseI find the ongoing war of words between former prime minister Dr Mahathir Mohamad and Umno president Ahmad Zahid Hamidi over how the nonagenarian s fall from power in 2020 came to pass rather fascinating Mahathir s controvers...
Skandal Jana Wibawa Muhyiddin Mahathir Katakan Zahid Bukan Hero

Skandal Jana Wibawa Muhyiddin Mahathir Katakan Zahid Bukan Hero

papar berkaitan - pada 14/8/2024 - jumlah : 231 hits
CAKAP PUTAR BELIT DARI MAHATHIR Sementara itu Mahathir juga mengingatkan presiden Umno itu pada sekurang kurangnya dua pertemuan peribadi dia telah menasihatkan Zahid bahawa parti itu telah menyimpang dari perjuangan asalnya Oleh kerana per...
Ayob Khan Highlights Muslim Majority In Corruption Cases Urges Against Racial Blame

Ayob Khan Highlights Muslim Majority In Corruption Cases Urges Against Racial Blame

papar berkaitan - pada 9/8/2024 - jumlah : 641 hits
The Deputy Inspector General of Police Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay has thrown down the gauntlet with a bold and unflinching message At a recent integrity focused event Ayob Khan shattered taboos by revealing that the majority of indi...
Rembia Rep Claims Several Ex Melaka Umno Leaders Have Left Party

Rembia Rep Claims Several Ex Melaka Umno Leaders Have Left Party

papar berkaitan - pada 7/8/2024 - jumlah : 264 hits
Rembia assemblyman Datuk Muhammad Jailani Khamis claimed that several former Umno leaders from Melaka have left the party to join Perikatan Nasional Speaking at a ceramah in Serian Jailani alleged that these defectors included the former Al...
Umno Pkr Leaders Mock New Ipr Coalition As Symbol Of Pn S Disunity

Macc Arrests Former Agency Staff Suspected Of Misusing Zakat Funds Meant For 28 Recipients

Quit Cabinet Post If Agc Files Appeal On Sabah Revenue Ruling Ewon Told

Dap Faces Uphill Battle To Hold Sabah S Chinese Vote Amid Growing Sabah For Sabahan Sentiment

Happy Deepavali 2025

Peace No Excuse To Neglect Nation S Defence Says Pm

I Ve Already Told Cabinet Members Not To Appeal Says Ewon

Majlis Khatam Hafazan Perdana


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cara Untuk Jadi Lebih Matang

Safety Wins The Behind The Scenes Standards Keeping Moab Tours Secure

Sarawak Jalin Kerjasama Dengan Korea Selatan Bangun Cip Ai Dan Semikonduktor

Ahmad Jais Untuk Bungamu Lirik

Terima Syarat Putin Atau Rusia Akan Musnahkan Ukraine Kata Dua Trump Kepada Zelenskyy

Dr Reshma Nair Prakash Mrs Universe 2025 3rd Runner Up Dari Malaysia Simbol Kekuatan Dan Kecantikan Wanita Asia