Zafrul Biarlah Dia Pakai Baju Warna Apa Pun



SESUDAH SUBUH 

ISU perletakan jawatan Menteri Ekonomi oleh Rafizi Rami setelah kalah kepada Nurul Izzah Anwar dijawatan timbalan presiden Keadilan, telah dicuri atau diredakan dengan tindakan keluar parti oleh Tengku Zafrul Abdul Aziz. 
Semalam Tengku Zafrul mengeluarkan kenyataan memberi tahu yang beliau telah meletakkan semua jawatan dalam Umno sebagai ahli MKT, ketua Umno bahagian Kota Raja dan juga Bendahari Umno Selangor. Beliau juga keluar daripada Umno. 
Serentak itu beliau memohon untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR). Langkah beliau itu sempat menggoncangkan kolam medsos sepanjang malam tadi dengan pelbagai ulasan dipaparkan. Cerita Zafrul menenggelamkan cerita duka dan lucu Rafizi.
Ada pihak tertentu dalam Umno kesal dan kecewa dengan tindakan Zafrul itu. Setiausaha Agung Umno Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengatakan tindakan Zafrul itu sebagai tidak wajar sekiranya mana-mana parti menerima permohonan Zafrul untuk jadi ahli, apa lagi untuk parti sekerajaan dengan Umno.

Sementara ada pihak lain lebih keras menganggap tindakan Zafrul itu sebagai tidak mengenang budi dan mencadangkan agar beliau ikut lepas jawatan menteri atas alasan beliau dilantik dari quota Umno. Biasalah kalau perasaan itu terluah daripada pihak parti yang ditinggalkan. 

Jika diteliti dan menyelami apa yang berlaku ke atas Zafrul itu ia bukan sesuatu yang mengejutkan pun. Kerana desas desus itu sudah pun kedengaran sebelum ini, hanya tunggu masa sahaja. Telah kedengaran sebelum ini beliau akan menyertai Keadilan untuk membolehkan beliau boleh memainkan peranan penting di Selangor. Hal itu dikaitan dengan pihak istana kononnya beliau akan dilantik menjadi Menteri Besar. 
Sebenarnya tindakan Zafrul itu tidak perlu dikesalkan ataupun dirasakan satu tindakan drastik apa lagi mengejutkan. Baik Umno maupun Keadilan, tidak perlu kaget kerana langkah Zafrul itu tidak memberi apa apa kesan negatif yang besar, serta tidak merugikan. Jika ia dilihat dengan sikap terbuka dan membaca motif disebaliknya, penghijarah Zafrul itu perkara biasa sahaja, dan Umno khasnya tidak pun merasa kesal dan kecewa, malahan perlu merasa bangga kerana kehebatan seorang ahlinya yang ditagihi.

Saya tidak mengenali secara mendalam dengan peribadi Zafrul, hanya mengenalinya sebagai tokoh ekonomi dan kewangan. Kali pertama berjumpa dari dekat dengannya di Jakarta, sewaktu lawatan pertama kali Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Indonesia. Kami bertemu diruang legar hotel penginapan rombongan PM itu. Di sinilah pertama kali saya berintraksi langsung dengannya. 
Antara lain yang saya sempat singgung ketika itu, mempersoalkan kenyataan dan tindak tanduk politiknya yang bagi saya dilihat kurang bijak kerana ia tidak menggambarkan sebagai seorang politik tulen seperti mana dilakukan kebanyakan oleh politis Melayu yang populis. Sebagai reaksi terhadap kata kata saya itu, beliau dengan rendah diri meminta agar membantunya dari konteks politik. Dari sini saya melihatnya seorang yang merendah diri.

Kepincangannya dalam politik itu tidak pelik kerana keberadaanya dalam kerajaan dan parti bukan kerana kompentensi politik, tetapi lebih kepada profesionalisme yang dimiliknya. Beliau seorang tokoh ekonomi dan kewangan yang hebat dikenali di seantero dunia. Dia dikenali sebagai pakar kewangan, ekonomi dan tokoh korporat berpengetahuan luas, ketimbang sebagai ahli politik. Jadi tidak hairan kalau politik beliau agak tempang atau kaku. 
Jemputan ke atasnya untuk menyertai kabinet bukan kerana nilai dan pengaruh politik, tetapi profesionalismenya itu yang tidak ramai memilikinya. Orang bertanggungjawab dan menggilapnya sebagai politis ialah Tan Sri Mahiaddin Yassin. Mahuaddinlah yang mengenali permata yang ada kepadanya dan memberi peluang kepada Zafrul untuk membantu kerajaan Perikatan Nasional dengan melantiknya sebagai Menteri Kewangan, 2020.

Selepas itulah baru orang mengenali Zaful sebagai figura politik. Sebelum ini orang mengenalnya sebagai tokoh korporat dan ahli ekonomi dan perbankan sahaja.
Kehebatan Zafrul dalam hal ini dapat dilihat kepada pembentangan bajetnya di parlimen sewaktu menjadi Menteri Kewangan. Idea, penyelesaian, solusi untuk menjana ekonomi, merangsangkan ekonomi rakyat di era pendamik Covid 19 menyerlahkan kepakarannya dalam aspek ini. Disinilah dia mencatatkan namanya sebagai Menteri Kewangan yang hebat.
Ternyata beliau benar benar menggunakan kepakaran untuk bantu kerajaan dan negara ketika itu. Beliau menjadi nadi utama kepada kerajaan PN. Kepakaran beliau itu dimanfaatkan oleh Ismail Sabri Yaakob apabila Ismail jadi PM kemudian diakui pula oleh Anwar melantiknya menjadi Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia. Keakraban dan kepercayaan Anwar kepadanya sangat tinggi apabila Zafrul tidak ketinggalan dibawa Anwar ke mana sahaja dalam lawatan ke luar negara. 
Keberadaan Zafrul itu boleh disamakan seperti peranan dan kehebatan tokoh tokoh ekonomi atau Menteri Kewangan sebelum ini seperti, Tun Tan Siew Sin, Tengku Razaleigh Hamzah atau Daim Zainuddin.
Apabila diperhatikan itu semua, jelas kemasukannya dalam kerajaan dan politik bukan kerana kepakarannya dalam ehwal politik dan bukan pengaruh atau aura politiknya tetapi kehebatan dalam aspek ekonomi dan kewangan.  

Jadi apabila beliau mengambil tindakan bertukar parti daripada Umno yang disertai sejak tahun 1997 kepada Keadilan tidak ada apa yang mengesankan baik Umno ataupun Keadilan. Keadilan tidak menambah apa-apa pengaruh dengan penghijrahan itu, begitu juga Umno tidak mengalami apa apa kekurangan dengan pelaluannya itu. Bagi Keadikan, kemasukan Zafrul kelak tidak sama gah dan sesemarak dengan berada dan kekalnya Rafizi dalam Keadilan.

Manakala Umno pula tidak kehilangan apa apa dengan penghijrahan Zafrul itu. Beliau bukan tokoh rakyat dalam Umno yang boleh menggelombangkan sokongan dan menarik perhatian Melayu bawahan dengan kekalnya dia dalam Umno. Bagi saya Zafrul tidak banyak menyumbang untuk Umno dengan politiknya dari kalangan orang bawahan kerana aura siasahnya tidak menyerap ke bawah. Beliau tetap dilihat golongan bangsawan.
Kesimpulannya, nilai  yang dimiliki Zafrul ialah profesionalismenya sebagai tokoh ekonomi, tokoh korpiorat berdarjat tinggi, bukan tokoh marheran tempat rakyat menumbang hilai tawa dan bertepuk tampar. Zafrul dengan profesionalisme (al-ihtirafiyyah) yang ada memberi makan rakyat menerusi dulang besar (bajet) bukan bakul rahmah.
Justeru usahlah kesal dan pertikaikan keputusan yang diambil Zafrul tersebut. Dari konteks negara kita memerlukan beliau, dan dari konteks parti dimana beliau berada tidak banyak membantu. Biarlah beliau pakai baju warna apa, asalnya khidmat baktinya tetap kepada negara. [wm.kl. 7:15 am 31/05/2025]

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2025/05/zafrul-biarlah-dia-pakai-baju-warna-apa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zafrul Letak Semua Dan Nak Sertai Pkr

Zafrul Letak Semua Dan Nak Sertai Pkr

papar berkaitan - pada 30/5/2025 - jumlah : 96 hits
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera Pada hari ini saya telah menghantar surat peletakan jawatan saya kepada pucuk pimpinan UMNO Di dalam surat tersebut saya telah menyatakan keputusan saya untuk meletakkan jawatan sebagai ahli Majlis Ke...
Respon Pantas Tengku Zafrul Bantu Selesai Isu Power Bank Peminat Badminton

Respon Pantas Tengku Zafrul Bantu Selesai Isu Power Bank Peminat Badminton

papar berkaitan - pada 21/5/2025 - jumlah : 141 hits
Hari pertama Kejohanan Badminton Malaysia Masters 2025 di Axiata Arena Bukit Jalil kecoh seketika apabila seorang penonton mendakwa tidak dibenarkan membawa masuk power bank ke dalam stadium Ada isu power bank tak dibenarkan bawa masuk Mene...
Tengku Zafrul Keluar Dan Letak Semua Jawatannya Daripada Umno Hari Ini

Tengku Zafrul Keluar Dan Letak Semua Jawatannya Daripada Umno Hari Ini

papar berkaitan - pada 30/5/2025 - jumlah : 135 hits
SHAH ALAM Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengumumkan peletakan jawatan daripada semua jawatan dalam UMNO dan menyatakan hasrat untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat Tengku Zafrul berkata beliau m...
Umno Belum Terima Surat Keluar Parti Zafrul

Umno Belum Terima Surat Keluar Parti Zafrul

papar berkaitan - pada 31/5/2025 - jumlah : 111 hits
Terdahulu Tengku Zafrul Aziz berkata surat peletakan keahlian Umno serta jawatan telah dihantar kepada pucuk pimpinan parti Asyraf Wajdi Dusuki berkata Umno memandang serius niat peletakan jawatan dan keluar Umno Tengku Zafrul Aziz dan ingi...
Tengku Zafrul Umum Keluar Umno Asyraf Wajdi Sahkan Belum Terima Surat Rasmi Amat Tidak Wajar

Tengku Zafrul Umum Keluar Umno Asyraf Wajdi Sahkan Belum Terima Surat Rasmi Amat Tidak Wajar

papar berkaitan - pada 31/5/2025 - jumlah : 123 hits
Baru baru ini UMNO memaklumkan bahawa parti itu belum menerima sebarang surat rasmi berhubung peletakan jawatan oleh YB Senator Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz seperti yang diumumkan di media sosial beliau Menerusi satu han...
Ayam Gunting Dan Enoki Goreng Crispy Pedas

Recommended By

Salam Maal Hijrah 1447h Untuk Tahun 2025

Ready To Rip A Sublime Yamaha Rd350 Street Tracker From Virginia

Cara Langgan Starlink Di Malaysia Panduan Lengkap 2025

From Panel To Screen Why Webtoons Are Hollywood S Next Blockbuster Pipeline

Seni Resin Art Keindahan Teknik Dan Kenapa Makin Ramai Jatuh Hati

Malaysian Couple Defy Norms Celebrate Love Despite Disability


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jyp Entertainment Dikecam Teruk Akibat Prestasi Carta Yang Mengecewakan

Masalah Akses Tercetus Kenapa Anda Tidak Dapat Mengakses Laman Ini

Tun M Keletihan Lepas Kayuh Basikal 9km Sempena Sambut Kelahiran Ke 100 Janganlah Bagi Dia Aktiviti Lasak

Ikut Campur Masalah Keluarga Punca Penyanyi Lagenda Serang Shila Amzah Suspek Tak Puas Hati

Atlet Tenis India Maut Ditembak Bapa Empat Kali Ketika Sediakan Sarapan

22 Years Fighting To The Top 3 Years To Lose The People