Zaanse Schanz Koog Zandijk Holland Day 2
Assalamualaikum.
Kami memulakan trip hari kedua dengan membawa luggage-luggage yang berat sambil berjalan kaki menuju Iamsterdam Landmark ditemani dengan semangat yang padu dan jiwa yang kental untuk mendapatkan shot yang lawa di situ. Perjalanan daripada hostel ke Iamsterdam landmark mengambil masa dalam 15 minit. Semput gak lah iolls berjalan.
Ini view hari pertama sampai di Amsterdam. Waktu Tengahhari. View 2nd day. Waktu pagi. Tapi Mayyah pulak photobomb aku. -__-
Better lah kan ? daripada gambar first day yang ramai sangat orang tu.
Lepas semua orang dah berpuas hati dengan shot masing-masing. Kitorang naik tram ke Amsterdam Central Station. Tiket GVB one-day dah tamat tempoh. So, kitorang beli satu one-pass tiket berharga 2.9 Euro. Di Amsterdam Central Station, semua luggage-luggage yang berat tu (yang ada beras dalam 4kg, berahim, serunding, etc) semua masuk ke dalam locker. 1 locker besar dalam 10 Euro and kitorang berlima ambil 3 locker. Pada pendapat aku, Locker di Amsterdam memang agak mahal berbanding tempat-tempat yang lain.
View windmill dari jauh. Time ni weather sangat best. Nyaman je. Tak panas sangat. Tak sejuk sangat.Take note esp student yg nak travel. Make sure bawa debit card/credit card yg ada duit. Kalau takde duit, xdapek nak tolong lerr and make sure card tu activated for international transaction takut jadi apa-apa. Contohnya macam ni: Locker ni cuma boleh sewa and bayar menggunakan credit/debit card je. Cash tak diterima. Fuwh, nasib baik sis pusing europe time 4th year. Matang sikit lah nak handle situation macam ni. Kalau kena macam ni time jenjalan Turkey tu tak tahulah! (Masa 1st year dulu dah lah amatur bab-bab card bank and saving ni, sis bawak cash je kat tangan)-- tu yang hilang handphone time travel tu. iCRY!!! Hmm, Bila dah besar sikit, baru sedar kepentingan benda-benda ni
Perjalanan dari Amsterdam Central Station to Koog Zandijk by train mengambil masa dalam 20minit. Return ticket pula berharga 5.10 Euro. Kitorang menuju ke Zaanse Schans, Koog Zandijk sebab di sini terletaknya Cultural Village orang Belanda and kat situ terletaknya windmill. Windmill ni memang benda wajib yang perlu tengok bila dah sampai Holland.
Bagi siapa yang pernah baca novel aA+bB, mesti lagi rasa...oh bestnya Holland! hahaha. sebab watak Addin terserempak dengan Benz Aliff dekat Holland. Bhahaha. Okay, kalau nak faham kena baca novel tu
Basically, dekat Zaanse Schanz ni kitorang ambil gambar dan bersiar-siar dengan sangat santai, sebab ehehe ! Memang saje je aku bagi itinerary hari ni santai dan lepak, biar bagi peluang ambil gambar banyak-banyak dekat sini. Cantik kot! Oh btw, Aku memang tour guide untuk Holland ni, Elyss tour guide Germany, Mayyah untuk Swiss and Nada and Najaa for Italy. Memang dah siap bahagikan. Chef untuk dua hari ni pun aku. So, dak2 ni kena makan je air tangan aku yang tak seberapa sangat ni. (cett, padahal cuma masak nasi and panaskan lauk berahim je. over!)
Comel sangat rumah-rumah kat sini tau. Walaupun tempat ni tourist attraction tapi ada juga rumah-rumah ni berpenghuni. Ada signboard tulis private property. Pernah time tu, syok-syok ambil gambar pastu sedar ada orang dekat dalam stor luar rumah dia. lol. segan iolls
Antara souvenier yang popular di sini adalah Dutch wooden shoes. Dekat sini ada free museum yang bagi information pasal wooden shoes ni, siap ada demo lagi bagaimana kasut ni dibuat.
Eh, sebenarnya banyak je free museum dekat sini, tapi kitorang tak masuk semua. Sibuk photoshoot dengan buat videoclip. ajet ajet je titeorang. ^_^
Kalau ada orang cari pasal memang sedap je aku sepak ni!!!
Selain tu, bunga tulip and pinggan kaca pun popular gak. Dalam novel aA+bB, ada satu babak pasal bunga tulip ni, walaupun aku rasa menarik tapi aku tak beli pun bunga tulip ni sebagai souvenier. hee
Lepas habis bersiar-siar di Koog Zandijk, kami pulang ke Amsterdam Central Station dan menghabiskan masa yang berbaki di Red Light District sebelum menuju ke German
Red Light DistrictBagi mereka yang teringin untuk ke Holland, Aku memang 100% sarankan untuk ke Zaanse Schans ni sebab dekat sini memang dapat experience Holland as a whole. Plus, masuk percuma! Siapa je tak suka benda free. Plus, environment dia memang tip top. *sengihlebar*
Thank You For Reading :)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://sinuhadentist.blogspot.com/2016/10/zaanse-schanz-koog-zandijk-holland-day-2.html