Yusof Haslam Mohon Sarah Tidak Failkan Penceraian





Yusof Haslam masih berharap Sarah ubah keputusan, pujuk menantu jangan minta cerai. Rasa kasih dan sayang kepada menantu membuatkan Datuk Yusof Haslam memujuk agar Puteri Sarah mempertimbangkan keputusannya meminta cerai

Puteri Sarah yang sebelum ini memaklumkan akan membuat permohonan cerai Isnin akan datang di mahkamah syariah nekad dengan keputusannya selepas berbincang dengan keluarga

Memetik laporan Berita Harian, penerbit popular, Datuk Yusof Haslam memujuk menantu, Puteri Sarah Liyana agar menimbang semula keputusan mahu menuntut cerai daripada anaknya, Syamsul

Akur pendirian dibuat Puteri Sarah seperti yang diumumkan semalam, Yusof bagaimanapun menaruh harapan agar perceraian anak dan menantunya itu tidak akan berlaku

Yusof Haslam Masih Berharap Sarah Ubah Keputusan, Pujuk Menantu Jangan Minta Cerai“Walaupun Puteri Sarah hendak tuntut cerai hinggalah proses perceraian itu berlangsung kerana akan mengambil masa (jika berlaku), saya akan tetap mendoakan semoga perceraian itu tidak terjadi

Jika perceraian itu tidak berlaku, saya fikir Syamsul kena banyak buat perubahan dalam hidup kerana hidup ini adalah suatu pengorbanan dan perjuangan,” katanya kepada BH Online

Semalam, BH Online melaporkan, Puteri Sarah, 38, mengesahkan memfailkan perceraian di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, di sini, Isnin ini

Puteri Sarah dilaporkan berkata, dia enggan melengahkan masa dan mahu memfailkan perceraian segera


Selain itu, katanya, keputusan untuk berpisah dibuat atas persetujuan keluarga

Puteri Sarah juga dilaporkan mahu mencari ketenangan dan memulakan hidup baharu

Keputusan Puteri Sarah itu juga disahkan peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili pelakon filem Lu Pikirlah Sendiri de Movie itu

Yusof berkata, sebagai orang tua, dia sentiasa mendoakan supaya ada sinar di hujung terowong di sebalik apa yang berlaku

Bagaimanapun, jika perceraian adalah jalan terbaik dan mampu memberi ketenangan kepada Puteri Sarah, Yusof mengaku, tiada ikhtiar lain yang boleh dilakukan selain terpaksa akur dengan kehendak menantunya itu

Kemelut rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul mula diperkatakan sejak empat tahun lalu

Namun, pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu tidak pernah membuka mulut mengenainya

Susulan pengakuan Syamsul berhubung pernikahan keduanya dengan Ira Kazar di Thailand serta penjelasan di sebalik kontroversi terjadi, topik terbabit hangat diperkatakan sehingga ‘trending’ dalam Twitter

Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam yang berusia lima tahun dan Summayah, tiga tahun

- MingguanWanita

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2023/01/yusof-haslam-mohon-sarah-tidak-failkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Puteri Sarah Menantu Kesayangan Saya Yusof Haslam

Puteri Sarah Menantu Kesayangan Saya Yusof Haslam

papar berkaitan - pada 9/1/2023 - jumlah : 350 hits
Pengarah terkenal Datuk Yusof Haslam berkata dia hanya mengetaui berita mengenai perkahwinan kedua anak Syamsul Yusof bersama Ira Kazar selepas menonton video dimuat naik di Instagram
Saya Suruh Dia Pertimbangkan Semula Yusof Haslam Pujuk Puteri Sarah Jangan Bercerai

Saya Suruh Dia Pertimbangkan Semula Yusof Haslam Pujuk Puteri Sarah Jangan Bercerai

papar berkaitan - pada 14/1/2023 - jumlah : 149 hits
Sebelum ini kita dapat lihat bapa kepada pelakon Syamsul Yusof iaitu Datuk Yusof Haslam menitiskan air mata sewaktu ditanyakan oleh wartawan berkenaan rumah tangga anaknya yang sedang goyah ketika ini Dapat dilihat dalam setiap temubual Yus...
Puteri Sarah Tiba Di Mahkamah Syariah Kl Untuk Failkan Penceraian

Puteri Sarah Tiba Di Mahkamah Syariah Kl Untuk Failkan Penceraian

papar berkaitan - pada 16/1/2023 - jumlah : 165 hits
Pelakon Puteri Sarah Liyana telah hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi menfailkan permohonan cerai terhadap pengarah tersohor Syamsul Yusof Dia yang ditemani adik beradiknya dilihat hadir dengan berpakaian serba h...
Datuk Yusof Haslam Restui Hajat Syamsul Kahwin Puteri Sarah

Datuk Yusof Haslam Restui Hajat Syamsul Kahwin Puteri Sarah

papar berkaitan - pada 18/1/2023 - jumlah : 157 hits
KUALA LUMPUR 13 Jan Pengarah dan penerbit filem terkemuka Datuk Yusof Haslam merestui hajat anaknya Syamsul Yusof untuk memperisterikan pelakon Puteri Sarah Liyana lapor lapor Sinar Harian Menurut Yusof keluarganya telah pun bertemu dengan ...
Hiburan Putar Belit Cerita Selagi Boleh Puteri Sarah Minta Syamsul Yusof Jangan Play Victim

Hiburan Putar Belit Cerita Selagi Boleh Puteri Sarah Minta Syamsul Yusof Jangan Play Victim

papar berkaitan - pada 11/1/2023 - jumlah : 307 hits
Sebelum ini pengarah Syamsul Yusof telah memuat naik sebuah hantaran video di laman Instagram susulan permintaan isteri pertamanya yang mahu dilepaskan kerana tidak rela dimadu Menerusi video tersebut pengarah berusia 38 tahun itu menjelask...
Tak Tahan Dimaki Punca Syamsul Yusof Block Puteri Sarah Elak Gaduh

Tak Tahan Dimaki Punca Syamsul Yusof Block Puteri Sarah Elak Gaduh

papar berkaitan - pada 11/1/2023 - jumlah : 212 hits
Nampak gayanya kemelut rumah tangga pengarah tersohor Syamsul Yusof dan isteri pertamanya Puteri Sarah Liyana masih belum berjaya menemui titik noktah Terbaharu pengarah berusia 39 tahun itu tampil menjelaskan tindakannya menyekat nombor is...
Tanggungjawab Suami Bukan Semata Bagi Duit Kec3wa Dengan Syamsul Air Mata Yusof Haslam Gvgur

Tanggungjawab Suami Bukan Semata Bagi Duit Kec3wa Dengan Syamsul Air Mata Yusof Haslam Gvgur

papar berkaitan - pada 11/1/2023 - jumlah : 198 hits
Tindakan pengarah sensasi Syamsul Yusof dan Ira Kazar kahwin senyap senyap di negara Thailand membuatkan ramai orang kec3wa termasuk isteri pertama pelakon Puteri Sarah Liyana dan keluarga kedua belah pihak
Saya Kesal Kenapa Simpan Rahsia Sampai Empat Tahun Yusof Haslam

Saya Kesal Kenapa Simpan Rahsia Sampai Empat Tahun Yusof Haslam

papar berkaitan - pada 8/1/2023 - jumlah : 141 hits
Hangat diperkatakan mengenai pernikahan anaknya pengarah terkenal Datuk Yusof Haslam mendakwa hanya mengetahui berita Syamsul Yusof berkahwin dengan Ira Kazar di Thailand selepas dimaklumkan oleh rakannya
Hiburan Hari Majlis Merisik Pun Nak Gaduh Rakan Puteri Sarah Dedah Sikap Syamsul Yusof Yang Sebenar

Hiburan Hari Majlis Merisik Pun Nak Gaduh Rakan Puteri Sarah Dedah Sikap Syamsul Yusof Yang Sebenar

papar berkaitan - pada 5/1/2023 - jumlah : 231 hits
Masih belum selesai kemelut rumah tangga antara pelakon Puteri Sarah Liyana dan suami pengarah Syamsul Yusof kerana ia masih diperkatakan netizen dan dalam proses urusan mahkamah Baru baru ini sebuah portal hiburan melaporkan bahawa rakan k...
Big Wins At Home The New Era Of Online Gaming With Pakgames

Internet Impact On Fiction Writers Share Their Insights

Patricia Lockwood Embracing The Internet As Real Life

Silap Faham Lagi Bahaya Dari Tidak Faham

7 Tempat Simpan Duit Raya Anak Yang Terbaik

Ketua Komunikasi Deel Berhenti Ketika Tergugat Dalam Kes Skandal Perisikan Dengan Rippling

6 Perbahasan Sekitar Puasa 6 Hari Di Bulan Syawal

Ni Bukan Carbonara Asli Tapi Resipi Ni Confirm Sedap Sangat


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pelajar Sekolah Wajib Pakai Pin Lencana Jalur Gemilang

Iwan Fals Aku Bukan Pilihan Chord

Senarai Ipad Terbaru 2025 Dan Spesifikasi Lengkap Semua Model Ipad Latest

Tarif Trump Penerangan Kesan Ke Atas Malaysia

Speed Read A Hartford Vr150 Flat Tracker From Taiwan And More

Makan Di Restoran Aroma Mentarang Bakar