Youtuber Jana Income Dengan Productlink
Anda youtuber ? Jika anda youtuber anda boleh menjana pendapatan dengan menyertai productlink affiliate. Jika di youtube ada syarat yang perlu dipatuhi untuk monetize akaun youtube anda untuk menjana pendapatan. Berbeza dengan productlink anda hanya memerlukan akaun youtube sahaja.
Bagaimana sertai Productlink?
Mudah sahaja , pertama sekali anda perlu mendaftar di productlink kemudian anda perlu create productlink dan letak link tersebut pada description video anda di youtube.
Cara untuk create productlink
Berikut Cik iena kongsikan cara untuk anda create productlink.
1. Klik button create productlink di bahagian atas sebelah kanan.
Klik button create productlink di bahagian atas sebelah kanan.
2. kemudian akan keluar form seperti dibawah.
3. Pilih video youtube anda, kemudian copy
Pilih video youtube anda, kemudian copy
4. Paste link youtube video anda di bahagian Choose / Add Video Placement dan pilih category serta country seperti gambar dibawah.
5. Kemudian anda buka shopee atau lazada, cari produk yang anda nak promote. Sebagai contoh hand sanitizer. Copy url product tersebut
6. Paste link product tersebut di bahagian Add Products dan kemudian tekan button +
Paste link product tersebut di bahagian Add Products dan kemudian tekan button +
7. Kemudian klik Create link
Kemudian klik Create link
8. Kemudian akan popup page seperti di bawah dan anda boleh klik copy, kemudian pergi ke video youtube anda dan paste di ruangan description.
Berikut Cik iena kongsikan Video yang cik iena dah letak productlink di youtube.
https://www.youtube.com/watch?v=QWJwBknXWT0&t=8s https://www.youtube.com/watch?v=lDppEwu4AVM&t=5s https://www.youtube.com/watch?v=2whebSDo6ok&t=302s
Untuk pengetahuan, anda boleh gunakan product link yang sama untuk di letak di video-video yang lain . seperti 3 contoh video Cik iena diatas.
VIDEO TUTORIAL DARI PRODUCTLINK
Tips untuk jana pendapatan di Productlink
Sekiranya anda ada buat video review product di youtube, anda boleh create link product tersebut dan paste di ruangan description video tersebut.
Ataupun anda juga boleh create product lain yang sedang viral dan memang orang cari seperti face mask dan hand sanitizer. Anda boleh rujuk video contoh yang cik iena sertakan diatas.
Kongsikan juga product link anda di laman social anda seperti facebook, twitter dan juga instagram.
Sekarang kan ramai yang prefer beli online jadi anda boleh ambil kesempatan ini untuk cari produk-produk yang boleh di beli secara online dan anda create productlink tersebut dan kongsi di youtube mahupun laman social anda.
Selain daripada itu, anda boleh lihat report video anda yang mana mendapat banyak view untuk tempoh masa terdekat , kemudian anda letakkan productlink dalam description video tersebut.
Dari segi berapa persen dapat komisyen tu iena akan update kemudian, Iena dah tanya person incharge tapi mereka tunggu team yang sewajibnya untuk jawab persoalan-persoalan cik iena.
Okay sekian perkongsian Cik iena untuk hari ni. memandangkan ramai yang PM request tutorial. iena buat lah yang simple je sebab iena tengah mood work from home, tengah banyak kerja sekarang ni :D
Okay jangan lupa daftar di productlink. Antara youtuber pertama cik iena ajak buat affiliate ni adalah broframestone dan cik iena rasa diapun tengah berkobar2 nak buat affiliate ni selepas dia berputus asa tempoh hari hahahaha..iena ni sejenis tak putus asa. iena akan kaji how to earn komisyen dan bila berjaya iena akan ajak kawan sama2 berjaya. Kenapa iena ajak broframestone first sebab dia suka belajar affiliate dari iena. iena dari dulu memang suka affiliate dan sampai sekarang iena buat affiliate.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ienaeliena.com/2020/03/youtuber-jana-income-dengan-productlink.html