You Have Been Phubbed
Sama ada anda sedar atau tidak, you have been phubbed!
Apa tu? Kerana fenomena ini kerap sangat berlaku, dunia sampai memerlukan perkataan khusus untuk menggelarkannya. Kini perkataan phubbing secara rasmi telah dimasukkan di dalam kamus bahasa Inggeris di pelbagai negara.
Korang pernah dengar tak istilah phubbing? Gabungan perkataan phone dan snubbing. Phubbing ialah tingkahlaku tidak mengendahkan orang lain yang ada bersama kita kerana sibuk melihat phone. Meskipun fungsi phone adalah untuk berkomunikasi tapi bukan bererti kita meninggalkan cara berkomunikasi tatap muka face-to-face dan melakukan semuanya dengan phone.
Bosannya kalau camni
Credit: Pinterest
Biasakan kita lihat fenomena begini. Terutama di restoren. Di sebuah meja makan ada 4 beranak sedang tunggu makanan. Ibu ayah sedang khusyuk melihat phone. Baca whatsapp group le tu. Anaknya seorang lelaki dan seorang perempuan (remaja) termangu-mangu nak berborak dengan ibu ayah. Mereka cuba bercakap dengan ibu ayah. Barangkali ingin berkongsi cerita tapi kesian tidak dilayan. Sesekali ibu bapa menjawab. Mata masih menatap phone!
Pendidikan melalui tauladan. Di sebuah meja yang lain pulak ibu ayah termangu-mangu kebosanan. Mata anak-anak ralit melekat pada phone dan tangan khusyuk scrolling Facebook & Instagram tanpa mengendahkan persekitaran! Anak kecil yang berusia 3-4 tahun ralit melayan video Upin & Ipin di meja makan. Bila tidak diberi mengamuk di meja makan. Begitulah situasi terkini.
Ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.Credit: Beekee.com
Saya juga dulu begini👻 awal-awal kemaruk demam media sosial. Sampailah ditegur oleh ibu kesayangan. Ibu jenis yang tak tengok phone sebab tiada facebook & tiada instagram! Dari abahnya sampailah anak menantu di meja makan (bila makan-makan kat luar) ralit tengok phone sementara menunggu makanan tiba. Di manakah komunikasi sesama keluarga? Terima kasih ibu. Teguran yang kecil namun berimpak tinggi!
Alhamdulillah sejak itu serba-sedikit saya cuba detox phone dalam kehidupan supaya tidak menjadi seorang phubber. Cegah sebelum terlambat! Bila balik luangkan masa bersama family tersayang phone letak dalam bilik. Bila keluar makan bersama keluarga phone maintain dalam handbag. Keluar berdua makan bersama suami hujung minggu, suami dah letakkan syarat no scrolling facebook & instagram. Begitu juga belah malam hari. Lebih banyakkan berbual. Rupanya banyak topik boleh dibincangkan bila detox phone dalam kehidupan. Aleesya juga dari kecil tidak diajar melihat video di phone ketika makan bersama keluarga. Petah berbicara. Jadi penyeri dan pemeriah suasana.
🙅 jangan jadi camni plis
Azam 2019 untuk teruskan detox media sosial. Stop phubbing bila sedang berhadapan atau sedang dalam pertemuan supaya berinteraksi lebih baik pada keluarga, kawan, saudara mara dan lain-lain. Hargai orang-orang di sekeliling kita.
InshaaAllah!
P/S: Berapa lama masa korang boleh untuk 'tidak melihat' phone?
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.azyyatiliah.com/2018/12/you-have-been-phubbed.html