Yoodo Tunjukkan Rasa Cinta Terhadap K Pop
Yoodo Tunjukkan Rasa Cinta Terhadap K-POP
Yoodo Tunjukkan Rasa Cinta Terhadap K-POP | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Baru-baru ini, MOMI menghadiri sesi Yoodo K-Leisure Session bersama Blogger dann wakil Yoodo secara atas talian. Sesi ini menerangkan mengenai kelebihan menggunakan Yoodo dan Yoodo menyokong peminat K-POP. Apa yang menarik tentang Yoodo ini? Mari MOMI kongsikan.
Yoodo Tunjukkan Rasa Cinta Terhadap K-POP
Mengenai Yoodo
Yoodo merupakan satu-satunya syarikat telekomunikasi dengan pelan tanpa had dan tiada cas tersembunyi serta tiada kontrak. Yoodo juga ada menawarkan kombinasi pelan yang sesuai mengikut pihan korang. Semuanya ada disenaraikan di laman web Yoodo sebagai rujukan dan panduan. Untuk pengetahuan anda, Yoodo beroperasi menggunakan rangkaian Celcom dengan liputan 4G terluas di Malaysia.
Sekiranya anda ingin beli SIM secara luar talian, anda boleh dapatkan di 4 lokasi utama Yoodo yang sah iaitu:1. Cawangan Blue Cube Celcom terpilih2. EasyParcel PgeonPoint3. BH Petrol 4. Petronas
Yoodo Tunjukkan Rasa Cinta Terhadap K-POP
eSIM YoodoTiada Kad Sim? Tiada masalah. Anda boleh menggunakan eSIM dimana ia adalah cip yang tersedia dan berfungsi sama seperti SIM fizikal. Pengaktifan menggunakan eSIM adalah lebih mudah dan boleh digunakan beserta dengan SIM fizikal. Hanya model telefon pintar terpilih saja seperti Android dan iOS yang boleh menggunakan eSIM. Dengan hanya memuat turun aplikasi Yoodo, pengguna dah boleh aktifkan sendiri SIM dengan membuat pilihan eSIM.
4 Sebab Kenapa Anda Mesti Pilih Yoodo?Berikut adalah empat sebab kenapa anda mesti pilih Yoodo :
1. Sesuaikan sendiri pelan tanpa had. Anda boleh memilih kelajuan data, kuota hotspot, panggilan dan SMS mengikut keperluan
2. 12 jam 100GB untuk hanya RM10
3. Perbaharui pelan telefon bimbit anda pada bila-bila masa tanpa risau tentang bayaran bulanan anda
4. Dapatkan ganjaran apabila anda beli 'Add-On' dan percuma 1 'Add-Ons' dengan pembelian 10 Add-Ons. Paket data khas yang memberi anda data berkelajuan tinggi yang tidak tolak daripada pelan mudah alih asas anda.
Yoodo Tunjukkan Rasa Cinta Terhadap K-POP
Showing Kpop Some Love with #SaranghaeYoodoSelain pakej yang best, Yoodo juga merupakan antara syarikat telekomunikasi di Malaysia yang sangat aktif memberi sokongan kepada komuniti seperti K-POP, e-sukan, muzik dan hiburan serta sukan. Selain e-sukan, K-POP juga adalah salah satu tarikan Yoodo dengan memperkenalkan #SaranghaeYoodo. Yoodo tidak melepaskan peluang untuk meraikan Komuniti yang sangat meminati K-POP dengan menganjurkan aktiviti menarik seperti Kpok recap series: Hallyoodo, Concert giveaways: Monsta X & G-Idle, Special screening: BTS documentary screening dan Contest: Lightstick wars, BLINK together with YOODO, K-Pop Kountdown 2021 dan Stray Kids Cupsleeve Event - 2022.
Selain itu, Yoodo turut mengadakan album giveaway iaitu Red Velvet ReVeLuvs BETTER BE (21 Mac 2022) dan NCT Dream Glitch Mode (28 Mac 2022). Satu lagi, Yoodo turut mengadakan "Voting Event K-ount Down" dimana anda boleh undi artis kegemaran anda untuk 'K-pop Act / Artiste of 2021' dan 'Queendom Voting Event' bermula 6 April 2022. Untuk pengguna Yoodo, anda bakal menang album dari 'Top Group' dengan mengundi kumpulan kegemaran anda yang akan diumumkan di Twitter Yoodo
Yoodo Tunjukkan Rasa Cinta Terhadap K-POP
Lebih Banyak Cara Untuk Menjana Dengan YoodoJemput rakan untuk menyertai Yoodo menggunakan kod rujukan unik anda dan anda akan dapat RM20 yang akan dikreditkan ke dalam Yoodo percuma. Rakan anda akan mendapat 7GB data PERCUMA.
Untuk maklumat lanjut mengenai promosi dan tawaran yang menarik dari Yoodo, sila kunjungi laman sesawang yoodo.com.my. Ikuti media sosial mereka di Facebook, Instagram, YouTube dan Twitter.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.rafzantomomi.com/2022/04/yoodo-kleisure-session-2022.html