Year End Concert Mijan
Year End Konsert Mijan diadakan di Kolej Kemahiran Tinggi Mara Sri Gading,Batu Pahat.Kenapa kat Batu Pahat?HQ dan semua cawangan tadika Mijan ni semua di Batu Pahat.Pekan Nanas satu satunya cawangan di luar daerah Batu Pahat.Jadi kamilah kena ke Batu Pahat.Tapi takpe..Enjoy aje.Siap tido resort camp lagi.
Nampak meriah konsertnya dengan kehadiran ibu bapa dari semua cawangan tadika.Mama Yan dan Mijan sampai kat dewan pukul 8 pagi,Lepas tu ayah dia bawa anak anak yang lain keluar jalan jalan ke Pantai Minyak Beku.Malas nak beramai ramai dalam dewan tu,Buat sesak je.MY sorang aje tunggu Mijan dan enjoy semua show anak anak tadika
Mijan punya kumpulan nasyid? 7 orang je yang dapat hadir.Yelah..Jauh kan..Bukan semua ibu bapa dapat hadir.Bukan semua ibu bapa cuti hari Sabtu,Mungkin juga mereka dah ada perancangan yang lebih awal seperti bercuti atau majlis keraian keluarga terdekat.Cuti sekolah dah bermula kan.
Sepanjang persembahan,Mijan menyorok belakang kawannya.Langsung tak menyanyi atau buat apa apa.Kesian Mijan.Dia dah mula stress lama menunggu.
Bila keadaan macam ni,Sangat ketara perkembangan Mijan tak kelihatan normal seperti anak yang seusia dengannya.Tapi lepas bersekolah di Tadika Khalifah Bitara ni,Banyak sangat perubahan Mijan.Sebelum sekolah,Kalau dia merajuk, atau tantrum dia datang,Dia akan hantuk kepala ke lantai dan dinding sampai benjol serupa ikan flower horn,Sekarang,tak pernah langsung menangis hantuk kepala.Dan dah tak pernah berguling lagi.Paling paling dia akan duduk berangkung membantu kan diri tanda protes.Bercakap memang banyak new words.ABC dan one two three dah hafal.
Lepas Mijan buat persembahan,MY keluar dewan sekejap,Alas perut.Mujur masih ada air dan kuih muih di luar dewan.Kecewa ke dengan Mijan?Tak..Tak langsung.MY keluar sebab lama betul menunggu Mijan buat persembahan.tertunggu tunggu buat otak jadi cepat penat.Ditambah pula dengan sorakan dan suasana hingar bingar.exhausted.Itu sifat semulajada seoarang introvert.Boleh je berbising bising dan huha huha..Tapi lepas tu kena charging semula dengan suasana tenang.
Masa adik mijan ni lahir,dia lahir seawal 31 minggu dalam kandungan,Dia sangat kecil dan ada beberapa komplikasi akibat dari penyakit darah tinggi MY.Perkembangannya dalam perut sudah terhenti.Kecil sedikit daripada carta mingguan yang sepatutnya.Lepas lahir,perutnya menolak susu,Jadi dia dipuasakan,Hanya bergantung pada ubat ubatan yang disalur secara terus ke dalam badan.Jantung berlubang, tetapi lubangnya tertutup sendiri selepas beberapa minggu dilahirkan.Jadi,masa tu redha sahaja jika ada komplikasi akibat dari kelahiran pra matangnya.Tetapi alhamdulillah,Dia membesar dengan baik,Takde masalah pendengaran,Takde masalah penglihatan.Takde sebarang penyakit kronik.Itu dah cukup dah bagi Mama Yan.
Hari ni,Semua abang kakaknya bercuti dan ada di rumah,Dia relaks sahaja pergi ke sekolah, tak menangis, tak merajuk.Senyum sahaja disambut cikgunya di hadapan sekolah.Macam tu pun dah buat MY happy,Taut juga kalau dia menangis taknak sekolah sebab semua orang cuti,Tapi Alhamdulillah..Mudah aje nak uruskan tadi.semoga Mijan membesar dengan sihat dan gembira..Itupun dah cukup bagi seorang yang bergelar ibu
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aziankhalil.com/2022/12/year-end-concert-mijan.html