Yb Kafir Mengecewakan Kami Beri Segala Galanya Ini Kamu Balas
Kenapa perlu di ancam agama ini? Sekian lama Islam menaungi tanah air ini, tanpa mengira bangsa, ras dan etnik. Tidak ada satu kekompok pun di tanah air ini yang dipaksa menukar agama atau dihalang dari mengamalkan agama mereka. Bahkan dirai sama meskipun Agama Islam ini statusnya adalah tuan rumah.
Tidak ada halangan rumah-rumah ibadat agam lain dibina. Tidak ada halangan perayaan agama -agama lain disambut.
Tahun Baru Cina, Deepavali, Gawai dan Natal tidak pernah dihalang bahkan diberi cuti. Meriah televisyen dengan ucapan hari perayaan bahkan ada yang berkongsi kemeriahan kerana meraikan sanak saudara yang masih dalam agama yang berbeza.
Mendengar ucapan Ahli Parlimen Batu Kawan sungguh menghiris hati umat Islam di Malaysia. Tuntutan beliau untuk mengiktiraf salah satu dari resolusi Konvensyen Hak Asasi Manusia PBB terang-terangan merupakan satu strategi jahat dalam menghancurkan pengukuhan agama Islam terhadap umat islam.
Resolusi itu sekiranya dipraktiskan di Malaysia akan menggalakkan lagi kes murtad. Dalam masa yang sama ia juga akan membuatkan kanak-kanak islam di bawah umur 18 tahun tidak akan dikira beragama dan mereka akan dibenarkan menganut apa sahaja agama setelah mencapai umur matang dalam perundangan.
Anehnya ahli parlimen tersebut telah menyalahkan sebuah portal berita Ismaweb dan sebuah NGO iaitu Ikatan Muslimin Malaysia ( Isma) serta seorang penulis muda, Ahmad Nu'man atas tuduhan menyebarkan fitnah kepada beliau sedangkan secara terang kata-kata beliau telah dirakam dan direkodkan dalam Hansard dewan.
Terkini beliau dengan bongkaknya memberi tempoh 48 jam untuk kepada Ismaweb untuk menarik semula penulisan tersebut.
Hairan..Sungguh menghairankan. Diusiknya agama islam, bila umat islam berhujah, diugutnya supaya diam. Kebebasan apa yang dilaungkan mereka ini? Kepada ahli parlimen ini saya nasihatkan agar melihat semula keharmonian yang kita kecapi di tanah air selama ini.
Jangan terlalu menjunjung prinsip barat yang punya sekian banyak kepincangan yang diselindungkan dari kaca mata dunia luar. Kita punya negara yang sebelum ini mampu menjadi contoh keharmonian kepada negara lain. kenapa tidak berjuang atas dasar itu, kenapa perlu menjadi suara kepada proksi barat?
Umat Islam di Malaysia hari ini masih punya maruah. Kami bukan bangsa pengecut atau dayus. Mempertahankan agama keturunan kami adalah sebahagian dari apa yang kami perjuangkan. Dengan apa yang telah engkau tuturkan, sepatutnya kamilah yang memberi tempoh 48 jam kepada kamu untuk menarik semula kata-kata kamu atau berhadapan dengan kemarahan umat islam di Malaysia.
Asmadi Abdul SamadI am muslimBaju Kurung Edisi 2016 ni terlajak laris.
Baju Kanak-Kanak Harga Murah
Jubah raya cantik dan murah !!
Green Hijab memang Ohsem memang cair.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://1malaynews.blogspot.com/2018/10/yb-kafir-mengecewakan-kami-beri-segala.html