Lenggong Saksi Letusan Gunung Berapi Dahsyat Dalam Sejarah Manusia Moden


Lenggong Saksi Letusan Gunung Berapi Dahsyat Dalam Sejarah Manusia Moden
Malaysia sememangnya kaya dengan sejarah serta tinggalan bernilai yang masih belum diketahui ramai.
Salah satu lokasi penting yang sering menjadi tumpuan pengkaji sejarah dan arkeologi ialah negeri Perak, khususnya kawasan Lenggong.
Umum mengetahui bahawa Lenggong telah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO, berikutan pelbagai penemuan prasejarah yang tersimpan di kawasan itu sejak ribuan tahun lalu.
Namun, tidak ramai yang mengetahui bahawa Lenggong juga menyimpan rekod fenomena alam yang pernah hampir mengancam kewujudan manusia pada zaman dahulu.
Penemuan Debu Letusan Gunung Berapi Toba di Lenggong Baru-baru ini, seorang wanita menerusi laman TikTok @adilaibrahimai mencuri perhatian apabila berkunjung ke Geotapak Debu Toba di Bukit Sapi, Lenggong.
Mana tidaknya, barangkali masih ramai yang tidak tahu akan kewujudan tempat ini yang menjadi saksi kepada peristiwa besar dalam sejarah manusia.
@adilaibrahimai Debu akibat letusan Supervolcano Toba 74000ribu tahun yg lalu akibatnya suhu bumi turun lebih, haiwan & tumbuhan banyak yg pupus. #travelperaklah #tourismperak #lenggongperak
♬ Groovy Gold – Matt Beilis

Letusan Gunung Berapi Toba di Tasik Toba, Sumatera, yang berlaku kira-kira 74,000 tahun lalu, merupakan letusan gunung berapi paling besar dalam sejarah manusia moden.
Melalui kaedah penentuan usia Ar40/Ar39, saintis mengesahkan bahawa letusan ini berlaku dalam skala yang sangat besar.
Akibatnya, jejak debu daripada letusan tersebut tersebar ke seluruh rantau Asia, termasuk Malaysia. Malah, kesannya turut dikesan di India, Afrika dan Antartika.
Kesan daripada letusan dahsyat itu telah meninggalkan lapisan debu setebal enam meter yang masih boleh dilihat di beberapa kawasan di Lenggong sehingga hari ini.
Menurut Lenggong Geopark, debu yang dikenali sebagai Debu Toba ini mempunyai komposisi riolit dan mengandungi mineral seperti kuarza, zirkon, turmalin dan mika.
Penemuan ini membuktikan bahawa Malaysia turut terkesan secara langsung oleh bencana alam yang hampir membawa kepada kepupusan manusia pada waktu itu.
“Penentuan usia dengan kaedah Ar40/Ar39 berusia sekitar 74,000 tahun bersesuaian dengan letusan mega terakhir volkano Toba di Sumatera Utara.
“Letusan volkano Toba adalah antara letusan terbesar pernah direkodkan dalam sejarah manusia moden dan mempunyai impak global sehingga hampir menyebabkan kepupusan manusia awal,” jelas Lenggong Geopark. Lebih menarik, terdapat juga penemuan alat-alat batu prasejarah di kawasan Kota Tampan, berhampiran lokasi geotapak ini.
Ia membuktikan tempat tersebut pernah didiami oleh masyarakat Paleolitik. Ini sekali gus menunjukkan mereka telah menetap di kawasan itu sebelum letusan gunung berapi berlaku.
Letusan besar tersebut dipercayai telah memberi kesan besar kepada penduduk awal hingga menyebabkan perubahan drastik dalam struktur populasi manusia purba.
Untuk info, geotapak yang mengandungi tinggalan Debu Toba ini kini berada dalam Zon Penampan Tapak Warisan Dunia UNESCO. Ia juga dipelihara di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005.
BACA: Padang Stadium Darul Makmur Kini Bertaraf Dunia, Diiktiraf FIFA
BACA: Bendera One Piece Trending Di Indonesia, Rupanya Ini Sebabnya
BACA: Muhammad Kekal Nama Paling Popular Di England, Wales – ONS
Sumber : TikTok @adilaibrahimai, Lenggong Geopark
The post Lenggong Saksi Letusan Gunung Berapi Dahsyat Dalam Sejarah Manusia Moden appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/08/03/lenggong-saksi-letusan-gunung-berapi-dahsyat-dalam-sejarah-manusia-moden/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gunung Berapi Russia Meletus Selepas Gempa Bumi Dahsyat

Gunung Berapi Russia Meletus Selepas Gempa Bumi Dahsyat

papar berkaitan - pada 31/7/2025 - jumlah : 215 hits
Gunung berapi Russia meletus selepas gempa bumi dahsyat Gunung berapi Klyuchevskoy meletus semalam X MOSCOW Sebuah gunung berapi di Timur Jauh Russia meletus semalam beberapa jam selepas gempa bumi mega mendorong pemindahan dan amaran tsuna...
Gunung Berapi Krasheninnikov Meletus Buat Kali Pertama Sejak 600 Tahun

Gunung Berapi Krasheninnikov Meletus Buat Kali Pertama Sejak 600 Tahun

papar berkaitan - pada 4/8/2025 - jumlah : 180 hits
Gunung Berapi Krasheninnikov Meletus Buat Kali Pertama Sejak 600 Tahun Sebuah gunung berapi di timur Rusia Gunung Krasheninnikov meletus buat pertama kali dalam tempoh kira kira 600 tahun mencetuskan letusan abu setinggi hampir 29 000 kaki ...
Selepas Dilanda Gempa Kuat 8 8m Giliran Gunung Berapi Di Rusia Pula Meletus

Selepas Dilanda Gempa Kuat 8 8m Giliran Gunung Berapi Di Rusia Pula Meletus

papar berkaitan - pada 31/7/2025 - jumlah : 108 hits
Selepas Dilanda Gempa Kuat 8 8M Giliran Gunung Berapi Di Rusia Pula Meletus Gunung Berapi Klyuchevskoy di Semenanjung Kamchatka Rusia dilapor meletus selepas wilayah itu digegar gempa bumi kuat 8 8 magnitud hari ini Menurut agensi berita ke...
Khairul Aming Cipta Sejarah Lagi 100 000 Paket Rendang Nyet Berapi Sold Out Dalam 78 Saat

Khairul Aming Cipta Sejarah Lagi 100 000 Paket Rendang Nyet Berapi Sold Out Dalam 78 Saat

papar berkaitan - pada 8/8/2025 - jumlah : 147 hits
Pempengaruh dan usahawan terkenal Khairul Aming atau lebih dikenali sebagai KA sekali lagi membuktikan pengaruh luar biasanya dalam dunia keusahawanan apabila berjaya menjual 100 000 paket Rendang Nyet Berapi dalam tempoh hanya 78 saat bers...
Mudah Memohon Ampun Dari Allah Tapi Bagaimana Dengan Manusia

Mudah Memohon Ampun Dari Allah Tapi Bagaimana Dengan Manusia

papar berkaitan - pada 6/8/2025 - jumlah : 135 hits
Sebagai seorang muslim cikla percaya tentang betapa luasnya pintu rahmat dan keampunan Allah Walau sebesar mana pun dosa yang dilakukan Allah tetap menerima taubat hambaNya yang benar benar ikhlas dan bersungguh sungguh memohon ampun Inilah...
Sejarah Jata Negara

Sejarah Jata Negara

papar berkaitan - pada 30/7/2025 - jumlah : 176 hits
Jata Negara Malaysia merupakan lambang rasmi kerajaan Malaysia yang telah diperkenankan dan diwartakan oleh Raja Raja Melayu pada 30 Mei 1952 Reka bentuk Jata Negara telah diusahakan oleh Jabatan Ukur dengan menggunakan enam warna Jata Nega...
Perhimpunan Baju Hitam Ketika Pembangkang Menang Di Jalanan Tapi Kalah Di Meja Sejarah

Perhimpunan Baju Hitam Ketika Pembangkang Menang Di Jalanan Tapi Kalah Di Meja Sejarah

papar berkaitan - pada 30/7/2025 - jumlah : 133 hits
Perhimpunan baju hitam pada Sabtu 26 Julai digembar gemburkan sebagai detik kebangkitan rakyat tanda kemuncak tekanan ke atas Perdana Menteri Ribuan penyokong berpakaian serba hitam membanjiri jalan raya Slogan lantang dilaungkan poster bes...
England Lakar Sejarah Pertahan Kejuaraan Euro

England Lakar Sejarah Pertahan Kejuaraan Euro

papar berkaitan - pada 28/7/2025 - jumlah : 119 hits
England lakar sejarah pertahan kejuaraan Euro BARISAN pemain England meraikan kejayaan memenangi Euro 2025 FOTO REUTERS Basel Chloe Kelly menyempurnakan sepakan penentuan ketika England menewaskan Sepanyol 3 1 menerusi penentuan penalti unt...
7 Cara Jimat Elektrik Tanpa Berkorban Keselesaan

Gempa Bumi Segamat Kerajaan Negeri Johor Saran Masjid Surau Anjur Solat Hajat

Tajuddin S Merdeka Reflection In A Sea Of Faces I Was Never Apart

Perbalahan Antara Dr Akmal Saleh Dan Lokman Noor Adam Apa Kesannya Pada Umno

Menteri Dalam Negeri Kalah Saman Terpaksa Bayar Rm670 000 Kepada Sanusi

Sarapan Nasi Goreng Ayam Bakar Madu

Suzuki Swift Final Edition Warna Hitam Terhad 30 Unit Rm138k

Lirik Lagu Memilih Kamu Black Hanifah Adira Suhaimi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Menu Makanan Melayu Tradisional Di The Nasi Ambeng Seri Kembangan

Kota Belud Indah Dalam Kenangan Terima Kasih Semua Rakan Taulan

Delicious Healthy Ground Turkey Zucchini Recipes

Refleksi Bengkel Q Steam Ibu Bapa Kerangka Fikir Al Quran

Rahsia Post Konsisten Di Facebook Telegram Tanpa Stress Teknik Schedule Automatik

6 Tip Hidup Tenang