Yb Abang Mat Soalan Masih Tidak Terjawab Yb Wee Ka Siong Your Point Is Excellent But Why You Cakap So Lembap


"Pasal cadangan tanam jagung bijirin pula itu bukanlah satu cadangan yang baik"

 
Yang berikut adalah perbahasan dalam Parlimen (hari ini??) Walaupun Menteri jawab soalan tetapi banyak soalan lain pula timbul daripada jawapan oleh Menteri.

Kita dengar dulu:




First of all saya tengok Menteri Gigi Senget duduk diam saja sebelah YB Mat Sabu.  (Gigi senget itu dia sendiri yang cakap, dia sendiri sebut 'gigi saya senget'. Bukan saya cakap tau.)Tetapi dia pun kena jawab - vending machine nasi lemak itu berapa harganya sebiji? Berapa belas atau puluh ribu Ringgit? Siapakah pembekal hidung penyet atau kepala botak yang dapat kontrak membekal nasi lemak vending machine itu? Tender terbuka atau rundingan terus? Tender terbuka atau rundingan terus, kenapa hanya satu syarikat diberi monopoli membekal nasi lemak vending machine itu? Adakah duit rakyat terlibat? Jika ya, berapa banyakkah duit rakyat yang telah dibayar untuk membeli nasi lemak vending machine itu?Dan apakah 'remedial actions' untuk menjaga survival makcik penjual nasi lemak yang kalah persaingan kepada nasi lemak vending machine itu? Sebab tentu sekali nasi lemak vending machine itu akan memberi tamparan kepada peluang hidup makcik warong nasi lemak.Menteri Gigi Senget sila jawab.
Kepada Abang Mat, salamullahi alaikum. 
Terima kasih kerana dedahkan nama syarikat pengimpot telur India sebagai syarikat J&E ? Betulke ejaan J&E? Patutnya Abang Mat mesti sebut nama syarikat itu dengan penuh dan jelas. Apa nak segan-segan atau malu-malu?

And also Abang Mat, you cannot say in Parliament 'pergi cari sendiri siapa director syarikat' dsbnya.
Sewaktu bahas di Parlimen (yang disiarkan secara terus dalam TV dan Online) Abang Mat bukan saja jawab soalan sahabat-sahabat Ahli Parlimen tetapi Abang Mat menjawab kepada 34 juta rakyat negara ini.
Abang Mat tak boleh suruh 34 juta rakyat negara 'kau orang pergi cari sendiri siapa nama pengarah-pengarah syarikat'.  Tambah lagi Abang Mat adalah Menteri yang pegang portfolio dalam Kabinet. Abang Mat yang perlu memberi maklumat yang penuh dan jelas sewaktu menjawab soalan di Parlimen.

Samada sumber telur di India itu telah supply kepada World Cup di Qatar itu bukan yardstick atau ukuran untuk tujuan apa pun.  So what kalau dia pernah supply telor kepada World Cup? Itu adalah World Cup permainan bola (football). Bukan World Cup goreng telur.

Tambah lagi nada soalan oleh YB Wee Ka Siong (walaupun lembap dan tidak cukup oomph style dia tanya soalan) menimbulkan syak-wasangka telur impot dari India itu pernah di-reject oleh pihak berkuasa atau veterinar kita di Malaysia. 
Jadi Abang Mat kena jawab soalan YB Wee Ka Siong jika telor impot dari India itu pernah direject oleh pihak berkuasa kita di Malaysia? Jika pernah direject, apakah maksudnya World Cup di Qatar itu termakan telur busuk?  
 
Tambah lagi Abang Mat sendiri pernah cakap bahawa telor impot dari India itu kualitinya lebih rendah daripada telor ayam Gred C kita.
Soalan seterusnya kenapa satu syarikat saja diberi AP untuk impot telur dari India? Kenapa tidak diberi lesen terbuka kepada sesiapa pun syarikat yang berminat untuk impot telur dari mana pun?
Sebab Abang Mat sendiri sudah sebut - duit rakyat satu sen pun tidak terlibat. Tahniah atas jawapan itu. Terima kasih.  Kalau duit rakyat tidak terlibat, biar saja syarikat swasta tanggung risiko dan tanggungjawab impot apa pun dari mana pun. Tak payahlah Abang Mat kasi lesen monopoli kepada satu syarikat saja untuk impot telor.  
Dan soalan yang lebih penting ialah kenapa pula Abang Mat membenarkan telor impot dari India (yang Abang Mat sendiri kata kualitinya lebih rendah daripada telur Gred C kita) dijual dengan harga 50 sen sebiji apabila harga telur gred B dan C keluaran Malaysia pada masa itu lebih murah?
Dan seterusnya ini membawa kepada soalan YB Wee Ka Siong tadi - did you ask the local egg producers? Kenapa pihak Kementerian tidak dialog dengan pengeluar telur tempatan? Kenapa kera di India atau Turki atau Thailand hendak disusukan apabila pengeluar telor tempatan sudah ready dan bersedia untuk meningkatkan pengeluaran telor ayam?  
Jika harga kawalan telor ayam dihapuskan, dan AP-AP untuk impot telor pun dihapuskan, percayalah pengeluar telor Malaysia mampu bersaing dengan India, Turki, Thailand atau sesiapa pun untuk mengeluarkan telor ayam. 
Bukan saja bekalan telor ayam kita akan cukup (dan juga pada harga yang lebih berpatutan) tetapi sekali lagi Malaysia boleh menduduki kedudukan pertama sebagai pengekspot telor ayam terbesar dalam dunia.

Pasal cadangan tanam jagung bijirin pula itu bukanlah satu cadangan yang baik. 
Saya tahu Menteri Gigi Senget pernah cadangkan kita tanam jagung sendiri. Kemudian jagung itu dijadikan makanan ayam yang lebih murah daripada harga jagung makanan ayam yang diimpot. Maka kos pengeluaran telor ayam dan daging ayam tempatan pun akan turun. Sounds like a fantastic idea.

Percayalah jika negara kita mampu menanam jagung bijirin (grain corn) maka tentu sekali tanaman jagung bijirin sudah lama menjadi industi pertanian secara besar-besaran di Malaysia. Dan kos pengeluaran telor dan daging ayam pun akan jadi lebih murah. Tetapi yang menjadi nyata ialah negara kita gagal tanam jagung bijirin.
Yang ditanam lebih kepada jagung jenis hybrid dan bernilai tinggi seperti super sweet corn yang ditanam di Cameron Highlands dan dijual dengan harga RM2 hingga RM4 SEBIJI !!  Jagung Cameron Highlands ditanam atas petak tanah yang kecil yang mempunyai kos penanaman yang agak tinggi. Maka untuk cover cost yang tinggi itu mereka terpaka menghasilkan jagung hybrid sweet corn yang lebih mahal itu.

Tanaman jagung bijirin pula (grain corn) perlukan kawasan tanah yang luas - untuk mengurangkan kos tanah. Apakah negara kita mempunyai kawasan tanah pertanian yang luas yang bukan saja sesuai untuk menanam jagung bijirin tetapi harga tanah pertanian se-ekar itu cukup rendah untuk membiayai penanaman jagung bijirin pada kos  yang mampu bersaing dengan kos negara pengeluar jagung bijirin yang lain?   
 

              Amerika Syarikat mempunyai keluasan 90 juta ekar tanah jagung bijirin



Ya memang betul - kalau ada hujan yang cukup, sinar matahari yang cukup dan tanah yang subur maka tanaman jagung pun akan berhasil. Tetapi macam mana dengan kos pengeluaran keseluruhannya? Kita perlu mengkaji dan calculate economic feasability. Jagung boleh jadi tetapi dengan berapa kos dan harganya? 
Kos menanam jagung juga termasuk kos benih jagung yang berkualiti, kos baja kimia, kos ubat serangga (insecticide) dan kos weed killer (racun rumput dan lalang) di mana harga impotnya semua sudah melambong naik. 
Pengeluar jagung bijirin yang terbesar di dunia adalah Amerika Syarikat (90 juta ekar tanah jagung), China, Ukraine, Brasil, Argentina, Rusia, India dsbnya.  Tanah yang sangat luas dan yang agak murah, total labour cost input yang competitive dan keseluruhan kos pengeluaran mereka membenarkan tanaman jagung secara besar-besaran di negara mereka.

Menanam jagung atau menanam apa pun, serta pengeluaran telor ayam dan daging ayam tidak boleh dibuat secara KUN PAYAKUN (Be and it is).   
Segala-galanya atas muka bumi Allah swt ini tertakluk kepada laws of economics atau undang-undang ekonomi. Lebih baik dikenali sebagai perjalanan ekonomi bebas atau free market forces. 
Masalah ekonomi timbul dalam sebarang negara apabila pemimpin politik mencampur-adukkan agenda politik mereka dengan pergerakan ekonomi bebas.  Ataupun "interfering with market forces".
Apabila orang politik masukkan agenda politik mereka dalam keadaan pasaran (market conditions) maka bencana akan berlaku. 
Bencana apa akan berlaku? Rakyat akan tertindas dan rakyat akan menjadi miskin. Rakyat akan dianiaya. Rakyat akan dialimi. Itulah yang sedang berlaku pun dalam negara kita.
Jadi YB Abang Mat penyelesaiannya tersangat mudah.  
Asingkan pelbagai agenda politik daripada perjalanan pasaran bebas. 
Politik jangan masuk campur dalam pasaran bebas. 
Kesudahannya everything will be fine. Percayalah.
Kita tidak boleh KUN PAYAKUN-kan ekonomi negara.
The views expressed are those of the writer and do not necessarily reflect those of MMKtT.By Syed Akbar Ali 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/03/aaaaa_9.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
This Will Give You The Best Solution For Your Accident Damage For Your Information

This Will Give You The Best Solution For Your Accident Damage For Your Information

papar berkaitan - pada 12/3/2023 - jumlah : 300 hits
iklan display horison push This Will Give You the Best Solution for Your Accident Damage This Will Give You the Best Solution for Your Accident Damage If the debt has become so out of control that the chances of it being repaid through inde...
Buy 1 Get 1 Galaxy S23 When You Trade In Your Old Ultra

Buy 1 Get 1 Galaxy S23 When You Trade In Your Old Ultra

papar berkaitan - pada 27/2/2023 - jumlah : 210 hits
Attention all Samsung Galaxy users If you are looking for an optimal bargain on upgrading your smartphone we have some exciting news for you The Galaxy S23 Ultra is the ultimate choice for anyone seeking a truly elevated smartphone experien...
Speaker Egg Importer Can T Sue Wee Ka Siong

Speaker Egg Importer Can T Sue Wee Ka Siong

papar berkaitan - pada 14/3/2023 - jumlah : 149 hits
A firm that imports eggs cannot take legal action against Ayer Hitam MP Wee Ka Siong because Members of Parliament enjoy legal immunity when addressing the House Dewan Rakyat Speaker Johari Abdul said In his letter to Wee Johari said MPs en...
Three Epic Reasons Why You Need To Check Out The New Galaxy S23 Series

Three Epic Reasons Why You Need To Check Out The New Galaxy S23 Series

papar berkaitan - pada 5/3/2023 - jumlah : 310 hits
Looking for the ultimate premium smartphone experience today The latest additions to Samsung s flagship Galaxy S series the do just that and more to help you take your passions further Here are three epic reasons why you should check out th...
Why Do You Need Renters Insurance

Why Do You Need Renters Insurance

papar berkaitan - pada 24/2/2023 - jumlah : 261 hits
Many renters don t realize the importance of renters insurance and they assume that Landlord s insurance covers them which isn t true Landlord s insurance only protects the structure of the building and covers its repair or replacement The ...
Ni Kerja Wee Ka Siong La Gamaknya Masa Jadi Menteri Tapi Kini Kerajaan Pertimbang Kembalikan Feri Ikonik Pulau Pinang

Ni Kerja Wee Ka Siong La Gamaknya Masa Jadi Menteri Tapi Kini Kerajaan Pertimbang Kembalikan Feri Ikonik Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 2/3/2023 - jumlah : 376 hits
Biarkan berdepan cabaran namun kerajaan Persekutuan sedang mempertimbangkan untuk mengembalikan semula perkhidmatan feri ikonik Pulau Pinang Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata cabaran dihadapi pihaknya antara lain disebabkan terminal...
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Y15zr Tukar Fuel Pam Jet Cardinals Racing

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life