Yayasan Asean Lancar Ai Class Asean Disokong Oleh Google Org


Kuala Lumpur, 12 Ogos 2025 – Yayasan ASEAN, dengan sokongan Google.org, secara rasminya melancarkan AI Class ASEAN sempena 2nd Regional Policy Convening of AI Ready ASEAN yang berlangsung pada 12 hingga 13 Ogos di Kuala Lumpur, Malaysia.
Platform e-pembelajaran baharu ini menandakan satu lagi pencapaian penting untuk AI Ready ASEAN, sebuah program serantau selama 2.5 tahun yang dijayakan melalui geran berjumlah AS$ 5 juta daripada Google.org. Inisiatif ini bertujuan melengkapkan golongan belia, pendidik dan ibu bapa dengan kemahiran penting bagi menggalakkan penggunaan Kecerdasan Buatan (AI) secara inklusif dan bertanggungjawab di seluruh ASEAN. Dengan sasaran untuk meningkatkan kemahiran lebih 5.5 juta peserta, platform ini menandakan satu lonjakan besar dalam memajukan literasi AI di Asia Tenggara.
Di Malaysia, program ini dianjurkan oleh Rakan Pelaksana Tempatan (LIP) termasuk Persatuan Pelajar ASEAN – Universiti Teknologi Petronas (Persatuan Pelajar ASEAN-UTP) dan Kolej Tingkatan Enam Tun Fatimah (KTETF). Rakan strategik ini telah bekerjasama dengan sekolah dan universiti untuk memperkenalkan konsep asas AI serta menyokong pembangunan literasi digital dalam kalangan pelajar, pendidik, dan ibu bapa.
Dalam era di mana AI sedang mengubah ekonomi dan sistem pendidikan di seluruh dunia, tindakan segera amat diperlukan untuk memastikan teknologi ini dimanfaatkan secara selamat, adil, dan bertanggungjawab. Justeru, semua pihak berkepentingan perlu bekerjasama bagi menggubal dasar baharu dan memperkenalkan kaedah pembelajaran inovatif yang bermanfaat demi memastikan komuniti ASEAN bersedia menghadapi era AI. 
Salah satu contoh inisiatif ini ialah AI Class ASEAN, yang berpotensi merealisasikan visi tersebut. Platform ini menyediakan latihan percuma melalui 70 modul yang disesuaikan mengikut kehendak tempatan bagi memenuhi keperluan serantau yang semakin berkembang. AI Class ASEAN merupakan inisiatif serantau yang merangkumi pelbagai aspek, dipacu oleh chatbot berasaskan AI, forum perbincangan, dan sokongan terjemahan masa nyata yang memudahkan kerjasama serta pembelajaran berbilang bahasa. Dengan menyediakan akses dan maklumat berguna mengenai AI, platform ini mempersiapkan individu untuk menghadapi masa depan berasaskan AI.
“Di Yayasan ASEAN, kami percaya bahawa pemerkasaan komuniti dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang tepat adalah kunci untuk menjadikan ASEAN kalis masa depan. AI Class ASEAN menyediakan peluang, keterangkuman, dan kemajuan yang dikongsi bersama, sekali gus mengubah ASEAN menjadi sebuah rantau yang lebih berdaya tahan, berpengetahuan luas, dan lebih terhubung,” ujar Pengarah Eksekutif Yayasan ASEAN, Dr. Piti Srisangnam.
Bertemakan “Bridging AI Literacy and AI Safety: Building Responsible AI in ASEAN”, persidangan selama dua hari ini menjadi platform pertemuan penggubal dasar, pendidik, pemimpin belia, pertubuhan masyarakat madani, dan pakar sektor swasta untuk membincangkan peluang serta cabaran yang diwujudkan daripada perkembangan AI di rantau ini. Program ini menampilkan ucaptama, sesi perbincangan panel, rancangan bual bicara, sesi membina rangkaian, dan pelancaran rasmi inisiatif pembelajaran digital utama: AI Class ASEAN. 
Majlis ini turut diserikan dengan acara simbolik menekan butang pelancaran oleh tetamu kehormat, iaitu YB Gobind Singh Deo, Menteri Digital Malaysia; TYT Dr. Kao Kim Hourn, Setiausaha Agung ASEAN; TYT Duta Sitsangkhom Sisaketh, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan ASEAN merangkap Wakil Tetap Laos ke ASEAN; Dr. Piti Srisangnam, Pengarah Eksekutif Yayasan ASEAN; dan Sapna Chadha, Naib Presiden Rantau Asia Tenggara dan Asia Selatan, Google Asia Pacific.
Pelancaran rasmi tersebut turut disaksikan oleh para perwakilan daripada Kumpulan Kerja ASEA mengenai AI, Mesyuarat Pegawai Kanan ASEAN mengenai Pendidikan, Sekretariat ASEAN, dan rakan pelaksana tempatan AI Ready ASEAN.
Selepas dilancarkan secara rasmi di 2nd Regional Policy Convening, AI Class ASEAN telah diperkenalkan sebagai inisiatif utama pada ASEAN AI Malaysia Summit 2025, yang turut dihadiri oleh Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim. Acara ini menekankan kepentingan platform e-pembelajaran tersebut, serta program AI Ready ASEAN secara keseluruhannya, dalam usaha melengkapkan generasi masa kini dan akan datang di Malaysia dengan kemahiran yang diperlukan untuk membentuk masa depan ASEAN yang inklusif dan berasaskan inovasi.

Sejak pelancarannya, AI Ready ASEAN telah mencatatkan prestasi yang memberangsangkan dalam memupuk literasi asas mengenai AI. Menerusi kempen Hour of Code (HoC), lebih 400,000 peserta merangkumi 10 negara ASEAN telah memperoleh manfaat daripada pembelajaran konsep asas AI. LIP di seluruh rantau telah memainkan peranan penting dalam usaha tersebut dengan membina rangkaian kukuh bersama universiti, sekolah, agensi kerajaan, dan pertubuhan komuniti tempatan.
“Kami melihat AI bukan sekadar alat, tetapi sebagai pemangkin kemajuan yang inklusif apabila digunakan secara bertanggungjawab. Di Google.org, kami menyokong program seperti AI Ready ASEAN untuk memastikan pendidikan asas AI dapat disampaikan kepada mereka yang paling berpotensi untuk mendapat manfaat daripadanya. Dengan membuka akses kepada masyarakat setempat dan membuat penyelarasan mengikut keperluan komuniti, kami dapat membantu membina generasi yang mampu berinteraksi dengan AI secara kritis, kreatif, dan yakin,” kata Ketua Google.org Asia Pasifik, Marija Ralic.
Di Malaysia, pelaksanaan program ini diterajui oleh Persatuan Pelajar ASEAN-UTP yang berpengalaman luas dalam usaha pemerkasaan digital di peringkat akar umbi. Sebelum dilantik sebagai rakan pelaksana,  persatuan ini aktif menganjurkan  bengkel SDG 4: Pendidikan Berkualiti melalui STEM, program bantuan universiti, serta usaha keterangkuman digital melibatkan komuniti luar bandar dan Orang Asli. Dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Tinggi, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (Premier Digital Tech Institutions, PDTI) dan Bahagian Pendidikan Menengah MARA, persatuan itu kini menyasar untuk melengkapkan sekurang-kurangnya 250,000 rakyat Malaysia dengan pengetahuan asas AI, menggalakkan penggunaan AI secara bertanggungjawab, serta membantu merapatkan jurang digital. 
Menerusi inisiatif kebangsaan seperti kempen HoC, latihan AI, dan Kem AI Ready ASEAN, ia berazam untuk terus memupuk generasi pemimpin AI yang beretika dan inklusif, serta mencapai 10,640 peserta menjelang penghujung Ogos. 
“Kami melihat program AI Ready ASEAN ini sebagai pemangkin literasi AI di Malaysia, memperkasakan golongan belia, pendidik, dan komuniti setempat untuk memahami serta memanfaatkan kecerdasan buatan secara bermakna dan beretika. Dalam jangka panjang, kami berharap inisiatif ini dapat menyokong agenda transformasi digital negara, selaras dengan Dasar Pendidikan Digital negara. Dengan membekalkan pengetahuan asas dan lanjutan mengenai AI, kami berhasrat untuk memberi inspirasi kepada lebih ramai pelajar untuk membina kerjaya, penyelidikan, dan inovasi dalam bidang AI serta teknologi baharu yang lain, sekali gus menyumbang kepada pertumbuhan tenaga kerja digital yang bersedia untuk masa depan,” kata Penyelia Projek (AI Ready ASEAN) Persatuan Pelajar ASEAN-UTP, Wong Soon Ping.
Sementara itu, KTETF dengan kerjasama Kementerian Pendidikan, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia, universiti dan NGO telah melatih serta memperakui lebih 100 pendidik untuk mengintegrasikan AI ke dalam aktiviti kokurikulum masing-masing, sekali gus memberi manfaat kepada 46,583 peserta di 200 sekolah.
Menerusi sesi YouTube Live, pertandingan AI, dan pelbagai insentif, KTETF mempromosikan penggunaan AI yang beretika dan praktikal. Pada masa hadapan, KTETF merancang untuk mengintegrasikan program ini ke dalam Sistem Pengurusan Pembelajaran bagi memastikan kemampanannya dalam jangka panjang.
AI Ready ASEAN menunjukkan bagaimana kerjasama strategik dapat memacu perubahan bermakna. Dengan menggalakkan kerjasama rentas sektor serta penglibatan di peringkat akar umbi, ASEAN sedang berusaha untuk menjadikan literasi digital dan penguasaan AI lebih inklusif, di samping mencipta peluang bersama demi memperkasakan komuniti.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai program ini, sila kunjungi AI Ready ASEAN.
The post Yayasan ASEAN Lancar AI Class ASEAN, Disokong oleh Google.org appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/08/18/yayasan-asean-lancar-ai-class-asean-disokong-oleh-google-org/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Airasia Lancar Siri Unlock Asean In Real Life Bersama Dolla Sempena Hari Asean Ke 58 Sabah News

Airasia Lancar Siri Unlock Asean In Real Life Bersama Dolla Sempena Hari Asean Ke 58 Sabah News

papar berkaitan - pada 9/8/2025 - jumlah : 134 hits
SEPANG Sempena sambutan Hari ASEAN ke 58 AirAsia memperkenalkan cara baharu untuk menikmati keunikan budaya kepelbagaian dan semangat perpaduan rantau ini melalui sebuah siri video perjalanan terbaharu bertajuk Unlock ASEAN in Real Life men...
Swimming Class

Swimming Class

papar berkaitan - pada 9/8/2025 - jumlah : 156 hits
Assalamualaikum Hi semua Saja nak share entah apa mimpi takda ribut takda hujan tiba tiba saya join swimming class Dah tua baru nak belajar berenang kelakar kan Hurm macam pelik tapi bila saya hanya sesuai swimming dan cycling untuk bersena...
Flag Blunder Akmal Postpones Class Latheefa Decries Persecution

Flag Blunder Akmal Postpones Class Latheefa Decries Persecution

papar berkaitan - pada 11/8/2025 - jumlah : 166 hits
Umno Youth chief Dr Akmal Saleh is postponing his plans to educate a hardware store owner on the proper way to display the Jalur Gemilang This comes after a seemingly erroneous reading on his part of a police statement saying charges will b...
Gara Gara Lambat Panaskan Lauk Remaja Perempuan Cedera Dibelasah Oleh Bapanya

Gara Gara Lambat Panaskan Lauk Remaja Perempuan Cedera Dibelasah Oleh Bapanya

papar berkaitan - pada 22/8/2025 - jumlah : 91 hits
AMRAN ALIALOR GAJAH Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun cedera dipercayai akibat dipukul bapanya hanya kerana lambat memanaskan lauk di rumah mereka di Kampung Panchor di sini Selasa lalu Dalam kejadian kira kira pukul 4 20 petang man...
Intan Najuwa Raih Perhatian Bawa Pembantu Naik Business Class

Intan Najuwa Raih Perhatian Bawa Pembantu Naik Business Class

papar berkaitan - pada 13/8/2025 - jumlah : 153 hits
Pelakon Datin Intan Najuwa meraih perhatian apabila membawa pembantunya menaiki penerbangan kelas perniagaan dalam perjalanan ke London bersama keluarganya baru baru ini Artikel Berkaitan Artikel Berkaitan Nak jadi bibik Menerusi muat naik ...
Qjmotor Srk 250 S Lancar Hujung Minggu Ini Harga Bawah Rm10k

Qjmotor Srk 250 S Lancar Hujung Minggu Ini Harga Bawah Rm10k

papar berkaitan - pada 6/8/2025 - jumlah : 143 hits
MForce Bike Holdings bakal menambah tawaran motosikal 250cc satu silinder pada hujung minggu ini menerusi QJMotor SRK 250 S Lebih menarik kami difahamkan motosikal segmen naked itu akan ditawarkan pada harga bawah RM10k Ini meletakkan SRK 2...
Drama Rumah Tanpa Luka

Beli Kopi Cafe Mesra Di Stesen Minyak Petronas Desaru

Tiga Lelaki Ditahan Curi Kabel Rempuh Kenderaan Ketika Cuba Larikan Diri

Aktiviti Kunjungan Hormat Ketua Aktivis Ppim Ke Pengarah Tanah Dan Galian Wilayah Persekutuan Ppim 21 08 2025

Makan Malam Lewat Di Restoran Terapung Seafood Bujang Firefly

Lg Brings Ai Powered Comfort To Malaysian Homes With Lg Ai Air

Harapan Yang Hidup Hati Yang Sabar

Mr D I Y S Invites Malaysians To Celebrate Merdeka With Bersama Satu Bazaar


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


My Status My Story Not Yours

Makan Makan Di The Komunal Eco Grandeur

Printing Kotak Sachet Juice Botanical Pilihan Terbaik Untuk Branding Lebih Menonjol

Pelajar Lelaki Jatuh Asrama Tiga Tingkat Polis Mula Siasatan

Gadget Baru Semangat Baru Infinix Raikan Merdeka Dengan Hadiah Eksklusif

As Kesan Kes Pertama Jangkitan Parasit Pemakan Daging Pada Manusia