Yasuke Samurai Berkulit Hitam Keturunan Afrika Yang Hampir Dilupai Dalam Sejarah Jepun



Apabila diceritakan tentang kisah samurai, pasti ramai yang membayangkan wajah-wajah pahlawan Jepun yang garang dan bertubuh tegap dilengkapi dengan pakaian perisai penuh sambil menghunus pedang katana yang menjadi simbol keperwiraan bangsa Jepun di zaman Edo. Namun, tahukah anda bahawa kira-kira 500 tahun dahulu wujud seorang lelaki berkulit hitam dari Afrika yang menjadi legenda di kalangan tokoh samurai di Jepun


Pada tahun 1579, seorang mubaligh Kristian dari Itali tiba di Kyoto bersama-sama pembantunya, seorang pemuda berkulit hitam berketurunan Afrika. Mubaligh tersebut, Alessandro Valignano, telah diamanahkan untuk mengembangkan fahaman Katholik di bahagian Asia Timur, terutamanya di Jepun. 
Ketika berada di Jepun, Alessandro berasa terkejut dengan cara mubaligh Kristian lain di sana mengendalikan dakwah mereka kerana mereka enggan menghormati adat dan budaya Jepun serta memandang rendah terhadap orang-orang Jepun. Alessandro tidak menyokong kumpulan mubaligh tersebut lalu menjalankan dakwah dengan caranya tersendiri iaitu dengan mempelajari adat resam serta bahasa Jepun dan bergaul dengan masyarakat sana, sambil dibantu oleh pengikutnya pemuda berkulit hitam yang tidak diketahui nama sebenar dan asal-usulnya itu. 

Ada yang mengatakan kemungkinan pembantu Alessandro berasal dari Mozambique, ada yang kata dari Sudan, ada juga yang membuat andaian bahawa dia berasal dari Ethiopia dan Nigeria. Tiada rekod tentang identiti sebenar pemuda berkulit hitam tersebut, malah namanya juga sehingga kini masih misteri


Pembantu Alessandro menjadi tumpuan ramai mata yang memandang disebabkan rupanya yang unik, sehinggakan ada yang mati kena pijak semasa mereka berkerumun beramai-ramai semata-mata hendak melihat pembantu Alessandro. Seluruh Jepun kehairanan melihat rupa pemuda itu. Mereka menggelar pemuda berkulit hitam itu "Yasuke", yang bermaksud Si Hitam


Disebabkan Yasuke fasih bertutur dalam bahasa Jepun, dia mampu berbicara dengan masyarakat sekelilingnya. Kemahsyuran Yasuke sampai ke telinga pemerintah daerah ketika itu iaitu Oda Nobunaga. Nobunaga yang terpegun melihat warna kulit Yasuke pada mulanya menyangka badan Yasuke dicat dengan dakwat hitam, malah pernah menyuruh Yasuke membuka baju supaya Nobunaga boleh mencuci kulitnya. Apabila dia menyedari kulit Yasuke memang benar-benar hitam, Nobunaga menganggap Yasuke sebagai dewa lalu menganjurkan kenduri besar sebagai penghormatan ke atasnya


Di samping warna kulit Yasuke, Nobunaga juga tertarik dengan kefasihan Yasuke bertutur dalam bahasa Jepun dan kemahirannya dalam berlawan menggunakan senjata. Lama-kelamaan Yasuke menjadi rapat dengan Nobunaga, sehingga Nobunaga melantiknya menjadi samurai di bawah kepimpinannya. Yasuke diberikan tempat tinggal dan senjata, serta dilantik menjadi pembawa senjata perang. Dari situlah Yasuke menjadi terkenal sebagai Samurai Hitam (the Black Samurai) yang digeruni ramai


Salah seorang samurai pada masa itu, Matsudaira, mencatit bahawa Yasuke mempunyai "ketinggian 6 kaki 2 inci (1.88 m)" dan "kulitnya hitam bak arang". Ketinggian Yasuke merupakan sesuatu yang ganjil di Jepun pada masa itu kerana rata-rata ketinggian normal lelaki Jepun di kurun ke-16 ialah 5 kaki 2 inci (157.9 m)


Pada tahun 1582, pasukan Nobunaga tewas diserang oleh musuh. Sebelum membunuh diri melalui sepukku, Nobunaga mengamanahkan Yasuke untuk membawa pedangnya serta menyerahkan kepalanya kepada Oda Nobutada, anak lelaki Nobunaga, dan mengingatkan Yasuke untuk meneruskan perjuangan mereka di sisi Nobutada


Yasuke mengikut amanat Nobunaga dan berlawan di sisi Nobutada di peperangan, sehinggalah pada suatu hari Yasuke ditangkap oleh musuh. Apabila Yasuke dibawa ke hadapan ketua pasukan pihak musuh, Akechi, dia tidak dibunuh seperti anggota-anggota pasukan Nobutada yang lain. Sebaliknya Akechi berkata, "lelaki hitam ini tidah harus dibunuh kerana dia bukan manusia, tetapi haiwan yang tidak memahami apa-apa... dia juga bukan orang Jepun."
Akechi mengarahkan supaya Yasuke dihantar ke gereja Krisitian di Kyoto dan dilepaskan ke sana. 

Semenjak dari itu tiada siapa yang pernah mendengar khabar berita tentang Yasuke lagi. Namun ada yang mengatakan bahawa Yasuke telah menjadi seorang ronin (samurai tidak bertuan)




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.yunfila.com/2020/02/yasuke-samurai-berkulit-hitam-keturunan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hampir Ragut 200 Juta Nyawa Kisah Hitam Dunia Pernah Diserang Virus Black Death

Hampir Ragut 200 Juta Nyawa Kisah Hitam Dunia Pernah Diserang Virus Black Death

papar berkaitan - pada 3/2/2020 - jumlah : 900 hits
Novel Koronavirus yang melanda dunia pada hari ini sememangnya telah membimbangkan komuniti dunia Perkara ini adalah kerana telah dicatatkan beratus nyawa telah terkorban disebabkan virus yang bermula dari daerah Wuhan China Disebabkan itu ...
Orang Taknak Saad Tapi Opah Tetap Jaga Lahir Berkulit Hitam Bayi Ini Dibuang Ibu

Orang Taknak Saad Tapi Opah Tetap Jaga Lahir Berkulit Hitam Bayi Ini Dibuang Ibu

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 447 hits
Setiap anak yang lahir adalah rezeki yang dikurniakan oleh Tuhan tidak kiralah bagaimana pun datangnya Menjadi satu tanggungjawab kepada ibu bapa untuk menjaga amanah yang telah diberikan Namun buat seorang bayi lelaki ini dia lahir dalam k...
Sejarah Islam Di Negara Jepun

Sejarah Islam Di Negara Jepun

papar berkaitan - pada 5/2/2020 - jumlah : 545 hits
Perbincangan mengenai agama Islam di Asia Timur khususnya Jepun kurang meluas dikalangan pengkaji sejarah berbeza dengan negara jiran China mungkin disebabkan populasi masyarakat beragama Islam di China jauh lebih besar berbanding Jepun Mas...
Program Strategik Petronas Agrobank Satu Lagi Sejarah

Program Strategik Petronas Agrobank Satu Lagi Sejarah

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 276 hits
ULASAN PETANGSalahuddin Kerjasama program strategik Agrobank Petronas buka dimensi baru HARI ini termertai perjanjian program usahasama strategik di antara Petronas dengan Agrobank untuk memperkasakan golongan B40 Program bersama antara age...
Apple Melaporkan Perolehan 91 8 Bilion Pada Suku Fiskal Pertama 2020 Tertinggi Dalam Sejarah

Apple Melaporkan Perolehan 91 8 Bilion Pada Suku Fiskal Pertama 2020 Tertinggi Dalam Sejarah

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 310 hits
https ift tt 36wITw0 Apple ialah syarikat teknologi pertama yang mencapai nilai pasaran 1 trilion tahun lalu Hari ini mereka mengumumkan laporan kewangan untuk suku fiskal pertama 2020 dan syarikat dari Cupertino ini mencatatkan perolehan 9...
Hari Ini 29 Januari 1886 Dalam Sejarah Inilah Kereta Berbahan Bakar Benzin Pertama Di Dunia Ciptaan Karl Benz

Hari Ini 29 Januari 1886 Dalam Sejarah Inilah Kereta Berbahan Bakar Benzin Pertama Di Dunia Ciptaan Karl Benz

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 619 hits
Kenderaan pada zaman dahulu diawali oleh kereta kuda yang dilengkapi dengan mesin jenis early internal combustion engines Sebelum akhir 1800 an langkah langkah signifikan menuju kenderaan moden tercipta Tepat pada 29 Januari 1886 kereta ber...
Sejarah Ringkas Ethereum Mata Wang Kripto Kedua Terbesar Dunia Selepas Bitcoin

Sejarah Ringkas Ethereum Mata Wang Kripto Kedua Terbesar Dunia Selepas Bitcoin

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 562 hits
euthereum ialah mata wang kripto kedua terbesar di dunia imej dari googleAssalammualaikum wbt dan salam sejahtera Dengan kewujudan teknologi blockhain Teknologi blockhain inilah teknologi yang menciptakan penggunaan mata wang kripto sekalig...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Rubber Hose Maintenance And Troubleshooting Expert Tips From Passionhose

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Remaja Panjat Pagar Curi Tabung Surau

Pentingnya Memilih Kawan Yang Betul Untuk Masa Depan Yang Cemerlang

Dua Lagi Lelaki Serang Warga Singapura Guna Parang Diburu

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Mont Kiara Traffic A Nightmare

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

Celebrate Love At Pavilion Hotel Kuala Lumpur

Nasi Briyani Adabi