Yartsa Gunbu Sangat Bernilai Tiga Kali Ganda Harga Emas Menjadi Buruan Orang Kaya
Yartsa Gunbu, terhasil daripada fungus yang menjangkiti ulat rama-rama hantu di Dataran Tinggi Tibet, dianggap sebagai tumbuhan kulat termahal di dunia, dengan harga hingga $50,000 satu pound.
Yarsagumba, dalam bahasa Tibet bermaksud 'rumput musim panas, ulat musim dingin'. Tanaman unik ini terbentuk saat larva ulat rama-rama hantu yang hidup dalam tanah, terinfeksi spora kulat parasit Ophiocordyceps sinensis.
Pada musim panas, spora udara dari fungus sinensis menyerang ulat rama-rama hantu, sejenis serangga pucat besar yang terbang di atas padang rumput pada waktu senja di daerah tersebut. Setelah ulat berengga terinfeksi, ia mengubur diri dalam tanah untuk hibernasi, ia mati, dan ketika musim dingin tiba ia membeku.Setelah terinfeksi dan mati, tubuh ulat itu akan mengeras sementara di bahagian kepalanya, tumbuh kulat berwarna coklat berbentuk pipih. Secara fizik, bentuk yarsagumba cukup unik, berupa batang cokelat kekuningan bersaiz batang mancis.
Kulat itu perlahan-lahan tumbuh di selang dengan memakannya pada musim gugur dan musim sejuk, dan ketika salji mulai mencair, kulat itu mendorong larva yang mati ke atas dan menumbuhkan tangkai yang dipenuhi spora lalu mencuat keluar dari dalam tanah, menjadi Yartsa Gunbu yang sangat berharga.
Batangnya bukan saja sukar untuk dilihat kerana menyerupai tumbuhan yang tumbuh di lereng Dataran Tinggi Tibet, tetapi tanah yang keras menjadikan pencarian Yartsa Gunbu tanpa mematahkan tangkainya sangat mencabar.
Ia kemudian dituai oleh penduduk tempatan dan menjualnya dengan harga sederhana tetapi nilainya melonjak menjadi sangat mahal harganya kerana ia melalui beberapa orang tengah, sehingga pelanggan terakhir menerimanya dengan harga tiga kali ganda lebih tinggi daripada emas.
Lokasi tumbuhnya pun sangat sulit dijangkau. Yarsagumba hanya ditemui di wilayah bertanah lembab di ketinggian 3000-5000 meter di atas permukaan laut. Kulat unik ini umumnya tumbuh pada bulan Mei dan Jun, awal musim panas.
Yartsa Gunbu adalah sumber rezeki berharga bagi masyarakat tempatan untuk menambah pendapatan tahunan mereka. Di Buthan, misalnya, perdagangan Yartsa Gunbu merupakan sebahagian besar dari produk domestik, dan kebanyakan desa di Tibet, menuai kulat ini adalah salah satu dari beberapa cara penduduk desa untuk menampung kehidupan. Walaupun mereka biasanya menjual Yartsa Gunbu dengan harga hanya beberapa ratus dolar per paun, pendapatannya merupakan sebahagian besar dari anggaran tahunan.
Setelah melalui rantaian orang tengah, Yartsa Gunbu dieksport ke Hong Kong dan bandar metropolis yang ramai dihuni orang China, di mana mereka menjual dengan harga berlipat kali ganda. Yartsa Gunbu ini telah lama terkenal di kalangan orang Cina yang sangat kaya, kerana sifat perubatannya.
Yartsa gunbu menjadi salah satu ubat alternatif yang bernilai sangat tinggi kerana memiliki banyak khasiat, seperti mencegah kanser, bronkitis, asma, diabetes, hepatitis, kolesterol tinggi, dan menyembuhkan sakit punggung.
Namun yang paling berharga dari tumbuhan ini adalah kemampuannya untuk meningkatkan kehidupan seksual. Kulat yang biasa dikenal dengan sebutan 'Viagra Himalaya' ini sangat bermanfaat untuk mengubati disfungsi ereksi dan libido yang rendah khususnya pada wanita. Cara mengonsumsinya pun mudah, hanya dengan mencampurkannya dengan air teh atau larutan air lainnya.
Harga di pasaran global untuk Yartsa Gunbu bernilai antara $5 bilion hingga $11 bilion, dengan spesimen parasit terbaik dijual hingga $140,000 per kilogram.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.orangmuo.my/2020/05/yartsa-gunbu-sangat-bernilai-tiga-kali.html