Yang Telah Pun Meninggal Dunia




Doa agar ALLAH bantu menghadapi sakaratul maut…
DALAM al-Quran, ALLAH SWT berfirman: “Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu.” (Surah Ali ‘Imran, ayat 185)
Kalamullah itu sudah cukup menginsafkan kita bahawa kehidupan di dunia hanya bersifat fana. Kita diberi peluang untuk bermukim di muka bumi ini cuma sebentar. Semuanya tidak akan kekal lama.
Saat kematian menjengah, setiap daripada kita pasti akan menghadapi satu detik yang dipanggil sakaratul maut.
Ketika inilah segala amal yang dikerjakan sepanjang riwayat hidup kita akan diperlihatkan sama ada bakal ditempatkan bersama orang-orang soleh atau sebaliknya.
Untuk menghadapi saat sakaratul maut itu, pendakwah Ustazah Asma’ Harun di laman Facebooknya berkongsi akan satu doa yang diamalkan oleh Rasulullah SAW ketika Baginda sudah menghampiri ajal.
Diceritakan oleh Saidatina Aisyah, Baginda SAW meminta kepadanya air lalu dibacakan satu doa:
Daripada Aisyah RA, Rasulullah SAW bersabda:
أَنَّهَا قَالَتْ رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم وَهُوَ بِالْمَوْتِ وَعِنْدَهُ قَدَحٌ فِيهِ مَاءٌ وَهُوَ يُدْخِلُ يَدَهُ فِي الْقَدَحِ ثُمَّ يَمْسَحُ وَجْهَهُ بِالْمَاءِ ثُمَّ يَقُولُ
Maksudnya: “Aku melihat Rasulullah SAW sedang nazak. Baginda mempunyai cawan berisi air di dalamnya, baginda meletakkan tangannya ke dalam cawan kemudian menyapu mukanya dengan air itu, lalu baginda berkata:
اللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَى غَمَرَاتِ الْمَوْتِ وَسَكَرَاتِ الْمَوْتِ ‏‏
 “Ya ALLAH! Tolonglah aku dengan derita kematian dan penderitaan kematian.” (Hadis Riwayat Tirmizi)
“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu.” (Surah Ali ‘Imran, ayat 185)
Bukan sahaja dibaca oleh orang yang menghampiri kematiannya, kata Ustazah Asma’, doa tersebut juga boleh diamalkan ketika menjaga keluarga yang sedang sakit dan nazak.
Jelas beliau, sunnah dibacakan doa itu, lalu disapukan air pada wajah dan anggota badannya.
“Moga dengan air yang sifatnya menyejukkan dapat meringankan rasa panasnya ketika menghadapi sakaratul maut.
“Ketika itu hanya ALLAH SWT yang dapat membantu keadaan kesakitan hamba-NYA,” ungkapnya.
Cinta dunia penyebab sakit sakaratul maut
Bercerita tentang sakaratul maut, ramai yang menyimpan persepsi bahawa ia begitu menyakitkan saat nyawa dicabut daripada jasad.
Sheikhul Islam Imam Al-Ghazali berkata: “Saat kematian nanti, yang menyakiti kamu bukanlah sebab roh kamu yang diambil oleh malaikat maut, tetapi adalah sebab terlalu cintanya kamu pada dunia sehingga sukar roh kamu untuk pergi.”
BANYAKKAN mengingati mati untuk menghidupkan hati.
Pendakwah terkenal, Ustaz Pahrol Mohamad Juoi menjelaskan, sakit ketika menghadapi sakaratul maut berpunca daripada cintakan dunia.
Katanya, roh tidak akan sakit saat dicabut bila kita sudah mengerti segala kehendak ALLAH sepertimana kita fahami saat ALLAH memberikan ujian kepada kita dengan kehilangan, kesihatan, harta benda pekerjaan dan sebagainya.
“Apabila kita sudah terbiasa dengan pengertian kehilangan, maka kematian bukanlah satu seksaan, bahkan ia adalah hari kebahagiaan yang dinantikan oleh orang-orang soleh kerana mereka selalu menerima khabar bahawa pada hari akhirat itu nikmatnya luar biasa dan indah sekali.
“Mereka tidak pernah mencintai dunia. Pada mereka, dunia hanyalah pada tangan untuk dipegang dan bukan dalam hati untuk dicintai,” ungkapnya menerusi satu perkongsian di laman media sosial.
Ustaz Pahrol turut menitipkan satu pesanan sebagai renungan bersama: “Jika kita andaikan dunia ini seperti batu dan akhirat itu adalah berlian. Apakah sukar bagi kamu untuk meninggalkan batu dan memilih berlian?”
sumber : sinarislamplus
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://belogsjm.blogspot.com/2023/06/yang-telah-pun-meninggal-dunia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Usahawan Kosmetik Terkenal Sifu Lentik Meninggal Dunia

Usahawan Kosmetik Terkenal Sifu Lentik Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 15/6/2023 - jumlah : 1598 hits
Usahawan kosmetik terkenal Muhd Irfan Abdullah dilapor telah meninggal dunia pada petang tadi dipercayai akibat menghidap penyakit kanser Mohd Irfan Abdullah 31 atau lebih dikenali sebagai Sifu Kunyit Sifu Lentik Kosmetik Hq telah meninggal...
Panas Suspek Disiasat Sprm Meninggal Dunia Di Putrajaya

Panas Suspek Disiasat Sprm Meninggal Dunia Di Putrajaya

papar berkaitan - pada 16/6/2023 - jumlah : 291 hits
Hariz Mohd Wang PingSeorang lagi suspek yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia meninggal dunia hari ini Difahamkan kejadian itu berlaku di ibu pejabat agensi penguat kuasa terbabit di Putrajaya Suspek itu merupakan seorang lel...
2 Pelajar Sekolah Dari Pitas Keracunan Minuman Campuran Spirit Meninggal Dunia

2 Pelajar Sekolah Dari Pitas Keracunan Minuman Campuran Spirit Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 17/6/2023 - jumlah : 390 hits
2 pelajar sekolah dari Pitas yang kritikal setelah minum air berkarbonat campur spirit meninggal dunia 2 pelajar keracunan metanol di Pitas meninggal dunia PETALING JAYA Dua pelajar sekolah menengah di Pitas yang berada dalam keadaan kritik...
Ustazah Suami Meninggal Dunia Dalam Kemalangan Maut Di Lpt2

Ustazah Suami Meninggal Dunia Dalam Kemalangan Maut Di Lpt2

papar berkaitan - pada 18/6/2023 - jumlah : 320 hits
Mohd Riduan dan Zahidah maut selepas terbabit dalam kemalangan di LPT2 petang tadi NSTP Rosli IlhamKEMAMAN Sepasang suami isteri maut manakala dua anaknya cedera selepas kereta dinaiki terbabit dalam kemalangan di Kilometer 267 2 Lebuh Raya...
Kemalangan Tak Dijangka Pelakon Snowdrop Park Suryeon Meninggal Dunia

Kemalangan Tak Dijangka Pelakon Snowdrop Park Suryeon Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 12/6/2023 - jumlah : 440 hits
Dunia hiburan Korea disapa dengan satu berita menyentuh hati apabila salah seorang anak seni yang mempunyai impian besar telah meninggal dunia kini ARTIKEL BERKAITAN Pelakon Park Su ryun yang aktif dalam muzikal dan teater meninggal dunia p...
Innalillah Ibu Pelajar Cemerlang 11a Spm Meninggal Dunia

Innalillah Ibu Pelajar Cemerlang 11a Spm Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 11/6/2023 - jumlah : 367 hits
Ibu kepada pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia yang memperoleh 11A Muhammad Syahril Saidi 18 meninggal dunia kira kira jam 8 malam tadi Allahyarhamah Tuan Faridah Tuan Ismail 53 meninggal dunia akibat penyakit angin ahmar kira kira j...
Insiden Di Lapang Sasar Penuntut Dan Jurulatih Tudm Disahkan Meninggal Dunia

Insiden Di Lapang Sasar Penuntut Dan Jurulatih Tudm Disahkan Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 26/6/2023 - jumlah : 337 hits
Seorang jurulatih yang menjalani latihan menembak senjata bantuan dan bom lempar di Lapang Sasar Kem Syed Sirajuddin Gemas Negeri Sembilan semalam disahkan meninggal dunia Tentera Udara Diraja Malaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan
Pensyarah Fakulti Perhutanan Meninggal Dunia Rebah Ketika Solat Subuh

Pensyarah Fakulti Perhutanan Meninggal Dunia Rebah Ketika Solat Subuh

papar berkaitan - pada 6/6/2023 - jumlah : 253 hits
Pensyarah fakulti perhutanan meninggal dunia rebah ketika solat subuh SEORANG pensyarah Fakulti Perhutanan Universiti Hasanuddin Makassar Beliau dilaporkan meninggal dunia ketika sedang menunaikan solat subuh secara berjemaah di Masjid Daru...
Meninggal Dunia Selepas Ditendang Di Kepala

Meninggal Dunia Selepas Ditendang Di Kepala

papar berkaitan - pada 7/6/2023 - jumlah : 292 hits
Bharianonline Rakaman video dalam talian menunjukkan detik lawan menendang di kepalanya sebelum dia tumbang dan tidak sedarkan diri Foto AgensiLONDON Seorang prospek MMA berusia 16 tahun meninggal dunia dengan tragis apabila ditendang di ke...
Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Austrian Avalanche Our 7 Favorite Custom Ktm Motorcycles

Sarapan Sa Pagi Ini Jumaat 19 Dec 2025

Hentian Rehat Rawat Seremban

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pahang Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pahang Perhebat Usaha Cegah Rasuah

Penyakit Jantung Iskemia Terus Jadi Punca Utama Kematian Di Malaysia Selangor Catat Jumlah Tertinggi

Diskaun Tol 50 Hari Krismas 2025 Tarikh Waktu Pelaksanaan

Kejayaan Mihas Shanghai Jualan Melonjak Melebihi Jangkaan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Reset Hidup Untuk Tahun 2026 Cara Mulakan Semula Tanpa Tekanan

The Roi Of A Coffee

Fungsi Sleeve Paper Cup Dalam Industri Kafe F B

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Tantangan Ekonomi Unik China Analisis Masalah Dan Implikasinya

Setelah 2 Tahun