Yang Penting Janganlah Sampai Kena Bungkus Ikat Tepi


 
admin6 June 2023


Kata Khairy Jamaluddin atau KJ, UMNO akan bungkus pada PRN enam negeri akan datang ini.Walaupun komen pendek “PRN UMNO bungkus” itu hanya sekadar reaksi kepada luahan Hishammuddin Hussein yang tidak senang dengan sindiran Zahid Hamidi dan Dr Asyraf Wajdi Dusuki terhadap mereka yang dipecat dan digantung daripada UMNO menjelang PAU2023 minggu ini, tetapi tidaklah sukar mematami maksud reaksi KJ itu.
Lebih kurang maksudnya – janganlah berlagak dan cuba nak sindir-sindir orang kerana UMNO akan kalah pada PRN akan datang ini.
Betulkah UMNO akan bungkus di enam negeri yang bakal diadakan PRN nanti?
Daripada enam negeri yang ada PRN itu, tiga negeri – Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan – diperintah oleh PH, manakala tiga negeri lagi – Kelantan, Terengganu dan Kedah – ditadbir oleh Pas atau PN sekarang ini.
Tiada satu negeri pun sedang ditadbir oleh UMNO/BN.
Oleh kerana UMNO/BN sekarang sudah bekerjasama dengan PH, bermakna hanya tiga negeri yang sekarang ditadbir PN saja boleh untuk mereka cuba untuk berangan-angan merampasnya.
Tapi, bolehkah UMNO/BN merampas Kelantan, Terengganu dan Kedah?
Melihat kepada situasi semasa di mana Pas yang bersama PN memang diakui kukuh di tiga negeri yang sedang ditadbirnya sekarang, memang diakui adalah sukar untuk UMNO/BN mampu melakukan kejutan.
KJ dalam hal ini menjangkakan UMNO akan kalah atau bungkus di tiga negeri tersebut.
Rasanya, selain KJ, majoriti kita yang mengikuti perkembangan semasa juga sependapat dengan beliau.
Ini bererti KJ sebenarnya memberi jawapan yang jujur bila menyebut “PRN UMNO bungkus” itu.
Bagi tiga negeri lain iaitu Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan, melalui erti kerjasama yang sedia terjalin dalam konteks kerajaan perpaduan, UMNO/BN hanyalah berperanan sebagai pembantu untuk memastikan kerajaan sedia ada yang diterajui PH kekal berkuasa.
UMNO/BN bukan saja tidak boleh mahu merampas kuasa yang dipegang PH, malah juga tidak mudah untuk meminta lebih kerusi daripada jumlah yang mereka menangi pada PRU tahun 2018 lalu.
Ini kerana kerusi yang sedia dipegang oleh PH akan terus kekal ditandingi parti tersebut.
Hanya sejumlah kecil kerusi yang dipegang PN terbuka untuk ditandingi oleh UMNO/BN, itu pun perlu melalui proses rundingan dengan PH dengan mengambil kira parti mana yang lebih kuat dan siapa memperolehi lebih banyak undi pada PRU yang lepas.
Misalnya di Selangor di mana UMNO hanya menang lima kerusi pada PRU yang lepas, sudah tentu mustahil untuk mereka mendapat tambahan kerusi yang begitu banyak yang membolehkan parti itu berangan-angan jadi peneraju kuasa menggantikan PH.
Persoalannya, mampukah UMNO menang di semua kerusi Melayu yang ditandinginya di Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan dalam berhadapan dengan PN?
Sekali lqgi, perkiraan KJ ialah UMNO bungkus atau dalam erti kata lain akan kalah kepada PN.
Sama ada betul atau salah jangkaan KJ itu, apa yang lebih penting ialah semua ini harus menjadi cabaran buat UMNO untuk membuktikan sebaliknya.
UMNO tidak harus tersinggung atau kecil hati dengan kejujuran KJ, jadikanlah ia tangkal semangat untuk sekurang-kurangnya janganlah sampai kena bungkus ikat tepi dan tiada langsung kerusi yang mampu dimenangi. – ShahbudinHusin 06/06/2023.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/06/yang-penting-janganlah-sampai-kena.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lamborghini Syamsul Yusof Berasap Tepi Jalan Netizen Kaitkan Dengan Karma

Lamborghini Syamsul Yusof Berasap Tepi Jalan Netizen Kaitkan Dengan Karma

papar berkaitan - pada 12/6/2023 - jumlah : 180 hits
Tular satu video memaparkan sebuah kereta mewah jenis Lamboghini dipercayai milik pengarah sensasi Syamsul Yusof mengalami kerosakkan sehingga berasap di tepi jalan
Kenapa Anda Perlu Buang Ke Tepi Bab Logik Terlebih Dulu Kalau Nak Idea Kreatif Dalam Perniagaan

Kenapa Anda Perlu Buang Ke Tepi Bab Logik Terlebih Dulu Kalau Nak Idea Kreatif Dalam Perniagaan

papar berkaitan - pada 13/6/2023 - jumlah : 104 hits
Tak boleh pakai logik sangat dalam bisnes Biar betul Pelik juga dengan kenyataan itu Saya akan cuba terangkan apa yang saya maksudkan dengan kenyataan kenapa anda tak boleh pakai logik sangat untuk menjana idea perniagaan yang kreatif Bukan...
Bungkus

Bungkus

papar berkaitan - pada 5/6/2023 - jumlah : 148 hits
Rosak dah UMNO di bawah penjajahan zahid Bekas pemimpin Umno Khairy Jamaluddin menjangkakan parti itu akan bungkus dalam pilihan raya di enam negeri akan datang Dia berkata demikian sebagai menjawab Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan Seti...
Dinner Menu Special Sup Belut Dan Daging Harimau Menangis Di Selera Tepi Sungai Tanah Merah

Dinner Menu Special Sup Belut Dan Daging Harimau Menangis Di Selera Tepi Sungai Tanah Merah

papar berkaitan - pada 7/6/2023 - jumlah : 157 hits
Assalamualaikum Balik kampung kalau tak pekena sup belut memang tak sah Bukan Fiza yer tapi En suami Memang favorite dia dan abah Jadinya nak makan sup belut sedap kami cari satu port sup belut sedap kat Tanah Merah Dinner menu special sup ...
Steamboat Dan Bbq Grill Di Tepi Sungai Waktu Malam Yang Dingin Hanya Di Bbq Lamb Kl Kemensah

Steamboat Dan Bbq Grill Di Tepi Sungai Waktu Malam Yang Dingin Hanya Di Bbq Lamb Kl Kemensah

papar berkaitan - pada 6/6/2023 - jumlah : 170 hits
Kalau nak ber steamboat nii kat mana mana pun ada kan dalam pasaraya pun ada restoran steamboat grill di seluruh negara kita ni Tapi hat yang kak ana nak share dengan korang hari ni paling rare dan esthetic sangat laa di mana pengalaman kak...
Wanita Sedih Diduga Tayar Pancit Tepi Jalan Tapi Lain Pula Jadi Bila Cek Tayar Pancit Rupanya Cincin Emas

Wanita Sedih Diduga Tayar Pancit Tepi Jalan Tapi Lain Pula Jadi Bila Cek Tayar Pancit Rupanya Cincin Emas

papar berkaitan - pada 31/5/2023 - jumlah : 162 hits
Wanita sedih diduga tayar pancit tepi jalan tapi lain pula jadi bila cek tayar pancit rupanya cincin emas LAZIMNYA paku atau bahan logam lain akan ditemui selepas kita membelek tayar pancit Namun penemuan bahan itu ia tidaklah dianggap seba...
Selepas 66 Tahun Merdeka Rakyat Terbanyak Akan Terus Niaga Tepi Jalan Dan Tepi Longkang Pandailah Engkau

Selepas 66 Tahun Merdeka Rakyat Terbanyak Akan Terus Niaga Tepi Jalan Dan Tepi Longkang Pandailah Engkau

papar berkaitan - pada 4/6/2023 - jumlah : 107 hits
seru kerajaan negeri tingkat usaha naik taraf warung geraiperlu membangun kemudahan itumenyumbang pendapatan rakyat terbanyakperancangan jelas menaik taraf mengindahkan gerai warung seluruh negarausaha membangun kemudahan rakyat terbanyakwa...
Prn Umno Bungkus Kata Kj

Prn Umno Bungkus Kata Kj

papar berkaitan - pada 6/6/2023 - jumlah : 129 hits
freemalaysiatoday com05 Jun 2023Khairy Jamaluddin berkata demikian sebagai respons jemputan sinis presiden Umno terhadap ahli yang dipecat dan digantung hadir ke PAU 2023 Khairy Jamaluddin dan Hishammuddin Hussein tidak menyukai tindakan Za...
Apa Nasib Umno Selepas Ini Oksigen Dicabut Atau Bungkus

Apa Nasib Umno Selepas Ini Oksigen Dicabut Atau Bungkus

papar berkaitan - pada 11/6/2023 - jumlah : 111 hits
satuberita myBy June 10 2023Oleh ZULKIFLEE BAKARHARI ini Perhimpunan Agung UMNO 2023 melabuhkan tirai dengan meninggalkan kenangan dan mungkin juga akan menjadi bahan sejarah Sepanjang perhimpunan itu berlangsung pelbagai drama dipertontonk...
Transit Aliran Automatik Di Putrajaya Percuma Selama Tiga Bulan

Rumah Terbuka Wld Raya 2024

Biodata Shalin Zulkifli Ratu Boling Tenpin Negara

Pramugari Malaysia Airlines Meninggal Dunia Tak Sempat Pulang Ke Tanah Air

Tutorial Cara Daftar Asb Online Dan Cara Semak Asb Guna Ic

Apa Itu Wang What Is Money

Doubletree By Hilton Presents Signatures Across The State A Makan Kitchen Showcase

Beyond Lettuce Wraps Unleash The Power Of Low Carb Bread



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bunga Salju Slot Tiara Astro Ria

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia


Al Ikhsan Sports Spend And Win

Cuci Karpet

Lambstongues The Benefits Of Plastic Downspouts Over Metal Alternatives

Beyond The High Exploring The Therapeutic Uses Of Thca Flower In Houston

Mahkamah Warga Emas Bunuh Jiran Hukuman Diganti Penjara 30 Tahun

From The Dock To Rubbing Shoulders With Pmx Kk Mart Founder Shows Steely Resurgence With Uzbek Expansion Plan