Yang Mana Lebih Bahaya Rokok Atau E Rokok


Yang Mana Lebih Bahaya? Rokok Atau e-Rokok? - Membesar dalam persekitaran yang menjadikan rokok sebagai ‘sahabat’, i memang selalu cari jalan terbaik untuk larikan diri sebagai salah satu cara menjaga kesihatan diri sendiri. Seakan tiada jalan untuk menyingkirkan rokok dari kehidupan, i terpaksa cipta kesedaran melalui platform yang i mahir seperti media sosial dan blog.




“Kalau nanti abang dah besar, ibu marah tak kalau abang hisap rokok?”




Patah juga hati dan perasaan ni bila anak tanya soalan macam tu. Hee~ Sebagai ibu yang bijak, i memang dah bersedia dengan pelbagai kemungkinan sepanjang proses anak-anak membesar. Ibarat, tarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berselerak. Rupanya, ada kawan sekelas menggunakan e-rokok. Em. Bila Aiman dah cerita secara detail barulah i faham apa yang bermain dalam kepala dia.
I tak ambil masa yang lama, i terus terangkan ‘kelebihan’ merokok dan apa jenis kerugian apabila mengambil keputusan untuk menjadi seorang perokok. Disebabkan i tak nampak langsung kebaikan merokok, hujah i memang padu sampai Aiman putus soalan. Mujur Aiman rajin bertanya dan mahu ambil tahu serba sedikit tentang kelebihan dan bahaya rokok.

BETUL KE ROKOK BAHAYA?
Berdasarkan statistik dari Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan bahawa merokok adalah faktor utama bagi penyakit bahaya dan menjadi punca sehingga 12% kematian di Malaysia setiap tahun. Perokok juga turut menempah pelbagai penyakit lain yang berkaitan dengan kesihatan jangka masa pendek dan jangka masa panjang seperti:


Strok / Angin ahmar Kerosakan ini disebabkan oleh kesan nikotin yang menjadikan saluran darah menjadi sempit sehingga menyukarkan darah mengalir. Akibatnya, sebahagian badan boleh menjadi lumpuh dan mengakibatkan maut. Penyakit berkaitan paru-paru seperti barah, lelah dan bronkitis Barah / kanser Radang mata yang boleh mengganggu daya penglihatan Nafas ber berbau dan mudah mendapat jangkitan pada mulut Mengurangkan suhu badan Kulit muka cepat berkedut
I ada buat kajian melalui pembacaan dan penemuannya sangat mengejutkan! Dianggarkan ada lebih 1.1 billion perokok dewasa di dunia manakala menurut Pelan Strategik Kebangsaan Bagi Kawalan Tembakau 2015 - 2020 telah merekodkan seramai 4.7 juta orang perokok di Malaysia.
Sedihnya, dianggarkan lebih 27,200 penduduk di Malaysia terbunuh akibat penggunaan tembakau pada setiap tahun. Walau bagaimanapun, 9 dari 10 perokok tegar tidak mahu berhenti merokok.

FAKTA TENTANG NIKOTIN YANG MUNGKIN TIADA ORANG YANG TAHU
Secara semulajadinya, nikotin boleh ditemui dalam tumbuhan terutamanya keluarga Solanaceae yang juga dikenali sebagai ‘Nightshades’ seperti kentang, tomato, dan terung. Secara amnya, nikotin dalam rokok berfungsi untuk merangsang pengeluaran dopamin dari dalam otak. Dopamin melatih otak kita untuk mengulang pengambilan nikotin dan setiap kali kita menghisap rokok, otak kita akan mengeluarkan perasaan teruja, puas dan gembira. Sebab itu, semakin lama kita merokok semakin sukar untuk meninggalkannya.






Namun, nikotin  bukanlah punca utama penyakit kronik yang berkaitan dengan tabiat merokok. Sebaliknya, kesan asap daripada pembakaran tembakau atau bahan yang terdapat dalam rokok menjadi punca utama kepada penyakit serius termasuk kanser paru-paru yang dihidapi perokok aktif dan pasif.




PROSES PEMBAKARAN ROKOK
I sempat ajar Aiman bagaimana proses pembakaran rokok dan bagaimana asap terjadi serta apa kesan asap tersebut pada perokok dan orang sekeliling. I share sini lah ye. Hee~
Ringkasnya, asap yang terhasil dari rokok terhasil dari proses pembakaran yang melibatkan tembakau (bahan api) lalu menghasilkan abu, haba, cahaya (tenaga) dan asap. Untuk pengetahuan i, Aiman dan korang, menurut Pengurus Pengurusan Projek dan Integrasi Pengetahuan di PMI, Mark Bentley, setiap asap yang dihembuskan mengandungi lebih dari 6,000 bahan kimia dan sekurang-kurangnya 100 dari bahan kimia tersebut diklarifikasikan sebagai sangat bahaya atau berpotensi membahayakan kesihatan perokok dan orang sekelilingnya.

ADAKAH TAR DALAM ROKOK SAMA DENGAN TAR JALAN?
“Kalau ibu perasan, dalam rokok ada tar. Tar tu yang macam kat jalan TAR ni ke?"
- Tanya Aiman sambil tunjuk jalan raya yang baru diturap. Masih hitam legam berbau hangus.




I jawab. Sudah tentulah TIDAK.
TAR yang terkandung dalam rokok merupakan istilah yang digunakan untuk menerangkan ukuran berat berasaskan zarah dalam asap rokok yang dihasilkan. Tar tidak diterjemahkan kepada pelepasan kimia sebaliknya ia hanyalah sukatan berat. Formulanya begini : 
Asap rokok - Air - Nikotin = TAR
Namun, ada sesetengah data menjelaskan bahawa TAR menghasilkan permukaan melekit pada dinding dalam paru-paru dan menjadi punca pelbagai penyakit kronik berkaitan pernafasan dan kanser.

ROKOK BEBAS ASAP SEBAGAI ALTERNATIF
Melalui pembacaan i, ada sebuah kajian yang telah diterbitkan dalam jurnal dalam talian pada Mei 2015 bertajuk “Addiction” oleh pakar kardiologi, Dr. Konstantinos Farsalinos mendapati e-rokok berpotensi baik menjadi pengganti rokok tembakau kerana ia mampu membebaskan formaldehid yang kurang ekstrem.
Secara umumnya, kandungan cecair dalam e-rokok terdiri daripada propilena glikol, gliserol atau kedua-duanya dan ditambah dengan sukatan nikotin serta bahan kimia berperisa. Formaldehid terbentuk dari hasil tindakbalas propilena glikol dan gliserol ketika proses pengewapan berlaku. Ya! Betul. Formaldehid tetap dibebaskan menerusi e-rokok namun kadarnya lebih rendah berbanding rokok tembakau.

Kalau rokok biasa ada kandungan nikotin dan tar yang menjadi penyebab pelbagai penyakit kronik manakala e-rokok hanya mengandungi nikotin selain formaldehis, glikol dan persia.
Apa pula heated tobacco products “HTP”? HTP pula bertindak memanaskan tembakau dibawah suhu 350°c tanpa proses pembakaran dimana ia tidak menghasilkan api, abu dan juga asap. Ia cuma menghasilkan wap yang mengandungi nikotin berperisa yang membebaskan rasa sebenar tembakau.
Kalau rokok biasa ada kandungan tar yang menjadi penyebab pelbagai penyakit kronik,  e-rokok dan heated tobacco products pula tidak akan menghasilkan tar kerana ia tidak membakar, cuma memanaskan je.





Semakin hari teknologi semakin maju dan pelbagai inisiatif telah dilakukan oleh pelbagai pihak bagi membantu perokok mengurangkan tabiat merokok yang membahayakan kesihatan diri sendiri dan orang sekeliling. Pilihan terbaik adalah berhenti merokok tetapi sekiranya terlampau susah dan memudaratkan kesihatan, mungkin boleh mencuba Nicotine-Replacement Treatment (NRT) yang berbentuk pelekat ataupun e-rokok yang ada dipasaran.
Perbualan i dengan Aiman tak habis kat situ je. Seronok berbual dari hati ke hati dengan anak yang sudah mula menginjak remaja dan mahu belajar selok belok kehidupan. I okay je untuk jelaskan kat Aiman kenapa begini, kenapa begitu asalkan penutup cerita - Aiman faham dengan mesej yang i cuba jelaskan.
“Nanti abang nasihatlah kawan abang tu, jangan hisap vape. Takut jadi ketagih. Kalau kantoi dengan mak ayah dia mesti teruk dia kena rotan. Mak ayah dia kan garang bethol..”Aiman tersenyum sambil angguk kepala.
Sempat i titipkan kat Aiman sebelum Aiman turun dari kereta menuju ke pintu pagar sekolah - “Manusia selalu lupa dua perkara dalam hidup. Satu nikmat kesihatan. Dua nikmat waktu lapang. Abang jadi manusia yang berguna, okay ?"



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.atiehilmi.com/2024/01/yang-mana-lebih-bahaya-rokok-atau-e.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perbedaan Pengeluaran Hk Dan Data Sgp Mana Yang Lebih Akurat

Perbedaan Pengeluaran Hk Dan Data Sgp Mana Yang Lebih Akurat

papar berkaitan - pada 25/1/2024 - jumlah : 152 hits
Perbedaan Pengeluaran HK dan Data SGP Mana yang Lebih Akurat Dalam dunia perjudian togel pengeluaran hasil result Hongkong dan Singapura adalah dua hal yang sangat penting Banyak pemain togel yang mengandalkan data data ini untuk merencanak...
Roti Putih Vs Roti Gandum Mana Lebih Bagus

Roti Putih Vs Roti Gandum Mana Lebih Bagus

papar berkaitan - pada 19/1/2024 - jumlah : 297 hits
Roti adalah sahabat setia di meja sarapan kita tetapi adakah korang pernah berfikir mengenai jenis roti yang anda makan Apa bezanya antara roti putih dan roti gandum Pilih Roti Putih Atau Roti Gandum Dalam dunia roti kita sering dihadapkan ...
Rampas Kuasa Atau Hilang Lebih Ramai Ahli Parlimen Pn Diberitahu

Rampas Kuasa Atau Hilang Lebih Ramai Ahli Parlimen Pn Diberitahu

papar berkaitan - pada 27/1/2024 - jumlah : 318 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Lebih ramai Ahli Parlimen Bersatu akan menyokong Perdana Menteri Anwar Ibrahim melainkan pembangkang boleh membuktikan mereka mampu menukar kerajaan dalam tempoh terdekat kata sumber rapat dengan seorang pemimpin ...
Antara Teh O Limau Dengan Teh O Halia Dua Dua Sedap Tapi Mana Satu Lebih Berkhasiat

Antara Teh O Limau Dengan Teh O Halia Dua Dua Sedap Tapi Mana Satu Lebih Berkhasiat

papar berkaitan - pada 3/2/2024 - jumlah : 110 hits
Antara teh o limau dan teh o halia yang mana satu menjadi pilihan anda Walau bagaimanapun pilihan tersebut tentunya bergantung kepada individu masing masing Sebenarnya kedua duanya sedap dan baik untuk kesihatan anda Namun mungkin lebih bai...
Adakah Anda Sering Sibuk Untuk Hidup Atau Sibuk Untuk Mati Mana Yang Betul

Adakah Anda Sering Sibuk Untuk Hidup Atau Sibuk Untuk Mati Mana Yang Betul

papar berkaitan - pada 2/2/2024 - jumlah : 270 hits
Mana satu daripada 2 keadaan berikut di bawah yang akan anda pilih Ada kerja perlu dibuat nbsp Sibuk dengan aktiviti samada kerja belajar tolong orang berkebun dipaksa bekerja terpaksa bekerja dan lain lain seumpamanya Tak ada kerja nak bua...
Prabowo Ingatkan Bahaya Lintasi Laut Merah Saat Antar Bantuan Ke Palestina

Prabowo Ingatkan Bahaya Lintasi Laut Merah Saat Antar Bantuan Ke Palestina

papar berkaitan - pada 18/1/2024 - jumlah : 141 hits
KRI dr Radjiman Wedyodiningrat memerlukan waktu sekitar 52 hari perjalanan untuk sampai
Video Tkn Sindir Cak Imin Tak Paham Isu Nasional Bahaya Pemimpin Begini Bisa Disetir Asing

Video Tkn Sindir Cak Imin Tak Paham Isu Nasional Bahaya Pemimpin Begini Bisa Disetir Asing

papar berkaitan - pada 23/1/2024 - jumlah : 184 hits
Nusron Wahid mengatakan isu soal LFP dan nikel sudah menjadi bahasan umum Dia keras menilai Cak Imin berbahaya jika diberi amanah
Doa Agar Dijauhkan Dari Segala Bahaya

Doa Agar Dijauhkan Dari Segala Bahaya

papar berkaitan - pada 16/1/2024 - jumlah : 256 hits
Doa Agar Terhindar Dari Mara Bahaya Doa agat dijauhkan dari bahaya seperti kemalangan kehilangan kecurian dan banyak lagi Jadi dengan mengamalkan doa bukanlah bermaksud kita boleh lepas tangan dan tidak berusaha Contohnya untuk elakkan kema...
Adun Pkr Lapor Polis Terhadap Pentadbir Facebook Najib

How Tortilla Wraps Are Bringing Low Calorie Meals To Life

Family Camping Journey Kami Repeat Camping Kali Ke 2 Di Owl Eagle Drening Try Tapak Rtt

Sotong Masak Hitam Pedas Resepi Simple Sedap Dan Cepat O

Pati Sembunyi Di Tangki Air Bawah Katil Elak Dicekup

Wifi Upgrades For Smarter Homes Boosting Connectivity And Security

Di Bulan Mulia Ini Jom Bantu Anak Anak Yatim Mendaptkan Pendidikan Terbaik Untuk Masa Depan Mereka

Labour Group Urges Govt To Intervene In Suhakam S Salary Increment Woes


echo '';
Biodata Azqa Aziz Pelakon Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Astro Ria Gandingan Evertts Gomes Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Usahawan Inspirasi Siapa Ezwan Zain Owner Kueh Cafe

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3


Jangan Semakkan Kepala Dengan Perkara Dan Barang Yang Tidak Perlu

Advertise Up To 200 Million Emails

Sibuk Mencari Barang Dekat Nilai 3

Toha Arifin Selamatkan Palestin Chord

Dual Language Programme Malaysia Maksud Senarai Sekolah

Stay Strapped How To Transport A Motorcycle The Right Way