Yang Di Pertuan Agong Serta Permaisuri Titah Agar Raikan Aidilfitri Sebagai Bangsa Bersatu


 


KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh rakyat Malaysia yang akan meraikannya esok.
Dalam titah perutusan sempena Hari Raya Aidilfitri yang disiarkan menerusi saluran TV 1 malam ini, Seri Paduka bertitah agar seluruh rakyat menyambut hari raya ini sebagai satu bangsa Malaysia yang bersatu padu dan dengan penuh rasa kesyukuran.
Seri Paduka juga menyeru seluruh rakyat agar terus melangkah ke hadapan dengan menjaga kesihatan diri dan mematuhi semua peraturan yang telah digariskan bagi membendung penularan pandemik Covid-19.
“Saban tahun, Aidilfitri disambut dengan penuh kegembiraan merentasi agama dan bangsa. Anak rantau akan pulang ke kampung halaman, ziarah menziarahi menjadi amalan di samping menikmati juadah tradisi yang disajikan.
“Sesungguhnya, manusia hanya mampu merancang, Allah menentukan segalanya. Dalam ikhtiar untuk memerangi pandemik Covid-19, Aidilfitri pada tahun ini disambut dalam suasana berbeza dari kelaziman.
“Beta menyedari, rakyat terpaksa akur dengan pelbagai peraturan yang dikuatkuasakan demi membendung penularan pandemik Covid-19,” titah Seri Paduka.
Al-Sultan Abdullah bertitah, baginda juga melihat dan mendengar keluh kesah sebilangan rakyat yang terkesan dengan pelbagai dugaan yang melanda, namun segala pelaksanaan norma baharu adalah untuk kebaikan serta masa depan bersama.
Justeru titah Seri Paduka, semangat ukhuwah dan kesabaran dari seluruh rakyat Malaysia adalah sangat dituntut dalam usaha untuk melawan pandemik ini.
“Janganlah pula kita melupakan kerukunan hidup bermasyarakat menerusi tutur kata yang menanam benih-benih perbalahan sesama kita. Sebaliknya, marilah kita bersyukur kerana kita masih lagi dapat melaksanakan ibadah di bulan Ramadan dan dikurniakan pula kesihatan untuk menyambut Syawal.
“Pada hari penuh keberkatan ini, marilah kita menghargai pengorbanan seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa ataupun agama, yang telah sama-sama memerangi pandemik Covid-19 ini,” titah Seri Paduka.
Al-Sultan Abdullah juga menzahirkan penghargaan kepada petugas barisan hadapan negara, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), petugas perkhidmatan kesihatan serta semua agensi kerajaan yang diamanahkan menjaga kesejahteraan, keamanan dan kedaulatan negara. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://pahangdaily.blogspot.com/2021/05/yang-di-pertuan-agong-permaisuri-raikan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/LWFdy+(Pahang+Daily+Online)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Observe New Aidilfitri Norms To Fight Covid 19 Agong

Observe New Aidilfitri Norms To Fight Covid 19 Agong

papar berkaitan - pada 13/5/2021 - jumlah : 413 hits
Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah today said that Hari Raya Aidilfitri has to be celebrated in the new norms again this year for the common good and better future of the people and the country in f...
Hiburan Tak Dapat Puasa Penuh Andi Bernadee Ungkap Hilang Nikmat Raikan Aidilfitri

Hiburan Tak Dapat Puasa Penuh Andi Bernadee Ungkap Hilang Nikmat Raikan Aidilfitri

papar berkaitan - pada 15/5/2021 - jumlah : 252 hits
Penyanyi dan pelakon Andi Bernadee mengaku hilang nikmat beraya kerana tidak dapat berpuasa penuh setelah mengalami masalah kesihatan yang juga didakwa gangguan sihir Andi turut mengungkap rasa kecewa kerana pertama kali gagal untuk melakuk...
Semua Bazar Ramadan Serta Bazar Aidilfitri Dalam Kawasan Pkp Di Tutup Mulai Isnin Ini

Semua Bazar Ramadan Serta Bazar Aidilfitri Dalam Kawasan Pkp Di Tutup Mulai Isnin Ini

papar berkaitan - pada 9/5/2021 - jumlah : 342 hits
nbsp KUALA LUMPUR Semua bazar Ramadan dan Aidilfitri dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan akan ditutup mulai Isnin ini Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata bazar Ramadan yang tersenarai dalam sistem Pengecaman
Helah Orang Ramai Guna Pusat Beli Belah Sebagai Pertemuan Aidilfitri

Helah Orang Ramai Guna Pusat Beli Belah Sebagai Pertemuan Aidilfitri

papar berkaitan - pada 18/5/2021 - jumlah : 250 hits
Oleh PETAH WAZZAN ISKANDAR DR ADHAM BABAPUTRAJAYA Kementerian Kesihatan melahirkan kebimbangan dengan sikap orang ramai yang menjadikan pusat beli belah sebagai pertemuan Hari Raya Aidilfitri yang boleh mencetuskan jangkitan Covid 19 sehing...
Norma Baharu Aidilfitri Untuk Perangi Covid Agong

Norma Baharu Aidilfitri Untuk Perangi Covid Agong

papar berkaitan - pada 13/5/2021 - jumlah : 343 hits
CYBERJAYA Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah bertitah sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini yang perlu sekali lagi disambut dengan norma baharu adalah untuk kebaikan dan masa depan bersama dalam u...
Agong Raja Permaisuri Masak Bubur Lambuk Untuk Petugas Barisan Hadapan

Agong Raja Permaisuri Masak Bubur Lambuk Untuk Petugas Barisan Hadapan

papar berkaitan - pada 11/5/2021 - jumlah : 297 hits
AGONG RAJA PERMAISURI MASAK BUBUR LAMBUK UNTUK PETUGAS BARISAN HADAPAN PETALING JAYA Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli berangkat ke Program Memasak Bubur Lambuk anjuran Kelab...
Lirik Irama Aidilfitri Awi Rafael Ning Baizura Tiz Zaqyah Ismail Izzani Bunga Julia Farhana

Lirik Irama Aidilfitri Awi Rafael Ning Baizura Tiz Zaqyah Ismail Izzani Bunga Julia Farhana

papar berkaitan - pada 1/5/2021 - jumlah : 411 hits
Selamat hari rayaKita bergembiraSelamat hari rayaHari untuk semuaMuka gembira menantikan takbir rayaSetelah berpuasa satu bulan lamanyaJangan lupa berzakat dan tuntutan agamaSemoga kita semua
Lirik Cahaya Aidilfitri Harris Alif

Lirik Cahaya Aidilfitri Harris Alif

papar berkaitan - pada 1/5/2021 - jumlah : 317 hits
Bila tiba hari rayaSemua insan bergembiraTetapi bagiku hanya kesedihanYang menyelubungi hidupAyah dan juga ibukuTelah pergi selamanyaTerbiarlah aku ibarat musafirYang haus di padang pasir Siapakah
Tampah Dijual Rp4 2 Juta Di Luar Negeri Sebagai Hiasan Potensi Tinggi Bagi Pengrajin Lokal

Tampah Dijual Rp4 2 Juta Di Luar Negeri Sebagai Hiasan Potensi Tinggi Bagi Pengrajin Lokal

papar berkaitan - pada 17/5/2021 - jumlah : 375 hits
Anyaman bambu yang kerap hadir di dapur orang Indonesia ini punya harga fantastis Bisa jadi peluang bisnis
Lelaki Didakwa Bunuh Ibu Mentua

Tebatan Banjir Rm 7 Bilion Batal

Relationship 4 Horsemen Overcoming The Four Horsemen

Kempen Keselamatan Dalam Talian Anjuran Mcmc Disambut Para Baik Ibu Bapa

Hari Ke 29 Rezeki Datang

Ayu Raudhah Reda Pemergian Anak Bongsu Dia Adalah Pinjaman Allah

Persediaan Persekolahan

Skill Issue Memes The Power Of Skill Based Memes


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12


Top Commentator Bulan Januari Dan Bulan Februari 2025

Jika Anak Lambat Bercakap Ini Kesan Pada Fokus Dan Belajar

Laman Seni Safari

Dataran Klang Padang Chetty

Canon Repair

Menikmati Hidangan Malam Di Halal Kitchen Restaurant Nippori