Yakini Kerajaan Mampu Tangani Koronavirus


KUALA LUMPUR, 27 JAN: Kedudukan Malaysia di tangga ke-18 Indeks Keselamatan Kesihatan Global (GHS) 2019 daripada 195 negara menunjukkan Malaysia mempunyai kemampuan yang baik dalam mencegah, mengesan dan bertindak terhadap penularan penyakit berjangkit.
Indeks GHS ini merupakan satu pengiktirafan antarabangsa akan keupayaan negara dalam menangani sebarang penularan penyakit, termasuk kluster 2019 novel koronavirus.
Sehubungan itu, masyarakat perlu meletakkan keyakinan terhadap keupayaan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) khususnya dan kerajaan amnya yang sedang bertungkus-lumus memberi perlindungan terbaik kepada rakyat daripada ancaman koronavirus.
Sebenarnya, penularan kluster penyakit berbahaya di Malaysia bukan sesuatu yang baharu. Negara pernah mengharungi ancaman seperti Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) pada tahun 2003, virus Nipah (1998-1999) dan Infuenza A (2009 dan baru-baru ini) yang membolehkan KKM menimba pengalaman luas dan meningkatkan kepakarannya dalam menangani penularan penyakit berkenaan.
Kakitangan Kementerian Kesihatan memantau saringan suhu badan yang berfungsi 24 jam di Terminal Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang pada 24 Januari 2020. Foto BERNAMAPresiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia Datuk Dr Zainal Ariffin Omar memberitahu Bernama berdasarkan pengalamannya di bahagian kawalan penyakit, jelas langkah-langkah yang diambil KKM ketika ini untuk menangani penularan koronavirus mencerminkan kematangan kerajaan dalam menangani isu itu.
“Ini kerana kita bukan kali pertama berhadapan dengan isu seperti ini, sebab itu kita sudah ada sistem dan prosedur saringan, pengesanan kontak, kuarantin, pengawasan dan apabila ada pesakit dalam siasatan (PUI) kita akan hantar ke Hospital Sungai Buloh,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Untuk rekod, katanya, Hospital Sungai Buloh merupakan pusat rujukan dan rawatan penyakit berjangkit terbaik di Malaysia dan antara yang terbaik di Asia dengan mempunyai kelengkapan mencukupi dan kepakaran diiktiraf.
Berikutan itu, Dr Zainal Ariffin berkata rakyat tidak seharusnya meragui kebolehan yang ada pada kakitangan perubatan KKM kerana mereka sentiasa menjalani simulasi dan cukup terlatih untuk berhadapan dengan isu seperti jangkitan koronavirus itu.
“Rakyat juga tidak seharusnya meragui langkah yang diambil oleh kerajaan kerana setiap keputusan yang dilakukan adalah berdasarkan nasihat daripada panel penilaian profesional dalam bidang perubatan.
“Apa yang berlaku kini, terlalu ramai yang menjadi ‘pakar’ tanpa ilmu yang sebenar dan media sosial seperti Facebook dijadikan sebagai teater politik untuk menangguk di air keruh menyebabkan timbul situasi panik dalam kalangan rakyat.
“Nasihat saya ikuti berita yang sahih dikeluarkan oleh KKM, semak jurnal perubatan untuk mendapatkan fakta, jangan dengar khabar angin kerana ia menyebabkan kegelisahan,” katanya.
Sementara itu, menurut indeks GHS yang dikeluarkan pada Oktober lepas, Malaysia dilihat lebih bersedia berbanding negara jiran Singapura dan Indonesia yang masing-masing berada pada kedudukan ke-24 dan ke-30 daripada kesemua 195 negara yang dinilai.
Negara-negara berkenaan disenarai dalam tiga kategori – paling bersedia, lebih bersedia dan kurang bersedia dan Malaysia ditempatkan dalam kategori kedua.
Negara yang berada di kedudukan teratas ialah Amerika Syarikat, dengan skor 83.5, diikuti oleh Britain (77.9) dan Belanda (75.6) dengan negara jiran di utara, Thailand menduduki tangga ke-6 (73.2) dan Korea Selatan di tangga ke-9 (70.2) .
GHS menilai persediaan dalam menghadapi risiko yang memberi kesan besar dan bencana biologi global.
-BERNAMA

Free IPTV @5tr0kk +500 Channel


Tonton TV online secara percuma dari handfon atau android box anda!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ohsemput.blogspot.com/2020/01/yakini-kerajaan-mampu-tangani.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Usaha Kerajaan Thai Royal Tangani Koronavirus Novel 2019 Ncov

Usaha Kerajaan Thai Royal Tangani Koronavirus Novel 2019 Ncov

papar berkaitan - pada 30/1/2020 - jumlah : 593 hits
Kerajaan Thai Royal melakukan segala kemungkinan untuk memastikan perlindungan kesihatan maksimum dan perlindungan terhadap negara mereka Harus di puji Usaha Kerajaan Thai Royal Tangani Koronavirus Novel 2019 nCoV Khususnya di pintu masuk u...
Who Puji Kerajaan China Bertindak Pantas Kawal Wabak Koronavirus

Who Puji Kerajaan China Bertindak Pantas Kawal Wabak Koronavirus

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 378 hits
Selasa yang lalu WHO telah melakukan mesyuarat tergempar yang akhirnya menisytiharkan darurat global untul wabak koronavirus Keputusan ini mendapat persetujuan dari semua kepimpinan WHO setelah ia diusulkan Bagaimanapun Ghebreyesus tetap me...
Koronavirus Kerajaan Boleh Diheret Ke Mahkamah Peguam

Koronavirus Kerajaan Boleh Diheret Ke Mahkamah Peguam

papar berkaitan - pada 28/1/2020 - jumlah : 417 hits
Ketua peguam Datuk Shaharudin Ali bercakap kepada media semasa hadir bagi pendengaran kes peguam Mohd Khairul Azam Abdul Aziz mencabar keabsahan sekolah vernakular di Mahkamah Persekutuan Putrajaya Putrajaya foto SYAFIQ AMBAK KUALA LUMPUR P...
Jangkitan Maut Koronavirus Dan Kebodohan Kerajaan Pakatan Harapan

Jangkitan Maut Koronavirus Dan Kebodohan Kerajaan Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 28/1/2020 - jumlah : 603 hits
Pertubuhan Kesihatan Dunia mengeluarkan amaran virus baharu yang ditemui di China boleh menyebabkan penyebaran wabak yang lebih luas Coronavirus adalah satu keluarga virus yang besar dan boleh menyebabkan jangkitan dari demam selsema biasa ...
Koronavirus Mampu Membunuh 65 Juta Orang Dalam Masa 18 Bulan Biar Betul

Koronavirus Mampu Membunuh 65 Juta Orang Dalam Masa 18 Bulan Biar Betul

papar berkaitan - pada 28/1/2020 - jumlah : 403 hits
Baru baru ini kita digemparkan dengan virus terbaru yang dikenali sebagai Novel Coronovirus Virus ini merupakan virus yang tidak pernah dijumpai pada manusia Wabak penyakit ini telah mendatangkan kembimbangan ramai pihak Pelbagai langkah te...
Koronavirus Netizen Lancar Petisyen Atas Talian Minta Kerajaan Halang Pelancong China Masuk Malaysia

Koronavirus Netizen Lancar Petisyen Atas Talian Minta Kerajaan Halang Pelancong China Masuk Malaysia

papar berkaitan - pada 26/1/2020 - jumlah : 703 hits
Susulan kes pertama koronavirus melibatan 3 warga China yang masuk ke Malaysia segelintir netizen menggesa kerajaan untuk menyekat kemasukan pelancong negara itu buat masa ini Satu petisyen dimulakan individu bernama Muhammad Zaim Yusran Mo...
Koronavirus 1 Grup Whatsapp 4 Akaun Facebook Disiasat

Koronavirus 1 Grup Whatsapp 4 Akaun Facebook Disiasat

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 249 hits
BERITASatu kumpulan sembang WhatsApp dan tiga akaun Facebook sedang disiasat Polis Diraja Malaysia kerana disyaki menyebarkan khabar angin dan berita tidak sahih berhubung penularan wabak novel koronavirus Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah ...
Hospital Koronavirus Pertama Dibina Di Wilayah Huangzhou Dibuka Harini

Hospital Koronavirus Pertama Dibina Di Wilayah Huangzhou Dibuka Harini

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 358 hits
Hospital khas untuk pesakit koronavirus yang dikatakan akan siap selama 6 hari kini telah siap dibuka Akhirnya hospital itu telah dibuka di sebuah bandar berhampiran Wuhan Menurut sumber yang Ohmedia baca kumpulan pesakit koronavirus kini t...
Dr Dzul Berita Palsu Tular Koronavirus Kini Kritikal Akan Keluar Senarai

Dr Dzul Berita Palsu Tular Koronavirus Kini Kritikal Akan Keluar Senarai

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 354 hits
FAISAL ASYRAF Sementara koronavirus adalah perkara penting yang perlu ditangani Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad berkata satu lagi jenis virus telah menjadi kritikal iaitu penyebaran berita palsu berhubung perkara itu Saya ingin menekan...
Harvard Office For The Arts Celebrates Its 50th Anniversary

Metamask Security Warning

Putra Heights Pipeline Fire Jpj Issues 163 Free Vehicle Document Replacements For Affected Victims

Overcoming The Funding Challenges

Tular Tumbuk Pemandu Wanita Anggota Tentera Mengaku Tak Salah

Aktiviti Majlis Penghargaan Kepada Warga Pakistan Nekad Terjun Sungai Tragedi Putra Heights Ppim 06 04 2025

Lelaki Maut Dibelasah Penduduk Lepas Tikam Wanita Remaja

Harga Pasaran Makin Naik Wanita Ni Selamba Beli Emas Bernilai Rm2 5 Juta


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Nabila Maharani Hari Ini Engkau Disana Chord

Pbakl 2025 Peta Lokasi Acara Pesta Buku Antarabangsa Kl

Terdapat Mesej Whatsapp Zayn Hilang Lantaklah Nak Hidup Ke Nak Mati Milik Dua Individu Saksi

69 Rekomendasi Lagu Yang Cocok Dinyanyikan Untuk Pernikahan Teman Dan Sahabat

Berhari Raya Di Hari Raya Pertama

Hiburan Belum Diklasifikasi Sebagai Kes Jenayah Tiada Keperluan Dedah Identiti Kontraktor Kp Selangor