Koronavirus 1 Grup Whatsapp 4 Akaun Facebook Disiasat


BERITA

Satu kumpulan sembang WhatsApp dan tiga akaun Facebook sedang disiasat Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana disyaki menyebarkan khabar angin dan berita tidak sahih berhubung penularan wabak novel koronavirus (2019-nCoV).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Huzir Mohamed, berkata isu penyakit 2019-nCoV itu - yang berpunca dari Wuhan di wilayah Hubei, China - menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat di negara ini.

Katanya, orang ramai tidak perlu menjadi jaguh di internet atau mensensasikan isu itu sebaliknya menghentikan sebarang bentuk penyebaran berita, artikel atau kenyataan yang tidak sahih mengenai wabak tersebut.

"Tindakan mana-mana pihak yang ingin menjadi jaguh di internet mahupun di laman sosial dengan menyebarkan berita tidak sahih mengenai isu ini akan mengakibatkan siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588)," katanya.

Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini, Huzir berkata, kes pertama yang disiasat ialah pada 24 Jan lalu membabitkan sebuah kumpulan WhatsApp yang menularkan berita palsu kononnya ada banduan mati mengejut di Penjara Sandakan kerana virus dari Wuhan itu.

Menurut Huzir, maklumat berkenaan boleh menggugat ketenteranan awam serta menimbulkan ketakutan masyarakat.

"Sehubungan itu satu siasatan dijalankan mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali," katanya.

Dakwa pelancong mati dalam bas

Menurut Huzir kes itu turut disiasat mengikut Seksyen 233 Akta 588 yang menyediakan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya.

Kes kedua yang disiasat, kata Huzir, membabitkan akaun menggunakan nama Kong Tuck Wah, yang menularkan maklumat mengenai 2019-nCoV.

Katanya, kes itu disiasat mengikut 203 (A) Kanun Keseksaan yang menyediakan hukuman denda sehingga RM1 juta atau penjara satu tahun atau kedua-duanya sekali.

Satu lagi siasatan pula dibuka untuk akan Facebook menggunakan nama Ibu Yati kerana dianggap boleh menggugat ketenteraman awam.

Kata Huzir ia disiasat mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan membabitkan kesalahan menyebabkan ketakutan atau kegentaran awam.

Melalui tangkap layar yang disertakan itu, akaun terbabit didapati memaparkan ayat: "Pagi tadi berita kata 1000 org China baru tiba di Penang... agaknya klu (kalau) LGE kena baru darurat ke?"

Satu lagi kes membabitkan akaun Facebook Roti Sardeen yang menyiarkan dakwaan ada pelancong China mati dalam bas berhampiran Lapangan Terbang Kuala Lumpur 2 (KLIA2).

Kes kelima pula melibatkan akaun dikenali sebagai Ali Dapicey yang membuat hantaran dalam Facebook Gabungan Anak Terengganu kononnya ada lima suspek koronavirus baru pulang dari Wuhan ditahan di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

Semua kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan, selain Seksyen 233 Akta 588 membabitkan kesalahan menggunakan kemudahan rangkaian secara tidak wajar.

Seksyen 233 Akta 588 memperuntukkan hukuman denda RM100,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/01/koronavirus-1-grup-whatsapp-4-akaun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
11 Gambar Yang Sering Muncul Di Grup Whatsapp Bapak Bapak Gokil Nggak Ada Matinya Deh

11 Gambar Yang Sering Muncul Di Grup Whatsapp Bapak Bapak Gokil Nggak Ada Matinya Deh

papar berkaitan - pada 30/1/2020 - jumlah : 454 hits
Garing nggak masalah yang penting bisa buat bapak bahagia Mau gimana cari hiburan udah susah
Facebook Dilaporkan Menangguhkan Sementara Pengenalan Iklan Di Whatsapp

Facebook Dilaporkan Menangguhkan Sementara Pengenalan Iklan Di Whatsapp

papar berkaitan - pada 17/1/2020 - jumlah : 322 hits
https ift tt 2uRH0Ne Facebook sebelum ini telah mengambil alih WhatsApp pada nilai mencapai 22 bilion pada 2014 yang lepas Seperti kebanyakkan syarikat lain dengan pengambil alihan pada nilai yanng tinggi semestinya Facebook ingin menjana k...
Koronavirus Seorang Rakyat Malaysia Yang Baru Pulang Dari Wuhan Ditahan Di Hkl

Koronavirus Seorang Rakyat Malaysia Yang Baru Pulang Dari Wuhan Ditahan Di Hkl

papar berkaitan - pada 25/1/2020 - jumlah : 440 hits
Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan seorang rakyat Malaysia yang baru pulang dari China sedang diasingkan di Hospital Kuala Lumpur untuk pemantauan lanjut bagi pengesanan wabak koronavirus Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ah...
Kkm Sah 3 Kes Positif Koronavirus

Kkm Sah 3 Kes Positif Koronavirus

papar berkaitan - pada 26/1/2020 - jumlah : 278 hits
Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini mengesahkan 3 kes positif novel koronavirus Menterinya Dzulkefly Ahmad berkata 3 kes tersebut merupakan keluarga terdekat kepada kes positif di Singapura yang melibatkan seorang lelaki berusia 66 tahu...
Sedap Sedap Tak Peduli Wabak Koronavirus Lelaki Ini Telan Anak Tikus Hidup Hidup

Sedap Sedap Tak Peduli Wabak Koronavirus Lelaki Ini Telan Anak Tikus Hidup Hidup

papar berkaitan - pada 25/1/2020 - jumlah : 529 hits
Di kala ramai yang menyuarakan kebimbangan dengan penularan wabak koronavirus di China sehingga merebak di beberapa negara lain masih ada individu yang sanggup makan makanan eksotik yang dilaporkan antara penyebab kepada kewujudan virus ter...
Netizen Suarakan Kebimbangan Wabak Koronavirus Dah Dikesan Di Malaysia

Netizen Suarakan Kebimbangan Wabak Koronavirus Dah Dikesan Di Malaysia

papar berkaitan - pada 25/1/2020 - jumlah : 535 hits
Netizen Suarakan Kebimbangan Wabak Koronavirus Dah Dikesan Di Malaysia Kementerian Kesihatan telah membuat sidang media mengenai kes pertama koronavirus di Malaysia yang melibatkan warga China yang memasuki negara ini melalui Johor Netizen ...
Koronavirus Di Ipoh Yang Tular Tidak Benar

Koronavirus Di Ipoh Yang Tular Tidak Benar

papar berkaitan - pada 26/1/2020 - jumlah : 267 hits
KUALA LUMPUR 25 JAN Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menafikan berita yang tular dalam media sosial kononnya kes novel koronavirus telah dikesan di Ipoh Beliau berkata cerita di media sosial kononnya seorang pelajar da...
Koronavirus Dah Ada Di Malaysia Virus Yang Masih Tiada Vaksin

Koronavirus Dah Ada Di Malaysia Virus Yang Masih Tiada Vaksin

papar berkaitan - pada 25/1/2020 - jumlah : 567 hits
Apa yang merisaukan rakya malaysia seperti saya akhirnya jadi kenyataan Sejak viral pasal koronavirus yang menyerang daerah Wuhan sehingga di isytiharkan darurat dah pun meragut nyawa manusia Virus ni di katakan berpunca dari amalan pemakan...
Biasa Dari Negeri Yang Tak Pernah Lihat Kepesatan Negeri Yang Lebih Maju Dia Nampak Kedai Proses Ayam Ja

Why Pm Anwar Rafizi Steven Sim Should Be Worried About World Bank S Report On M Sian Education

This Five Cylinder Puch Proves There S No Replacement For Displacement

Drama Framed Lakonan Mimi Lana Meerqeen

Adab Tu Kena Ada Walaun Tak Dak Adab Ke Tak Sekolah

Ceramah Pn Tidak Dapat Sambutan Di Kuala Kubu Baharu Pas Boikot Calon Bersatu Prk Kkb

Mesyuarat Negara Negara Asean Dalam Bidang Sains Dan Teknologi Kuantum

Potensi Pemulihan Ringgit Terancam Jika Data Pekerjaan As Mengejutkan Negatif



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan


7 2567 1 Top 100 By Darlene Ssru Ac Th

Slotxo 3 2567 Xo Slot 24 Top 75 By Tonja Slotxo24hr Win

Rajabhat University 1 Top 73 By Shawnee Ssru Ac Th 8 67

Turning Raw Data Into Stunning Presentations With One Click

Kurangkan Saiz Produk Tanpa Maklum Pembeli Boleh Kena Denda Rm35 000

Kes Pemerasan Rm1 25 Juta 3 Pegawai Kanan Polis Ditahan