Yakeb Cadang Jual Jongkong Emas
YAKEB sebuah badan kebajikan untuk atlet merancang untuk menjual jongkong emas (gold bar) yang memaparkan wajah atlet-atlet negara. Menuru Pengurus Operasi Yakeb, Aminuddin Mohd Nasir, idea itu masih di peringkat perbincangan bagi menjana pendapatan Yayasan yang selama ini banyak bergantung kepada bantuan kerajaan.
Menurutnya, dana sebanyak RM2 juta setahun diperlukan untuk
membantu menjaga kebajikan ahli yang kini mencecah 3,000 bekas atlet. Dana
tersebut diperlukan bagi membiayai kos rawatan yang semakin hari semakin
meningkat.
Selain cadangan menjual jongkong emas Yakeb juga bercadang
menganjurkan acara larian dan aktiviti lain bagi mencari dana.
Yakeb juga mengumumkan ‘Tabung YAKEB for X-Athlete’ yang mendapat kerjasama daripada Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) yang membenarkan tabung Yaked diletakkan di restoran-restoran ahlinya.
Ligakampung.com mengucapkan syabas di atas usaha Yakeb untuk
membantu para atlet dengan mengusahakan pelbagai aktiviti. Di sini kami ingin
member sedikit cadangan. Antaranya ialah :-
Menubuhkan Koperasi Yakeb. Bagi atlet-atlet yang
belum bersara mereka boleh menjadi ahli koperasi. Selain memberikan dividen
kepada ahli, lebihan keuntungan boleh di letakkan di dalam tabung Yayasan.
Penjanaan pendapatan melalui koperasi boleh dilakukan dalam pelbagai bidang
terutama yang berkaitan dengan sukan. Membangunkan bangunan atau aset-aset sukan di
Malaysia yang terbengkalai. Dengan kepakaran ahli dalam Yakeb, ia boleh direalisasikan.
Ahli-ahli perlu bersama bukan hanya ketika sakit sebaliknya ketika masih dalam
keadaan sihat lagi.Mendapatkan penaja besar untuk Yayasan. Memang
ia bukan satu tugas mudah tetapi perlu dilakukan bagi menampung perbelanjaan
yang semakin meningkat.Mungkin boleh bekerjasama dengan syarikat
insuran bagi mencari kaedah terbaik untuk membantu para atlet ini. Pihak
insurans pasti mempunyai kepakaran dalam menjaga kebajikan para pencarum jadi
akan ada idea boleh dikongsi bersama.Menganjurkan aktiviti acara sukan atau karnival
sukan bagi menjana pendapatan Yayasan. Sekarang ni kita lihat rakyat Malaysia
semakin aktif bersukan dan pasti mereka akan member sokongan untuk menjayakan
program sebegini. Dengan penglibatan Yakeb pasti akan mendapat kepercayaan
penuh dari pihak penaja serta Kementerian. Ia sedikit sebanyak mampu membantu
menambahkan kantung Yakeb.
Itu serba sedikit mengenai aktiviti yang boleh dilakukan oleh Yakeb. Sebagai badan yang bertanggungjawab untuk menjaga kebajikan atlet pasti penting untuk organisasi ini mendapatkan dana. Ia perlu bagi memastikan kelangsungan Yakeb di kemudian hari tanpa perlu bergantung sepenuhnya kepada kerajaan. Semoga ia tidak ditutup seperti kecoh pada tahun lalu.
Bagaimana pula dengan pendapat anda? Boleh kongsikan sedikit sebanyak. Dan kalau Yakeb akan mengeluarkan jongkong emas itu, atlet manakah menjadi pilihan anda untuk dipaparkan di jongkong tersebut? Kami di Ligakampung.com berbeza pilihan tetapi bagi saya, Datuk Lee Chong Wei sebagai pilihan.
Sekiranya anda ingin menyumbang, sila klik terus ke laman web Yakeb
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://ligakampung.com/blog/yakeb-cadang-jual-jongkong-emas/