Yadim Sentiasa Terbuka Beri Kefahaman Tentang Islam


Oleh MOHAMAD FAIZAL HASHIM TUAN Kamarul Arief Tuan Soh menyampaikan sumbangan kepada Pengerusi Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan, Sharipin Shahlan sempena Ziarah Yadim Prihatin di Kempas, Johor. -UTUSAN/ MOHAMAD FAIZAL HASHIMJOHOR BAHRU: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) sentiasa terbuka memberi kefahaman tentang Islam berpandukan ajaran Al Sunnah Wal Jamaah kepada seluruh masyarakat termasuk mereka yang terpesong mengikut ajaran tertentu.
Ketua Pegawai Eksekutif Yadim, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh berkata, perkara itu termasuk memberi kefahaman kepada ajaran didakwa agama baharu yang dibawakan oleh seorang wanita baru-baru ini.
Katanya, isu berkenaan ajaran itu sudah berada di peringkat pihak berkuasa agama dan akan membiarkan pihak berkenaan untuk mengambil tindakan selanjutnya.
“Bagi Yadim, kita lebih kepada menumpukan aspek kefahaman seperti mana asas penubuhan yayasan itu sendiri untuk pastikan pengembangan ajaran Islam yang berpandukan ajaran Al Sunnah Wal Jamaah agar ia dapat diperluaskan.
“Jadi, kita terbuka untuk memberi kefahaman kepada pengikut tersebut, hal ini memerlukan respon kedua-dua pihak dan kena ada interaksi. Memang kita akan berhadapan dengan semua pihak yang ingin mendapat penjelasan ajaran Islam yang sebenar,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas majlis Penyerahan Bantuan Ziarah Yadim Prihatin sempena Tahun Baharu Cina di Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan, Kempas di sini hari ini.
Program Ziarah Yadim Prihatin selama dua hari mengunjungi pusat jagaan orang tua, ziarah saudara baharu dan santuni golongan orang kurang upaya selain menyampaikan sumbangan bernilai RM30,000 berupa barangan keperluan harian serta bekalan makanan.
Sebelum ini, Yang Dipertua Yadim, Nasrudin Hassan menasihatkan orang ramai agar tidak terpengaruh dengan ajaran Islam Melayu dibawa Ibu Yati yang cuba menyebarkan fahaman pelik bertentangan ajaran Islam sebenar.
Kelahiran agama baharu yang dikenali sebagai Agama Melayu itu menolak ajaran Islam yang dianggap sebagai Islam Arab dan mengakui membawa ajaran Islam Melayu.
Tambah Tuan Kamarul, buat masa ini Yadim akan mendengar dan mendekati semua pihak berhubung isu berkaitan kefahaman tentang ajaran Islam.
Katanya, program Nadwah Islam Kekuatan Ummah (Nadiku) yang dilancarkan pada bulan lalu akan memberi tumpuan khusus isu akidah Islam yang akan bergerak ke seluruh negara menerusi program turun padang di peringkat akar umbi.
“Nadiku yang diumumkan pada awal tahun ini bakal membuat program pertama dalam masa terdekat. Kita masih mencari pendekatan yang terbaik kerana masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Kita juga akan menggunakan platform media sosial Yadim sendiri dengan menyajikan pelbagai aktiviti setiap hari seperti webinar, pengisian forum dan sebagainya yang menyentuh isu akidah, kesihatan, vaksin dan pelbagai lagi,” katanya. – UTUSAN ONLINE


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/02/yadim-sentiasa-terbuka-beri-kefahaman.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Soal Duit Ratusan Triliun Ma Ruf Harusnya Umat Islam Terima Kasih Ke Jokowi

Soal Duit Ratusan Triliun Ma Ruf Harusnya Umat Islam Terima Kasih Ke Jokowi

papar berkaitan - pada 12/2/2021 - jumlah : 241 hits
Wakil Presiden Ma ruf Amin mengungkapkan bahwa seharusnya umat Islam berterima kasih kepada sosok Presiden Joko Widodo alis Jokowi Hal itu lantaran kata Maruf Presiden Jokowi telah memberikan fasilitas untuk umat Islam di tanah air agar mem...
Tarikh Tarikh Penting Dalam Islam Tahun 2021

Tarikh Tarikh Penting Dalam Islam Tahun 2021

papar berkaitan - pada 12/2/2021 - jumlah : 1050 hits
Salam Jumaat 30 Jamadilakhir 1442H Esok dah masuk 1 Rejab Kira kira lebih kurang 2 bulan lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan Mana yang belum habis ganti puasa tu jangan buat buat lupa Jangan sampai kena bayar fidyah Ambil tahu Tarikh ta...
Pengukuran Evolusi Dan Pandangan Islam

Pengukuran Evolusi Dan Pandangan Islam

papar berkaitan - pada 12/2/2021 - jumlah : 316 hits
Oleh Dr Siti Suriani Othman Program Komunikasi Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan Universiti Sains Islam Malaysia Pengukuran adalah perkara yang sangat penting dan dititikberatkan dalam Islam Ukuran yang tidak adil dicela dalam Islam dan jik...
Berkat Khabib Nurmagomedov Petarung Ufc Cantik Ini Temukan Keindahan Islam

Berkat Khabib Nurmagomedov Petarung Ufc Cantik Ini Temukan Keindahan Islam

papar berkaitan - pada 13/2/2021 - jumlah : 252 hits
Khabib Nurmagomedov terkenal sebagai muslim yang taat Kepatuhannya memegang ajaran Islam membuat petarung UFC cantik bernama Megan Anderson kagum Cerita bermula pada 2016 Khabib dan Megan bertemu dalam sebuah acara UFC Megan bermaksud untuk...
Tumpang Tui Ikut Tebuk Atap Sembang Islam Perintah Peeegedah

Tumpang Tui Ikut Tebuk Atap Sembang Islam Perintah Peeegedah

papar berkaitan - pada 11/2/2021 - jumlah : 342 hits
MOHD SHAH RIMAku baca kenyataan Nik Abduh ni di Harakah Daily dia melalut lalut ceta pasal Kelantan sedangkan persoalan yang dia sendiri bangkitkan tak terjawab PAS dalam kerajaan BUKAN melalui proses pilihanraya tapi Langkah Sheraton dan r...
Hadi Malukan Pas Malukan Islam Malukan Melayu

Hadi Malukan Pas Malukan Islam Malukan Melayu

papar berkaitan - pada 9/2/2021 - jumlah : 264 hits
My comments Hadi kata rasuah tidak termasuk dalam hudud Pas Nauzubillah Hadi kata rasuah adalah mengambil harta secara sukarela Nauzubillah Hadi tidak tahu menahu ajaran ayat al Quran Dan janganlah kamu makan harta di antara kamu dengan jal...
Di Hut Ke 1 Jmsi Ustaz Abdul Somad Beri 10 Kode Etik Jurnalistik Dalam Perspektif Islam

Di Hut Ke 1 Jmsi Ustaz Abdul Somad Beri 10 Kode Etik Jurnalistik Dalam Perspektif Islam

papar berkaitan - pada 9/2/2021 - jumlah : 271 hits
Da i kondang Ustadz Abdul Somad memberikan Tausiyah Nasional bertajuk Kode Etik Jurnalistik Dalam Perspektif Islam dalam acara Ulang Tahun Jaringan Media Siber Indonesia ke 1 pada Sabtu siang ini Dalam tausiyahnya UAS sapaan karib Ustadz Ab...
Strawberry Manis

Ayam Goreng Berempah Dan Bab Sedekah Penghapus Dosa

Makluman Gempa Bumi Lemah Di Perairan Batu Pahat Johor Pada 27 September 2025

Sabah Sarawak Parliamentary Seats Will Be Increased Says Anwar

Empat Kenderaan Terlibat Kemalangan Di Plaza Tol Bukit Kajang

Apabila Facebook Pro Dapat Kesan Copyright

Sarapan Untuk Kongsi Kong

How One Sensor Can Replace Dozens Of Cameras In Student Hotspots


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Makan Berjemaah Di Warung Zara Binaong Keningau Sabah

Amazing Beef Rib Recipe Grill

Akob Patin House 2

Tapau Chicken Tenders Ahmad S Fried Chicken Taman Cendana Pasir Gudang

Pohon Cermai Di Tepi Jalan

Ceramah Hidup Ini Kena Ikut Netizen Ke Hadis