X70 Pemangkin Prestasi Proton



Rabu lalu menjadi detika bersejarah kepada Proton Holdings Bhd (PROTON) selepas memperkenalkan model kenderaan utiliti sukan (SUV) pertamanya, Proton X70.

Selepas menjadi perbualan hangat di kalangan peminat automotif lebih setahun, model SUV paling dinanti-nantikan, akhirnya dilancarkan dengan penuh dramatik.

Apa yang menarik, Proton X70 dilancarkan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan pemimpin nombor satu negara itu juga adalah individu yang bertanggungjawab melancarkan model pertama, Proton Saga pada 1985.

Proton X70 ditawarkan dengan empat varian iaitu Standard 2WD yang ditawarkan pada harga RM99,800; Executive 2WD (RM109,800); Executive AWD (RM115,800); dan Premium 2WD (bermula RM123,800).

Lebih menarik, senarai harga yang diumumkan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dr Li Chunrong ini akan dinikmati juga oleh pelanggan di Sabah dan Sarawak.

SUV premium pertama jenama Malaysia

Proton X70 adalah SUV premium pertama yang diperkenalkan oleh jenama automotif Malaysia.

Untuk menghasilkan SUV ini, PROTON dan rakan usaha samanya, Geely, berpandukan dengan empat falsafah berbeza dan dengan tagline; Intelligence That Inspires.

Reka bentuk Proton X70 juga diperhalusi dengan garisan mempersonakan dan bertenaga hasil usaha satu pasukan yang diketuai oleh Naib Presiden Eksekutif Reka Bentuk di Geely, Peter Horbury dan Ketua Reka Bentuk Geely Shanghai, Guy Burgoyne yang bekerjsama dengan dengan Ketua Reka Bentuk PROTON, Azlan Othman.

Apa yang penting adalah unsur Malaysia dimasukkan ke dalam reka bentuk model berkenaan yang mana dapat dilihat dengan ketara pada silhouette, yang diukir dengan garis berenergik yang diinspirasikan melalui bentuk kucing yang berotot dan lincah seperti Harimau Malaya.

Antara sentuhan berciri Malaysia lain yang boleh didapati adalah bentuk jeriji seakan busur tradisional, serta corak pengulangan tersendiri yang diilhamkan oleh ketukangan Malaysia, bercirikan infinite weave.

Pada bahagian dalamannya pula digambarkan sebagai The Haven dan direka sebagai satu ruangan yang memberikan ketenangan.

Maklumat yang diperlukan jelas dipamerkan melalui paparan yang boleh diubah oleh pemandu.

Sentuhan yang mewah dengan penggunaan permukaan logam dan kulit nappa serta terdapat juga pelbagai sentuhan utiliti yang direka seperti enam port USB untuk mengecas peranti mudah alih dan sistem penulen udara bagi menyekat gas berbahaya dan membunuh bakteria.

Corak tenunan menjadikan penampilan yang halus pada pemegang pintu dan gril pembesar suara untuk menghubungkan bahagian dalaman dan luaran secara harmoni.

Kereta pintar

Dengan ledakan dalam teknologi pemanduan berautonomi, industri automotif menjadi 'pintar' di mana kenderaan berubah daripada menjadi alat pengangkutan kepada sistem mobiliti pintar baharu.

Lebih menarik, semua varian model ini akan menawarkan Sistem Maklumat Kokpit Bersepadu Termaju (GKUI) yang memberikan pelbagai fungsi pengguna serta keupayaan untuk terus berhubung melalui peranti mudah alih.

Dengan memperkenalkan kad eSIM, sistem ini dimuatkan dengan empat aplikasi seperti radio dalam talian, navigasi, ramalan cuaca dan pengecaman suara.

Akses kepada sistem dan fungsi-fungsi lain adalah melalui skrin sentuh antara muka berasaskan Android bersaiz lapan inci dengan paparan warna penuh 1280 x 720 yang dilengkapi ruang memori dalaman 32GB.

Sistem ini juga mempunyai sambungan Wi-Fi sebagai hotspot mudah alih, selain ia menyambungkan pemilik Proton X70 ke kereta mereka melalui Proton Link, yang akan menggunakan ID individu yang diberikan kepada setiap pembeli.

Dengan memastikan peranti mudah alih pintar mereka kekal berhubung ke Proton Link, profil perjalanan mereka direka melalui papan telematik yang boleh merakam data seperti jarak perjalanan, penggunaan bahan api, masa perjalanan dan juga maklumat servis berkala.

Terdapat juga fungsi ‘cari kereta saya' yang akan berfungsi terutamanya pengguna yang meletakkan kereta mereka di kompleks tempat letak kereta yang besar dan sukar dicari.

Selain daripada fungsi sambungan, operasi bebas tangan untuk beberapa fungsi kini tidak mustahil, terima kasih kepada teknologi perisian pengecaman suara.

Akses diberikan dengan mengucapkan ‘Hi Proton’ diikuti dengan arahan mudah untuk operasi tingkap dan sistem penyaman udara dan juga mengakses aplikasi navigasi untuk mencari tempat menarik.

Dengan menggunakan sistem operasi berasaskan Android, GKUI menawarkan pengguna peranti mudah alih menggunakan perisian dengan kemampuan percerminan penuh.


Enjin pengecas turbo

Empat varian Proton X70 dikuasakan oleh enjin Turbocharged 1.8 liter, Gasolin Direct Injection (TGDI) yang menghasilkan 184 PS pada 5,500rpm dan tork 285 Nm dari 1,700 - 4,400 rpm.

Pemanduan dari enjin yang diserasikan bersama roda 6-kelajuan automatik (6AT) dengan mod pemacu boleh alih dan peralihan manual.

Pemandu boleh memilih dari Normal, Eco dan Sport untuk menyesuaikan gaya pemanduan masing-masing dan mengikut keadaan jalan raya.

Memandangkan Proton X70 dilengkapi dengan enjin paling berkuasa berbanding model Proton yang lain, PROTON memberi tumpuan sepenuhnya pada sumber kejuruteraan untuk memastikan ia mempunyai tahap keselamatan yang tinggi yang boleh dibahagikan kepada tiga lapisan.

Tahap ini termasuklah perlindungan, pencegahan dan kognitif dan secara keseluruhannya, ia membentuk penyelesaian keselamatan yang komprehensif.

Bagi ciri keselamatan yang ada pada semua varian terdiri daripada enam beg udara SRS, tempat duduk ISOFIX dengan titik penahan, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD), Bantuan Brek (BA), Penahan Brek Auto, Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Sistem Kawalan Cengkaman (TCS), Bantuan Daki Bukit (HHA), Kawalan Turun Bukit (HDC) dan Isyarat Berhenti Kecemasan (ESS).

Kamera 360 ditawarkan pada varian Eksekutif dan Premium manakala Eksekutif AWD dan Premium dilengkapi dengan Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS).

Varian Premium juga mempunyai Sistem Bantuan Pemanduan Termaju (ADAS), tambahan pada senarai kelengkapan yang ada.

INFO: Proton X70

-Standard 2WD (RM99,800)
-Executive 2WD (RM109,800)
-Executive AWD (RM115,800)
-Premium 2WD (RM123,800)
-Enjin 1.8 liter pengecas turbo TGDI
-184 PS @ 5,500rpm dan tork 285Nm @ 1,700 - 4,400rpm
-Dilengkapi GKUI
-6 beg udara SRS, ABS, EBD, BA, ESC, TCS, HHA, HDC & ESS
-6 port USB.


-BH
Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bloginfo4uall.blogspot.com/2018/12/x70-pemangkin-prestasi-proton.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+BlogSensasi+%28Blog+Sensasi%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Harga Dan Spesifikasi Proton X70

Harga Dan Spesifikasi Proton X70

papar berkaitan - pada 13/12/2018 - jumlah : 652 hits
Harga Dan Spesifikasi Proton X70 Proton baru sahaja sebentar tadi melancarkan kereta SUV terbaru mereka Harga Proton SUV X70 ini bermula daripada RM99 800 00 sehingga RM123 900 00 Harga Dan Spesifikasi Proton X70 ini didatangkan dengan empa...
Proton Suv X70 Menyuntik Semangat Baru

Proton Suv X70 Menyuntik Semangat Baru

papar berkaitan - pada 22/12/2018 - jumlah : 270 hits
Kita telah menunggu saat ini sejak Proton dan Geely mengikat simpulan kerjasama pada pertengahan tahun lepas dan akhirnya masa yang ditunggu tiba Proton X70 telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia SUV pertama pembuat kereta negara yang d...
Harga Proton X70 Untuk Jualan Seluruh Malaysia Diumumkan Secara Rasmi

Harga Proton X70 Untuk Jualan Seluruh Malaysia Diumumkan Secara Rasmi

papar berkaitan - pada 13/12/2018 - jumlah : 1353 hits
HARGA Proton X70 untuk jualan seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak telah diumumkan secara rasmi dalam pelancarannya di Kuala Lumpur Convention Centre hari ini Difahamkan model terbaru kenderaan keluaran Proton dengan kerjasama Geely ...
Harga Kereta Proton X70

Harga Kereta Proton X70

papar berkaitan - pada 13/12/2018 - jumlah : 1664 hits
Setelah Proton mendapat kira kira 10 ribu tempahan akhir Oktober lalu akhirnya harga kereta Proton X70 telah diumum semalam oleh Tun M masa pelancarannya di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur Huruf X sinonim dengan kenderaan jenis crossover atau...
Tun M Lancar Proton X70 Harga Rm99 800

Tun M Lancar Proton X70 Harga Rm99 800

papar berkaitan - pada 13/12/2018 - jumlah : 493 hits
IKHWAN IDERIS 12 Disember 2018 9 42 PM KUALA LUMPUR Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melancarkan model kenderaan utiliti sukan Proton Holdings Bhd
Proton X70 Patut Rm70 90k Dapat Ke Ph Jadi Atas 99k

Proton X70 Patut Rm70 90k Dapat Ke Ph Jadi Atas 99k

papar berkaitan - pada 14/12/2018 - jumlah : 537 hits
SEHARI selepas Proton X70 menjengah pasaran bekas Perdana Menteri Najib Razak menyifatkan harganya sebagai mahal dan berharap ia akan diturunkan Ramai yang berminat dengan reka bentuk X70 yang cantik dan kelengkapannya yang canggih tetapi k...
4 Sebab Mengapa Proton Suv X70 Tidak Mahal

4 Sebab Mengapa Proton Suv X70 Tidak Mahal

papar berkaitan - pada 14/12/2018 - jumlah : 497 hits
SEBAIK Proton melancarkan secara rasmi kenderaan pelbagai guna pertamanya Proton X70 pada Rabu perkara yang menjadi isu yang didebatkan pengguna media sosial adalah mengenai harganya Majoriti berpendapat harga yang bermula daripada RM99 800...
Spesifikasi Dan Harga Kereta Proton Suv X70

Spesifikasi Dan Harga Kereta Proton Suv X70

papar berkaitan - pada 14/12/2018 - jumlah : 1974 hits
Spesifikasi Dan Harga Kereta Proton SUV X70 Pasti ramai yang nak tahu Spesifikasi harga dan wajah Proton SUV pertama Malaysia yang baru dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad pada 12 Disember 2018 Proton SUV ini d...
Hidden Hunger In Malaysia The Silent Crisis Affecting Our Kids

Fix Harmful Backlinks For Free

Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi

New Year Wish A Pm For All Malaysians

Freeport A Famosa Outlet Melaka

Malaysia Heritage Studio Harga Tiket Acara Pesta Muda Mudi

Muzium Penjara Melaka Tarikan Utama Harga Tiket Masuk

Harga Tiket Lost World Of Tambun Tarikan Dan Aktiviti Menarik


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Gleneagles Follow Up

Gotong Royong Kelas Anak Sekolah Menengah

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan