Wujudkan Penyata Anwar Selesai Isu Getir Pendidikan


Imej hiasan

Polemik pemansuhan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) kembali hangat ekoran Sarawak bercadang merangka sistem penilaian sendiri menggantikan ujian dimansuhkan pada 2022 itu untuk murid Tahun Enam. Ia bertujuan dijadikan penanda aras menilai prestasi murid bagi menentukan aliran ditempatkan apabila memasuki pendidikan menengah.

Untuk rekod, Kementerian Pendidikan (KPM) memperkenalkan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) yang dianggap lebih efektif menilai kecenderungan dan pemikiran murid.

Hakikatnya, pemansuhan UPSR diumumkan bersama pembatalan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) ketika penilaian murid mengguna pakai Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) baru dilaksanakan serta pentaksiran sumatif melalui Ujian Akhir Sesi Akademik adalah usaha reformasi pendidikan membina karakter murid selaras matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, iaitu mengenal pasti potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu merangkumi kecerdasan intelek, emosi serta rohani.

Ia bertujuan memperbetulkan semula 'kiblat' pendidikan berorientasi peperiksaan sehingga mewujudkan 'taasub' ibu bapa dan tekanan kepada murid apabila keputusan peperiksaan seperti UPSR dijadikan pengukur utama kecemerlangan.

Bagaimanapun, kita mengakui keputusan besar itu diambil ketika negara dan dunia berada dalam situasi luar biasa, iaitu pandemik COVID-19 yang merencatkan sistem pendidikan sehingga terpaksa melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran dari Rumah, tetapi berdepan seribu satu masalah termasuk melahirkan generasi tercicir.

Gabungan senario itu bersama masalah prasarana pendidikan seperti bilik darjah berkapasiti sehingga 45 murid berbanding negara maju (20-25 murid), profesionalisme dan keupayaan guru turut berdepan beban tugas, birokrasi dan campur tangan pihak tidak berautoriti serta Falsafah Pendidikan Kebangsaan tidak dijadikan asas pertimbangan utama menyebabkan kita terus terperangkap dalam isu berulang seperti pemansuhan UPSR ini.

Pada masa sama, kita merasakan kehendak sebahagian ibu bapa dan masyarakat supaya UPSR dikembalikan atau cadangan kerajaan negeri mewujudkan sistem penilaian sendiri berpunca kelemahan prestasi murid dapat dilihat di sekolah rendah mahupun menengah termasuk di sekolah berasrama penuh, apatah lagi pelajar hanya bertemu peperiksaan utama Sijil Pelajaran Malaysia.

Ada pihak beranggapan perlu wujud satu peperiksaan seperti Penilaian Menengah Rendah dahulu sebelum masuk ke fasa lebih mencabar di Tingkatan Empat dan Lima, sekali gus memudahkan penentuan aliran yang memberikan kesan kepada kemasukan ke institusi pengajian tinggi.

Justeru, kita meminta KPM melakukan kajian menyeluruh melangkaui Tinjauan Pelaksanaan Kurikulum Persekolahan 2027 pada Ogos lalu atau semata-mata pelaksanaan penilaian dan peperiksaan seperti mahu dilaksanakan Sarawak, sebaliknya seluruh sistem pendidikan yang mengalami perubahan 180 darjah ekoran pandemik dan Revolusi Industri 4.0 termasuk kecerdasan buatan (AI).

Kita mengesyorkan kerajaan mewujudkan jawatankuasa khas menggunakan mekanisme 'penyata' seperti Penyata Razak, malah sebagai tanda kepentingan dan kritikal langkah itu, ia boleh diberikan nama 'Penyata Anwar' mengambil kira cabaran lebih getir era VUCA merujuk volatile (bergejolak), uncertain (tidak pasti), complex (kompleks) dan ambiguity (tidak jelas).

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.cikgushare.com/2023/11/wujudkan-penyata-anwar-selesai-isu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Tak Boleh Dilihat Berpendirian Kabur Dalam Isu Palestin

Anwar Tak Boleh Dilihat Berpendirian Kabur Dalam Isu Palestin

papar berkaitan - pada 3/11/2023 - jumlah : 150 hits
MalaysiakiniPerdana Menteri Anwar Ibrahim telah bersuara lantang menyokong Palestin dan mengecam rejim Zionis sejak konflik di Gaza Sedutan Anwar ke pelbagai negara untuk menyuarakan pandangan berkenaan situasi di Timur Tengah serta ucapan ...
Perlu Ada Perdamaian Politik Dalam Ekonomi Untuk Selesai Isu Hutang Negara Kata Ahli Parlimen

Perlu Ada Perdamaian Politik Dalam Ekonomi Untuk Selesai Isu Hutang Negara Kata Ahli Parlimen

papar berkaitan - pada 24/10/2023 - jumlah : 445 hits
PERLU ada perdamaian politik dalam ekonomi untuk mencari penyelesaian kepada isu hutang negara kata Ahli Parlimen Paya Besar Mohd Shahar Abdullah nbsp Beliau berkata isu hutang negara tidak perlu dijadikan modal politik untuk meraih sokonga...
Isu Pelajar Terkandas Selesai Perbincangan Pm Sheikh Al Azhar

Isu Pelajar Terkandas Selesai Perbincangan Pm Sheikh Al Azhar

papar berkaitan - pada 24/10/2023 - jumlah : 333 hits
Pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Sheikh Al Azhar Prof Dr Ahmed Al Tayyeb pada lawatan kerjanya ke Mesir membawa berita gembira Hasil perbincangan diadakan berjaya menyelesaikan masalah dihadapi 60 pelajar dari Pahang y...
Usut Dugaan Pelanggaran Etik Anwar Usman Cs Begini Tugas Dan Wewenang Majelis Kehormatan Mk

Usut Dugaan Pelanggaran Etik Anwar Usman Cs Begini Tugas Dan Wewenang Majelis Kehormatan Mk

papar berkaitan - pada 24/10/2023 - jumlah : 193 hits
Ada tiga orang ditunjuk sebagai anggota Majelis Kehormatan MK mengusut laporan dugaan pelanggaran etik hakim konstitusi
Anwar Terlalu Perform

Anwar Terlalu Perform

papar berkaitan - pada 24/10/2023 - jumlah : 99 hits
Mohamad Fairul Al Qasas1 Saya ada buat status saya kata disebabkan Anwar terlalu perform maka beliau difitnah pembangkang tak ada idea nak lawan kecuali fitnah tak cukup beliau isteri beliau juga Dr Wan Azizah difitnah kononnya bersama dala...
Anwar Usman Lantik Jimly Asshiddiqie Wahiduddin Adams Dan Bintan Saragih Jadi Anggota Mkmk

Anwar Usman Lantik Jimly Asshiddiqie Wahiduddin Adams Dan Bintan Saragih Jadi Anggota Mkmk

papar berkaitan - pada 24/10/2023 - jumlah : 206 hits
Pelantikan anggota MKMK itu untuk mengusut dugaan pelanggaran hakim konstitusi usai putusan gugatan usia calon presiden dan calon wakil presiden
Pm Anwar Malaysia Egypt Want Western Nations To Pressure Israel Into Ceasing Gaza Attacks

Pm Anwar Malaysia Egypt Want Western Nations To Pressure Israel Into Ceasing Gaza Attacks

papar berkaitan - pada 24/10/2023 - jumlah : 409 hits
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim and Egyptian President Abdel Fattah El Sisi at the Al Ittihadiya Palace in Cairo October 23 2023 Both leaders today concurred that public facilities in Gaza such as schools and hospitals should not be...
Kaji Semula Pengambilan Guru Bukan Bidang Pendidikan Pensyarah

Kaji Semula Pengambilan Guru Bukan Bidang Pendidikan Pensyarah

papar berkaitan - pada 22/10/2023 - jumlah : 239 hits
Imej hiasanBIDANG perguruan memerlukan minat dan kemahiran khusus dikuasai guru serta bakal guru Pelbagai proses perlu dilalui mereka sebelum diterima masuk sebagai pelajar dalam bidang pendidikan untuk mendidik generasi pewaris negara pada...
Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Timbul Dakwaan Zahnita Bagi Lelaki Masuk Rumah Suami Akui Terkejut Bila Ada Orang Lain Anak Anak Pun Mengeluh

Terrazza Aperol In Milan Reopens With A Bold New Identity By Vudafieri Saverino Partners

Cara Buat Bayaran Semula Yayasan Bank Rakyat Secara Online Menggunakan Jompay

Senarai Universiti Luar Negara Kampus Malaysia Bidang Perubatan

Pelancaran Galeri Keratan Akhbar Muka Hadapan Di Pejabat Ppim Kaca Tv 17 04 2025

Selangor To Study Banning Vape Sales Says Mb

Pa Yang Multitasking


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Trading For Living Jalan Hidup Setelah Satu Dekade Blogging

10 Arahan Penting Sebelum Kamu Memutuskan Buy Atau Sell

Ist Page Of Google

Rutin Pagi

How To Buy Terpenes Without Getting Burned Insider Tips

Gaya Bunyi Yang Tidak Dapat Ditandingi Emberton Iii Dan Minor Iv Hadir Dengan Warna Baharu