Kaji Semula Pengambilan Guru Bukan Bidang Pendidikan Pensyarah


Imej hiasan
BIDANG perguruan memerlukan minat dan kemahiran khusus dikuasai guru serta bakal guru. Pelbagai proses perlu dilalui mereka sebelum diterima masuk sebagai pelajar dalam bidang pendidikan untuk mendidik generasi pewaris negara pada masa akan datang

Antara perlu dilalui adalah menduduki Ujian Invetori Pemilihan Pendidik Malaysia (MEdSI) dan menghadapi tapisan temu duga sebelum diterima sebagai pelajar dalam bidang pendidikan

Ini penting kerana bidang pendidikan bukan hanya memerlukan guru berpengetahuan, tetapi lebih penting lagi berjiwa pendidik, karektor dan kesungguhan serta kebolehan mengawal emosi dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) di dalam atau luar bilik darjah

Tambahan pula, proses penyampaian ilmu memerlukan guru memahami, menguasai dan mengamal pelbagai teknik dalam memastikan objektif pembelajaran dicapai serta proses PdP berjalan dengan baik

Oleh itu, tindakan atau keputusan pengambilan guru dalam kalangan mahasiswa lepasan universiti, tetapi bukan aliran pendidikan perlu disemak semula bagi memastikan guru dilahirkan bukan sahaja mempunyai kelayakan akademik, bahkan mempunyai karakter berjiwa pendidik

Dalam pada itu, tempoh pengajian bakal pendidik di universiti awam (UA) juga berbeza. Mereka perlu menghabiskan pengajian selama empat tahun dan mempelajari pelbagai asas pendidikan seperti pedagogi serta falsafah pendidikan

Bukan menidakkan kemampuan mereka tidak mengikuti pengajian dalam pendidikan, namun individu memiliki ijazah dalam bidang pendidikan perlu diberikan keutamaan terlebih dahulu untuk mengisi kekosongan jawatan guru

Ramai masih tunggu panggilan temu duga
Ramai lepasan universiti dalam bidang pendidikan masih menunggu panggilan temu duga daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) untuk melaksanakan cita-cita bergelar pendidik

Seharusnya, mereka diberikan laluan utama dan peluang terlebih dahulu untuk mengisi kekosongan jawatan guru yang diperlukan dalam sistem pendidikan negara

Sehubungan itu, keputusan pengambilan guru daripada lepasan siswazah bukan aliran pendidikan perlu dikaji secara holistik, bukan sekadar memenuhi keperluan tenaga kerja sahaja

Pada masa sama, guru sedang memohon perpindahan ke negeri asal masing-masing juga perlu diberikan keutamaan sebelum pengambilan guru baharu dan penetapan penempatan dilakukan

Ini bagi memberi peluang kepada guru terpisah lama daripada keluarga kembali dan berkhidmat di tempat kelahiran mahupun tempat pilihan mereka selepas lebih lima tahun berkhidmat

Walaupun tindakan ini dianggap kecil bagi sesetengah pihak, bagi guru yang sudah lama berkhidmat, tindakan ini dilihat sebagai sikap 'peduli' dalam memastikan kebajikan guru terbela

Oleh itu, penempatan guru baharu wajar diputuskan selepas penempatan guru memohon perpindahan disusun semula. Tambahan pula, pengambilan dan penempatan lepasan siswazah bukan dalam aliran pendidikan perlu mengutamakan lepasan bidang pendidikan

Metodologi tersendiri perlu diwujudkan bagi memastikan penempatan guru baharu atau perpindahan guru sudah lama berkhidmat mencapai penyelesaian dan diberikan keutamaan

Ini penting untuk memastikan sistem pendidikan di Malaysia terus bergerak seiring kehendak pasaran global dan memenuhi aspirasi negara

Dr Siti Sabihah GhazaliPensyarah Kanan Jabatan Asas Pendidikan, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia (UPM)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.cikgushare.com/2023/10/kaji-semula-pengambilan-guru-bukan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terbang Ke China Syafruddin Jajaki Kerja Sama Bidang Pertanian Pendidikan Dan Teknologi

Terbang Ke China Syafruddin Jajaki Kerja Sama Bidang Pertanian Pendidikan Dan Teknologi

papar berkaitan - pada 20/10/2023 - jumlah : 174 hits
Toleransi antar umat beragama di Xinjiang cukup baik Masjid ada dimana mana gereja juga ada
Pembiayaan Rm1 Juta Tarik Petani Muda Ceburi Bidang Pertanian

Pembiayaan Rm1 Juta Tarik Petani Muda Ceburi Bidang Pertanian

papar berkaitan - pada 25/10/2023 - jumlah : 319 hits
Oleh Abdullah ZaidKementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan memperuntukan sebanyak RM 1 juta menerusi Program Modenisasi Rantaian Nilai Agromakanan bagi menarik lebih ramai petani muda Timbalannya Chan Foong Hin berkata pembiayaan yang...
Hubungan Malaysia Arab Saudi Tetap Erat Selamanya Dalam Berbagai Bidang

Hubungan Malaysia Arab Saudi Tetap Erat Selamanya Dalam Berbagai Bidang

papar berkaitan - pada 22/10/2023 - jumlah : 181 hits
Alhamdulillah saya telah berkesempatan melakukan kunjungan ke atas Putera Mahkota dan Perdana Menteri Arab Saudi Mohammed Bin Salman bin Abdulaziz Al Saud di Istana Yamamah Riyadh sebagai acara penutup lawatan kerja saya ke negara Semenanju...
Guru Sekolah Al Quran Malaysia Syahid Di Gaza

Guru Sekolah Al Quran Malaysia Syahid Di Gaza

papar berkaitan - pada 11/10/2023 - jumlah : 278 hits
AwaniGempakMenurut Numan Muhammed Al Salhi syahid dalam perang semasa membuat liputan mengenai Palestin melibatkan konflik negara itu dengan Israel Foto Aman PalestinPENGURUS Aman Palestin Cawangan Temerloh Ahmad Nu man Mazlan memaklumkan s...
Tingkatkan Sdm Berkualitas Bupati Oku Timur Kirim 5 Guru Ikut Pelatihan Stem Di Singapura

Tingkatkan Sdm Berkualitas Bupati Oku Timur Kirim 5 Guru Ikut Pelatihan Stem Di Singapura

papar berkaitan - pada 21/10/2023 - jumlah : 202 hits
Bupati Enos mengungkapkan bahwa dirinya sangat mendukung kegiatan yang bertujuan untuk meningkatkan kompetensi diri
Jbl Launches Tour One M3 Smart Tx Headphones With Lossless Audio Smart Transmitter And 70 Hour Battery Life

Siti Kasim Dares Madani Gov T To Imitate Pap S Mps Are Slaves Of The People Not Their Masters Benchmark

When The Jackals Rule

Malaysian Batik Takes The Spotlight As Official Attire For Asean Chairmanship 2025 Gala Dinner

Ejai Aziz Masa Lalu Chord

Nothing Personal About Zafrul S Party Switch

New Life Wedge Turns The Ducati Scrambler 1100 Into A Caf Racer

Mano Maniam More Than Just Uncle Chan He Had A Dream For Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Dirgahayu Tuanku

Free Money On The Go Why Kongnara S Mobile Design Feels Like A Dream

Rafizi Saya Tak Berminat Terima Jawatan Tertinggi Mana Mana Parti

Nora Danish Terkilan Tak Dapat Tunai Haji Tahun Ini Mungkin Tahun Depan Bersama Suami Baru

Merancang Masa Depan Adalah Satu Pelaburan

Nurul Izzah Mooted 2nd Deputy President S Post Says Rafizi