Wow Official Cara Senang Mohon Cikgu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Dg41
Cara Senang Mohon Cikgu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Dg41. Menjadi guru adalah merupakan satu pekerjaan yang sangat mulia. Dan pekerjaan sebagai guru juga adalah merupakan salah satu pekerjaan yang sangat-sangat dicari-cari oleh ramai rakyat Malaysia.
Oleh yang demikian itu, disini sertakan satu perkongsian yang telah dibawa oleh rakan kita di halaman facebook beliau mengenai bagaimana cara senang untuk mohon jawatan sebagai guru iaitu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Dg41. Jadi, anda perlulah ambil perhatian dengan baik mengenai perkongsian kali ini mengenai permohonan sebagai guru.
Sekolah juga adalah memainkan peran penting dalam menjana modal insan yang memiliki kepakaran, kualitas, kepribadian unggul, inovatif, kritis, dan kreatif untuk memastikan pembangunan sosial ekonomi suatu negara. Oleh karena itu, tanggung jawab dan amanah ini bergantung pada guru, yang merupakan golongan penting dalam mewujudkan harapan tersebut.
Cara Senang Mohon Cikgu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Dg41
Lahirnya cendekiawan yang memajukan peradaban dan tamadun manusia adalah hasil didikan dan ajaran dari mereka yang bergelar guru. Profesi guru tidak hanya mengajarkan ilmu akademik, tetapi juga melampaui berbagai dimensi lain untuk menumbuhkan dan memperkembangkan potensi individu secara seimbang dalam aspek jasmani, emosi, rohani, dan intelektual seperti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Langkah mudah untuk mohon pegawai perkhidmatan pendidikan
Perkara yang perlu diketahui untuk memohon
Borang-borang yang perlu disedari untuk memohon
NOTA: segala perkongsian maklumat dan info yang dikongsikan ia adalah merupakan rujukan dari laman facebook rasmi beliau. Jika terdapat sebarang perubahan ataupun kesilapan maka ia adalah diluar kawalan dan akan segera diperbaiki.
Layari telegram rasmi sistem guru online untuk mendapatkan maklumat ataupun Info mengenai kerajaan Malaysia sama ada dari segi kerja kosong kerajaan atau swasta, bantuan kerajaan ataupun mengenai isu semasa yang berlaku di Malaysia yang terkini diupdate dari semasa ke semasa, semua itu anda boleh dapatkan di link telegram yang disediakan ini.
Maklumat Cara Senang Mohon Cikgu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Dg41
Maklumat Langkah Buat Permohonan Cikgu Di SPP:
Ini adalah perkongsian dari saudara Afif Shaz di halaman facebooknya. Dan anda perlulah Ikuti langkah-langkah tersebut dengan baik agar tidak tersilap atau ditolak permohonan anda semasa mendaftar di SPP laman web.
1. First klik mula-mula atas sekali itu SPP
2. Ambil yang orang awam
3. Klik pada borang permohonan pekerjaan
4. Kalau anda belum ada akaun, daftar dahulu akaun baharu. Bila dah ada baru boleh ke next step. Open balik log in
5. Isi semua maklumat. Klik sahaja button di sebelah kiri tu. Isi dengan jujur, hati-hati dan berdoa.
Untuk jawatan dimohon tu kalau ikutkn boleh isi lebih tapi kalau awak nak jadi cikgu biarlah yg cikgu tu ambil mula-mula. kalau isi jawatan cikgu sahaja pon boleh.
Jangan lupa ya bila dah siap isi semua buat “pengakuan pemohon”.
Contoh kalau ada nk update maklumat lagi dah selesai update buat “pengakuan pemohon” lagi. Baru dia akan update yang latest.
Ok ada 1 pesanan klu SPP ada maklum pengambilan interview dalam masa terdekat jadi jangan nak update-update Iagi maklumat risau SPP tengah pilih-pilih untuk interview kemudian tiba-tiba anda update tu tarikh SPP tengah pick dah permohonan tu hilang dari radar website SPP. Mestilah SPP ambil yang ada dulu. Satu perkara Iagi jangan terlalu lama sangat sampai tak update pon tak boleh juga sebab ada tarikh tamat tempoh.
Penyusunan File Maklumat Dan Tips Temuduga Bagi Cara Senang Mohon Cikgu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Dg41
Berikut ia adalah perkongsian dari saudari Nur Atiqah Zakaria
Beliau berkongsikan mengenai perkara ini di halaman facebook nya:
Hari ke-4 Kawalan Pergerakan Covid-19; ayuh langsaikan janji Oktober lepas cakap nak share tentang pengalaman iv SPP.
Temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) bagi jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred 41🌷
Saya graduan IPGM dan di bawah merupakan timeline dari habis belajar sehingga posting utk anggaran anda (utk makluman sebelum kami habis belajar lagi kami dah dengar ura2 panggilan interview tahun 2019 akan cepat..alhamdulillah)
23/5/2019 – Final paper. Tamat belajar.
25/6/2019 – Pengumuman tarikh interview & tempat interview.
18/7/2019 – Interview SPP di IPG Kota Bharu
21/8/2019 – Konvokesyen IPGM
5/9/2019 – Keputusan interview SPP (Tahniah anda lulus!!)
14/10/2019-Semakan Penempatan
4/11/2019-Lapor Diri
📌 Pengurusan Fail
Sediakan 1 fail untuk isi dokumen original semasa sesi temuduga dan 1 sampul utk isi dokumen salinan yang akan diserahkan kepada jawatankuasa SPP
👉🏻Fail SPP (Dokumen Original)
– Susunan fail boleh rujuk gambar dibawah.
– Saya guna fail sijil warna hitam (lebih kemas)
– Susun lah dengan kemas dan saya buat partition seperti yang kak Nadzirah Osman ajarkan. 😄
👉🏻 Sampul cokelat (dokumen salinan)
-Bakal disemak oleh jawatankuasa sebelum interview & diserahkan kpd mereka. Buat satu salinan sahaja.
1. Kad Pengenalan
2. Sijil Lahir
3.Sijil SPM
4. Surat Tamat Pengajian
5. Sijil Ijazah
6. Transkrip Akademik (BM) *kalau belum konvo mcm kami haritu isi result setiap sem
7. Akreditasi MQA/JPA
8. 3 Sijil Pencapaian Tertinggi
🖊Tambahan: Jangan lupa bawak RPH ya. Pilih la fail / buku RPH yg terbaik yg anda lakukan sepanjang belajar.
📌 Soalan Temuduga
– Datang awal, pakaian kemas dan jangan kemana-mana, mana tahu giliran awak akan jadi awal.
-Giliran ikut abjad, saya haritu datang pukul 7 pagi, masuk bilik interview pukul 2 petang. Kita pun dah penat tunggu, panel pun dah penat bertanya & mendengar 😅 Tapi. Soalan tetap padu. Jawablah dengan ceria dan tenang. Masa depan anda di tangan anda☺️
-Setiap bilik 5 orang calon. Semua akan diberi peluang menjawab. Soalan yg diberikan soalan berbeza ya 😄
-2 panel iaitu wakil SPP & pakar bidang. Bilik interview saya:
SPP – Tan Sri Dr Khair bn Muhamad Yusof
Pakar Bidang- Tuan Haji Nasir, JPN
Disini saya kongsikan soalan yang ditanya semasa sesi *saya dan **Aslam Taslim . Panel yg sama. Soalan berbeza
👉🏻Soalan Pengenalan:
*Latar belakang, latar belakang pendidikan, pointer, pencapaian terhebat semasa di ipg dan kenapa nak jadi guru? (Cliche soalan, jawablah dgn yakin dan tenang. Pujilah diri anda sebaik mungkin) 😝
**Simulasi perkenalkan diri kepada murid-murid apabila masuk mengajar utk pertama kali setelah posting.
👉🏻 Soalan Pakar Bidang:
(Soalannya umum shj. Satu soalan kepada setiap calon. Sape nak jawab sila angkat tangan. Bergantung juga kpd cara calon utk menganalisis soalan & menghuraikan)
(Sebutkan masalah yang timbul & cara menangani; itu tanda kita berilmu dan dah study) ☺️
Apa jenis PLC yang boleh dilakukan? Bagaimana?
Pelaksanaan Pembelajaran Kajian Kes
Pertimbangan Profesionalisme dalam PBD
Pelan Intervensi 5 Langkah
Cara menarik minat murid dalam m/p Sejarah
**Huraikan pelaksanaan Kemahiran Pemikiran Sejarah (seorang hurai satu)
👉🏻 Soalan SPP:
*Aplikasi aspirasi sistem dalam bilik darjah (setiap seorang hurai 1 sistem)
**PAK21 bertunjangkan 6K. (Setiap seorang hurai 1K)
Nota kaki:
🖊Pihak SPP juga suka tanya soalan tentang usul/modul yg mereka gubal. Contohnya perkara: Melindungi Masa Instruksional (MMI)😄 bergantung rezeki masing-masing jumpa panel mcm mana.
🖊Pihak SPP juga ada tegur pasal berat badan sekiranya berat badan berlebihan (sesi temuduga kawan sy di Putrajaya)
🌷Memandangkan group kami sesi terakhir temuduga pada hari terakhir jelajah Pantai Timur, maka sempatlah kami bergambar sekeping dua dengan panel. Alhamdulillah semua lulus😄🤲🏻
🌷 Silakan share utk rujukan masa depan.
🌷Sekiranya ada yang ingin softcopy bahan-bahan dalam fail, boleh tinggalkan email di ruangan komen. Nanti sy emailkan.
UPDATE : Saya tidak lagi email bahan, sekiranya anda mahu boleh la minta daripada rakan-rakan di bawah yang telah saya emailkan.
Free of charge, kalau mereka kedekut dan minta bayaran, bagitau saya hahaha (gurau)
Bahan original juga dari senior-senior. Macam tu la turutannya saban tahun. Hehe. Bahan dibawah juga dari Nadzirah Osman . Doakan kaknad murah rezeki selalu. Aminnnn.
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai gambar yang dikongsikan oleh saudari Nur Atiqah Zakaria ini, anda boleh ke halaman facebook beliau di sini
Akhir Kata
Semoga dengan segala perkongsian maklumat mengenai Cara Senang Mohon Cikgu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Dg41 sedikit sebanyak dapat membantu mereka diluar sana yang ingin mencuba pekerjaan sebagai cikgu. Semoga Allah permudahkan segala urusan anda
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.sistemguruonline.my/2023/02/cara-senang-mohon-cikgu.html