via Daily Mail
Mempunyai saiz yang jauh lebih besar berbanding anggur biasa, anggur Ruby Roman ini ditanam di daerah Ishikawa, Jepun. Anggur ini mengambil masa selama 2 tahun untuk dihasilkan setiap biji. Harga paling tinggi pernah dicapai untuk anggur ini adalah RM46,000 dalam satu lelongan tahun 2019.
via Cornwill Live
Nenas yang terletak di Cornwill ini mencecah harga yang mahal disebabkan cara penanaman yang unik. Penanaman nenas ini menggunakan najis dan air kencing kuda dan menggunakan teknik rumah kaca. Sebab itulah harga nenas ini boleh mencecah sehingga RM55,000 sebiji.
via Saveur
Di Australia, bagi menghormati peladang mangga yang bekerja di bahagian Northern Territory, setiap tahun akan diadakan acara lelongan melibatkan hasil tanaman mereka sebagai acara amal.
via Hokkaida News
Tembikai Susu Yubari yang berasal dari Jepun pernah berjaya dilelong dengan harga RM122,000 dalam satu acara lelongan pada tahun 2018. Untuk pengetahuan anda, hanya 500 biji saja akan dihasilkan setiap tahun daripada 8 orang peladang yang beroperasi di Yubari, Jepun.
via Quora
Tembikai Densuku mempunyai bentuk yang agak unit dan rasa yang sangat manis berbanding tembikai lain. Menurut Fresh Plaza, dalam satu acara lelongan pada tahun 2008, sebiji Tembikai Densuke berjaya mencecah harga RM25,750.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |