Woiiii Kah Kah Kah Kalah Tetap Kalah Jangan Meroyan


 


PN TIDAK MAHU DIKATA KALAH DI PELANGAI, MEREKA KALAH DALAM MENANG KONONNYA…


Seronok bercampur geli hati pun ada bila membaca pelbagai ulasan dan reaksi para pemimpin PN serta penyokong gabungan itu berkenaan keputusan PRK Dun Pelangai yang diumumkan malam semalam.


Walaupun sudah sah PN kalah dengan kekurangan undi 2,949 undi kepada BN yang mewakili kerajaan perpaduan, tetapi mereka, termasuk Mahiddin Md Yasin sendiri, masih berusaha menyedapkan hati seolah-olah mereka tidak kalah dalam PRK tersebut.


Dalam erti kata lain, hakikat kalah itu masih enggan diterima secara mutlak.


Setidak-tidaknya yang boleh diterima barangkali ialah PN kalah dalam menang kononnya.


Antara cubaan menyedapkan hati sendiri itu dan mentafsirkan kalah dalam menang itu ialah dengan mengatakan majoriti yang dimenangi BN berkurangan jika dibandingkan kemenangan sebelumnya, peningkatan sokongan BN hanya sebanyak 16 undi jika dibandingkan PRU15 lalu, walhal BN sekarang sudah bekerjasama dengan PH, perolehan undi PN yang melonjak sebanyak 1,115 undi serta berjaya meraih sokongan undi Melayu di kawasan Felda.


Mereka juga menyebut, oleh kerana BN dan PH sudah bekerjasama di mana pada PRU15 lalu, campuran undi kedua-duanya berjumlah 9,339 (7,308 + 2,031), tetapi dengan hanya memperolehi undi sebanyak 7,324 pada PRK kali ini, maka BN telah ditafsirkan tidaklah menang dalam erti kata yang sebenarnya.


Kata mereka lagi, dengan peningkatan undi diperolehi BN hanya berjumlah 16 (7,308 undi pada PRU15 dan 7,324 undi pada PRK), di samping majoriti kemenangan pula menurun daripada 4,048 kepada 2,949, ertinya kerjasama BN dengan PH tidak memberi kesan cukup baik kepada kerajaan perpaduan.


Walaupun menang, kata mereka, BN sebenarnya boleh dianggap telah kalah atau menang dalam kalah.


Seterusnya, dengan membandingkan peningkatan undi PN sebanyak 1,115, ada pemimpin mereka berhujah bahawa PH/BN masih belum selamat nasibnya pada PRU16 akan datang.


Kemudian, mereka juga berhujah kemenangan BN juga dicapai kerana banyak janji, bantuan dan malah dikatakan Menteri Besar Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail, setiap hari berkampung di Pelangai sejak hari penamaan calon lagi.


Sebab itulah BN menang, kalau tidak, belum tentu juga, tambah mereka.


Rasa-rasanya, sehingga dua tiga minggu lagi pun kita masih boleh mendengar hujah-hujah kalah dalam menang daripada pemimpin dan penyokong PN ini apabila bercakap berkenaan PRK Pelangai.


Susah benar nampaknya mereka hendak mengakui hakikat kalah tetap kalah, meski apa sekali pun hujah yang cuba dikeluarkan untuk menterbalikkan keputusan yang telah diumumkan.


Bahkan, jika siang malam mereka bercakap dengan hujah yang sama, keputusan PRK Pelangai tetap sama seperti yang telah diumumkan dan tidak mungkin boleh berubah lagi.


Cuma, satu perkara saja perlu PN sedar – tak kisahlah undi mereka meningkat, majoriti BN menurun, jumlah undi Amizar Abu Adam yang mewakili kerajaan perpaduan hanya bertambah 16 undi atau apa sekali pun, lawan daripada gabungan PH dan BN inilah perlu mereka hadapi pada PRU16 akan datang.


Meskipun majoriti kemenangan BN menurun dan undi BN juga tidak banyak bertambah, dengan majoriti 2,949 itu, bolehkah PN menukarnya menjadi kemenangan kepada mereka bila PRU diadakan empat tahun lagi?


Jika tiada harapan untuk menukarnya, bukan saja di Pelangai, tetapi juga di banyak kawasan pilihan raya lain yang komposisi pengundinya hampir sama, senang cerita – kalah kali ini dan PN bakal kalah lagi pada PRU16 nanti. – ShahbudinHusin 08/10/2023.


https://shahbudindotcom.net/






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/10/woiiiikahkahkahkalah-tetap-kalahjangan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kah Kah Kena Tarik Tauliah Macam Nak Kiamat Woiiii Banyak Tempat Lagi Nak Cari Duit Kah Kah Kah

Kah Kah Kena Tarik Tauliah Macam Nak Kiamat Woiiii Banyak Tempat Lagi Nak Cari Duit Kah Kah Kah

papar berkaitan - pada 7/10/2023 - jumlah : 220 hits
Bila tauliah kena tarik balik di Selangor sang ustaz merengek di media sosial Kenapa Di Malaysia kan ada 12 buah negeri yang lain Wilayah Persekutuan pun ada Pergilah berceramah di sana Masih juga boleh mengajar di YouTube TikTok pun boleh ...
Jangan Cemas Pesawat Terbang Rendah Kata Tudm

Jangan Cemas Pesawat Terbang Rendah Kata Tudm

papar berkaitan - pada 5/10/2023 - jumlah : 219 hits
TUDM memaklumkan latihan akan melibatkan penerbangan taktikal paras rendah beberapa pesawat pejuang pengangkut dan helikopter milik ATM IPOH Tentera Udara Diraja Malaysia mengingatkan orang ramai tidak cemas atau bimbang jika melihat pesawa...
Zii Jia Jangan Sentuh Keluarga Orang Saya Sayang

Zii Jia Jangan Sentuh Keluarga Orang Saya Sayang

papar berkaitan - pada 3/10/2023 - jumlah : 240 hits
Fabian Petersukan hmetro com myHangzhou Walaupun bergelut dengan aksi tidak konsisten pemain badminton perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia mara ke pusingan kedua di Sukan Asia Hangzhou Hari ini pemain nombor 16 dunia itu bangkit daripada...
Memori Jangan Pergi

Memori Jangan Pergi

papar berkaitan - pada 2/10/2023 - jumlah : 370 hits
Sebab kotak memori tak ada butang delete ataupun backspace maka semua peristiwa buruk atau baik kekal di situ Yang baik kita jadikan kenangan Yang buruk kita jadikan pengajaran Kita tak sempurna tapi indahnya kejadian Allah maka kita diberi...
Heads Up Kl Selangor Asean Summit Means Temporary Home Based Learning For Some Schools

How To Turn Your Child Into A Consistent Learner During The School Year

Lantikan Politik Dr Akmal Bersyukur Pm Anwar Kini Faham Apa Yang Dilakukan Bn

Berbuat Baiklah Kerana Ia Juga Untuk Dirimu Sendiri

Mas Khan Qi Razali Selamat Bergelar Suami Hari Ini

Karina Kot Siapa Taknak Tular Video Peminat Bawa Lari Standee Karina Aespa Di Mid Valley Kl

Peria Sayur Pahit Yang Kaya Dengan Pelbagai Khasiat

Milosuam Dah Kenapa Nepotisme Bukan Salah Kalau Ada Merit Teruk Kena Kecam


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mee Rebus Johor

Pkr Ke Mana Hilangnya 60 Peratus Undi Di Persimpangan Jalan Atau Parti Yang Kehilangan Haluan

Usaha Bersama Asean Dalam Membangun Ekosistem Digital Yang Selamat

The Mysterious Yonaguni Monument Japan S Underwater Enigma

Manhunt Launched After 4 Abduct Goldsmith In Tumpat

Heard Of The Giant Pig Island In Malaysia