Who S Tea Melaka





Hi semua! Siapa di sini penggemar minuman Milk Tea, dan Bubble Tea? Kini, minuman Bubble Tea sudah menjadi sinonim di Malaysia. Alang-alang hari ini I dijemput untuk review di sebuah restroran yang dikenali sebagai Who's Tea yang terletak di Melaka, yang juga menawarkan milk tea dan bubble tea! Tak sabar!

Seperti yang korang tahu, Melaka bukan sahaja terkenal dengan sejarah, namun Melaka juga mempunyai banyak kafe dan restoran yang menarik! Kini, kafe yang bernama Who’s Tea Malaysia semakin dikenali dan melonjak popularitinya! Untuk makluman anda, Who’s Tea Malaysia merupakan cawangan yang pertama dibuka di Malaysia. Sungguh bertuah Melaka kerana dipilih sebagai destinasi pertama pembukaan kafe ini!


Apakah itu Who's Tea?
Persoalan yang pasti anda akan tertanya ialah, kenapa ‘Who’s Tea’? Ianya berasal dari sebutan Cina ‘Hu’ zi Cha’, yang bermaksud misai. Apabila kita minum  sahaja Who’s tea, buih khas akan meninggalkan kesan seperti misai kecil dibibir anda. Maka terhasil nama tersebut! Menarik kan?  Who’s Tea adalah jenama yang berasal dari Taichung City Taiwan sejak 2011 lagi. Sudah 8 tahun berada dalam industri, Who’s Tea mempunyai lebih daripada 30 cawangan di Taiwan. Pihak yang bertanggung jawab memperkenalkan produk minuman ini masuk ke Malaysia dari Taiwan adalah Pro Specialist Advisory (Internatonal) Sdn. Bhd. Terima kasih kerana membawa masuk Who's Tea ke Malaysia!
Apa yang menarik dengan Who's Tea?
> Kafe pertama yang menawarkan game zone kepada pelanggan
Konsep ini amat menarik minat saya kerana buat masa ini, belum pernah lagi saya jumpa kafe yang menawarkan free game zone untuk pengunjungnya! A very good job Who's Tea. Game Zone ini terletak di tingkat atas, dan boleh dimasuki secara percuma! Anda boleh bermain dan meluangkan masa anda sepuas-puasnya di Who's Tea!

Jangan terkejut, ini merupakan 'snooker' yang bersaiz besar! Menarik!

Permainan yang ditawarkan boleh dimain beramai-ramai. 

Pelbagai permainan menarik yang boleh dicuba!




Dengan membeli minuman mahupun makanan (tanpa mengira harga), anda boleh mendapat 2 token untuk bermain di permainan arcade ini!


Anda boleh memilih pelbagai game arcade yang disediakan.

Ini pula merupakan chess! 
Info game zone :Dibuka dari jam 7 malam sehingga 1 pagi sahaja
> Pelbagai makanan dan minuman yang menarik

Ini merupakan menu yang ditawarkan di Who's Tea. Mereka lebih fokus kepada minuman, namun begitu, mereka turut menyediakan makanan ringan.
Antara minuman ada di Who’s Tea adalah :
Black Who’s Series (Chocolate Milk Foam)White Who’s Series (Rose Salt Foam)Cheese Who’s Series (Cheese Milk Foam)Fresh Fruit SeriesTasty Tea SeriesVinegar SeriesBubble Tea Series
Saya berpeluang untuk merasai semua series dan minuman yang dihidangkan memang sedap dan unik!


BLACK WHO'S MILK TEA
Minuman signature mereka ialah Black Who's Milk Tea dan anda wajib mencubanya! 


Harga : RM 11.50 saiz Medium (M)RM 12.50 saiz Besar (L)
Black Who's Milk Tea mengandungi milk tea, buih coklat, serbuk coklat yang ditaburkan di permukaan buih, serta oreo hancur yang turut ditaburkan di permukaan! Tidak dapat dinafikan, minuman ini sangat 'rich in flavour'! Apabila anda minum air ini, pasti akan terukir misai kecil di atas bibir anda yang dihasilkan oleh serbuk coklat serta serbuk oreo dan buih coklat! 
Memang sedap dan milky. Saya paling menyukai buih-buih yang terhasil. Terasa lembut sahaja apabila diminum!
BROWN SUGAR MILK TEA

Harga :  RM 12.50 saiz Medium (M)
Seperti mana yang anda tahu, saya merupakan penggemar brown suger bubble tea, dan apa yang boleh saya katakan ialah ini juga merupakan antara bubble tea yang sedap! Tidak terlalu manis, bubble / pearl / boba tidak terlalu liat dan tidak terlalu lembut, tehnya juga tidak pahit, jadi secara keseluruhannya, sedap!

FRESH AUTHENTIC FRUIT TEA 

Harga : RM 11.90 saiz Medium (M)RM 12.90 saiz Besar (L)
Minuman ini mengandungi ramuan buah sebenar seperti buah markisa, lemon, nenas, grapefruit, limau kasturi. Gabungan ramuan ini membantu untuk menyegarkan anda di kala hari yang panas! Sangat recommended!
CRANBERRY VINEGAR

Harga :RM 7.50 saiz Medium (M)RM 8.50 saiz Besar (L)
Minuman yang berasaskan cuka ini menjadi pilihan hati pengunjung cina yang ke sini. Hal ini kerana, minuman ini menyihatkan dan dapat membantu melancarkan serta membersihkan sistem penghadaman anda! Amat sesuai diminum ketika perut sedang memulas bagi melegakan ketidakselesaan di perut.

EMERALD GREEN TEA

Harga :RM 6.50 saiz Medium (M)RM 7.50 saiz Besar (L)
Rasa persis teh jasmin yang bantu melegakan tekak. Minuman ini juga seperti kita sedang menikmati bunga-bunga jasmin yang segar!
Selain minuman, mereka turut menyediakan makanan ringan untuk kudapan.
Antara Makanan Ringan yang ada ialah :
Black Panini Series (Chicken Ham Panini, Thick Chicken Panini, Omega egg Cheese Panini)American Potato (fried snack)Sweet Potato (fried snack)Potato Chips (fried snack)Taiwanese Fried Chicken
OMEGA EGG CHEESE PANINI

Harga : RM 9.90
Panini ini mengandungi roti arang (charcoal bread), telur, keju, sayur dan dilengkapi dengan strawberry jam! Menarik! Rasa yang dihasilkan amat menarik kerana mempunyai rasa yang manis, lemak berkeju. Sedap!
TAIWAN FRIED CHICKEN


Harga : RM 8.90
Ini merupakan antara makanan ringan yang perlu anda cuba juga kerana sedap dan rangup! Makanan ini terkenal di Taiwan, dan apabila saya sendiri dapat merasanya, tidak terkata betapa nikmatnya! Ayam yang digoreng sempurna bersama garam dan lada mampu mengiurkan sesiapa yang melihat!
> Kafe yang Instagrammable
Oleh kerana konsepnya yang moden dan minimilis, kafe ini amat insta-worthy! Saya secara peribadinya amat suka dengan gabungan warna yang ditawarkan. Kelihatan begitu harmoni dan sesuai untuk dimuat naik ke dalam instagram saya. :)





Kafe ini juga amat sesuai untuk anda bersantai bersama keluarga dan rakan-rakan kerana suasananya yang tenang! Selain itu, mereka juga menawarkan Wifi dengan kelajuan yang tinggi! 

dan benarlah kata mereka, "Whoever comes, stays."
Rasa seperti tidak mahu pulang kerana saya amat menyukai kafe ini!
Info Lanjut Mengenai Who's Tea :
NO.8, JALAN KLJ 9, TAMAN KOTA LAKSAMANA JAYA, 75200 MELAKA. 
WAKTU OPERASI11 PAGI - 1 PAGI (SETIAP HARI) 

LAMAN FACEBOOK RASMI www.facebook.com/whosteamalaysia
LAMAN INSTAGRAM RASMI www.instagram.com/whosteamalaysia
******** 
Luaran kafe ini juga amat cantik dan sangat insta-worthy! Terletak di Kota Laksamana Jaya, Melaka. Cantik! Sekian sahaja perkongsian saya hari ini, semoga bermanfaat dan terima kasih Who's Tea!





DISCLAIMER : This is my honest review based on my personal experience at that moment. It might be different to your experiences in the future


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.missdae.com/2019/07/whos-tea-melaka.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Melaka State Assembly In War Of Words Over Idris Haron S Fb Postings

Melaka State Assembly In War Of Words Over Idris Haron S Fb Postings

papar berkaitan - pada 19/7/2019 - jumlah : 279 hits
The Melaka State Assembly sitting became chaotic over the hashtag MelakaKotor Boss used by opposition head Idris Haron each time he posted an article on his official Facebook account The hashtag riled government supporters who said it would...
Aktiviti Riadah Kat Pantai Klebang Melaka

Aktiviti Riadah Kat Pantai Klebang Melaka

papar berkaitan - pada 20/7/2019 - jumlah : 246 hits
Assalammualaikum Dunia Sekarang ni buat aktiviti untuk menyihatkan badan kata nyer Salah satu alat senaman yang disediakanSesekali keluar kan peluh kan Bukannya kena bayar pon untuk kesihatan diri juga kan haruslah berusaha Jom jogging Bers...
Hang Tuah Pahlawan Melaka Yang Memang Wujud Dalam Buku Sejarah Luar Negara

Hang Tuah Pahlawan Melaka Yang Memang Wujud Dalam Buku Sejarah Luar Negara

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 475 hits
Tak Akan Melayu Hilang Di Dunia Hang Tuah Watak Realiti Pahlawan Agung Kerajaan Melaka Pagi ini saya menelusuri sejarah Laksamana Hang Tuah Semakin kuat kefahaman dan kepercayaan saya Hang Tuah adalah watak pahlawan realiti diakui oleh Hika...
P Hancious Perfume Minyak Wangi Ciptaan Pelajar Sekolah Smk Seri Mahkota Melaka

P Hancious Perfume Minyak Wangi Ciptaan Pelajar Sekolah Smk Seri Mahkota Melaka

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 1029 hits
Zaman sekarang ini budak budak sekolah dah advance melampau sampai buat projek sains minyak wangi Anak perempuan aku ni sekarang tengah lorat menjual minyak wangi ciptaan pelajar sekolah mereka iaitu SMK SERI MAHKOTA UMBAI MELAKA Nama minya...
Kaison Aeon Bandaraya Melaka Telah Dibuka

Kaison Aeon Bandaraya Melaka Telah Dibuka

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 1004 hits
Assalammualaikum Dunia Model nak up iklan jap Sapa minat deko deko Kita gang Selalu kalau nak pi kaison kena pi Mahkota Parade Now you can shopping with your best friend or girlfriend or boyfriend or fiance or husband or all family together...
Tempat Wajib Di Kunjungi Jika Datang Melaka

Tempat Wajib Di Kunjungi Jika Datang Melaka

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 619 hits
AssalamuailaikumSapa pembaca pembaca di sini orang Melaka hahh ngapaaa haha bukan nya apa apapun cuma nak mengabo yang kita memang kenan sangat sangat dengan Negeri Melaka ni ehhh tapi bukannya kita khianat negeri sendiri tau tempat jatuh l...
Usaha Baik Pulih Bendungan Sungai Melaka Dilaksana Segera Kata Guan Eng

Usaha Baik Pulih Bendungan Sungai Melaka Dilaksana Segera Kata Guan Eng

papar berkaitan - pada 21/7/2019 - jumlah : 284 hits
Usaha baik pulih bendungan Sungai Melaka dilaksana segera kata Guan Eng Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 20 Jul
Kecoh Ceramah Wan Ji Di Melaka Walaupun Di Bawah Ph

Kecoh Ceramah Wan Ji Di Melaka Walaupun Di Bawah Ph

papar berkaitan - pada 22/7/2019 - jumlah : 208 hits
SEPASUKAN anggota polis berkawal menghalang sekumpulan individu yang membuat kecoh dan membantah kehadiran Wan Ji untuk berceramah di Masjid Ar Rahman Kampung Parit Melana Durian Tunggal Alor Gajah Melaka malam ini UTUSAN ONLINECeramah Wan ...
Penstrukturan Ppd Jpn Perlu Diperhalusi Melaka

Penstrukturan Ppd Jpn Perlu Diperhalusi Melaka

papar berkaitan - pada 24/7/2019 - jumlah : 317 hits
MELAKA TENGAH Kerajaan negeri berharap Kementerian Pendidikan perhalusi kaedah penstrukturan pegawai di Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah Gred DG42 ke bawahPengerusi Jawatankuasa Pendidikan Modal Insan Sains dan Inovas...
Psychology Of Liars Kebenaran Yang Ditakuti Antivaksin

Tahukah Anda Fasal Pelancong Ke Tuvalu

Myborderpass Apps Baru Untuk Pengembara Dari Malaysia

Majlis Perkahwinan Dan Majlis Bertandang

Filem Emp4t

Rayer S Pro Bjp Remarks Led To Strong Local Tamil Backlash

I Gps 2025 Insentif Graduan Pulang Sarawak

Alleycats Khabar Buat Ibu Chord


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3

Resepi Makaroni Cheese Goreng Paling Mudah dan Cepat

Biodata Zarif Ghazzi Pelakon Drama Berepisod Antara Dua Syurga TV3 Berbahagi Suami Astro


Nahas Di Lampu Isyarat 3 Kenderaan Terbakar Termasuk Lori Tangki

Pekerja Terima Tempahan Misteri Pasang Wi Fi Di Kubur

Najib S House Detention Addendum Issue Points To A Cover Up At The Highest Echelons Of The Madani Government

Al Imam Salim Dari Kota Hadhramaut Ke Alam Nusantara

Konsert Genkru Dilaksanakan Tiga Hari Cipta Sejarah Baru Industri Hiburan Negara

Pelajar Kpsk Mencungkil Kebolehan Seni Orang Kurang Upaya Di Karnival Casaxoku 2025