Who Rayu Dunia Bersatu Perangi Covid 19




Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Rabu menyeru perpaduan global memerangi koronavirus, berikutan serangan Presiden AS Donald Trump mengenai cara agensi antarabangsa itu menangani pandemik.
Ketika WHO bersiap siaga hari ini untuk menghadapi hari ke-100 sejak wabak terbabit dikesan di China, ketua pengarahnya, Tedros Adhanom Ghebreyesus, tampil membalas tuduhan bahawa ia terlalu rapat dengan Beijing.
Agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) itu pernah dikritik bertindak berlebihan mahupun terlalu lembap dalam menangani epidemik sebelum ini, namun ia jarang berdepan sebegitu banyak bidasan seperti ketika pandemik Covid-19.
Trump pada Selasa menuduh WHO mengambil tindakan salah dan terlalu lambat, selain menerima dana daripada AS, tetapi memihak kepada China.
Koronavirus baru itu yang pertama kali muncul di China pada Disember, mengorbankan lebih 80,000 orang, sementera lebih 1.4 juta orang diuji positif virus itu.
“WHO benar-benar membuat kesilapan besar. Atas sebab tertentu, sebahagian besar dana dibiayai oleh AS, tetapi sangat berpusatkan China. Kami akan meneliti perkara itu,” katanya menerusi Twitter.
“Mujur saya menolak nasihat mereka untuk terus buka sempadan kami kepada China pada peringkat awal. Mengapa mereka memberikan saranan salah seperti itu?”
Imej beg mayat
Tedros tegas mempertahankan pengurusan WHO dalam pandemik itu, sekali gus menggesa AS berganding bahu dengan China dalam memerangi penyakit berkenaan daripada bersikap menuding jari.
“AS dan China harus bekerjasama dan melawan musuh berbahaya ini,” kata Tedros dalam satu taklimat media secara maya di Geneva.
“Semua parti politik sepatutnya fokus menyelamatkan rakyat mereka. Tolong jangan politikkan virus ini.
“Jika anda tidak mahu semakin banyak beg mayat, maka hindarkan diri daripada mempolitikkannya. Ia seperti bermain dengan api.”
Memetik jumlah kematian dan bilangan jangkitan, Tedros berkata: “Demi tuhan.. adakah ini tidak mencukupi?”
Serangan peribadi
WHO dianggap terlalu cemas ketika berdepan epidemik H1N1 pada 2009, tetapi 5 tahun kemudian, ia didakwa lambat bertindak dalam menangani wabak Ebola di Afrika Barat yang mengorbankan lebih 11,000 nyawa.
Kini agensi itu dituduh berlengah dalam memberikan amaran berhubung Covid-19 kerana bimbang menyinggung Beijing, menunggu terlalu lama sebelum mengisytiharkan wabak itu sebagai pandemik global dan gagal menyelaraskan tindak balas bersepadu antarabangsa.
Ketika ini, Tedros mengadakan sidang media secara maya sebanyak 3 kali seminggu sebagai langkah telus berhubung cara WHO menangani pandemik itu.
Semalam, bekas menteri kesihatan dan menteri luar Ethiopia itu bersuara untuk kali pertama mengenai serangan peribadi ditujukan kepadanya, termasuk kecaman berbaur perkauman serta ancaman bunuh ketika krisis itu.
“Saya tidak ambil peduli langsung,” kata Tedros.
“Saya amat bangga menjadi orang kulit hitam atau negro. Saya tidak peduli walaupun dipanggil negro, saya memang negro.
“Apabila seluruh masyarakat kulit hitam dihina, apabila Afrika dihina, maka saya tidak bertolak ansur,” katanya merujuk cadangan daripada 2 saintis minggu lalu, mengenai kesesuaian rantau terbabit sebagai lapangan pengujian vaksin.
Sokongan bintang ternama
Lewat Rabu, beliau menulang hantar pesanan sokongan peribadi yang diterima daripada Kesatuan Afrika dan presiden Afrika Selatan, Nigeria serta Rwanda.
Setiausaha agung PBB, Antonio Guterres, turut memberi sokongan dengan menegaskan bahawa sekarang bukan masa untuk mengkritik tindak balas awal terhadap wabak itu.
“Sekarang adalah masa untuk perpaduan dan masyarakat antarabangsa berganding bahu dalam solidariti bagi menghentikan virus ini serta kesannya yang membawa kehancuran,” katanya dalam satu kenyataan.
Tedros turut menerima sokongan daripada beberapa selebriti ternama AS seperti Lady Gaga.
Beliau bekerjasama dengan penyanyi terkenal itu untuk melancarkan konsert mega kesedaran koronavirus dalam talian dinamakan “One World: Together at Home” yang turut menampilkan ikon muzik seperti Paul McCartney dan Stevie Wonder.
Tedros memberi amaran, pandemik COVID-19 akan menjadi lebih buruk jika seluruh dunia tidak bersatu memerangi penularannya.
“Marilah berjuang habis-habisan untuk membanteras dan mengawal virus ini.
“Jika tidak, dengan cara kita bertindak sekarang, saya fikir kita akan menyesalinya.”
FMT




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/04/09/who-rayu-dunia-bersatu-perangi-covid-19/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=who-rayu-dunia-bersatu-perangi-covid-19

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Covid 19 Statistik Terkini Dunia

Covid 19 Statistik Terkini Dunia

papar berkaitan - pada 11/4/2020 - jumlah : 414 hits
Statistik seluruh dunia 11 April 2020 Semakin besar dan pantas
Tetap Terima Pelanggan Tukang Gunting Rambut Meninggal Dunia Angkara Covid 19

Tetap Terima Pelanggan Tukang Gunting Rambut Meninggal Dunia Angkara Covid 19

papar berkaitan - pada 12/4/2020 - jumlah : 478 hits
Semalam Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan akan dilanjutkan sehingga Disebabkan perintah ini dilanjutkan kerajaan telah memberi kelonggaran 9 industri untuk beroperasi sepanjang tempoh PKP ...
Covid 19 Perkembangan Terkini Covid 19 Di Seluruh Dunia

Covid 19 Perkembangan Terkini Covid 19 Di Seluruh Dunia

papar berkaitan - pada 12/4/2020 - jumlah : 427 hits
Amerika Syarikat menjadi negara paling teruk terjejas akibat koronavirus sama ada dari segi bilangan kes yang direkodkan dan juga kematian Gambar EPA 12 April 2020 BERIKUT adalah perkembangan terbaru dalam krisis koronavirus AS paling teruk...
As Catat Jumlah Korban Covid 19 Tertinggi Di Dunia

As Catat Jumlah Korban Covid 19 Tertinggi Di Dunia

papar berkaitan - pada 12/4/2020 - jumlah : 226 hits
JUMLAH korban Covid 19 di Amerika Syarikat kini paling tinggi di dunia mengatasi Itali lapor agensi berita Anadolu memetik Johns Hopkins University Setakat Sabtu seramai 19 882 orang maut dan 514 415 lagi dijangkiti virus nbsp itu di tengah...
Kemas Kini Daripada Marriott Seluruh Dunia Sempena Dengan Pandamik Covid 19

Kemas Kini Daripada Marriott Seluruh Dunia Sempena Dengan Pandamik Covid 19

papar berkaitan - pada 11/4/2020 - jumlah : 349 hits
Sudah tiga minggu sejak kali terakhir berkomunikasi dengan anda tentang kesan dramatik pandamik COVID 19 pada perniagaan semua Marriott seluruh negara Sayangnya sejak masa itu kita semua telah menyaksikan bagaimana virus berbahaya ini membe...
Tukang Gunting Rambut Meninggal Dunia Akibat Covid 19 Selepas Terima Pelanggan Ketika Wabak Sedang Menular

Tukang Gunting Rambut Meninggal Dunia Akibat Covid 19 Selepas Terima Pelanggan Ketika Wabak Sedang Menular

papar berkaitan - pada 11/4/2020 - jumlah : 298 hits
Seorang tukang gunting rambut di Mississippi meninggal dunia akibat Covid 19 selepas dia tidak menutup premis perniagaannya dan berterusan menerima pelanggan ketika wabak itu sedang mengganas nbsp Eugene Thompson 46 dari Brookhaven meningga...
Covid 19 Seluruh Dunia 9 April 2020

Covid 19 Seluruh Dunia 9 April 2020

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 268 hits
Statistik COVID 19 di seluruh dunia setakat 9 April 2020 Amerika Syarikat masih mendahului manakala Malaysia kini turun ke tangga 34 Pakistan telah memintas Malaysia ke atas Bukanlah sesuatu yang positif bagi negara negara yang naik ke atas...
Data Covid 19 10 April 3 512 Positif Sembuh 282 Dan Meninggal Dunia 306

Data Covid 19 10 April 3 512 Positif Sembuh 282 Dan Meninggal Dunia 306

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 209 hits
Sementara pasien yang sembuh corona bertambah sebanyak 30 Sehingga total pasien sembuh saat ini menjadi 282 orang
Ppap 2020 Versi Covid 19 Kembali Hiburkan Seluruh Dunia

Ppap 2020 Versi Covid 19 Kembali Hiburkan Seluruh Dunia

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 220 hits
Masih ingat dengan Pen Pineapple Apple Pen Nampaknya penyanyi Jepun Pikotaro ni kembali menghiburkan semua penduduk Jepun selepas 3 tahun gais Kali ini Pikotaro kembali dengan versi PPAP versi 2020 dan menarik perhatian netizen Agak berbeza...
Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Revision Of Mahb Takeover Terms Sets Unhealthy Precedent Says Wan Fayhsal

Richtech Digital Berhad Lancar Prospektus Ipo Pasaran Ace

Life S A Gift Pass It On Why You Should Donate Blood

Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Tawaran Pakej Haji Terbaik Dan Premium Dari Mkm

Anwar I Went Through Hell In Prison But Won T Treat Najib That Way

Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Jom Makan Ikan Bakar Di Adrianna Ikan Bakar Sungai Dua Pulau Pinang

Buffet Ramadan 2025 Laman Tradisi Di World Trade Centre Kuala Lumpur

Kembali Bermain Robotika Dengan Arduino

Kurus Tapi Kuat Makan Kenapa Ye

Wanita Berhati Angkasa Buku Motivasi Untuk Wanita Dan Inspirasi Untuk Suri Rumah

Cara Cuci Kerang