Who Is The Dpm




TEKS UCAPAN
PENGUMUMAN PEMBENTUKAN KABINET BAHARU
KERAJAAN
YAB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD
YASSIN
PERDANA MENTERI MALAYSIA9 MAC 2020 
Bismillahirrahmanirrahim, 
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam
Sejahtera.
Saudara dan saudari rakyat Malaysia yang saya hormatisekalian,

1. Alhamdulillahi Rabbil A’lamin, Wa bihi Nasta’in. Selawatdan Salam ke atas Nabi Muhammad SAW, Rasul junjungan dan
ikutan sepanjang zaman.

2. Saya mengucapkan rasa syukur ke hadrat Allah s.w.t.
kerana sepanjang minggu yang lalu saya telah berpeluang untuk
berbincang dengan rakan-rakan pimpinan daripada parti
BERSATU, Barisan Nasional, Gabungan Parti Sarawak dan
PAS untuk membentuk kabinet baharu kerajaan. Saya
mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua pemimpin
parti yang telah mengemukakan pandangan serta memberikan
kepercayaan kepada saya untuk menamakan anggota Jemaah
Menteri baharu yang akan saya umumkan pada hari ini.
CITRA BAHARU KABINET, MEMENUHI ASPIRASI RAKYAT

3. Sepertimana yang saudara dan saudari ketahui, ekonomiglobal masa kini berada dalam situasi tidak menentu. Perang
perdagangan dan percaturan politik melibatkan kuasa-kuasa
besar terus mewarnai lanskap sejagat. Dunia juga terkesan
dengan wabak Coronavirus 2019 (COVID-19) yang impaknya
turut dirasai oleh negara kita.

4. Saya sedar bahawa dalam keadaan yang tidak menentuini, saudara dan saudari amat berharap kepada kerajaan untuk
membantu mencari jalan penyelesaian terhadap apa jua
masalah yang saudara dan saudari dihadapi. Maka, adalah
menjadi tanggungjawab saya sebagai Perdana Menteri untuk
membentuk sebuah kabinet yang mampu menyelesaikan
permasalahan rakyat dan membawa negara kita ke mercu
kejayaan yang lebih gemilang.

5. Justeru, saya akan membentuk sebuah kabinet yangmemberi tumpuan kepada penyampaian perkhidmatan yang
lebih berfokus dan berkesan, cekap, peduli rakyat, telus dan
berintegriti dengan struktur yang lebih mantap. Barisan kabinet
saya akan dianggotai oleh tokoh-tokoh politik yang
berpengalaman, teknokrat dan individu yang mempunyai
kepakaran dalam bidang-bidang tertentu.

6. Untuk memastikan kabinet yang akan terbentuk adalahkabinet yang berintegriti, semua anggota kabinet yang akan
saya umumkan sebentar lagi telah melepasi tapisan oleh pihak
SPRM dan PDRM.

7. Saya juga akan memastikan kabinet saya adalah sebuahkabinet yang berfungsi (functional cabinet) serta dapat
menyampaikan perkhidmatan yang lebih berfokus. Untuk itu,
saya akan melantik empat (4) orang Menteri Kanan (Senior
Ministers) yang akan membantu saya menyelaras hal ehwal
kabinet yang berkaitan dengan bidang-bidang ekonomi,
keselamatan, pembangunan infrastruktur serta pendidikan dan
sosial.

8. Pelantikan Menteri-Menteri Kanan ini akan membolehkan
isu-isu berbangkit antara kementerian dalam bidang-bidang
yang saya sebutkan tadi dapat diselaras dengan lebih cekap dan
berkesan. Ringkasnya, saya ingin membentuk sebuah kabinet
yang benar-benar dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik
kepada rakyat – a cabinet that delivers.

9. Menteri-Menteri Kanan akan membantu saya menjalankantugas sebagai Perdana Menteri termasuklah mempengerusikan
mesyuarat kabinet di waktu ketiadaan saya dalam negara.
Dengan adanya Menteri-Menteri Kanan ini, maka tiada
keperluan pada masa ini untuk seorang Timbalan Perdana
Menteri dilantik.

10. Selain itu, bagi memenuhi keperluan semasa, beberapakementerian akan distruktur semula.

11. Antaranya ialah Kementerian Pendidikan. Kementerian inidalam struktur yang sedia ada dibebani dengan bidang tugas
yang amat besar serta mencabar kerana ianya meliputi
pendidikan dari peringkat pra-sekolah hinggalah ke pengajian
tinggi. Oleh yang demikian saya telah memutuskan untuk
mewujudkan semula Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) di
samping mengekal dan memperkasakan Kementerian
Pendidikan.

12. Dengan ini, KPT akan dapat memberikan fokus kepadasektor pengajian tinggi dengan Kementerian Pendidikan
memberikan tumpuan kepada pendidikan pra-sekolah, rendah
dan menengah.

13. Malaysia dikenali di serata dunia sebagai sebuah negarayang memiliki komposisi penduduk pelbagai kaum, budaya dan
agama. Perpaduan yang utuh antara pelbagai kaum merupakan
penentu kelangsungan atau survival negara kita. Menyedari
hakikat ini, sebuah kementerian khusus yang dinamakan
Kementerian Perpaduan Negara akan ditubuhkan.

14. Aspek kelestarian alam sekitar juga penting dalammewujudkan kehidupan yang lebih sejahtera buat kita semua,
anak-anak kita dan generasi akan datang. Sumber-sumber
semula jadi di negara kita mesti dipelihara dengan baik. Justeru,
sebuah kementerian khusus yang dinamakan Kementerian
Alam Sekitar akan diwujudkan.

15. Kerajaan juga serius untuk menangani isu-isupembangunan dan kemajuan sosio-ekonomi rakyat di Sabah
dan Sarawak. Kabinet saya akan memastikan semangat
Perjanjian Malaysia 1963 atau MA 63 akan diterjemah dalam
bentuk dasar dan program yang memberi manfaat secara
langsung kepada penduduk di negeri Sabah dan Sarawak.
Justeru, saya akan mewujudkan satu portfolio khusus mengenai
Hal Ehwal Sabah dan Sarawak yang akan diketuai oleh
seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

16. Dengan bertawakkal kepada Allah, mengharapkanbantuanNYA, saya dengan ini akan mengumumkan senarai
nama anggota kabinet yang saya pilih dengan satu ijtihad saya
untuk kemaslahatan negara. Sedaya mungkin saya dalam
pemilihan ini berusaha memenuhi maksud firman Allah dalam
Surah al-Qasas ayat 26:

نيملۡٱ ىوقلٱ ترج ـتسٱ نم ريخ ن إ Yang bermaksud:
"Sesungguhnya sebaik-baik orang yang engkau ambil bekerjaitu ialah yang KUAT (berkemampuan) dan AMANAH"

17. Sekali lagi pada Allah saya berserah atas ijtihad saya,maka dengan sukacitanya saya ingin mengumumkan senarai
Menteri dan Timbalan Menteri yang telah diperkenankan oleh
Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan
Agong:

Menteri Kanan - Menteri Perdagangan Antarabangsa danIndustri  YB Dato' Seri Mohamed Azmin Ali
Timbalan Menteri: Datuk Lim Ban Hong (akan dilantik sebagai
senator) 
Menteri Kanan - Menteri Pertahanan
YB Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob
Timbalan Menteri: YB Dato’ Sri Ikhmal Hisham Bin Abdul Aziz

Menteri Kewangan   YM Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz (akan dilantiksebagai senator)
Timbalan Menteri I: YB Datuk Abd. Rahim Bin Bakeri
Timbalan Menteri II: YB Mohd Shahar Bin Abdullah

Menteri Kanan - Menteri Kerja RayaYB Dato' Sri Haji Fadillah Yusof
Timbalan Menteri: YB Datuk Dr Shahruddin Bin Md Salleh

Menteri Kanan - Menteri Pendidikan  YB Dr Mohd Radzi Md Jidin
Timbalan Menteri I: Dato’ Dr Mah Hang Soon (akan dilantik
sebagai senator) Timbalan Menteri II: YB Muslimin Bin Yahaya
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi)YB Dato' Sri Mustapa bin Mohamed
Timbalan Menteri: YB Arthur Joseph Kurup

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas)YB Dato’ Seri Mohd Redzuan Md Yusof
Timbalan Menteri: YB Datin Mastura Binti Yazid

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang)  YB Dato’ Takiyuddin Bin Hassan
Timbalan Menteri: YB Dato’ Eddin Syazlee Shith

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)YB Dato' Seri Dr. Hj Zulkifli Mohamad Al-Bakri (akan dilantik
sebagai senator)
Timbalan Menteri: YB Ahmad Marzuk Bin Shaary

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan
Sarawak)  YB Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Timbalan Menteri: YB Dato’ Hajah Hanifah Hajar Taib

Menteri Pengangkutan  YB Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka SiongTimbalan Menteri: YB Haji Hasbi Bin Haji Habibollah

Menteri Alam Sekitar  YB Dato’ Tuan Ibrahim Bin Tuan ManTimbalan Menteri: Dato’ Dr Ahmad Masrizal Muhammad (akan
dilantik sebagai senator)

Menteri Sumber Manusia  YB Datuk Seri Saravanan A/L MuruganTimbalan Menteri: YB Haji Awang Bin Hashim

Menteri Wilayah Persekutuan  YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar Bin MusaTimbalan Menteri: YB Dato’ Sri Dr Santhara Kumar

Menteri Wanita dan Keluarga  YB Datuk Seri Rina Binti Mohd HarunTimbalan Menteri: YB Dato’ Hajah Siti Zailah Binti Mohd Yusoff

Menteri Pengajian Tinggi  YB Dato’ Dr Noraini Binti Ahmad
Timbalan Menteri: YB Dato’ Dr Mansor Bin Othman

Menteri Tenaga dan Sumber AsliYB Dato’ Dr Shamsul Anuar Hj Nasarah
Timbalan Menteri: YB Ali Anak Biju

Menteri Dalam Negeri  YB Datuk Seri Hamzah Bin ZainuddinTimbalan Menteri I: YB Dato’ Sri Dr Haji Ismail Bin Haji  Mohamed Said
Timbalan Menteri II: YB Jonathan Yassin

Menteri Kesihatan   YB Dato’ Sri Dr Adham bin BabaTimbalan Menteri I: YB Dato’ Dr Noor Azmi bin Ghazali
Timbalan Menteri II: YB Datuk Aaron Ago Dagang

Menteri Pertanian dan Industri Makanan  YB Datuk Seri Dr Ronald KiandeeTimbalan Menteri I: YB Datuk Seri Hj Ahmad Bin Hamzah
Timbalan Menteri II: YB Dato’ Haji Che Abdullah Bin Mat Nawi

Menteri Pembangunan Luar Bandar  YB Datuk Dr Hj Abd Latiff Bin Hj Ahmad
Timbalan Menteri I: YB Dato’ Abdul Rahman Bin Mohamad
Timbalan Menteri II: YB Dato’ Henry Sum Agong 
Menteri Luar Negeri  YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein
Timbalan Menteri: YB Dato’ Kamaruddin Jaffar

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal  PenggunaYB Datuk Alexander Nanta Linggi
Timbalan Menteri: YB Dato’ Rosol Bin Wahid

Menteri Komunikasi dan MultimediaYB Dato’ Seri Saifuddin bin Abdullah
Timbalan Menteri: YB Datuk Zahidi Bin Zainul Abidin

Menteri Perumahan dan Kerajaan TempatanYB Hajah Zuraida Kamaruddin
Timbalan Menteri: YB Dato’ Sri Ismail Bin Abd Mutalib

Menteri Sains, Teknologi dan InovasiYB Khairy Jamaluddin
Timbalan Menteri: YB Ahmad Amzad Bin Hashim

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi
YB Dato’ Sri Dr Hj Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Timbalan Menteri: YB Datuk Wira Mas Ermieyati Binti Hj
Samsudin

Menteri Perusahaan Perladangan dan KomoditiYB Dato’ Dr Mohd Khairuddin Bin Aman Razali
Timbalan Menteri I: YB Dato’ Sri Dr Wee Jeck Seng
Timbalan Menteri II: YB Willie anak Mongin

Menteri Pelancongan, Kesenian dan KebudayaanYB Dato’ Sri Hajah Nancy Binti Shukri
Timbalan Menteri: YB Datuk Dr. Jeffrey G. Kitingan

Menteri Perpaduan Negara   YB Datuk Halimah Binti Mohamed SadiqueTimbalan Menteri: YB Dato’ Sri Tiong King Sing

Menteri Belia dan Sukan  YB Dato’ Sri Reezal Merican Bin Naina MericanTimbalan Menteri: Wan Ahmad Fayhsal Bin Wan Ahmad Kamal
(akan dilantik sebagai senator)

PENUTUP
18. Saya mengucapkan tahniah kepada semua anggota
Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri yang saya telah
umumkan. Jalankanlah tugas anda dengan cemerlang demi
rakyat dan negara.

19. Saya juga mengucapkan setinggi-tinggi terima kasihkepada ketua-ketua parti yang telah memberikan panduan dan
mandat kepada saya untuk menentukan barisan kabinet.

20. Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong telah memperkenankan Istiadat Mengangkat
Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia di
hadapan Baginda diadakan pada hari Selasa, 10 Mac 2020, jam
petang di Istana Melawati, Putrajaya.

21. Saya berdoa semoga Allah s.w.t. memberikan taufiq danhidayah-Nya kepada semua anggota kabinet saya untuk
menjalankan tugas dengan penuh beramanah dan berintegriti.
Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh.
Posted by Syed Akbar Ali 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2020/03/who-is-dpm.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Must+Know+the+TRUTH%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Here Are All The Malaysian Athletes Who Have Qualified For The Tokyo 2020 Olympics So Far

Here Are All The Malaysian Athletes Who Have Qualified For The Tokyo 2020 Olympics So Far

papar berkaitan - pada 6/3/2020 - jumlah : 284 hits
It s less than a year away img alt Small thumb 4f4362561713c661011f4985846ff12b src https images says com uploads user avatar 706214 small thumb 4f4362561713c661011f4985846ff12b png img By May Vin Ang 13 Sep 2019 08 03 PM Updated 5 months a...
A Malaysian Who Was At The Sri Petaling Mosque Event Has Now Tested Positive For Covid 19

A Malaysian Who Was At The Sri Petaling Mosque Event Has Now Tested Positive For Covid 19

papar berkaitan - pada 12/3/2020 - jumlah : 430 hits
The event a tabligh assembly was attended by roughly 10 000 people from various countries The number of Malaysians who attended the event is believed to be more than 5 000 people small Cover image via New Straits Times small A Malaysian who...
A Houseman Who Has Joined The Covid 19 Fight Says He Was Ever Ready To Serve Demimalaysia

A Houseman Who Has Joined The Covid 19 Fight Says He Was Ever Ready To Serve Demimalaysia

papar berkaitan - pada 16/3/2020 - jumlah : 361 hits
He says he hopes to contribute whatever he can as part of the front liners small Cover image via Sean Thum small Meet Sean Thum He is a houseman in Johor a href https images says com uploads story source source image 770199 f448 jpeg rel se...
Who Will Be The Next Ag

Who Will Be The Next Ag

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 301 hits
One of the most important positions in the country is seemingly vacant following the news of Tan Sri Tommy Thomas resignation as the Attorney General Thomas was said to have tendered his resignation on Friday evening in the midst of the pol...
Now We Know Who The Traitors Are

Now We Know Who The Traitors Are

papar berkaitan - pada 2/3/2020 - jumlah : 386 hits
A dinner at a Petaling Jaya hotel last week dubbed the Sheraton Move brought together Umno PAS and some PKR leaders The Sheraton Move last Sunday was to result in the breakup of Pakatan Harapan after some members decided to form a coalition...
Who Will Believe That The 60 Bn And Pas Mps Now Support Harapan

Who Will Believe That The 60 Bn And Pas Mps Now Support Harapan

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 252 hits
MP SPEAKS Parliament is scheduled to meet on March 9 which also marks 21 months from the historic decision of Malaysian voters on May 9 2018 when the world sat up and noticed that Malaysia can lead the world in renewing hope in democracy wh...
Yoursay Azmin Ali The Man Who Brought Down Harapan Gov T

Yoursay Azmin Ali The Man Who Brought Down Harapan Gov T

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 234 hits
YOURSAY Azmin and co are now backpedalling since their nefarious agenda has come to light Anonymous 15433 Ex PKR deputy president Azmin Ali you betrayed PKR leader Anwar Ibrahim the party and Malaysians especially those who voted for change...
Another Confusion Who S The Boss In Ppbm

Another Confusion Who S The Boss In Ppbm

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 271 hits
Muhyiddin Yassin claims he is the acting PPBM chairman after Dr Mahathir Mohamad quit on Monday KUALA LUMPUR Dr Mahathir Mohamad as PPBM chairman is the only individual who has absolute powers in the party its secretary general Marzuki Yahy...
Covid 19 Man Who Left Clinic During Screening Returns The Next Day

Covid 19 Man Who Left Clinic During Screening Returns The Next Day

papar berkaitan - pada 14/3/2020 - jumlah : 331 hits
CORONAVIRUS A man suspected of contracting Covid 19 from a tabligh gathering in Sri Petaling and had disappeared from a clinic in Shah Alam yesterday has returned to the same clinic this morning According to Shah Alam deputy police chief Su...
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Myplayvip

Tentang Alam Quantum

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Lirik Lagu Kupupu Dani Kurama

Filem Strike Silat Cult Master

Radja Apa Sih Chord