Whatsapp Tak Berbalas Rupa Rupanya Suami Maut Kemalangan



Pekan: Kebimbangan isteri Mohd Zuhairi Abdullah, Nor Hayari Embong selepas pesanan WhatsApp dihantar tidak berbalas terungkai, selepas menerima panggilan telefon memaklumkan suaminya maut selepas kenderaan dipandunya dirempuh lori tangki di Kilometer 32, Jalan Pekan-Rompin berhampiran Tanjung Batu di sini, hari ini.
Nor Hayati, 35, yang merupakan suri rumah berkata, dia menghantar pesanan itu pada 10 pagi bagi memaklumkan perihal anak-anak yang menjadi rutin harian mereka berdua ketika suaminya keluar bekerja.
“Saya menganggap suami tidak membalas kerana sedang memandu, memandangkan dia beritahu akan ke Tanjung Batu ketika keluar rumah pada 7 pagi. Sekitar 11 pagi, adik ipar telefon memberitahu suami meninggal kemalangan.
“Saya tidak percaya dan cuba menghubungi telefonnya namun langsung tidak berdering. Tak lama kemudian, seorang lagi kawan suami menyampaikan berita sedih itu, untuk kali kedua,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Pekan di sini.
Nor Hayati berkata, suaminya sudah 10 tahun bertugas di Pekan selepas berpindah dari Pejabat Kesihatan Daerah Cameron Highlands pada 2010 dan mereka mempunyai empat orang anak berusia antara dua hingga sembilan tahun.
Mohd Zuhairi juga menurut Nor Hayati, ada menyuarakan hasrat untuk pulang ke kampung sebelah isterinya itu di Terengganu, kerana sudah lama mereka tidak berjumpa dengan ahli keluarganya sejak negeri itu dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada 9 November lalu.
Nor Hayati berkata, jenazah suaminya akan dikebumikan berhampiran kubur ayah arwah di Kampung Sungai Puteri, Rompin kira-kira 80 kilometer dari sini.
Mohd Zuhairi, 35, maut selepas kenderaan Toyota Hilux yang dipandunya dirempuh lori tangki yang terbabas dari laluan bertentangan pada 10.20 pagi hari ini, menyebabkan kenderaan milik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) itu, remuk keseluruhan pada bahagian hadapan.
Turut maut ialah jururawat Julayha Kudus, 39, manakala Dr Muhd Ikhwan Ramlee, 29, parah di kepala.
Mereka yang bertugas di Pejabat Kesihatan Daerah Pekan, dilaporkan dalam perjalanan ke perkampungan Orang Asli Api Larat di Nenasi, Pekan untuk melakukan pemeriksaan kesihatan di sana.
Sementara itu, suami Julayha, Asmawi Yusoff, 45, berkata, dia sempat melihat jenazah isterinya terbaring di bahu jalan, selepas dihantar rakannya ke lokasi kejadian sebaik sahaja dimaklumkan mengenai kemalangan itu oleh suami kepada rakan isterinya itu.
Dia yang merupakan tenaga pengajar di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pekan, turut mengikut kenderaan yang membawa jenazah ke Hospital Pekan sebelum pulang ke rumah, untuk memberitahu berita sedih itu kepada empat anak mereka yang berusia antara lima hingga 14 tahun.
“Saya mengambil masa agak lama di rumah untuk menenangkan anak-anak, sebelum kembali ke hospital bagi menguruskan jenazah. Saya tidak menyangka pagi tadi adalah kali terakhir isteri bersalam dan mencium tangan saya, yang menjadi rutin arwah sebelum keluar bekerja,” katanya.
Asmawi berkata, jenazah isterinya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Jambu di sini, selepas keluarga isterinya dari Palong, Negeri Sembilan memberi kebenaran bagi memudahkan mereka untuk menziarah.-HM
Al-Fatihah..Kenderaan KKM Kemalangan, Jururawat & Pemandu Maut

The post WhatsApp Tak Berbalas, Rupa-Rupanya Suami Maut Kemalangan appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/12/07/whatsapp-tak-berbalas-rupa-rupanya-suami-maut-kemalangan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Luisa Chong Rupanya Sudah Peiuk Lsiam Kini Jaga Suami Sakit Strok

Luisa Chong Rupanya Sudah Peiuk Lsiam Kini Jaga Suami Sakit Strok

papar berkaitan - pada 14/12/2020 - jumlah : 348 hits
Allah boleh memilih siapa sahaja untuk menerima hidayahNya Amatlah beruntung jika kita dipilih dan salah seorang yang menerima hidayah dari Allah adalah pelakon dan pelawak Lousia atau nama Islamnya Lousia Alissa Chong Abdullah Selebriti be...
Penyerang Jdt Syafiq Ahmad Kemalangan Anak Maut

Penyerang Jdt Syafiq Ahmad Kemalangan Anak Maut

papar berkaitan - pada 6/12/2020 - jumlah : 521 hits
Oleh KHUZAIRI ISMAIL KEADAAN kenderaan pelbagai guna jenis Toyota Vellfire yang remuk teruk selepas terbabas dan merempuh pembahagi jalan di Lebuhraya Utara Selatan Sungai Bakap Pulau Pinang awal pagi tadi yang menyebabkan tiga maut manakal...
Patutlah Pantang Larang Pesakit Buah Pinggang Penting Rupa Rupanya

Patutlah Pantang Larang Pesakit Buah Pinggang Penting Rupa Rupanya

papar berkaitan - pada 2/12/2020 - jumlah : 904 hits
Ini pantang larang untuk pesakit buah pinggang amalkan setiap hari Ikut tips untuk diet seimbang Beberapa tahun lepas ada saudara terdekat Maznee mengalami sakit Memang susah sebab kena cuci buah pinggang 2 3 kali setiap minggu Tambahan lag...
Dua Kakitangan Pejabat Kesihatan Maut Dan Seorang Lagi Kritikal Kemalangan Di Pekan

Dua Kakitangan Pejabat Kesihatan Maut Dan Seorang Lagi Kritikal Kemalangan Di Pekan

papar berkaitan - pada 7/12/2020 - jumlah : 338 hits
PEKAN Satu kemalangan maut melibatkan sebuah kenderaan jenis Toyota Hilux milik Kementerian Kesihatan Malaysia dari Pejabat Kesihatan Pekan dengan sebuah lori tangki berlaku di kilometer 32 Jalan Pekan Nenasi berhampira Kampung Tanjung Batu...
Pemandu Lori Maut Kemalangan Di Lebuh Raya Persekutuan

Pemandu Lori Maut Kemalangan Di Lebuh Raya Persekutuan

papar berkaitan - pada 8/12/2020 - jumlah : 450 hits
Oleh Seorang pemandu lori maut manakala isterinya cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 30 7 Lebuh Raya Persekutuan menghala ke Shah Alam PETALING JAYA Seorang pemandu lori maut manakala isterinya cedera dalam kema...
Disangka Maut Rupanya Tidur Mati

Disangka Maut Rupanya Tidur Mati

papar berkaitan - pada 30/11/2020 - jumlah : 329 hits
Omar AhmadJohor Bahru Disebabkan tidak membuka pintu rumah hampir sejam selepas diketuk seorang pemuda disangka sudah meninggal dunia oleh ahli keluarganya Kejadian berlaku di Pangsapuri Kenari Bandar Baru Kangkar Pulai di sini semalam yang...
Ingatkan Orang Tak Betul Dengan Penuh Lumpur Satu Badan Rupa Rupanya

Ingatkan Orang Tak Betul Dengan Penuh Lumpur Satu Badan Rupa Rupanya

papar berkaitan - pada 12/12/2020 - jumlah : 439 hits
Seorang pengguna Facebook dikenali sebagai berkongsi satu detik yang mengejutkan apabila didatangi dengan seorang mangsa kemalangan Kemalangan tersebut yang menimpa lelaki itu berlaku di bulatan Airport Subang Ingatkan orang tak betul Foto ...
Video Believe It Or Not Misteri Bunyi Ketukan Pintu Jadi Lagi Rupa Rupanya Keje Dia Ni

Video Believe It Or Not Misteri Bunyi Ketukan Pintu Jadi Lagi Rupa Rupanya Keje Dia Ni

papar berkaitan - pada 27/11/2020 - jumlah : 536 hits
Sejak beberapa hari lalu Malaysia sekali lagi telah digemparkan dengan misteri ketukan ketukan pintu di sekitar kawasan perumahan Jika sebelum ini ia berlaku di sekitar negeri Perak pada tahun lalu kini peristiwa yang sama juga berlaku dima...
Ini Barulah Dianggap Seorang Ibu Tak Pernah Meminta Wang Selalu Mencari Kesalahan Menantu Prince Syed

Spotify Digoncang Serangan Terbesar 86 Juta Lagu Dicuri Dunia Muzik Bergegar

Polis Tahan 85 Individu Dalam Serbuan Ops Dadu Mega Seluruh Negara

Cara Mohon Dulang Emas Di Negeri Kelantan Panduan Lengkap Terkini

Target Simpanan 2026 Cara Tetapkan Matlamat Ikut Gaji

Raikan 68 Tahun Legasi Warisan Dan Kecemerlangan Yu Ting Bersama Chef Martin Yan

When Anwar Hailed Court Sending Najib To Jail As Victory For Rakyat

A Visual Timeline Of Moab S Landscape From Dawn To Dusk


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Vespa Anti Tank Inovasi Ketenteraan Paling Pelik Abad Ke 20

Di Sebalik Kejayaan Dunia Kos Kuda Latihan Jadi Cabaran Terbesar Atlet Negara Aatvmedia 23 12 2025

Kedai Buku 24 Jam The Library Bookxcess Sunway

Surat Dari Syurga

Exco Pemuda Umno Malaysia Md Jamil Pauzi Tegaskan Titah Tuanku Bukanlah Bahan Politik Untuk Di Permainkan

Perjuanganku Belum Berakhir Kuat Kerana Tiada Pilihan