Whatsapp Group
WHATSAPP GROUP . بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . Assalammualaikum wbt. Seiring waktu semuanya menerima hakikat bahawa teknologi itu sangat-sangat cepat berkembang. Tiada istilah terlewat untuk kaum ibu, kaum ayah, datuk, nenek untuk ambil tahu dan mempraktikkan teknologi ini. Mahu atau tidak sahaja. Semuanya boleh dipelajari. Justeru masih ada ibu bapa muda moden yang lebih memilih mendidik anak-anak mereka tanpa gadjet dan teknologi.Satu masa akan tiba anak-anak ini dengan mudah dan cepat mampu menguasai juga nanti sendirinya.
Banyak kemudahan berkomunikasi di alam maya.Pesanan suara. Pesanan berbentuk teks dan lainnya, hanya perlu pilih mana yang menjadi kenyataan Dan memudahkan perhubungan dan menghubungi ketika jarak jauh.
PC sangat tertarik dengan WHATSAPP GROUP. Kumpulan kendarat di kampung-kampung pun sudah ada whatsapp group. Kelompok penduduk taman perumahan dan kampung,antara ibu bapa murid dan guru,majikan dengan pekerja.Whatsapp group keluarga juga ada.Bukan satu yang pelik. Dan jangan diejek atau dipinggirkan pada sesiapa yang tidak ada atau tidak berkehendak memiliki serta terlibat dengan kemudahan yang satu ini, whatsapp group.Hormati pilihan dan kemampuan orang.
Baikkah atau burukkah. Bermanfaat atau sebaliknya ada whatsapp group dalam aktiviti seharian. Setiap yang kita anggap baik pasti ada kelemahannya dan sebaliknya.
Pada pandangan PC, baik dan manfaatnya ada.Memudahkan menyebabkan maklumat baik itu maklumat umum,kekeluargaan,kematian,hal dan urusan penting dan sebagainya. Semua akan menerima pesanan yang sama serentak.Tiada perbezaannya fakta atau dusta.Apa yang membezakan adalah waktu menerima maklumat sahaja berbeza-beza.
Manakala sisi kurang manisnya bila mana ada yang maklumat atau undangan dan sebagainya cuma difokuskan pada individu tertentu. Cara yang paling halus dan sopan adalah bila ketika cuma mahu berurusan dengan orang itu, hubungi atau sampaikanlah secara peribadi.Andai suka jangan tunjuk fokus sangat.Kalau benci jangan disisih keterlaluan kerana semuanya boleh sahaja bertukar tempatnya.
Cuma WHATSAPP GROUP.Namun andai diperhalusi banyak hal boleh dipelajari. Pelbagai ragam manusia boleh diperhati.
SekianTinta PC ❤WhatsApp Group
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.perducinta.com/2021/07/whatsapp-group.html