What S In My Magic Box
Salam semua.
Hari ini aku dok baca-baca berkenaan Covid-19 terjumpa tentang kenyataan media berkenaan dengan pengagihan Pakej Penjagaan Covid-19 (PPC) kepada keluarga B40. Siapa yang ada terima? Dalam pakej ini terdapat empat kit ujian kendiri, empat keping mask, pulse oximeter, termometer dan risalah panduan pengguna dan info kesihatan. Rasanya jumlah keseluruhan pakej ni mungkin dalam RM100 - RM150. Bestnya pada yang terima. Sekurang-kurangnya dapat ringankan beban mereka. Ye lah, kalau nak beli sendiri oximeter dan termometer tu pun banyak juga nak keluarkan duitnya.
Baca tentang Pakej Penjagaan Covid-19 di SINI
Dengan keadaan Malaysia yang dah beralih ke fasa endemik bermula April ini, lagi lah kita nak kena ambil berat tentang kesihatan diri. Setiap rumah perlu ada peralatan penjagaan Covid ni.
Bukan saja untuk covid, aku rasa peralatan kesihatan yang lain pun kena ada juga. Jom aku tunjuk apa yang ada dalam magic box aka medicine cabinet aku. Aku suka giler box ni sebab boleh simpan semua dalam satu tempat. Nak bawa travel pun boleh. Perasan tak, kita orang perempuan ni, bila dah jadi mak automatik akan jadi personal doktor kepada anak-anak dan suami. So...
What's in my Magic Box???
1. Covid-19 Antigent Rapid Test Kit ni kena ada spare kat rumah. Sekarang kalau demam dan batuk buat covid-19 dulu. Tapi jangan buat hari pertama demam. Mesti dapat negatif. Kalau hari kedua atau ketiga demam baru line tu nak nampak (kalau positif lah). Kalau negatif juga Alhamdulillah
2. TermometerAku ada dua termometer ni. Satu yang basal termometer (Brand: Omron) dan satu lagi yang cucuk telinga tu. Sebenarnya dia boleh je cek kat dahi. Tapi cover tu hilang pulak. Hahaha....perangai lepas guna letak merata. Dua-dua ni aku beli masa lahir Alisha dulu. 12 tahun dah. Alhamdulillah ok lagi. Kena rajin tukar bateri saja
3. Pulse OximeterOximeter ni beli sejak zaman covid. Brand: Oxitech di Guardian. RM 99 lepas diskaun
4. GlucometerGlucometer ni untuk baca paras gula dalam darah. Brand: Accu-chek. Alang-alang dah beli untuk mak di kampung, aku beli lah sekali. Selalu guna masa pregnant dulu. Lepas tu ada lah dua tiga bulan sekali aku akan cek gula. Umur dah masuk 4-series ni nak kena jaga lah semuanya
5. Blood Pressure MonitorYang ni untuk tengok tekanan darah. Brand: Omron. Aku beli sebab nak monitor tekanan darah aku. Disebabkan aku ada hyperthyroidsm. Tekanan darah aku tinggi sikit. So, kena monitor lah. Pasal hyperthyroidism ni aku cerita kemudian.
6. Hand Sanitizer SprayStok yang belum buka aku simpan dalam ni. Karang anak-anak aku buat kenduri pula kalau tengok ada kat luar tu. Habis semua benda depa nak sanitize
7. Nasal SprayNasal spray pun stand by kot-kot ada yang ketat hidung tersumbat
8. StrepsilsKalau demam pakej dengan selsema, batuk dan sakit tekak, paling best kalau kemam strepsils ni. sangat memberi kelegaan
9. Plaster lukaWajib ada dan mesti gambar kartun-kartun. BUkan setakat luka. Gatal kena gigit nyamuk pun deme pakai plaster
10. Minyak Gamat dan VicksKalau luka sapu minyak gamat cepat je baik nya. Vicks tu tak guna-guna dalam bekas ni. Hahaha...biar saja lah kat itu
Box cantik tu aku beli di Shopee saja. Korang bole seach Household Medicine Box Multi-layer Drawer. Aku beli dalam RM42 macam tu
Untuk ubat-ubat yang aku dapat dari klinik dan farmasi, memang simpan dekat luar je. Senang nak capai bila diperlukan. Hahahaha... ok itu saja untuk perkongsian kali ini.
Agak-agak apa lagi yang perlu ada dalam magic box aku ni. Komen tau. Mana tau, aku pun perlukan juga
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://cikilamenari.blogspot.com/2022/03/whats-in-my-magic-box.html