What Did I Bought With Rm600 Lazada Voucher
korang ingat lagi tak yang aku pernah menang voucher lazada masa giveaway bulan november tahun lepas?? aku menang voucher rm600 dalam kategori kreatif. kalau rajin sila la korek balik post2 bulan november. aku malas nak letak link. hahahhahaha
assalamualaikum dan salam sejahtera~
aku tahu, ramai yang ingin tahu apa yang aku beli guna voucher lazada rm600 tuuu, tak kisah la ramai ke tak tapi atleast hasil blogging ke blog jugak la tujunya. hhahahahhaha
alhamdulillah, rezeki.
setelah berfikir dengan lama sekali. aku plan nak beli kamera, tapi malas nak simpan duit. so aku beli tab je la. walaupun tab tak ada dalam wishlist aku, tapi aku lama dah nak ada tab sebab senang nak baca dan screen besar boleh main game puas2. hahahhahhaha
Xiaomi Mi Pad 4 32GB (global version sebab belum ada official release di malaysia)harga rm678. so aku tambah rm78. (sekarang dah mahal sikit harga dia kat lazada)
beberapa minit lepas sampai, terus bukak parcel. hahahhaha excited gilerrr. macam biasa, asal gadget aku suka warna putih.
sebelum beli aku memang carik tablet yang harga berpatutan dan yang penting spec mesti kebaboom. so cari lepas cari, terjumpa kat lazada. kira dalam budget jugak kannnn. lepas beberapa minggu buat research, tengok review kat youtube. banyak kata berbaloi, so aku pilih yang nie!!
Spec :8.0" Display (tak terlalu besar/berat, sedang2 je)Qualcomm SDM660 Snapdragon 660Octa-core (4x2.2 GHz Kryo 260 & 4x1.8 GHz Kryo 260)32 GB ROM + 3 GB RAM (Wi-Fi Version)13MP Rear Camera + 5MP Front CameraAndroid 8.1 (Oreo)Non-removable Li-Po 6000 mAh battery
macam tak percaya spec dia macam nie tau, harga lagi murah daripada kebanyakkan handphone sekarang. downsidenya cuma, no simcard slot and gps. tapi semuanya okay. aku takperlukan semuanya itu
so far so good, aku banyak install game jugak la. setakat nie takda lag lagi. mostly guna bila aku bosan nak baca manga. sebab utama nak beli nie sebenarnya sebab nak baca manga dan reddit puas2. lol. yeahh, tercapai wishlist nak ada tab. puas hati jugak dengan barang lazada kali nie. delivery cepat je, walaupun nervous gila beli gadget kat lazada. before beli, memang kena rajin tengok feedback dari customer2 sebelum nie
recommend? sangat! mostly untuk yang suka main game dan membaca, sebab battery tahan. kalau nak saiz 10 inch ada je Xiaomi Mi Pad 4 Plus, nak yang ada simcard, ada jeeeee. kena buat banyak research. tetiba jadi fan gadget jenama Xiaomi, harga murah dengan spec canggih2. hahahhaha
alhamdulillah
korang yang dapat lazada voucher haritu beli apa pulak
sekian, ilal liqasee ya when i seeeee ya
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.budakvanilla.com/2019/04/what-did-i-bought-with-rm600-lazada.html