Weng Valley Jadi Penempatan Pertama Di Malaysia Berkonsepkan Ekotourism


 
Baru-baru ini AlongMurni (AM) telah mengikuti ‘NATURE-BASED TRAVELERS FAM TRIP’ selama 5 hari 4 malam bersama dengan para penulis blog dan pempengaruh lain dalam mempromosikan pariwisata menarik di daerah Baling, Kedah.

Dalam program ini AM berpeluang merasai pengalaman pemetaan Perjalanan Eko-Pelancongan di Baling, Kedah (Nature-Based Travellers to Malaysia - NBT2MY) dan mewar-warkan secara meluas kepada orang ramai di dalam dan juga antarabangsa tentang keunikan dan keindahan Baling.

WENG VALLEY JADI PENEMPATAN PERTAMA DI MALAYSIA BERKONSEPKAN EKOTOURISM SATU KUNJUNGAN SERIBU KENANGAN KEUNIKAN FELCRA WENG Seharian AM berada di Weng Valley, komuniti kawasan perkampungan yang dinaiktaraf oleh FELCRA dibawah penyeliaan Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah pastinya memberi impak besar kepada sosialekonomi penduduk Kampung Weng.

FELCRA telah dipertanggungjawab untuk memajukan kawasan luar bandar dengan membuka peluang kepada masyarakat luar bandar menyertai aktiviti ekonomi bagi menjana pendapatan.

Kiri: Cik Nor Nadirah Bt Mohd Musa (Penolong Eksekutif Kanan Pembangunan Peserta)
Kanan: En Mohd Amir bin Hanip (Ketua Unit Pembangunan Peserta FELCRA Berhad Wilayah Utara)
AM dimaklumkan oleh En Mohd Amir Bin Hanip yang merupakan Ketua Unit Pembangunan Peserta FELCRA Berhad Wilayah Utara, “Terdapat 44 keluarga terdapat di Kampung Weng. Weng Valley merupakan penempatan pertama di Malaysia berkonsepkan EkoTourism dalam membantu warga komuniti penduduk setempat. Objektif utama FELCRA adalah untuk mengetengahkan hasil ladang di samping menjana ekonomi warga melalui koperasi”.

Secara peribadi, AM merasakan Kampung Weng sewajarnya menjadi kampung contoh. Hal ini kerana ketika lawatan AM dan team, boleh dilihat betapa bersih, kemas dan tersusun pola penempatan penduduk. 
Malahan ada di antara kawasan persekitaran yang dihiasi dengan bahan-bahan kitar semula menjadikan dekorasi kawasan laman rumah begitu mengagumkan.

Weng Valley telah mula beroperasi dan dibuka kepada pengunjung bermula May 2023. Antara tarikan dan aktiviti yang menarik Weng Valley adalah:  

PUSAT REKREASI WENG VALLEY Pusat Rekreasi ini semestinya menjadi tumpuan bagi seisi keluarga untuk meluangkan masa bersama di samping melakukan aktiviti menarik yang terdapat di Weng Valley. Terdapat kolam mandi untuk dewasa dan kanak-kanak.

Malahan fasiliti lengkap tersedia seperti tandas, surau, gerai-gerai makanan dan cenderamata turut boleh didapati di Weng Valley.

Bayaran dikenakan mandi di Pusat Rekreasi Weng Valley


Kanak-kanak      : RM 3Dewasa               : RM 5  



LEBAH KELULUT WENG VALLEY AM sangat teruja apabila berpeluang melawat Ladang Lebah Kelulut Weng Valley. Uniknya Madu kelulut adalah memiliki satu-satunya bahan yang tidak terdapat pada madu lain iaitu gula 'trehalulose'. Madu kelulut asli mengandungi tiga komponen utama iaitu antioksidan, antibakteria dan trehalulose. Trehalulose adalah gula semula jadi yang mempunyai bacaan indeks glisemik (GI) rendah.

Meskipun tahap kemanisannya lebih tinggi daripada gula biasa, ia (trehalulose) boleh digunakan sebagai pemanis dan mengurangkan risiko penyakit kencing manis, jika dimakan pada jumlah sepatutnya. 
Selain itu, madu kelulut asli mempunyai tahap antioksidan tinggi yang boleh melindungi pengamal makanan tambahan ini daripada penyakit kronik.

Keistimewaan lain madu kelulut adalah boleh mengurangkan risiko kerosakan DNA dan radikal bebas. Madu kelulut turut bersifat antibakteria yang membantu melawan jangkitan kuman patogenik.

AM juga berpeluang merasai sendiri madu kelulut terus melalui sarang lebah kelulut. Rasanya memang enak dan padu.

LADANG TIMUN Pokok timun adalah herba semusim yang tumbuh menjalar dan memanjat serta mempunyai sulur paut yang kuat dan tidak bercabang. Ia adalah jenis monoecious yang berbunga dua jantina. Timun mempunyai pelbagai fungsi dan khasiat untuk Kesihatan.

Timun dimakan sebagai ubat melawaskan buang air kecil, menyejukkan badan, merawat batu karang dalam hempedu dan sakit kerongkong, membaiki tekanan dan perjalanan darah. Ia boleh mengubati masalah kulit seperti terbakar atau melecur dan untuk melicinkan kulit dan awet muda.

AM kagum dengan anak muda kelahiran Weng Valley ini dalam usaha gigih menanam timun yang juga dieksport ke kawasan sekitar dan kawasan luar Baling.

Anak muda berwawasan ini menggunakan sistem para sebagai teknik tanaman kerana tanaman ini melilit batang dan kayu pancang. Jarak tanaman timun antara 50 dan 60 cm antara pokok dan 60 cm antara barisan.

AKTIVITI MENARIK DI WENG VALLEY MENUNGGANG ATV Satu pengalaman yang indah dapat menunggang ATV di kawasan sekitar Kampung Weng. Malahan kalau nak lebih mencabar, boleh mencuba Pakej Extreme. Pengunjung berpeluang menerokai laluan trek yang mencabar di dalam kawasan ladang sawit.

Bayaran dikenakan menunggang ATV


Normal                 : RM 15 Extreme               : RM 20



MENAIKI KERETAPI MINI Pertama kali menaiki keretapi mini membuatkan AM rasa teruja. AM dibawa berkeliling kampung dengan keretapi mini ini. Mana tidaknya, perasaan bila menaiki keretapi mini memang macam kanak-kanak tua yang riang ria melawat kampung.

Bayaran dikenakan menaiki keretapi mini


RM 5 seorang

BERKAYAK Sememangnya aktiviti berkayak adalah aktiviti rekreasi di air yang bukan sahaja baik untuk kesihatan, malah memberi ketenangan apabila dapat mendekatkan diri dengan alam semula jadi.

Namun sebelum berkayak, wajib memakai Life Jacket sebagai salah satu langkah keselamatan untuk melakukan aktiviti sukan air.

Bayaran dikenakan


Single                    : RM 5Double                  : RM 10



MELAWAT RUMAH PERTAMA FELCRA WENG AM dan team tidak melepaskan peluang untuk bergambar di Rumah Warisan dan merupakan Rumah Pertama FELCRA Weng yang masih utuh dan terpelihara dengan dekorasi tradisional rumah lama. Cuma

AM dimaklumkan tangga kayu Rumah Pertama ini telah mereput dan telah digantikan dengan Tangga Batu bagi menjamin keselamatan pengunjung yang ingin datang melawat ke Rumah Pertama FELCRA Weng ini.

RASAI SAJIAN MAKANAN TRADISI FELCRA WENG Sepanjang berada di Weng Valley, AM berpeluang merasai sendiri masakan tradisional yang popular di Kampung Weng. Antaranya adalah:

SEMELITSemelit adalah antara makanan yang dianggap identiti penduduk di daerah Baling, Kedah. Daun semelit adalah antara bahan asas dalam pembuatan semelit di samping bahan lain iaitu beras, gula, garam, kelapa parut dan santan.

Proses pembuatan semelit ini mudah saja iaitu tulang daun semelit perlu dibuang terlebih dulu sebelum daun dikisar halus bersama beras yang telah direndam selama dua jam. 
Bahan kisar itu kemudian digaul bersama gula, garam, kelapa parut dan santan sebelum dimasukkan ke dalam daun semelit seterusnya dikukus selama 15 hingga 30 minit dengan api sederhana.

Rasa Semelit ini memang unik dan sedap. Semelit merupakan 'signature' daerah Baling. Jadi kalau nak rasa Semelit kena datang ke Weng valley.

CUCUR JAWA AM sendiri pernah rasa cucur jawa ini terutama dijual di pasar pagi. Memang cukup enak dijadikan sarapan pagi mahupun minum petang. Rasanya rangup di bahagian tepi namun lembut di dalam.

PEKNGA
Pek Nga atau Lempeng Kelapa dimakan bersama dengan kari ikan kembung atau pulut kelapa ikan kering. Bahan asas sajian ini adalah tepung gandum, kelapa parut, gula pasir, mentega, garam dan air secukupnya.


Peknga ini merupakan satu hidangan klasik yang biasanya dinikmati oleh orang-orang kampung. Kalau balik ke kampung AM, mesti mak AM akan buatkan Peknga cicah dengan kari ikan atau kari daging.

BINGKA SAWIT Pertama kali AM cuba merasai bingka sawit. Rasanya yang lemak manis dan baunya yang sedap apatah lagi dinikmati ketika panas-panas, memang cukup membuka selera. Bahagian yang AM suka semestinya, kerak-kerak yang garing di sekeliling bingka sawit ini.

ROTI PURIRoti Puri bukan sahaja memiliki hidangan pembuka selera yang enak, namun unik rasanya tak seperti roti canai atau roti lain yang dilempeng dan digorengkan. Tekstur roti ini lebih lembut, nipis dan garing.


Kemudian cicah pula bersama sambal sardin, memang layan makan waktu sarapan pagi ataupun minum petang.

LAUK PAUK MASAKAN KAMPUNG AM sangat sukakan masakan kampung yang padat dengan rasa dan enak dimakan. Paling menarik bila AM berpeluang merasai gulai kawah batang pisang yang sangat dikenali di kalangan masyarakat yang menetap di Sik atau Baling, Kedah.
KATA ALONGMURNI Tahniah AM ucapkan buat warga FELCRA yang berjaya memajukan dan menaiktarafkan Kampung Weng sebagai Weng Valley. Sememangnya Weng Valley akan menjadi tarikan EkoTourism untuk menarik pengunjung luar datang untuk beriadah bersama keluarga dan menjana pendapatan untuk warga penduduk kampung Weng. Pelbagai aktiviti yang menarik telah siap siaga tersedia dengan fasiliti yang cukup lengkap.

Lokasi : Felcra Weng, Baling, Kedah

Waktu Operasi : 10.00 Pagi - 7.00 Malam

Hubungi : 019-470 2949
Facebook : https://www.facebook.com/wengvalley 

Facebook : https://www.facebook.com/profile.php?id=100088522760517

TikTok : https://www.tiktok.com/@wengvalley


NATURE-BASED TRAVELERS FAM TRIP telah diadakan pada 13 Januari 2024 – 17 Januari 2024. FAM TRIP ini merupakan anjuran QTT Group PLT bersama dengan rakan bersekutu Global Travel Sdn Bhd (KOLA) dan dibantu Team KembaRojak.

Sekalung penghargaan buat Pejabat Tanah Daerah Baling, Majlis Daerah Baling, APM Baling, Malim Gunung, FELCRA Berhad dan Team Gua Sireh.

#WengValley #FelcraWeng #JomMaiKedah #KembaRojak #KedahWhereItAllBegan #EscapeToBeautifulNature #QttGroupTravel #NatureBasedTravelers #KolaGlobalTravel


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.alongmurni.com/2024/01/weng-valley-jadi-penempatan-pertama-di-malaysia-berkonsepkan-ekotourism.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gadis Malaysia Pertama Sertai Program Survival Korea Alyssa Dedah Pernah Lulus Uji Bakat Yg Entertainment

Gadis Malaysia Pertama Sertai Program Survival Korea Alyssa Dedah Pernah Lulus Uji Bakat Yg Entertainment

papar berkaitan - pada 2/2/2024 - jumlah : 135 hits
Merupakan seorang yang berbakat dalam tarian dan nyanyian Alyssa mendedahkan bahawa dia telah menyertai uji bakat di pelbagai agensi hiburan Korea Selatan ARTIKEL BERKAITAN Bagi yang belum tahu Alyssa merupakan gadis pertama dari Malaysia y...
Weng Valley Destinasi Pelancongan Penuh Tarikan Menarik Di Baling Kedah

Weng Valley Destinasi Pelancongan Penuh Tarikan Menarik Di Baling Kedah

papar berkaitan - pada 26/1/2024 - jumlah : 117 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraBaru baru ini aku dan rakan rakan blogger influencer berkesempatan melawat Weng Valley yang terletak di Baling Kedah Pelbagai aktiviti telah dijalankan bermula seawal jam 9 00 pagi sehinggalah ke sebelah p...
Expedite Resettlement Of Refugees Malaysia Urges Unhcr

Expedite Resettlement Of Refugees Malaysia Urges Unhcr

papar berkaitan - pada 26/1/2024 - jumlah : 107 hits
A foreign ministry official said Malaysia continues to manage the influx of refugees and asylum seekers despite various constraints PETALING JAYA Malaysia has urged the United Nations High Commissioner for Refugees to expedite the resettlem...
Malaysia Seri 3 Sama Dengan Korea Selatan Di Piala Asia 2023

Malaysia Seri 3 Sama Dengan Korea Selatan Di Piala Asia 2023

papar berkaitan - pada 26/1/2024 - jumlah : 163 hits
Tahniah Malaysia Akhirnya dapat juga bawa pulang 1 mata daripada Qatar setelah seri dengan pasukan 23 terbaik dunia Korea Selatan 3 sama Malaysia kini dalam ranking 132 terbaik dunia Malah gol Malaysia terhasil setelah 17 tahun Gol pertama ...
Malaysia Grab Late Equaliser To Deny S Korea Comeback Win

Malaysia Grab Late Equaliser To Deny S Korea Comeback Win

papar berkaitan - pada 26/1/2024 - jumlah : 99 hits
Faisal Halim celebrating in front of South Korea s star man Son Heung min after scoring Malaysia s first goal PETALING JAYA A late equaliser from Romel Morales helped Harimau Malaya grab a 3 3 draw against the Asian Cup favourites South Kor...
Malaysia Uae Ink Mou On Enhancing Data Centre Investments

Malaysia Uae Ink Mou On Enhancing Data Centre Investments

papar berkaitan - pada 26/1/2024 - jumlah : 147 hits
The Investment Trade and Industry Ministry of Malaysia and the Ministry of Investment of the United Arab Emirates have strengthened their commitment to advancing investment cooperation in the digital infrastructure sector MITI said both par...
Commentary Malaysia S Dubai Move Was Doomed To Fail It Misunderstood Sarawak S Gps Coalition

Commentary Malaysia S Dubai Move Was Doomed To Fail It Misunderstood Sarawak S Gps Coalition

papar berkaitan - pada 26/1/2024 - jumlah : 121 hits
Those plotting to topple Prime Minister Anwar Ibrahim s government sought to entice Gabungan Parti Sarawak to switch sides They misunderstand what the coalition stands for says this ISEAS Yusof Ishak Institute researcher It is safe to say t...
Towards More Comprehensive Pension Reform

Reaching Out

Polis Jerman Sita Bugatti Rare Dalam Siasatan Berkait 1mdb

Makanan Perlis Paling Popular

Tafsir Mimpi Gajah

Kerana Wanita Melintas Penunggang Motosikal Berkuasa Tinggi Maut

How Much Longer For Mou On Allocations For Opposition Mps Says Syed Saddiq

Ask Your Idol About Ops Lalang Don T Be A Hypocrite Fahmi To Saddiq



Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi


Drama Dia Pria Terhebat

Jambu Batu Kandungan Nutrisi Dan Manfaatnya Untuk Kesihatan

Heidi Moru Aku Ada Chord

Oliva Helmin Feat Kelvin Tunggu Tunggu Chord

Ada 3 Dituduh Bid Ah Padahal Tidak Bid Ah By Dr Hm Rakib S H M Ag

Gejala Cerebral Palsy Pada Kanak Kanak Berumur 5 Tahun Dan Cara Diagnosis Awal