Welcome Sweet July Tahun Ke 8 Sebagai Blogger Part Time


As Salam,Welcome Sweet July : Tahun ke-8 Sebagai Blogger Part Time-Asalnya tak tahu nak story apa bila masuk bulan baru,  Julai kali ini. Tiba-tiba bila saya buka blog, terlintas dalam fikiran yang pada bulan inilah secara rasminya dan secara tepatnya saya bergelar Blogger dan mempunyai blog sendiri.Nostalgia betul kann.

Happy Anniversary Blog Cik Matahariku:)
Syukur
Alhamdulillah.Allah kurniakan kesihatan tubuh badan, Allah pinjamkan ilham dan kesempatan masa untuk saya luangkan menulis blog bagi mengisi masa lapang saya.Sebenarnya, kalau ikutkan macam takde masa lapang sangat, tapi bila kita suka dan minat dengan sesuatu, tanpa sedar, kita akan sentiasa ada masa untuk hal-hal yang kita sukai.Betul kan?

Sehingga kini, hampir 6 tahun saya berblog dengan menggunakan laptop Acer Ultrabook pemberian Encik Suami tersayang:) Keinginan saya untuk memiliki laptop dari jenis yang nipis dan ringan supaya mudah saya bawa ke mana-mana.Meskipun, banyak kemudahan berblog melalui telefon bimbit, saya tetap lebih selesa dengan menaip entri dengan laptop kesayangan ini

Orait, pengalaman pada tahun ke-8 sebagai Blogger, bukanlah gah atau hebat sangat pun.But, as my hobby dan kini ia juga antara salah satu pasif income saya, maka saya anggap dengan mempunyai blog sendiri merupakan salah satu pencapaian terbaik saya dalam hidup ini

Yup, meskipun melambak je dan ramai blogger baru yang mula membina blog sendiri, saya anggap itu semua sebagai petanda baik bahawa ramai ahli media sosial yang mula menyedari bahawa dengan berblog juga, mesej atau apa sahaja info yang kita ingin kongsikan, tetap mendapat perhatian netizen.
Menariknya, usia blog ini sebenarnya sama dengan usia kelahiran anak lelaki sulung, yang kami panggil Abang.Masih saya ingat, post pertama saya terbit pada tengahari Jumaat, pada 22 Julai 2011, dan pada petang harinya sekitar jam 7 petang, saya selamat melahirkan baby comel yang kami berikan nama Nur Muhammad Amsyar Iman:)

Saya kongsikan di sini kisahnya : Allah Selamatkan Kamu, Amsyar Iman

Pic ini diambil oleh seorang rakan sekelas semasa zaman belajar KPLI. Masa inilah saya mula mengenali dunia Blog dan menjadi Blogger secara Part time

Seronokkah Menjadi Seorang Blogger ?Saya mula belajar membuat blog sendiri ketika melanjutkan pelajaran dalam KPLI, di IPSAH sekitar tahun 2010.Masa tu, banyak masa lapang, selepas solat maghrib, saya akan kebosanan tak tahu nak buat apa.Ketika sambung belajar ni, suami dan anak-anak berada di KL, saya pula tercampak jauh hingga ke Kedah.sob.sob.

Jadi, masa itulah saya mula explore dan mula mengenali Blog.Saya bermula dengan wordpress, tapi kemudiannya saya dapati buat blog dengan Blogspot lagi mudah. Saya hanya menggunakan telefon bimbit ketika explore dan mula buat blog sendiri

Perkara pertama yang saya sukai sejak mula berblog sehingga sekarang ialah saya bebas menulis dalam blog, tanpa berfikir dan mengambil pusing sama ada akan ada orang LIKE atau komen post saya:)- Perasaan menulis tanpa mengharap balasan inilah yang membuatkan saya lebih selesa berkongsi pengalaman atau apa sahaja info dalam blog berbanding sosial media yang lain.

Perkara kedua tentang menjadi Blogger yang saya anggap sebagai satu bonus ialah sambil menulis dan berkongsi pelbagai info, saya juga dapat menjana pendapatan sampingan atau pasif income dengan hanya berblog.Pada peringkata awal penglibatan saya dalam berblog, saya menggunakan medium iklan Nuffnang sebagai pasif income.Kemudian, selepas membaca melalui pengalaman Blogger lain dan pemerhatian saya, saya mula menyertai Affilliate Marketer dan seterusnya mencuba mohon Adsense untuk blog saya.

Kini, selepas 8 tahun sebagai Blogger Part Time, saya sangat bersyukur kerana Allah lorongkan saya sebagai Penulis kepada Blog saya sendiri.Blog bagi saya bagaikan satu ruang bagi saya melepaskan lelah selepas seharian menguruskan hal kerjaya dan komitmen sebagai isteri dan ibu dalam keluarga.

Menjadi Blogger adalah antara impian saya yang Allah permudahkan dan saya mendapatnya dalam perasaan yang sangat bahagia.Saya mahu jadi penulis, rupanya Allah aturkan saya menjadi penulis bukan untuk sebuah buku, tapi menulis di alam maya

Hal ketiga yang saya anggap sangat beruntung sebagai Blogger ialah apabila saya mendapat pelbagai respon daripada kalangan pembaca blog, ada yang menghantar wassap, email, dan juga menghantar komen dalam blog berkenaan post yang saya publish. Gembira apabila dengan post resepi, info dan panduan yang kita kongsikan dalam blog, ramai pembaca yang dapat manfaat dan dapat meningkatkan lagi nilai hidup mereka.

Itulah impian saya, menjadikan minat saya ini sebagai amal jariah kepada sesiapa sahaja yang memerlukan info berguna dalam urusan seharian mereka.

Semoga pada July tahun ini dan masa-masa seterusnya, saya diberikan motivasi yang kuat untuk terus menulis dan berkongsi hal-hal yang bermanfaat kepada semua pembaca yang saya hormati.Doakan juga saya sekeluarga sentiasa dalam limpahan rahmat Allah dan kasih sayangNya yang tidak bertepi.aamin.

Terima kasih jika anda adalah pembaca setia blog ini sejak lapan tahun yang lalu:)
Semoga Allah temukan kita di akhirat sana dalam limpahan syukur dan bahagia yang tidak bertepi.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://cikmatahariku.blogspot.com/2019/07/welcome-sweet-july-tahun-ke-8-sebagai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ucapan Ulang Tahun Pernikahan Yang Sweet

Ucapan Ulang Tahun Pernikahan Yang Sweet

papar berkaitan - pada 4/7/2019 - jumlah : 506 hits
Selamat ulang tahun pernikahan Ucapan ulang tahun perkahwinan yang menyentuh hati Kata ucapan ulang tahun islami untuk suami istri Ucapan selamat ulang tahun perkawinan Kata ucapan ulang tahun nikah Ucapan happy anniversary wedding Happy an...
Malaysian Book Blogger Part One

Malaysian Book Blogger Part One

papar berkaitan - pada 4/7/2019 - jumlah : 299 hits
Hello fellow bookworms bloggers and everyone who stop by on my blog There are many ways to share and spread love toward books Be it on Instagram Facebook Twitter and also Blog which is amazing and I am so happy to be part of the book commun...
Meneladani 5 Hal Dari Sosok Ruben Onsu Sebagai Ayah Di Mata Sarwendah Dan Kedua Putrinya So Sweet

Meneladani 5 Hal Dari Sosok Ruben Onsu Sebagai Ayah Di Mata Sarwendah Dan Kedua Putrinya So Sweet

papar berkaitan - pada 30/6/2019 - jumlah : 213 hits
Surat cinta Bunda Sarwendah kepada sosok ayah yang tangguh dan pekerja keras Ruben Onsu bikin terharu Begini nih ayah teladan Siapa yang berani ngatai Ruben lembek
Untung Pilih Lelaki 35 Tahun Ke Atas Sebagai Pasangan

Untung Pilih Lelaki 35 Tahun Ke Atas Sebagai Pasangan

papar berkaitan - pada 6/7/2019 - jumlah : 634 hits
Untung Pilih Lelaki 35 Tahun Ke Atas Sebagai Pasangan Ini 5 Sebabnya Lagu berusia lagi banyak santannya Mungkin ayat di atas tiu sudah biasa kita dengar bila berbicara tentang seorang lelaki matang yang masih belum berkahwin Tapi betul ke m...
Umur 18 Tahun Akan Didaftar Automatik Sebagai Pengundi

Umur 18 Tahun Akan Didaftar Automatik Sebagai Pengundi

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 317 hits
Umur 18 tahun akan didaftar automatik sebagai pengundiMajlis Presiden Pakatan Harapan hari ini bersetuju anak muda berumur 18 tahun berhak mengundi kata Pengerusi PH Dr Mahathir Mohamad Perdana Menteri memberitahu pemberita selepas mesyuara...
Bersih Don T Forget Pm S Question Time Was Part Of Harapan Manifesto

Bersih Don T Forget Pm S Question Time Was Part Of Harapan Manifesto

papar berkaitan - pada 26/6/2019 - jumlah : 389 hits
Electoral watchdog Bersih 2 0 has called for de facto Law Minister Liew Vui Keong to reconsider his position on the issue of Prime Minister s Question Time in Parliament Its steering committee said PMQT was one of Pakatan Harapan promises i...
Mengaku Sebagai Kapolda Kaltim Pemuda 27 Tahun Tipu Banyak Orang Lewat Medsos

Mengaku Sebagai Kapolda Kaltim Pemuda 27 Tahun Tipu Banyak Orang Lewat Medsos

papar berkaitan - pada 3/7/2019 - jumlah : 195 hits
Saya pakai nama Kapolda supaya orang percaya saja Pak pengakuan Indra saat ditemui di Mapolsek Sungai Pinang
Welcome July Please Be Different

Welcome July Please Be Different

papar berkaitan - pada 1/7/2019 - jumlah : 246 hits
Welcome July Please Be Different More happines come more different from past More healthy and more sustenance Begitulah hendaknya Moga Allah The post appeared first on
Ucapan Ulang Tahun Kelahiran Untuk Sahabat

Ucapan Ulang Tahun Kelahiran Untuk Sahabat

papar berkaitan - pada 23/6/2019 - jumlah : 346 hits
Ucapan hari jadi sahabat Nah boleh refer precious birthday wishes ni Kata kata ucapan hari lahir untuk sahabat anda Selamat hari pertambahan umur sahabatku tersayang Semoga persahabatan kita takkan berakhir hingga kita meniti usia tua bersa...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids