Wawasan Baru Dr Mahathir


 

Saham politik Dr Mahathir Mohamad melambung semula. Dia disantuni Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mempelawanya bekerjasama membentuk Perpaduan Ummah 2.0.
Sehubungan itu, Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang juga menyatakan hasrat untuk menemui mantan Perdana Menteri selama 22 tahun itu untuk maksud yang sama.
Bagaimanapun sebagai ahli politik yang tinggi tahap ilmu mantiknya, Dr Mahathir menyebarkan kisah pertemuannya dengan Muhyiddin itu seolah-olah ingin mencetuskan satu lagi gempita politik.
Dr Mahathir memberitahu dalam perjumpaan itu Muhyiddin memohon sokongannya untuk menjadi Perdana Menteri sekali lagi.
Namun ditanya pertolongan apa dan bagaimanakah yang diperlukan Muhyiddin sedangkan Pejuang tiada banyak kerusi parlimen, Tun Mahathir berkata:
“Saya pun tak tahu. Tapi dia minta saya sokong. Dia tahu Pejuang tak kuat. Kami kalah pilihanraya, tiada banyak duit, tapi dia minta kami sokong dia.
“Saya tak tahu nak kata apa. Saya tak jadi perdana Menteri kerana Muhyiddinlah. Dia tikam belakang. Tapi dia minta tolong orang yang dia tikam belakang tapi tak mati lagi.”
Bagaimanapun, pengerusi Pejuang itu berkata partinya belum membuat ketetapan mengenai perkara itu.
Apabila ditanya sama ada Pejuang sedia bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) Mahathir berkata, partinya tidak akan berkolaborasi dengan pihak yang memberi rasuah pada rakyat.
Politikus veteran itu pasti maklum bahawa kenyataannya akan mengundang reaksi daripada pelbagai pihak. Namun seperti lazimnya, dengan cara bersahaja beliau menjelaskan mengapa beliau tidak menyokong Muhyiddin menjadi perdana menteri sekali lagi.
Apabila ditanya sama ada beliau akan menyokong Muhyiddin, Mahathir berkata, Pejuang “tidak akan menyokong individu yang gagal sebagai PM sama seperti Najib (Razak)”.
Mahathir berkata, Muhyiddin bukanlah seorang perdana menteri yang baik. Jika beliau telah ada melakukan kebaikan untuk Malaysia, sudah pasti beliau akan menjadi perdana menteri lagi tanpa perlu sokongan pihaknya.
Seperti dijangka cara dan sudut pandang Mahathir menjelaskan pertemuan dengan beliau itu dipertikaikan oleh pihak Bersatu.
Ketua Pemuda Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, berkata pertemuan antara Muhyiddin dengan Mahathir itu bukanlah sesuatu yang luar biasa.
Katanya, Muhyiddin juga turut berbincang dengan pemimpin parti-parti pembangkang lain, sebelum dan selepas PRN Johor bulan lalu tanpa menamakan siapa mereka.
Wan Fayhsal berkata, pemimpin-pemimpin pembangkang berkenaan yang menghubungi Muhyiddin kerana menyedari kelebihan Perikatan Nasional (PN) di lapangan.
“Pertemuan antara Tan Sri (Muhyiddin) dan Tun (Mahathir) bukanlah peristiwa unik. Pernah ada perbincangan antara Tan Sri dengan pemimpin-pemimpin parti-parti pembangkang lain,” kata Timbalan Menteri Perpaduan Negara itu kepada portal FMT.
Sekaligus Wan Fayhsal cuba membela Muhyiddin dan menolak kenyataan Mahathir secara khusus bahawa presidennya mohon sokongan veteran politik itu untuk menjadi Perdana Menteri sekali lagi.
Wan Fayhsal mempertikaikan dakwaan Mahathir bahawa Muhyiddin seorang Perdana Menteri yang gagal.
Sebaliknya, kata Ketua Pemuda Bersatu itu Malaysia dapat memasuki fasa peralihan ke endemik Covid-19 hari ini kerana usaha Muhyiddin.
Muhyiddin katanya melindungi negara ini daripada masalah yang lagi rumit dengan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang “tepat dan tegas”, langkah negara yang mendapat pengiktirafan antarabangsa.
“Kecekalan Tan Sri terbukti apabila beliau tidak mencampuri urusan undang-undang membabitkan ‘kluster mahkamah’. Beliau menunaikan janjinya itu kepada rakyat, dan beliau tanggung akibatnya.”
‘Kluster mahkamah’ merujuk kepada beberapa pemimpin Umno terkemuka, termasuk Presiden Ahmad Zahid Hamidi dan Najib Razak, yang sedang atau sudah dibicarakan.
Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi Bersatu, Dr. Faiz Na’aman, mempersoalkan niat Mahathir mencemuh Muhyiddin sedangkan beliau sedang berusaha membentuk kerjasama dengan parti-parti lain.
Beliau memberitahu FMT isu pokoknya bukanlah siapa yang menghubungi siapa tetapi agenda bersama menghalang “kluster mahkamah” daripada kembali berkuasa pada PRU akan datang.
Persoalannya, kini PAS juga mahu menemui Dr Mahathir. Adakah Abdul Hadi Awang akan membawa agenda yang sama yang dikemukakan oleh Tan Sri Muhyiddin?
Apa pula cara atau hujah Dr Mahathir untuk menolak PAS dengan agenda perpaduan Melayu-Islamnya? Kebarangkalian ini tentu ada kerana PAS juga dilihat sebagai rakan kongsi yang kurang baik.
Bermula dengan idea mahu menghidupkan kerjasama dengan Umno dan kemudian parti-parti Melayu-Islam lain, PAS memayahkan diri dengan mencari alasan untuk menggugurkan Umno dari ikatan Muafakat Nasional.
Hadi mendakwa MN kurang berkesan kerana ada pihak yang ingin menggunakan MN demi kepentingan peribadi. Soalnya, apakah sebelum tercetusnya idea Gagasan Perpaduan Melayu, PAS tidak kenal siapakah dan bagaimanakah perjalanan politik Umno?
Sudah tentu Mahathir dapat membayangkan sejauh mana ketulenan hasrat PAS itu dan mencongak jika PAS berbuat demikian, tentu pertumbuhan Pejuang pimpinannya, Mukhriz akan terbantut.
Di peringkat ini, dengan mengkaburkan maklumat dan butir perbincangannya dengan Muhyiddin, Pejuang sudah menyentap tirai politik Malaysia sebagai sebuah parti besar!
Langkah Mahathir ini memperlihatkan beliau seolah-olah mahu mendorong Pejuang menjadi pusat pemikiran politik baru. Sebab itu beliau menafsirkan bagaimana Pejuang dapat memungut lebih 18,000 undi dalam PRN Johor lalu walhal keahliannya baru hanya 5,000 orang sahaja di negeri itu!
Beliau memberitahu mungkin tidak bertanding dalam PRU 15, sekarang belum masanya bagi beliau meninggalkan Pejuang seperti yang dilakukan oleh Lim Kit Siang dalam DAP.
Atau, mungkinkah Dr Mahathir sedang mencatur untuk menjadi mentor politik bagi angkatan politik perpaduan parti-parti Islam-Melayu mutlak?
Mungkinkah Dr Mahathir percaya di antara faktor kejayaan Pakatan Harapan menumbangkan kerajaan Umno-Barisan Nasional empat tahun lalu adalah kerana kehadiran beliau dalam Pakatan berkenaan?
Maka apakah mustahil kali ini Mahathir yakin atau diyakinkan beliau boleh mengulangi kejayaan itu jika dapat memimpin gelombang angkatan Melayu-Islam sebagai mentor kerajaan Malaysia pula? - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/04/wawasan-baru-dr-mahathir.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahathir Dan Muhyiddin Sedang Rangka Perjanjian Setan Baru

Mahathir Dan Muhyiddin Sedang Rangka Perjanjian Setan Baru

papar berkaitan - pada 6/4/2022 - jumlah : 338 hits
Oleh Sirajuddin AhmadPRU15 semakin hampir dan wave sokongan rakyat terkini masih menyebelahi Barisan Nasional Data data konon nya sokongan majoriti dan populariti menyebelahi pihak yang tidak mengundi BN hanya lah satu fakta songsang kerana...
Jalan Jalan Tengok Rumah Kelahiran Tun Dr Mahathir Mohamad Di Alor Setar

Jalan Jalan Tengok Rumah Kelahiran Tun Dr Mahathir Mohamad Di Alor Setar

papar berkaitan - pada 10/4/2022 - jumlah : 170 hits
Rumah Kelahiran Tun Mahathir MohamadRumah Kelahiran Tun Mahathir MohamadRumah kelahiran Tun Mahathir Mohamad ni terletak di Lorong Kilang Ais Sekolah Kebangsaan Jalan Pegawai Jalan Seberang Perak Taman Pesisiran Tanjung Chali 05000 Alor Set...
Ioupay Umum Myiou App 2 0 Dengan Wajah Baru

Ioupay Umum Myiou App 2 0 Dengan Wajah Baru

papar berkaitan - pada 21/3/2022 - jumlah : 274 hits
Hi Korang IOU Pay Sdn Bhd secara rasminya telah mengenalkan wajah baharu aplikasi myIOU yang kini lebih mesra dan mudah untuk penggunanya Aplikasi yang telah dinaiktaraf ini diumumkan sebagai myIOU App 2 0 adalah salah satu perkhidmatan bay...
Pelajar Spm Ziarah Rumah Baru Cikgu Kesayangan Lepas Habis Paper Buat Netizen Seb4k

Pelajar Spm Ziarah Rumah Baru Cikgu Kesayangan Lepas Habis Paper Buat Netizen Seb4k

papar berkaitan - pada 21/3/2022 - jumlah : 193 hits
Jasa bakti dan pengorbanan guru dalam usaha memperkasa pendidikan dan mendidik para pelajar untuk membangun anak bangsa sebagai generasi yang kelak akan menjadi peneraju serta pemimpin negara masa hadapan sentiasa dihargai Meskipun guru yan...
Jamrud Rilis Lagu Baru Ea Eo Motivasi Kala Pandemi

Jamrud Rilis Lagu Baru Ea Eo Motivasi Kala Pandemi

papar berkaitan - pada 21/3/2022 - jumlah : 175 hits
Lagu terbaru yang dibawakan Jamrud ini berisi motivasi dalam menghadapi masa sulit
Saifuddin Nasution Dedah Sikap Azmin Dan Mahathir

Saifuddin Nasution Dedah Sikap Azmin Dan Mahathir

papar berkaitan - pada 9/4/2022 - jumlah : 167 hits
Saifuddin Nasution berhujah dengan Mahathir tentang perletakan jawatan Mahathir sehingga jatuhnya kerajaan PH Apa Mahathir jawab
Tun Mahathir Akan Kecewa Jika Najib Di Dapati Tidak Bersalah

Tun Mahathir Akan Kecewa Jika Najib Di Dapati Tidak Bersalah

papar berkaitan - pada 5/4/2022 - jumlah : 235 hits
Oleh Sirajuddin AhmadKes unik 1MDB yang di reka khusus oleh Pakatan Harapan dan Tun Mahathir untuk penjarakan Najib Razak dan bukan untuk cari kebenaran pasti akan mengecewakan Tun Mahathir jika Najib Razak didapati tidak bersalah Kes diman...
Seiras Tun Dr Mahathir

Seiras Tun Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 7/4/2022 - jumlah : 131 hits
Ramai yang percaya bahawa di dunia ini terdapat tujuh orang yang berkongsi wajah yang seakan sama dengan kita Secara ikhlasnya admin juga pernah melihat kembar seiras admin sendiri melalui satu siri filem popular iaitu Harry Potter Bagaiman...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Y15zr Tukar Fuel Pam Jet Cardinals Racing

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Retreat Hujung Tahun Di Kampung Cheq Homestay

Cara Tukar Ringtone Iphone Menggunakan Itunes

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Hiking Gunung Bubu Gerik