Wawa Mabuk Cinta Macam Orang Muda



Wawa mabuk cinta macam orang muda
HAMPIR 10 tahun hidup bersama lelaki bernama Aeril Zafrel, wanita berlesung pipit manis yang seorang ini, Wawa Zainal sudah menemukan damai dengan istilah gelora dan pasang surut rumah tangga. Hasilnya, sedang terbina sebuah istana yang kian mengharum dengan debunga cinta.
Sekitar awal tahun, pemilik nama lengkap Nur Hawa Zainal Abidin itu pernah mendedahkan, menyesal bersuamikan Airel pada awal perkahwinan, namun semua emosi itu berlalu pergi seperti ditiup angin selari dengan usia rumah tangga yang kian matang.
Pada usia 30 tahun, Wawa bersyukur dan pada masa sama, tidak menyesali keputusan untuk berkahwin awal dengan Aeril yang disifatkan sebagai lelaki terbaik dikurniakan Ilahi buat diri dan tiga cahaya mata.
Sekitar Disember nanti, kebahagiaan mereka bertambah seri dan amanah dengan sebutir lagi bintang hati yang berada di dalam rahimnya.
“Sembilan tahun melayari bahtera perkahwinan, sudah tentu ada pasang surutnya. Tapi, alhamdulillah kami jarang bergaduh hal remeh-temeh.
Kalau ada yang terkecil hati itu, kami buat macam ‘nothing’ lepas itu keadaan akan kembali normal.
“Kami kian cakna apabila perhubungan itu tiada pergaduhan, kita akan menjadi lebih aman damai, boleh hidup dengan tenang dan rezeki akan lebih murah,” ujarnya membuka bicara ketika dihubungi Pose baru-baru ini.

SIBUK dengan perniagaan Wawa Cosmetics, Wawa bersyukur situasi negara perlahan-lahan kembali menunjukkan perubahan positif selepas teruk dipukul pandemik Covid-19 sejak hampir dua tahun lalu.
Berkongsi rahsia atau resepi kebahagiaan rumah tangga, Wawa yang kini sarat hamil tujuh bulan anak keempat memaklumkan, walaupun sudah hampir 10 tahun berkahwin, dia dan suami tetap ‘berperangai’ seperti pasangan muda yang mabuk dilamun cinta.
“Kami masih buat benda ‘silly’ (bukan-bukan). Maksudnya, kami masih gila-gila dalam perhubungan. Masih rasa diri muda, masih ‘dating’ dan terus saling jatuh cinta antara satu sama lain.
“Kami sentiasa cuba wujudkan momen manis dan saya rasa itu yang merapatkan hubungan serta memaniskan kehidupan rumah tangga,” katanya tertawa kecil.
Berbalik kepada persoalan sesalan yang pernah disuarakan, Wawa yang mula debut dalam dunia perfileman menerusi naskhah Sumpahan Kum Kum berkata, emosi menyesal terhadap perkahwinan sudah lama berlalu pergi.
Ikrar cintanya kepada suami juga semakin kuat.
“Ya, saya tak nafikan pernah rasa menyesal kahwin muda, rasa boleh dapat lebih bagus daripada dia (Aeril).
“Tetapi selepas lima tahun berkahwin, kami semakin kenal. Lebih serasi, memahami dan semuanya jadi tenang.
“Rasa hubungan itu ‘best’, tiada benda-benda yang kacau. Rezeki pun makin murah. Waktu itu muda, umur baru masuk 20 tahun dan saya rasa normal bagi seorang wanita yang berkahwin muda ada pemikiran begitu (menyesal berkahwin awal).
“Sekarang ini, saya rasa yang saya takkan jumpa lelaki yang lebih baik daripada Aeril. Sangat bersyukur dipertemukan jodoh dengannya dan berharap agar perkahwinan ini berpanjangan hingga ke akhir hayat,” tutur Wawa yang berkahwin pada usia awal 20-an.
Ditebak pertanyaan tentang kondisi bayi dalam kandungannya yang dijangka lahir awal bulan Disember, Wawa berkata, semuanya dalam keadaan baik.
Dijentik soalan sama ada sudah punya nama buat bayi bongsunya, dia bagaimanapun lebih selesa menjawab:
“Saya akan bersalin awal bulan Disember. Lebih kurang dua bulan sebelum saya ‘meletup’ (ketawa).
“Nama tak fikir lagi. Dekat-dekat nak bersalin nanti baru fikir. Pangkal atau awalan nama pun belum sempat fikir.”

WAWA menitipkan nasihat supaya jangan takut untuk mendirikan masjid pada usia muda kerana perkara itu akan jadi pemangkin murah rezeki kepada hidup seseorang manusia.
Alahan peti sejuk
Mengenang perubahan perangai sendiri semasa trimester pertama kehamilan, Wawa mengalami alahan terhadap peti sejuk dan bau bawang atau masakan.
Bukan mengada-ngada, getusnya, itu memang perkara biasa buat wanita hamil. Kalau turun bawah (rumah) mak sedang masak, saya muntah. Bau bawang pun muntah. Buka peti sejuk, saya kena tutup hidup.
Memang itu sahaja alahan saya sejak anak pertama sampai yang keempat.
“Saya rasa semua ibu mengandung punya alahan tertentu. Janganlah cakap kita mengada-ngada, sebab ibu mengandung memang mengalami perubahan hormon,” katanya.
Memasuki perihal si anak perempuannya, Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa Suhairil, 6, yang menunjukkan minat menjadi pelakon, Wawa tiada halangan.
Hayla boleh berlakon dengan syarat semuanya bawah pengawasan ketat dia dan suami. Dia sedar populariti boleh menjadi satu perkara yang meresahkan.
“Sebenarnya, Hayla diizinkan berlakon sebab saya rasa boleh jadi platform dia jana duit sendiri. Dia selalu cakap dengan saya dan suami nak ada ada duit sendiri.
“Kami tak manjakan anak, kalau mereka nak itu ini, nak beli sesuatu, kami tak pernah biasakan apatah lagi menjanjikan, senang-senang dapat segala-galanya. Untuk sebulan, saya hanya beri peruntukan sekitar RM100.
“Kalau rasa tak cukup, saya cakap cari duit sendiri. Hayla pun terfikir nak berlakon sebab neneknya selalu bergurau, pergilah berlakon nanti boleh bagi duit kat nenek sikit,” jelas Wawa.
Untuk masa ini projek lakonan melibatkan Hayla belum muktamad.
“Kalau bakatnya boleh diasah, mengapa tidak. Sebulan sebelum penggambaran, saya akan upah guru lakonan. Kalau dia okey, silakan. Kalau rasa tak boleh, kita tarik diri,” dedahnya panjang lebar.
Bagaimanapun, Wawa tidak menafikan perlu berhati-hati membenarkan anaknya terlibat dalam dunia glamor apatah lagi masih berstatus kanak-kanak.
“Kalau rasa tak sesuai, tak elok untuk dia, kami akan halang, insya-Allah. Bagi saya, tak salah pun dia nak terjun dalam dunia glamor tapi kena berjaga-jaga dan dididik dengan ilmu agama yang cukup,” luah Wawa.
Sebelum menggulung perbualan, anak kelahiran Lahad Datu, Sabah itu sempat menitipkan pesan buat pasangan muda yang terfikir mahu segera berkahwin.
Kata Wawa, jika sudah sampai waktu untuk menghalalkan hubungan, percepatkanlah nescaya tiada penyesalan.
“Lebih baik halalkan perhubungan kalau sudah tiba masa. Apabila dah halal, memang ada dugaan pada awal perkahwinan tapi saya nak ingatkan kena selalu saling bertolak-ansur.
“Jangan bergaduh benda-benda remeh. Sejujurnya, dunia perkahwinan sangat ‘best’ dan seronok. Senang cerita hidup tenanglah selepas berkahwin. Jangan takut nak kahwin muda sebab nanti bila anak dah besar, kita tak rasa tua.
“Rugi kalau tangguh kahwin atau kahwin lambat. Macam saya, anak-anak dah besar, saya baru usia 30-an. Jadi, ini keputusan yang terbaik saya buat dalam hidup,” ungkapnya menggulung perbualan.
K Online
Wawa mabuk cinta macam orang muda
Baca Artikel Menarik :
AED bantu atasi kematian mengejut Saman fitnah Anwar: Perbicaraan rayuan KJ perlu diteruskan Nik Abduh wakafkan diri untuk Muafakat Nasional Lisa Blackpink leburkan rekod PSY Golongan M40 terpinggir pakej bantuan kerajaan? – Asyraf Wajdi Penggunaan Ivermectin boleh sebabkan kemandulan lelaki Pasal makan pun boleh bertikam Azalina luah rasa kecewa mengenai MOU kerajaan-PH Resepi stew ekor lembu chewy Hilton diboikot, rancang bina hotel atas tanah masjid Uighur dirobohkan Datuk Ken dan isteri mengaku tak salah jadikan rumah ‘port’ judi Layari Laman Facebook MYKMU
Ular sawa belit kaki, lelaki selamba ajak berbual

The post Wawa mabuk cinta macam orang muda appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/09/20/wawa-mabuk-cinta-macam-orang-muda/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Buat Baik Ni Macam Boomerang

Buat Baik Ni Macam Boomerang

papar berkaitan - pada 10/9/2021 - jumlah : 217 hits
Joey Prusak ni umur 19 tahun Dia jaga cashier Pada masa tengah layan seorang pelanggan buta duit USD20 pelanggan tu jatuh Pelanggan tu tak perasan pun Joey nampak Belum sempat dia beritahu tina tiba pelanggan wanita di belakang pelanggan am...
Berhati Hatilah Berurusan Dengan Artis Artis Pendek Akal Macam Ni Shahrulezad

Berhati Hatilah Berurusan Dengan Artis Artis Pendek Akal Macam Ni Shahrulezad

papar berkaitan - pada 9/9/2021 - jumlah : 191 hits
Umum mengetahui bahawa kini semua penggiat industri kreatif yang sudah lengkap dua dos vaksin dibenarkan untuk kembali bergiat di setiap negeri yang berada dalam Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara bermula 9 September 2021
Kalau Saya Bawa Tak Bawa Macam Tu Pemilik Lamborghini Tegas Kereta Dipandu Pekerja Bengkel

Kalau Saya Bawa Tak Bawa Macam Tu Pemilik Lamborghini Tegas Kereta Dipandu Pekerja Bengkel

papar berkaitan - pada 10/9/2021 - jumlah : 214 hits
Satu berita tentang kemalangan membabitkan sebuah Lamborghini yang pernah tular di media sosial menjadi tarikan orang ramai Rata rata netizen yang geram dengan sikap pemandu kenderaan tersebut Namun hari ini satu lagi video yang mengejutkan...
Masak Sendiri Takoyaki Homemade Sedap Macam Dekat Gerai Guna Resipi Mudah Ni

Masak Sendiri Takoyaki Homemade Sedap Macam Dekat Gerai Guna Resipi Mudah Ni

papar berkaitan - pada 10/9/2021 - jumlah : 246 hits
Sedapnya Takoyaki Street food dari Jepun yang kini menjadi kegemaran rakyat Malaysia Tepi tepi jalan pun ada gerai jual snek ni Bagi anda yang gemar makan Takoyaki saudari Norliza Razali bermurah hati berkongsi resipi Takoyaki yang boleh an...
Isteri Tajul Ariff Kini Berhijab Pad4m Foto Lama Tak Tutup Aur4t Saya Tak Pernah Rasa Tenang Macam Ini

Isteri Tajul Ariff Kini Berhijab Pad4m Foto Lama Tak Tutup Aur4t Saya Tak Pernah Rasa Tenang Macam Ini

papar berkaitan - pada 10/9/2021 - jumlah : 445 hits
Penampilan terbaharu isteri kepada penyanyi Tajul Ariff iaitu Nurul Shamieza Eddie yang kini bertudung menarik perhatian netizen di laman sosial Mengakui berasa kek0k pada mulanya Nurul Shamieza atau lebih mesra disapa sebagai Ica bersyukur...
Buat Macam Ni Nak Bagi Ayam Goreng Berempah Sedap Rangup

Buat Macam Ni Nak Bagi Ayam Goreng Berempah Sedap Rangup

papar berkaitan - pada 10/9/2021 - jumlah : 204 hits
Siapa yang tak suka ayam goreng kan Semua orang suka ayam goreng Tapi macam mana nak buat ayam goreng yang sedap Melalui perkongsian daripada saudari Rohana Mat Ramli dia menggunakan resipi ini untuk meniaga nasi bajet ayam goreng berempah ...
Tak Bolehlah Ayah Kata Macam Ni Mak Pula Macam Ni Nak Bentuk Anak Mak Ayah Kena Sepakat

Tak Bolehlah Ayah Kata Macam Ni Mak Pula Macam Ni Nak Bentuk Anak Mak Ayah Kena Sepakat

papar berkaitan - pada 9/9/2021 - jumlah : 280 hits
Anak anak kecil kita sememangnya pemerhati paling bijak Mereka melihat dan menilai apa yang ada di depan mata mereka Dan mak ayahlah orang yang berada paling dekat untuk dilihat dan dicontohi anak anak Sebagai mak ayah elakkan beberapa perk...
Lelaki Ini Kongsi Ilmu Pengasih Masak Nasi Putih Sedap Macam Di Kedai

Lelaki Ini Kongsi Ilmu Pengasih Masak Nasi Putih Sedap Macam Di Kedai

papar berkaitan - pada 9/9/2021 - jumlah : 561 hits
Nasi putih sememangnya menjadi pilihan hati orang ramai tanpa mengira peringkat umur Baik makan di rumah mahupun di kedai nasi putih pasti menjadi pilihan teratas Namun jika anda perasan nasi putih di kedai makan agak sedikit lain dan terda...
Buat Sendiri Colek Buah Serbuk Colek Macam Dekat Thailand Mudah Je

Buat Sendiri Colek Buah Serbuk Colek Macam Dekat Thailand Mudah Je

papar berkaitan - pada 7/9/2021 - jumlah : 331 hits
Sedapnya kalau dapat makan Colek Muda buah jambu nanas atau sebagainya Sangat mengiurkan Biasanya kalau buat kuah colek atau rojak ni kita guna gula asam jawa kicap cuka belacan dan beberapa bahan lain Pernah tak cuba kuah colek Thailand Ka...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kemalangan Tayar Lori Tercabut Punca Kronologi Kematian

Racun Rumput Paling Kuat Tips Penggunaan Racun Selamat