Watsons Online
Kat Pontian ni ada dua kedai Watsons, Tapi gatal juga tangan nak order guna apps Watsons
Sekotak besar barang Watsons sampai
Ini macam satu terapi juga kepada emak emak yang takde masa nak ke kedai
Kadang-kadang malas nak masuk kedai dengan gerabak gerabak keretapi ni,Elok nak beli barang penjagaan diri,ehh... ada je yang biskut la,air la,coklat la..
Sebagai seorang isteri,memang MY lah tukang beli toiletries untuk suami
Suami MY memang tak rajin masuk bahagian personal care untuk membeli
Jadi, beli apa pun dia sebat aje guna
Deodarant Dashing tu,sekarang dah ada anak lelaki yang sedang meningkat remaja
Dah kena ajar mereka untuk jaga kebersihan diri dan elak bau badan
Tu yang beli sampai empat botol tu
Harga sekotak tu yang ada botol tu RM 18.36
Beli la juga minyak wangi baru untuk suami
Suami MY memang tak kisah jenama
Tapi hidung dia pulak tak tahan beberapa jenis bau
Jadi kalau yang MY beli tu suami MY tak boleh pakai,dapatla kat anak anak dia
Yang ni barang MY sendiri
Tisu Watsons tu benda wajib top up
Sebab kalau ke mana-mana,"Mama, nak tisu"Nak lap mulut, nak lap tangan, nak lap meja, kerusi, apa benda semua minta tisu kat mamanya
Sebab tu lah tisu tak boleh putus stok
WATSONS Pusheen the Cat Mini Hankies
3PlyX10SX20 ni harganya RM 6.65
Berbaloi sebab MY dah lama pakai tisu ni
Tisunya tebal dan bungkusannya tak mudah hancur dalam beg tangan
Nanti MY review sikit
Dia punya nanti tu, taktaulah bila zaman akan reviewnya...hahaha
Kemudian MY nak try guna Shokubutsu MOCHI HADA Glow Radiance Body Shower
Lotion tu
Untuk botol 525ml, harganya RM21.80
Agak mahal...tapi boleh la..
bukan beli selalu...hahaha..
Nanti bila bila MY review sikit pasal sabun ni
Beli juga body skrub jenama Watsons,Harga sebenar skrub tu RM 16.50, tolak 5% ahli jadi RM 14.85
Dan ada promosi buy one, free one
Tu yang jadi ada dua tu
Pencuci tangan WATSONS ROSE & ORCHID SCENTED GEL HAND
WASH tu,Harganya RM 6.20
Terasa nak mewangikan tangan pula
Maklumlah..selama ni asyik beli sabun pencuci kat ecoshop tu
ALIA Hand Sanitising Spray Euphoria 50ml tu ada promosi buy 1, free 1 juga
Mama Yan masih lagi menggunakan hand sanitizer selepas keluar dari kedai dan pasar. Jadi kena lah tambah lagi stok sanitizer poket
Kami memang pengguna setia Shokubutsu
Dah bertahun tahun lamanya
Tapi tak pernah pun Shokubutsu ni nak bagi job kat Mama Yan. hahaha..
Harga sabun Shokubutsu tu RM 16.59Kira satu pek 850gram tu harganya RM 8.30
Mama Yan memang beli refill pack aje
Biasalah.. anak ramai kan
Rasa baru aje tuangkan dalam botol,alih alih... "Mama...sabun habis"Sehari berapa kali mandi kan..
Kali ajelah dengan isi rumahnya
Sabun cuci lantai dan sabun basuh pinggan tu pula,Saja gatal nak try test sebab ada promosi beli sabun lantai percuma sabun cuci pinggan
Belum cuba pun lagi
ni pun rasa nak ngoder lagi,Anak anak lelaki nak minyak rambut yang bukan jenis krim,Sarah nak shampoo,Tapi ni rasanya tak order online la kut
Pergi je beli kejap kat kedai
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aziankhalil.com/2023/06/watsons-online.html