Water Gun Untuk Menghalau Burung Merpati
Sejak kejadian burung Merpati bersarang di balkoni rumah (entrinya DI SINI), saya dah kemas semua pasu kosong di lantai balkoni supaya tak lagi sesuai untuk dijadikan tempat burung Merpati bersarang. Tetapi, masih ada burung Merpati yang sesekali datang dan meninggalkan najisnya merata
Akhir-akhir ini, ada pula burung Merpati yang kerap keluar masuk di celahan kompresor pendingin hawa yang terletak di balkoni. Biasanya ia datang pada waktu petang dan kadang-kala pada waktu malam
Kedudukan kompresor di balkoni rumah saya. Pasu gantung tu pula, kosong disebabkan masalah burung kecil bermata merah yang kerap mengambil daun-daun pokok.Bila dah kerap datang, maka banyaklah najisnya di balkoni. Di dinding, di lantai dan di cermin sliding door. Paling geram, burung Merpati yang datang ni susah sungguh saya nak menghalau. Mentang-mentanglah kedudukan kompresor tu tinggi, si burung buat tak tau je bila saya halau guna tangan/penyapu
Kemudian saya gunakan pula hiking stick. Hiking stick boleh dilaras jadi lebih panjang. Walaupun masih tak mampu capai ketinggian kompresor, tapi boleh jugalah dijadikan alat menghalau. Selepas itu saya mula berfikir idea lain 💡
Water gun.Saya beli water gun! Hahaha! Setelah membelek pilihan yang ada di Shopee, saya pilih water gun dengan ciri-ciri berikut - ukuran ~50 cm, double outlet, kapasiti air 400 ml. Harganya RM15.90. Lepas isi air, kita kena pam sampai rasa berat nak pam, kemudian bolehlah menembak ke sasaran. Boleh tahan bagus juga, sebab tembakan airnya boleh sampai ke atas kompresor
Semalam dah dua kali burung Merpati kena tembakan air, hari ini tak taulah berani datang lagi ke tak. Kena tunggu waktu lewat petang/malam. Selain sebagai alat menghalau burung Merpati, saya gunakan water gun ni untuk membersihkan najisnya di cermin sliding door. Lebih mudah berbanding saya gunakan gayung dan simbah perlahan-lahan (simbah kuat nanti terpercik merata)
Buat masa sekarang, lega satu hal. Walaupun ia bukanlah penyelesaian jangka panjang, tapi sekurang-kurangnya ada juga cara saya nak menghadapi masalah najis burung Merpati di balkoni. Bukan saja kotor, malah najisnya boleh mendatangkan masalah kesihatan kepada kita
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ujieothman.blogspot.com/2022/10/water-gun-untuk-menghalau-burung-merpati.html