Waspada Dengan 2 Dosa Ini Allah Akan Segerakan Balasannya Di Dunia



Telah menjadi lumrah kita sebagai manusia di dunia ini yang dijadikan tidak pernah terlepas dari melakukan salah dan dosa dalam kehidupan seharian. Tidak kiralah sama ada dosa kecil atau dosa besar. Namun sebagai insan yang lemah, itu adalah sesuatu yang wajar. Kita bukanlah maksum seperti para nabi.
Walau sebesar mana sekalipun dosa kita, Allah S.W.T itu adalah Maha Pengampun dan Maha Penyayang yang sentiasa menerima taubat hambanya yang bertaubat dengan sepenuh-penuh taubat.
Jika tidak bertaubat, dosa ini akan menjadi beban di akhirat kelak. Namun terdapat kesalahan-kesalahan yang dilakukan dibalas dengan segera oleh Allah S.W.T terhadap pelakunya. Kami ingin berkongsi 2 dosa yang mendapat balasan segera di dunia.
1) Berzina
Zina adalah antara perbuatan dalam kategori dosa besar yang sangat dibenci Allah. Pelaku zina akan menjadi ketagih dan mudah terangsang membuatkan mereka tidak takut lebih-lebih lagi jika kedua-dua pihak pandai menyimpan rahsia, tidak hamil serta tidak ditangkap basah.
Sabda Rasulullah S.A.W : “Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia adalah zina dan menderhaka kepada kedua ibu bapa.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)
Menurut hukum hudud, mereka yang melakukan zina akan dikenakan hukuman mengikut status perkahwinan termasuklah hukuman rejam dengan batu sampai mati bagi mereka yang sudah bernikah. Hukuman ini adalah bagi membersihkan dosa zina mereka. Antara sabda Rasulullah S.A.W mengenai zina adalah :
“Yang paling banyak menjerumuskan manusia ke dalam neraka adalah mulut dan kemaluan.” “Tidak halal darah orang-orang Islam kecuali berlakunya salah satu daripada tiga perkara iaitu orang yang telah berkahwin berzina, orang yang membunuh dengan sengaja dan keluar daripada agamanya juga berpecah daripada jemaah orang-orang Islam” “Barangsiapa berzina ataupun minum arak, Allah S.A.W cabutkan daripadanya iman, seumpama manusia menanggalkan pakaian daripada kepalanya.” Malah perbuatan yang membawa kepada zina juga dilarang, seperti dalam firman Allah S.W.T : “Jangan kamu hampiri perbuatan zina kerana ia adalah kejahatan yang sangat keji dan sejahat-jahat jalan.” (Surah Al-Isra’ ayat 32)
Allah S.W.T akan membalas dosa zina di dunia dengan menghilangkan keceriaan pada wajah, pendek umur, menutup pintu rezeki bagi mereka yang terus berzina dan tidak bertaubat, serta dijangkiti penyakit kelamin dan penyakit yang masih ditemui penawarnya iaitu AIDS.
2) Derhaka kepada ibu bapa
Sebagai anak, kita diwajibkan untuk menghormati dan berlaku baik terhadap ibu bapa, walaupun seteruk mana ibu bapa kita. Ini kerana jasa dan pengorbanan tidak akan pernah terbalas oleh kita.
Seperti dalam firman Allah yang bermaksud: “Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua- dua ibu bapa.” (Surah al-Ahqaaf, ayat 15).
Rasulullah S.A.W pernah bersabda : ”Setiap dosa-dosa, Allah S.W.T mengakhirkan (balasannya), sebagaimana yang Dia kehendaki dari dosa-dosa itu hingga hari kiamat, kecuali derhaka kepada kedua orang tuanya, sesungguhnya Allah menyegerakan (balasan) nya bagi pelaku-nya di waktu hidup di dunia sebelum meninggal.” (Riwayat At Thabarani & Al Hakim, disahihkan oleh Al Hakim & As Suyuthi)
Perbuatan derhaka terhadap ibu bapa adalah perkara yang sangat dimurkai Allah, dan akan mendapat balasan yang sangat perit di akhirat. Namun dosa ini juga akan dibalas Allah ketika di dunia.
Lebih buruk lagi, jika ibu bapa yang dianiayai itu mengadu kezaliman anak kepada Allah S.W.T, balasan lebih disegerakan kerana doa ibu bapa tadi sangat mustajab dan menembusi langit serta didoakan oleh malaikat-malaikat supaya Allah mengabulkannya.
Dalam sabda Rasulullah S.A.W :“Tiga doa yang tidak tertolak : doa orang tua, doa orang yang berpuasa dan doa orang yang terdzalimi” . (HR Baihaqi) Antara balasan di dunia adalah hidup tidak tenang dan tenteram, kemelut dan masalah rumahtangga, dan sentiasa berasa tak cukup serta disempitkan rezeki oleh Allah S.W.T
 
Sumber: kalamindah.com
The post Waspada Dengan 2 Dosa Ini.!!! Allah Akan Segerakan Balasannya Di Dunia!!! appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.islamituindah.my/waspada-dengan-2-dosa-ini-allah-akan-segerakan-balasannya-di-dunia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
George J Laurer Pencipta Kod Bar Meninggal Dunia

George J Laurer Pencipta Kod Bar Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 11/12/2019 - jumlah : 381 hits
Jurutera komputer George J Laurer bekas pekerja syarikat komputer IBM yang juga yang membantu merevolusi dunia peruncitan dunia pada 1970an meninggal dunia pada usia 94 tahun dan telah dikebumikan di kampung halamannya di Wendell North Caro...
Rafizi Tinggalkan Dunia Politik

Rafizi Tinggalkan Dunia Politik

papar berkaitan - pada 11/12/2019 - jumlah : 516 hits
Rafizi Tinggalkan Dunia Politik Biar betul Rafizi Ramli ni Habis rakyat perlukan anda untuk tunggu formula formula anda tentang harga minyak murah kereta murah dan semua lah yang ang janji sebelum PRU dulu Rafizi Tinggalkan Dunia Politik Tu...
Facebook Dan Dunia Realiti

Facebook Dan Dunia Realiti

papar berkaitan - pada 10/12/2019 - jumlah : 496 hits
Dunia facebook bukan dunia sebenar Dunia yang tak menggambarkan realiti kita di dunia luar sebabnya ia hanya di facebook Betul apa yang dikata diatas ada kawan yang langsung tak aktif tak pernah share status atau gambar tapi hidup bahagia A...
Innalillah Bapa Tpm Dikhabarkan Meninggal Dunia

Innalillah Bapa Tpm Dikhabarkan Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 10/12/2019 - jumlah : 468 hits
Menerima perkhabaran dukacita dimaklumkan di pagi yang indah dan berita sedih Inalilahiwainailaihirajiun pak Wan Ismail ayahda kepada TPM Dato Dr Wan Azizah baru meninggal Moga Allah mencucuri Rahmat atas roh beliau dan tempatkan bersama pa...
Abang Sentiasa Ada Untuk Sayang Baru 15 Bulan Berkahwin Isteri Meninggal Dunia Kerana Kanser Ovari

Abang Sentiasa Ada Untuk Sayang Baru 15 Bulan Berkahwin Isteri Meninggal Dunia Kerana Kanser Ovari

papar berkaitan - pada 11/12/2019 - jumlah : 838 hits
The ReporterAhad lalu seorang pengguna Twitter memuat naik gambar dirinya bersama isteri dengan kapsyen From this to this yang menunjukkan gambar perkahwinan mereka dan gambar isterinya telah kembali ke rahmatullah Gambar itu mengundang ras...
10 Negara Terkaya Di Dunia 2019 Versi Forbes

10 Negara Terkaya Di Dunia 2019 Versi Forbes

papar berkaitan - pada 11/12/2019 - jumlah : 370 hits
10 Negara Terkaya Di Dunia 2019 Versi Forbes Oleh BlogPediaDiposting pada 20 Juni 201915 893 views Negara terkaya di dunia 2019 Ada banyak jumlah negara di dunia dengan masing masing kekayaan sendiri Nilai kekayaan suatu negara biasa diukur...
Better Than De Gea Anjing Selamatkan Penalti Jadi Perhatian Dunia

Better Than De Gea Anjing Selamatkan Penalti Jadi Perhatian Dunia

papar berkaitan - pada 12/12/2019 - jumlah : 265 hits
Selain pemain yang bermain di posisi penyerang penjaga gol juga merupakan watak penting bagi sesebuah pasukan bola sepak Apa tidaknya penjaga gol sering diperhatikan setiap kali menyelamatkan percubaan jaringan daripada pemain lawan Ketika ...
Rafizi Saya Tak Akan Kembali Ke Dunia Politik

Rafizi Saya Tak Akan Kembali Ke Dunia Politik

papar berkaitan - pada 11/12/2019 - jumlah : 231 hits
MALAYSIAKINI Naib Presiden PKR Rafizi Ramli menjelaskan yang beliau tidak akan kembali ke arena politik sebaliknya kini sedang memberi tumpuan kepada pembelajaran berkaitan teknologi Melalui ciapan di laman sosial Twitternya Rafizi menegask...
Bapa Dr Wan Azizah Meninggal Dunia

Bapa Dr Wan Azizah Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 11/12/2019 - jumlah : 284 hits
BERNAMA Dr Wan Ismail Wan Mahmood 93 bapa kepada Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah meninggal dunia pada 2 30 pagi ini akibat sakit tua di kediamannya di Taman Ampang Utama di Kuala Lumpur Jenazah Allahyarham dibawa ke Masjid al Mustaqi...
Lelaki Didakwa Bunuh Ibu Mentua

Tebatan Banjir Rm 7 Bilion Batal

Relationship 4 Horsemen Overcoming The Four Horsemen

Persediaan Persekolahan

Hari Ke 29 Rezeki Datang

Skill Issue Memes The Power Of Skill Based Memes

See The Chances Of Winning In Every Gacor123 Online Slot Bet

Ayu Raudhah Reda Pemergian Anak Bongsu Dia Adalah Pinjaman Allah


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12


Kelalaian Dan Runtuhnya Martabat Guru

Tutorial Menggunakan Google Docs Untuk Tingkatan Dasar

Kerajaan Razak Baginda Diperintah Bayar Rm9 Juta Kepada Keluarga Altantuya

Guru Tikam Murid 8 Tahun Hingga Maut Di Korea Selatan

Certot Pelaris

Openai Batalkan Model Ai O3 Demi Peluncuran Generasi Baru Yang Bersatu